HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Friday, November 21, 2008

APABILA ISRAFIL MENIUP SANGKAKALA



Semasa Israfil meniup sangkakala yang pertama (yang berbunyi seperti satu jeritan yang amat kuat tiada boleh nak digambarkan dengan apa2 jua, di mana tatkala mendengarnya akan gugurlah jantung2 manusia, akan gugurlah bayi dalam kandungan tanpa disedari, akan tercampak bayi2 yang sedang disusui ibunya) maka petala2 langit akan runtuh menyembah bumi, hamparan bumi akan bergegar (sila rujuk Surah Zalzalah) dan bergulungan antara lapisan demi lapisan sepertimana hamparan permaidani yang bergulungan... Segala2nya hancur berkecai semua isi bumi dan langit ini.. tidak ada walau satu pun makhluk yang terselamat..


Ini pasti dirasai oleh umat yang masih hidup ketika itu. Manakala yang sedang mendiami alam kubur tidak akan merasai sengsara tiupan yang pertama ini.. Sesungguhnya yang pasti semasa waktu hampir menjelang Kiamat maka Allah Maha berkuasa menetapkan bahawa kanak-kanak sudah tidak ada lagi dalam jangka masa itu kerana Allah Maha Adil tidak izinkan kanak-kanak yang mumaiyiz sama ada yang Islam ataupun kafir untuk mengalami dan merasai keperitan keadaan yang amat dahsyat itu..


Dan hari ini jika kita merenung sejenak bahawa sedang berlaku di mana banyak gejala penyakit yang menular dan menyerang kanak2 sehingga membawa maut dan yang terkini kita dapati banyak kes2 yang meragut ramai nyawa kanak2 seluruh dunia disebabkan oleh keracunan Melamine dalam makanan tambahan bayi dan kanak2.. ini adalah salah satu petanda jelas bahawa waktu kemusnahan alam ini makin hampir..


Tiupan sangkakal ke dua adalah untuk memastikan semua makhluk ciptaanNya telah mati termasuklah malaikat Izrail akan mencabut nyawanya dengan perintah dari Maha Agung selepas Malaikat Israfil melakukan sedemikian..ketika Izrail mencabut nyawanya sendiri barulah ia mengetahui betapa pedih dan peritnya tatkala nyawa berpisah dari tubuh..selama hayatnya, Izrail ditugaskan untuk mencabut nyawa sekalian manusia dalam pelbagai cara..jika bagi seorang mukmin sejati, maka malaikat ini akan menjalankan pemisahan ruh dari jasad dengan cara yang paling lembut dan tertib..tetapi adalah sebaliknya bagi mereka yang kufur ingkar akan perintah Allah sepanjang hidup mereka, maka malaikat akan menyentap ruh dengan sekeras2nya tanpa belas kasihan dan terasa isi2 daging tubuh bagai disiat2....na'uzubillah min zaalik.. kita semua akan merasai sakitnya ruh meninggalkan jasad, tidak kira di mana kedudukan iman kita sekalipun..cuma yang membezakannya, kesakitan itu terlalu perit ataupun sebaliknya..Nabi Muhammad sendiri merasai kesakitan semasa keluarnya ruh dari tubuh baginda, maka apatah lagi bagi kita..



Kemudiannya Israfil akan dihidupkan kembali untuk tiupan sangkakala kali ke 3.. Tiupan kali ini adalah untuk mengejutkan dan membangunkan semula semua makhluk dalam keadaan masing2 sesuai dengan amal ibadah mereka semsa hidup, mereka dihidupkan kembali seolah2 bagai rimpunan cendawan2 tegak berdiri yang tumbuh selepas hujan.. pada ketika ini manusia bangun bangkit mengikut keadaan semasa matinya. jika mati dalam keadaan bermaksiat maka buruk huduhlah keadaannya..jika mati dengan penuh cerah amal kebaikan maka berseri2 wajahnya dengan nur kemuliaan dan kemenangan..ada yang berdiri dengan kedudukan kepalanya dibawah, wajah dan tubuh badannya hitam legap bagai arang, wajahnya bagai khinzir atau anjing, berbogel langsung,ada pula yang mataharinya sejengkal di ubun2 kepala dan bermacam2 lagi sesuai dengan timbangan kebaikan atau keburukan yang dilakukannya sepanjang kehidupan dari buaian hinggalah ke liang lahad..


tiupan ke 4 adalah sebagai perintah untuk semua manusia bergerak berduyun2 ke padang Mahsyar dalam keadaan2 masing2 seperti mana ketika bangun semula..ada yg berenang dalam lautan peluh dan ludahnya sendiri, ada yg berjalan berupa khinzir dan bagai keldai, ada pula yang berjalan dengan lidahnya sendiri, ada yang merangkak merayap dan bermacam2 lagi sebagai tanda segala perbuatannya semasa hidup.. semuanya berjalan menuju para ambia' iaitu Para Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada kaum2 yang berbeza semasa dialam dunia sebagai petuntuk ke arah kebenaran dan tauhid kepada Allah swt.. pertama sekali semua manusia akan bertumpu kepada Nabi Adam as untuk memohon beroleh syafaat agar dikurangkan balasan buruk dan mencapai balasan syurga..tetapi Nabi Adam menghulurkan bantuan syafaat kepada ummat yang beriman sahaja..begitulah seterusnya manusia berkunjung berjumpa dari satu Rasul ke Rasul mengikut turutan untuk memohon bantuan syafaat hinggalah akhirnya bertemu dengan junjungan besar Nabi Muhammad saw..bagi sesiapa yang rajin dan kerap berselawat kepada baginda sepanjang kehidupan, maka Nabi Muhammad akan mengecam wajahnya dan berkatalah baginda bahawa si polan bin si polan ini adalah sebahagian dari kaumku dan berolehlah baginya bantuan syafaat yang dapat menghindarkannya dari balasan api neraka dengan keizinan Allah Maha Berkuasa..


Tidak lama kemudiannya berlakulah laungan sangkakala ke 5.. tiupan ini membuka setiap pintu2 langit... maka akan turunlah semua buku2 amalan kebaikan dan kejahatan seluruh umat manusia bermula kepada umat Nabi Muhammad berturutan hingga kepada umat2 yang lain. maka untuk umat nabi Muhammad, Allah memerintahkan supaya dihimpunkan disebelah kanan baginda nabi panji2 Al Quran yang di bawa oleh Sayidina Osman ra..di belakang beliau adalah para sahabat Nabi yang lain yang terdiri daripada Ahli tahfiz Quran, alim ulama yang sentiasa semasa hidupnya dipenuhi dengan bacaan ayat2 suci alQuran. selepas itu panji As Siddiq (yang sentiasa membenarkan) di ketuai oleh oleh Sayidina Abu Bakar Assiddiq. Di belakang nya terkumpul orang2 yang sentiasa benar dalam beragama dan sentiasa membenar dan memegang kebenaran agama Allah pada setiap masa.. Panji puasa pula di bawa oleh sayidina Abu Hurairah kerana beliaulah yang paling rajin menjalankan ibadah berpuasa sepanjang hidupnya..beliau menetapkan hanya 12 hari sahaja untuk tidak berpuasa bagi setiap tahun dan selebihnya dikhususkan untuk puasa. begitulah seterusnya untuk amalan2 kebaikan yang lain.bagi setiap kumpulan di sebelah kanan baginda akan ada panji2 yang diketuai oleh insan yang paling sempurna bagi setiap kebaikan tersebut..manakala di sebelah kiri pula akan ada panji2 yang diusung oleh manusia mungkar dan keji.panji pendusta di bawa oleh Abu Lahab. Di belakangnya pula adalah umat Muhammad yang kerap dan gemar berdusta sepanjang hidup..panji munafik pula oleh insan bernama Abdullah yang melarikan dari dari medan perang dan mengahsut orang lain bersamanya, dan diikuti oleh panji2 keburukan yang lain pula..Maka cuba kita renungkan di manakah kedudukan kita ..adakah kita akan mengikuti kumpulan2 yang berada kanan baginda ataupun kita memilih untuk bersama2 insan terkutuk di sebelah kiri baginda?? renungkanlah
dan cuba perbaiki keadaan hidup kita ini sebelum terlambat..



Kemudian orang yang pertama akan dipanggil Ilahi adalah Nabi Muhammad untuk berada di hadapan Allah dalam perbicaraan timbangan. sudah tentulah Baginda Rasulullah akan memasuki syurga dengan sepantas kilat pada kedudukan syurga yang paling tinggi dan utama kerana baginda adalah kekasih Allah yang amat ulung tiada sekelumit dosa pun sepanjang hidupnya sebagai insan mulia yang maksum..disusuli oleh para sahabat nabi seterusnya para alim ulamak dan insan yang menjalankan perintah Allah dengan tekun dan sabar dan akhirnya insan2 yang paling lemah iman dan ibadahnya.. pokoknya di sini adalah orang yang baik2 dan beriman sahaja yang mendapat kemuliaan untuk dipanggil namanya terlebih dahulu sebelum orang2 lain.. ingin dijelaskan di sini bahawa segala amalan kita akan dihitung dengan teliti dan buku2 ibadah kita menjadi saksi dan tubuh2 mnjadi bukti sbagi setiap perbuatan yang pernah kita amalkan. mulut terkunci dari berkata apa2 di hadapan Allah swt.. jika kita mengamalkan banyak kebaikan tetapi pada masa yang sama kita banyak berhutang dengan manusia lain dari segi material, wang ringgit ataupun mulut ucapan nista, fitnah, kutukan dan umpatan, maka semuanya ini akan dituntut oleh tuannya dan pahala kita akan diberikan kepada si polan tersebut hinggalah habis semua hutang2 kita langsaikan.. jika sudah habis semua pahala kita bayarkan sebagai hutang, maka dosa2 sipolan tuan itu akan dilemparkan ke muka kita dan kita pula yang akan menanggung beban dosanya sebagai ganti hutang kita padanya.. ingatlah, tiada suatu apa pun yang terkecuali, semuanya akan dibentangkan di hadapan kita bagai tayangan gambar bagi setiap perkara yang kita lakukan samaada secara jelas terang ataupun tersembunyi.. jika berat timbangan neraca kebaikan dan pahala, maka kita akan melangkah ke syurga idaman dengan penuh gembira tetapi bagi mereka yang gagal, akan terperosok dalam api neraka yang amat pedih sehiggalah semua dosa2 mereka terbalas..



insan yang pertama sekali akan masuk syurga adalah Nabi Muhammad, diikuti oleh para nabi yang lain.. tapi oleh kerana betapa sayang dan cintanya nabi kepada umatnya, baginda menangguhkan perjalanan ke syurga sehinggalah semua umatnya dibicarakan amal2 ibadah mereka.. baginda tidak mahu masuk dahulu kerana ingin membantu umatnya dan kemudiannya baginda berada di sebelah neraca mizan.. Allah dengan kekuasaanNya membuka pintu syurga di sebelah kanan dan neraka di sebelah kiriNya.. untuk ke syurga harus melalui titian siratul mustaqim.. masing2 berduyun beratur untuk melintasi titian mengikut amalan masing2..sekiranya amalan buruk kita berat, maka nabi yang amat sayangkan umatnya akan menolong kita dengan meletakkan serbannya dan apa sahaja bertujuan untuk meringankan timbangan buruk tetapi jika masih berat juga yang buruk maka nabi yg maksum memohon maaf pada umat tersebut kerana tidak dapat membantu.. lalu akan berjalanlah kita di atas titian itu..pelbagai cara dan rupa semasa melintasi titian tersebut, ada yang laju seperti kilatan, ada yg rasa seperti melalui sehelai rambut yang di dibelah2 tujuh bahagian dan pula yang merasai titian itu seperti tajamnya sebilah pedang yang menyiat2 kakinya, ada yang merangkak2, mengesot dan ada pula yang paling susah yang jalan bergayut menuju syurga..tetapi bagi yang paling malang, akan jatuh tersungkur dari titian dan masuklah ke dalam neraka dibawah itu menjadi penghuninya..

renungkanlah apakah neraca amalan kita nanti lebih berat pada sebelah amalan pahala atau lebih berat pada dosa..fikir2kanlah dan beramallah selagi belum terlambat!!



nukilan Puan Mazlon bt Naim, NUR ULFAH , diedit oleh lembahbujang