HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Friday, May 23, 2008

MENCINTAI DAN DICINTAI KERANA ALLAH....

Firman ALLAH melalui RasulNya dalam hadis Qudsi yang bermaksud,

" Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua insan yang saling sayang-menyayangi kerana Ku, dua orang yang duduk bersama2 kerana keranaKu, dua orang yang kunjung mengunjungi keranaKu dan dua orang yang tolong menolong keranaKu..."


Sabdanya lagi dalam Hadis Qudsi yang lain,

" Berfirman Allah pada hari Kiamat: mana dia orang2 yang bercinta-cintaan kerana KeagunganKu, hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naunganKu.. iaitu hari yang tiada naungan selain naunganKu.."


Sabdanya lagi,

" Sesiapa yang ingin merasai nikmat kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang tiada melainkan kerana Allah semata2 "


Sabda junjungan besar Rasul lagi,

" Dan dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul dan berpisah semata2 kerana Allah.."


Apabila seseorang insan mencintai seorang insan muslim yang lain, bersahabat dan bermesra dengannya sedangkan orang yang dicintainya itu adalah seorang yang taat setia dan mencintai Allah yang Maha Agung, maka inilah yang dimaksudkan sebagai mencintai dan dicintai kerana Allah...


bercinta kerana Allah juga boleh disifatkan apabila seseorang mencintai insan lain kerana ia membantunya dalam selok belok agama dan memberikan tunjuk ajar dalam perjuangannya mendekatkan diri kepada Allah dan Rasulullah..


orang yang bersahabat dan mencintai muslim lain kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan yang membawa kepada kebahagiaan dan kejayaan Akhirat, ini juga tergolong dalam erti kata saling mencintai semata2 kerana Allah.. kerana sesungguhnya dunia itu sebagai taman bercucuk tanam dan akhirat adalah dusun untuk memetik hasil tuaian.. apabila subur dan mekar tanaman, maka hasil yang akan dipetik dan dituai di akhirat kelak adalah yang terbaik dan penuh nikmat...


bercinta dan besahabat adalah berhukum harus apabila tujuan bercinta dan berkasih sayang adalah kerana dirinya berasa senang dan lapang hati apabila berkawan dengan orang itu atau pun orang itu boleh membantunya dalam urusan dunia yang membawanya dapat hidup bersenang lenang dalam kemewahan... ini ditafsirkan sebagai cinta tabi'i..


sesungguhnya, bercinta dengan alasan tujuan yang ikhlas murni membawa kita kepada kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.. ganjaran pahala yang dijanjikanNya adalah besar dan akhirnya Syurga Firdausi menjadi singgahan terakhir kita... InsyaAllah...