Pada suatu ketika di saat alam berada di penghujung, Imam Mahdi dibangunkan dari kalangan manusia untuk memimpin manusia ke arah redha Allah..pada saat itu, dunia fana memang di selaputi kerosakan kebinasaan dan kemusnahan serta kezaliman dek tangan2 manusia sendiri..
pada hari ini, bibit2 kemungkaran memang jelas di mata kita.pendengaran, percakapan dan penglihatan manusia berlingkar pada hal yang membawa kezaliman kepada diri sendiri dan manusia lain..na'uzubillah min zaalik..
Allah membangkitkan Imam Mahdi dengan satu tujuan, untuk memulihkan keimanan manusia yang alpa sebelum turunnya azab seksa yang pedih.
Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi mampu mengembalikan hak orang yang pernah dizalimi, sehingga sekiranya di dalam mulut seseorang ada bekas kata-kata yang digunakan untuk berbuat zalim, maka kata-kata itu akan dikoyakkan dan ditampar semula ke mukanya.”
Keramat Imam Mahdi amat besar dan luas sehingga boleh mengoyakkan kata-kata zalim dari mulut orang yang berkata zalim itu lalu ditamparkan semula ke mukanya. Itulah balasan terhadap orang yang berbuat zalim dengan lidah. Jika berbuat zalim dengan anggota lain juga, akan dibalas pada masa itu juga. Akhirnya tiada lagi di dunia ini orang yang akan berbuat zalim, sama ada pada mulut atau pada anggota badan yang lain.
Yang dimaksudkan dengan keramat Imam Mahdi itu ialah dapat melihat bekas kezaliman seseorang yang dilakukan semasa beliau memerintah, bukan pada zaman sebelumnya. Dengan firasat yang terang dan hebat inilah Imam Mahdi dapat mentadbir setiap manusia dengan baik dan adil sehingga sebarang bentuk kezaliman akan terhapus sama sekali. Tiada siapa lagi yang berani berbuat sebarang bentuk kezaliman, walaupun dalam jarak yang amat jauh daripada Imam Mahdi.
' Ya Allah tuhan Kami, turunkanlah bala bencana kepada mereka yang melakukan kezaliman, dalam segala bentuk apa jua pun ke atas kami, agar mereka sedar kekuasaan Engkau adalah yang Mutlak..sepertimana yang Engkau turunkan bala bencana terhadap manusia yang ingkar dan zalim terdahulu dari kalangan kami, agar mereka mengerti segala pemberianMU adalah saksi atas apa yang mereka kerjakan,.Sesungguhnya Engkau Maha Menerima keluhan insan2 teraniaya.. aminn..'
Hadis riwayat Muaz ra., ia berkata:
...Dan takutlah engkau dari doa orang yang dizalimi, kerana doa itu tidak ada penghalang antaranya dengan Allah Taala. (Shahih Muslim No.27)