PROSES REVOLUSI ISLAM
Kata2 Sayid Abu A'la Al MAududi dalam satu syarahan di Universiti Aligarh, India pada tahun 1940,
'Ramai kalangan umat Islam inginkan Daulah Islamiah (DI), tetapi tak faham apa maksudnya dan bagaimana ia lahir. terdapat jalan dan manhaj khusus untuk mencapai Daulah Islamiah.
untuk mencapai sistem daulah secara tabii dan mutlak,bukanlah melalui cara buatan barangan - dipindah dan diletak - tetapi kelahirannya dari masyarakat melalui saluran akhlak, jiwa, tamaddun, dan sejarah umat manusia yang saling bergantungan antara satu sama lain.
Sama seperti ilmu mantiq(logikal) dan kimia - yang awal menentukan yang akhir - contohnya, jenis buah mengikut jenis pokok yang ditanam. maka begitulah jalan dalam membentuk daulah islamiah, jalan
pembuatannya yang menentukan natijah dimana dan bagaimana daulah itu terbentuk.
pertamanya, ia perlukan kepada gerakan yang sesuai dengan konsep DI, bertujuan membentuk peribadi yang sesuai dan kerja berkumpulan yang sesuai, dan memupuk sifat sabar. ini adalah punca2 yang diperlukan dalam menentukan sistem DI mampu untuk mengambil tempat sistem non islamik yang sedia ada.
jika masyarakat tidak dipersiapkan dengan persediaan ini - maka tak mungkin matlamat pembentukan DI akan tercapai.
Daulah Fikriyyah:
Apa ciri-ciri khusus sebuah DI ?
Pertama: Tiada terikat dengan unsur bangsa / puak tetapi terbina atas dasar fikrah, prinsip dan
matlamat yang jelas.
Banyak negara didunia tertubuh atas sebab2 di atas.tetapi DI tidak sebegitu..ia terbina atas asas yang jelas iaitu berpegang kepada konsep keadilan dan ketauhidan.Biasanya negara wujud atas nama keluarga, bangsa dan keturunan.
Muslimin sekular nasionalis juga tidak faham konsep Negara Fikrah dan tidak menggunakan manhaj
fikri untuk tegakkan daulah - mereka sekadar mengumpulkan semua anasir baik dan buruk untuk membentuk negara demokrasi. Tambah pula mereka tidak merasa malu untuk megguna pakai istilah Islam dalam perjuangan mereka semata2 untuk mempertahankan dan menjustifikasikan perbuatan mereka dalam pemerintahan.
para Nasionalis langsung tak boleh mencapai maksud daulah fikriyyah (DF)yang sebenar - bahkan merekalah peruntuh DF itu sendiri. DF tidak melihat kepada bangsa dan keturunan tetapi ia melihat kepada kemanusiaan.ia memandang sama rata kepada sesiapa saja yang menerima prinsip ini dan menolak sesiapa yang tidak berpegang kepada prinsip.
Ciri kedua: Khilafah Ilahiyyah:
Asas binaanya adalah - hakimiyyah lillah. Tiada makhluk boleh menentukan hukum dan keputusan terhadap manusia yang lain kerana manusia hanyalah khalifah.kita menjalankan perintah dari Maha Kuasa.
Sesiapa yang sanggup menerima tanggungjawaab ini sebagai khalifah, maka dialah yang berhak memimpin. dengan penuh sedar tujuan khilafah dan amanah yang diletakkan di atas pundakknya.
Orang yang ditentukan layak dalam sistem sekular langsung tak layak dalam sistem DI. kerana urusan DI hanya boleh dijalankan oleh orang yang dibentuk khusus mengikut manhaj khas iaitu mesti takutkan Allah,
lebihkan akhirat, memandang berat dosa, dan tiada taasub terhadap mana2 pihak dan perkara.
JALAN REVOLUSI ISLAM
Daulah Islamiah lahir mengikut faktor2 fikrah, akhlak dan kedudukan masyarakatseperti contoh hanya pokok limau membuahkan buah limau.
DI tidak lahir secara mukjizat malah ia perlu kepada gerakan syamilah yang terbina atas konsep kehidupan Islam iaitu setiap anggota masyarakat bersedia untuk mencernakan Islam dan berusaha untuk menyebarkannya.
Mereka bergerak melalui cara membina kehebatan ilmu dan membentangkan kehebatan Islam kepada masyarakat umum.
mereka perlu mencabar secara hikmah keburukan sistem pemerintah yang sedia ada untuk mencapai kedudukan yang lebih bersih dan cekal.
sesungguhnya manusia umum yang mempunyai fitrah baik akan tertarik untuk menyertai golongan pejuang DI ini dan sesungguhnya jahiliyyah akan berundur dengan pertolongan Allah.
Semua revolusi bermula dengan gerakan sebarkan fikrah dan begitu jugalah dengan revolusi Islam'.