Monday, August 10, 2009
KELEBIHAN SOLAT SUNAT..
Assalamualaikum wbt..
Kebesaran solat dua rakaat
ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.
Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak.”
Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rakaat itu tempohnya 20,000 tahun.
Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepadaKu seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”
Kemudian Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal mereka.”
Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:
Allah menyembunyikan redhaNya dalam ketaatan.
Allah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
Allah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ramadhan mubarak.
Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.
( dari sahabat)