HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Monday, May 26, 2008

ASTAGHFIRULLAH...........




Assalamualaikum...

Iman para malaikat adalah tetap dan konstan. apabila malaikat diciptakan daripada nurr maka tugasnya sudah tersedia dan berkekalan sebegitu dari saat penciptaan hinggalah saat kematian para malaikat itu.. ada malaikat yang diperintah untuk sujud dan ada pula yang tugasnya berzikir. maka ianya akan trus bersujud dan berzikir kepada Allah penciptaNya sepanjang masa dan begitulah jua para malaikat yang lain, ada tugas2 dan peranan yang dipertanggungjawapkan kepada mereka.. sebab inilah iman mereka tidak pernah berkurang mahupun bertambah walaupun sedikit. tetapi amat berbeza bagi kaum manusia yang diciptakan dari gumpalan tanah.. iman bagi manusia biasa ada kalanya hebat dan ada kalanya amat lemah dan kadangkala boleh pupus terus. iman yang ada dalam hati para muslimin terdedah dengan pasang surut akibat daripada tindak tanduk percakapan dan perbuatan kita lakukan sepanjang hidup kita dalam alam fana ini..

dalam kehidupan kita sehari2, kita memang tidak pernah sunyi dari melakukan kesalahan dan dosa sama ada secara terus terang ataupun secara sembunyi2. secara sedar sengaja ataupun dalam keadaan tak sedar tersengaja.. ini memang resmi kejadian manusia tak pernah lekang dari melakukan dosa maksiat kepada Allah dan sesama manusia lain..

Oleh itu, dengan sifat Maha Penyayang Allah kepada kita, wujudnya mekanisme pembatalan ataupun pemusnahan dosa yang dianjurkan oleh Islam sebagai suatu tanda betapa agama ini amat memudahkan para penganutnya dalam jalan menuju ke syurga dan seboleh2nya ingin menjauhkan dan mengelakkan para penganutnya dari pintu neraka jahannam.. kaedah tersebut ialah memohon pengampunan kepada Allah..

maka dalam hal pembersihan dosa kita kepada Allah, ISTIGHFAR, iaitu memohon ampun, adalah suatu perkataan yang paling sinonim berkaitan perkara ini...

mengenai istighfar, Allah telah berfirman dalam mengutarakan keutamaannya..

" Dan tiadalah Tuhan akan menyiksa mereka, sedangkan engkau (Muhammad) berada di sisi mereka.dan tiadalah Tuhan akan menyiksa mereka selama mana mereka beristighfar (memohon ampun).." - Al-Anfal, ayat 33.

firmanNya lagi,

" Dan mohonlah keampunan kepada Tuhan kamu dan kembalilah kepadaNya, nescaya Dia akan mengurniakan pemberian yang baik kepada kamu sehingga waktu yang ditentukan.." - Hudd,ayat 3.

dalam membicarakan kisah Nabi Nuh a.s. dalam Quran, Allah berfirman ,

" Ku katakan kepada mereka : mohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia maha Pengampun.. akan dikirimkan kepada kamu awan yang menurunkan hujan.. ditambahkan lagi bagi kamu harta kekayaan, anak pinak dan dijadikan kamu bagi kamu taman2 dan sungai2 yang mengalir..." - Nuh, ayat 10-12.

firmanNya lagi,

" Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan atau menganiaya dirinya, kemudian memohon ampun kepada Allah, nescaya akan mendapati Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasihani.." - An-Nisa' ayat 110.


dalam hal ini Nabi Muhammad memberi nasihat amat berguna kepada kita dalam sabdanya,

" Sesiapa yang mengucapkan istighfar sebanyak tujuh puluh kali setiap hari, nescaya Allah akan mengampunkan daripadanya 700 dosa. Alangkah kecewanya lelaki atau perempuan yang membuat doasa pada sehari semalam lebih bnyak dari 700 dosa..."

Sabdanya lagi,

" Mahukah kamu aku beritahukan tentang penyakit kamu dan penawarnya? ingatlah, bahawasanya penyakit kamu adalah dosa dan penawarnya adalah istighfar kepada Allah.."

oleh itu, kita sebagai hamba yang serba serbi lemah dalam segala cabang kehidupan, hendaklah kita memperbanyakkan amalan istighfar selain memperbanyakkan ilmu dunia dan ukhrawi didada.. mudah mudahan segala dosa2 kita yang terdahulu akan diampunkan Allah dan akhirnya kita dibangkitkan pada hari Akhirat dan Penentuan nanti sebagai hambaNya yang disinari cahaya kebahagiaan abadi....Aminn..