ayat2 alQuran dari 261 hingga 265 Al Baqarah mengajar kita ttg ganjaran yg amat besar dari Allah kepada org yg bersedekah dan berbelanja di jalan Allah..
mafhumnya seperti berikut:
perumpamaan org yg membelanjakan harta benda mereka di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yg tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai, yg setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yg dikehendakiNya dan Allah Maha Luas lagi Mengetahui (261)
org2 yg membelanjakan harta benda mereka pada jalan Allah kemudian mereka tidak mengiringi apa yg mereka belanjakan itu dgn mengungkit ungkit dan tidak pula menyakiti maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada ketakutan atas mereka dan mereka tidak akan berduka (262)
kata2 yg makruf dan memaafkan adalah lebih baik daripada sedekah yg diiringi dgn menyakiti dan Allah Maha Kaya lagi Penyabar (263)
wahai org2 beriman! jgn rosakkan sedekah kamu dgn mengungkit2 dan menyakiti seperti org yg membelanjakan hartanya kerana menunjuk nunjuk kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat.. perumpamaan org ini adalah seperti batu licin yg diatasnya ada tanah kemudian ditimpa hujan lebat lalu jadi jadilah ia bersih licin. mereka tidak berdaya sesuatu pun atas apa yg mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yg kafir.. (264)
dan perumpamaan org yg membelanjakan harta benda mereka kerana mengharapkan keredhaan Allah dan utk meneguhkan keyakinan jiwa mereka adalah laksana sebuah kebun ditempat tinggi yg ditimpa hujan lalu mengeluarkan hasil dua kali ganda. kalau ia tidak di timpa hujan maka hujan renyai2 pun memadai.. dan Allah sentiasa melihat apa yg kamu lakukan (265)
0 comments:
Post a Comment