Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.
"Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan.. apa ni," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini.
Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit. Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu yang dianggap cuba mengulangi kes serupa pada 1998.
Beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatannya pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dengan perbuatan liwat.
Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, di negara ini tuduhan liwat terhadap seseorang bagi menjatuhkan karier politiknya seperti menjadi amalan biasa.
"Di Malaysia sudah jadi begitu suka tuduh menuduh. Berapa kali telah dibuat tuduhan begitu.
"Liwat ini bukan orang buat di atas jalan raya, perbuatan itu dilakukan secara sulit sekiranya benar ia berlaku. Mengapa pula senang-senang hendak tuduh orang lain.
"Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh," ujar beliau.
Menurutnya juga dalam Islam ada lima perkara yang mesti dikenakan hudud iaitu murtad kerana ia terlibat dengan akidah, dan mencuri membabitkan harta benda orang lain.
Manakala tuduhan zina boleh menjatuhkan maruah seseorang.
Beliau berkata, tuduhan zina mesti ada sekurang-kurang empat orang saksi kalau tidak, boleh dirotan atau denda terhadap orang yang membuat tuduhan.
Menurutnya hakim sudah melepaskan Anwar terhadap tuduhan liwat sebelum ini dan sekarang tuduhan serupa pula cuba diulangi.
"Tuduhan zina ini berkehendak kepada saksi, tidak boleh tidak," katanya. Beliau juga mengakui tuduhan yang dibuat itu secara tidak langsung boleh menjejaskan imej pembangkang.
"Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej negara, apa sebab hendak buat tuduh menuduh begini," katanya. Beliau berkata begitu juga dengan tuduhan rasuah terhadap seseorang mesti ada bukti yang jelas dan tidak boleh dibuat sesuka hati.
p/s ; sedutan harakah
Tuesday, July 01, 2008
AKUAN BERSUMPAH ; IMPLIKASI BERAT
Md. Sayuti Omar
Meneliti kepada surat akuan bersumpah (statutory declartion) yang diakui oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) bertarikh 18 Jun 2008 saya yakin semasa raja bloger itu menulis artikel berjudul Let send the Altantuya murderer's to hell kerana beliau mendapat maklumat seperti mana diakukan dalam surat akuan bersumpah berkenaan.
Bukti seperti mana yang disebut dalam surat akaun itulah yang memberanikan RPK untuk menulis artikel berkenaan.
Artikel berkenaan sangat berat risikonya. Ia terbukti bila gara-gara artikel berkenaan telah menyebabkan enam orang anggota polis menyerbu rumahnya di Sungai Buloh merampas laptop kemudian beliau didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan. Artikel berkenaan juga menyebabkan RPK terpaksa tidur tiga malam di penjara kerana enggan membayar wang ikatan jamin sebanyak RM5,000.
Mohd Najib Razak yang menjadi sasaran artikel itu ternyata terperagah dengan rencana berkenaan. Maka ada orang mengaitkan Najib yang bertanggungjawab 'mengarahkan' polis menyerbu rumah RPK dan kemudian mendakwa RPK. Kalau benar, bermakna tindakan Najib itu salah.
Dalam konteks politik kebenaran bukan boleh diatasi dengan undang-undang tetapi dengan penuh fatanah. Selalunya tindakan secara lateral dalam politik tidak menguntungkan orang yang bertindak.
Ada alasan kalau Najib tidak membuat 'arahan' terhadap polis ataupun tidak bersetuju kalau RPK tidak didakwa. Kerana tindakan itu boleh menyusahkan dirinya. Pengalaman yang pernah dilalui bekas TPM, Anwar Ibrahim, mungkin telah mengajar Najib. Kerana Anwar bertindak menerusi prosuder undang-undang ke atas fitnah menerusi sebuah buku mengenai dirinyalah akhirnya impiannya untuk jadi PM runtuh bercelabah.
Maka ada kemungkinan ada pihak lain yang mahu melihat RPK bergaduh dengan Najib kerana keadaan itu menguntungkan mereka! Ada orang yang akan menangguk di air keruh daripada keadaan itu. Siapakah pihak itu?
Dalam konteks hari ini siapakah yang merasa gerun dengan kedudukan Najib? Orang itu bukan Tengku Razaleigh, Muhyiddin Yassin atau pun Anwar. Orang yang menduduki jawatan itu sekarang mungkin merasai akan hawa berkenaan. Sebaliknya, baik Razaleigh, Muhyiddin atau Anwar sangat suka kalau Najib sedang bergelumang dengan sebarang masalah.
Abdullah yang menjadi PM sekarang ini adalah munasabah kalau merasa takut kepada Najib. Apa lagi ada desas desus yang cukup menyakinkan bahawa Najib sedang membuat persiapan untuk merempuh Abdullah. Walaupun Najib berikrar berkali-kali tetapi bila dalam keadaan terdesak Najib mungkin langgar ikrar itu. Tindakan sebegitu bukan saja oleh Najib tetapi sesiapa saja.
R
PK pula tentu berdendam dengan Najib. Apa lagi kalau beliau menganggap Najib yang bertanggungjawab menyusahkannya, penyerbuan polis dan pendakwaannya di mahkamah. Namun, sebagai penulis yang mahukan kebenaran dan jijit dengan kemungkaran, RPK tidak akan berkompromi dengan sesiapa. Kejayaan menjatuhkan manusia yang jahat dan bejat adalah satu kejayaan yang perlu diraikan.
Apabila RPK membuat akuan berkanun di mana kalau tidak benar beliau boleh dipenjara, adalah sebagai kesenimbungan 'kemarahan' beliau kepada Najib. Atau tepatnya kesenimbungan pejuangan untuk menegakkan keadilan. Beliau mahu Altantuya terbela. Atltatuya sudah mati tetapi keluarganya harus diberikan keadilan dan kepuasan!
Seperti mana kata RPK sebagai orang yang tahu rahsia beliau kena bagitahu. Adapun kenapa beliau tidak menggunakan mekanisme lain seperti polis, ialah kerana beliau tidak percaya kepada integriti polis selepas mempunyai pengalaman dengannya. Jadi beliau mengambil keputusan mendedahkan secara umum agar biar orang semua tahu. RPK seolah mahu masyarakat dan dunia menghukum Najib bukannya mahkamah.
Baik rencana dan surat akuan bersumpah itu ia benar-benar menyusahkan Najib. Seperti disengaja pula sebaik Najib pulang dari Eropah bersama isterinya surat berkenaan didedahkan. Kenapa? Tentu ia ada agenda tersendiri daripada RPK atau orang yang berdiri di belakangnya? Kalau ada!
Seperti dikatakan tadi ia memberi berbagai implikasi negatif kepada Najib. Bagaimanapun setakat ini belum ada apa-apa tindakan daripada Najib. Baik Najib, isterinya Rosmah dan tiga nama lain yang disebut dalam surat itu belum bertindak mengambil apa-apa tindakan ke atas RPK.
Kelambatan bertindak menyebabkan surat itu akan cepat beredar. Orang ramai juga akan membuat tanggapan bahawa surat itu benar kerana kalau tidak pasti ia sudah diambil tindakan. Lagipun budaya suka berbohong dan tidak berkata benar di kalangan pemimpin politik negara ini menyebabkan rakyat tidak mudah percaya apa-apa penafian orang politik. Kebenaran seakan sukar untuk lahir daripada orang politik!
Yang jelasnya isu surat itu sudah dibawa ke Parlimen. Lim Kit Siang sudah mengemukakan usul untuk dibahas di Parlimen, tetapi ia ditolak. Walaupun begitu namun ia sudah menjadi bahan sejarah dan termaktub dalam hansard Parlimen dan menjadi dokumen yang tidak boleh dihapuskan lagi.
Tidak sedikit yang beranggapan pendedahan surat akuan berkanun itu sebagai tidak siuman. Namun apabila ianya dibiarkan berleluasa dan bebas dibincang menyebabkan ia akhirnya diterima sebagai benar. Selagi RPK tidak diambil tindakan maka selama itulah orang mengatakan beranggapan dakwaan dalam surat berkenaan ada asasnya. Begitu juga walaupun Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima dan menyimpan maklumat seperti dituduh itu ia tidak mudah menyakinkan orang ramai. Tentu orang ramai masih teringat bagaimana Abdullah berdolak dalih dalam banyak hal termasuk mengenai tarikh perkahwinannya dengan Jeanne Abdullah dulu.
Adalah baik orang-orang yang disebut dalam surat itu bertindak dan tampil membuat penjelasan dan tindakan bagi menyelamatkan Najib. Kerana yang terbeban dan sakit jiwa dengan surat akuan bersumpah itu ialah Najib yang berkedudukan selaku timbalan perdana menteri itu.
Tidak mustahil kalau pihak-pihak berkenaan terus berdiam diri dan hilang akal untuk menyelesaiakannya. Najib tidak ada pilihan lain lagi. Jalan terbaik baginya ialah dengan berundur sebagai timbalan perdana menteri. Tidak ada gunanya Najib terus berdelima dan diserang migraine siang dan malam.
Tidak guna Najib bergagah untuk mewarisi jawatan itu kalau seluruh jasad dan jasminya dilumur dengan berbagai najis fitnah yang sukar untuk dibersih dan disucikan. Seperkara lagi Najib kena sedar bahawa jawatan TPM adalah keramat dan berhantu di mana tiga penjawatnya sebelum ini terpaksa berundur dengan merana. Mungkinkah Najib juga akan mengikuti jejak mereka!