HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
Showing posts with label khas. Show all posts
Showing posts with label khas. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

Monday, June 21, 2010

Monday, February 02, 2009

salam sejahtera

Assalamualaikum semua!

sudah lama tak bercoret coret dalam blog ni.. cuti sebulan memang tak sentuh langsung komputer..



LAPORAN RINGKAS PROGRAM KEM KESIHATAN DAN PERUBATAN ASAS (KKPA) 2009
DI CAMERON HIGHLA
ND.





Pertama sekali panjatkan syukur pada Ilahi atas rahmat dan taufiq hidayahnya program Kem Kesihatan dan Perubatan Asas (KKPA) 2009 bertempat di Cameron Highland berjaya juga direalisasikan..


'Medical camp' untuk masyarakat Orang Asli Semai ini adalah julung2 kali diadakan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia, India Student Chapter (IMAM-ISC) di luar peta geografi benua kecil India dan boleh diibaratkan sebagai program amal kemasyarakatan yang terbesar selepas JASSI 2008 Bangalore..


Walaupun ia cetusan IMAM- ISC, tapi ia tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa penggerak utama sahabat2 IMAM Cyberjaya SC dan sokongan kuat pihak-pihak berkaitan iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Malaysia, Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highland dan Penduduk Orang Asli Semai Kampung Sungai Ubi, Brinchang, Cameron Highland.. khairan kathira kepada Yg. Bhg. Prof. Dr. Abdul Latif serta keluarga kerana bersama-sama kami menyumbang tenaga dan masa demi kebaikan masyarakat dan perkembangan dakwah Islamiah.


Perserta adalah seramai lebih kurang 40 orang terdiri daripada pelajar perubatan dan pergigian dari KMC dan JJMC India, pelajar perubatan Universiti Malaya, pelajar praperubatan Kolej Mara Banting (KMB) dan Kolej Mara Seremban (KMS) serta pelajar perubatan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).


Program yang secara peribadi saya anggap bersifat serampang dua mata di mana bukan sahaja khidmat perubatan asas diberikan kepada penduduk Orang Asli malah kami juga menyelitkan unsur-unsur dakwah tauhid sepanjang bersama mereka dengan tujuan agar kekuatan akidah mereka yang berugama Islam terus kekal..


Ini adalah perlu memandangkan kita sedia maklum pegangan agama di kalangan mereka adalah sangat lemah dan mudah terpedaya dengan dakyah kotor pihak musuh Islam terutama pendakwah2 Kristian yang jelas menggunakan kekuatan material dan wang ringgit untuk pesongkan agama yang sedia dianuti..


Program ini juga memberikan impak yang cukup besar kepada para peserta kerana tentatif yang tersedia berhasrat untuk memberikan pengalaman minda dan fizikal berkaitan perubatan dan kesihatan selain bertujuan membentuk syahksiah dan jati diri berdasarkan elemen2 agama yang diterap kepada semua peserta sepanjang sesi program..


Secara keseluruhan, objektif dan harapan yang digarap berjaya disempurnakan.. Alhamdulillah..


Program Kem KKPA 2009 umumnya dibahagikan kepada dua bahagian di mana pemeriksaan kesihatan lengkap merangkumi seluruh sistem badan dan penentuan penyakit pada peringkat awal dipraktiskan pada sebelah petang 2-5pm (17hb Jan) di kampung Orng Asli tersebut disamping sesi program khusus untuk para peserta berbentuk ceramah pengukuhan prinsip asas pendidikan perubatan dan taklimat hala tuju pemilihan pengajian diaplikasikan semasa di CUCMS kampus ( 16hb Jan) yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Dr. Muhaya dan semasa di Cameron Highland (18hb Jan) oleh Yg. Bhg. Prof Dr. Abdul Latif sendiri selaku wakil dan 'orang kanan' Persatuan Perubatan Islam Malaysia.


Jutaan terima kasih kepada semua yang menghulurkan sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit demi kejayaan program dan tahniah kepada semua peserta yang penuh dedikasi dalam semua aktiviti yang diatur.. mohon maaf jika berlaku sebarang kecacatan dalam segenap keadaan.. janji kami segala yang kurang akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa, InsyaAllah.


Semoga ukhuwah antara semua sahabat2 terus mekar dan terjalin dan diharap ia menjadi suatu titik permulaan untuk melangkah lebih jauh dalam landasan perjuangan ini!


Jakk

-Muhammad Shauqi Bin Abdul Kadir.




Wednesday, December 31, 2008

KEPADA SEMUA YANG BERKENAAN

MAKLUMAT KEM KESIHATAN DAN PERUBATAN ASAS 2009
* sila rujuk entry terdahulu.tq
...............................................................................................................................................
TENTATIF PROGRAM :
................................................................................................................................................

16 Jan 2009 ;

0400 PM - Pendaftaran dan Bayaran penyertaan.

0700 PM – Solat Maghrib

- Perasmian Program

- Makan malam

0900 PM - Ceramah Motivasi Pendidikan dan Pembelajaran Cemerlang oleh Dr. Muhaya, Pakar Opthalmology UKM.

1100PM – Ceramah isu Palestin dan penghayatan perjuangan.

1200 PM - Bermalam di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).

(1) Berikut adalah pelan untuk ke CUCMS dari KL Central ;-

- dari KL Central bertolak ke Stesen Putrajaya menaiki KLIA Transit (ERL) (sila rujuk peta lampiran di bawah)

- tiba di Stesen Putrajaya, menaiki bas awam ke Cyberjaya Bus Station.

- CUCMS terletak bersebelahan dengan Cyberjaya Bus Station.

(2) Semua Peserta mesti datang dalam tempoh pendaftaran bermula 0400 hingga 0600 PM. Ahli-ahli jawatankuasa Projek akan menunggu di CUCMS.
.
..............................................................................................................................................

17 Jan 2009 ;

0600 am – Solat subuh dan tazkirah.

0730 am – sarapan dan bertolak ke kaki Cameron Highland.

1000 am - tiba di kaki Cameron Highland.
- Kem kesihatan dan perubatan Asas bersama masyarakat Orang asli.

0300 pm – Solat dan bertolak/mendaki Cameron Highland ke Lata Iskandar (air terjun)

0500 pm – bertolak ke Berincang.

0700 pm – solat dan Program PPIM dan tazkirah.

0900 pm – Pasar Malam

................................................................................................................................................

18 Jan 2009 ;

0600 am- solat subuh dan tazkirah.

0800 am - program-program yang disusun PPIM.
- riadah dan lawatan di sekitar Cameron Highland.

0200 pm - solat zuhur dan bertolak pulang ke CUCMS

.................................................................................................................................................


……………………………………………………………………………………………

OBJEKTIF PROGRAM:
……………………………………………………………………………………………..

1) Melakukan khidmat masyarakat kepada penduduk Orang Asli dalam bentuk pemeriksaan kesihatan ringkas. (pemeriksaan umum seperti BP, BMI dan sebagainya).

2) Memupuk kesedaran kepada masyarakat orang asli di kaki Cameron Highland tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan masyarakat.

3) Pendedahan dan menambah pengalaman kemahiran dalam kaedah perubatan terkini.

4) Memahami perkaitan antara Islam dan perubatan kontemporari.

5) Panduan dalam memilih kerjaya dan pengkhususan bidang kepada pelajar-pelajar perubatan.

6) Riadah dan lawatan di Cameron highland.

7) Merapatkan hubungan ukhuwah antara pelajar-pelajar perubatan dan pra perubatan.
……………………………………………………………………………………………

Tuesday, December 16, 2008

off topic (SEBARAN UMUM)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,





Bersempena dengan cuti semester Dec08/Jan09, MALAYSIAN STUDENT ASSOSIATION, MANGALORE (MSA) dengan kerjasama PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA (PPIM) akan menganjurkan ;


' Kem Kesihatan dan Perubatan Asas '



LOKASI
: Perkampungan Orang Asli dan Peranginan Cameron Highlands.


TARIKH : 16-18 Januari 2009.


PESERTA : Terbuka kepada semua mahasiswa perubatan (keutamaan di berikan kepada pelajar perubatan dari Mangalore, Manipal, Bangalore dan seluruh India terlebih dahulu dan tempat adalah terhad)



OBJEKTIF PROGRAM:


1) Pemeriksaan kesihatan ringkas kepada masyarakat orang asli (pemeriksaan umum seperti BP, BMI dan sebagainya).

2) Memupuk kesedaran kepada masyarakat orang asli di kaki Cameron Highland tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan masyarakat.

3) Pendedahan dan menambah pengalaman kemahiran dalam kaedah perubatan terkini.

4) Memahami perkaitan antara Islam dan perubatan kontemporari.

5) Panduan dalam memilih kerjaya dan pengkhususan bidang kepada pelajar-pelajar perubatan.

6) Riadah di Cameron Highland

7) Merapatkan hubungan ukhuwah antara pelajar-pelajar perubatan (Australia, Malaysia, India)




KEPERLUAN : Lab coat, Stetoskop, pita ukur, knee hammer dan sebagainya (peralatan posting), pakaian dan keperluan peribadi yang bersesuaian.



BAYARAN
: RM 150 (bayaran bas dan penginapan di Cameron Highland) DAN makanan adalah ditanggung sendiri..


.........................................................................................................................................................................................


TENTATIF PROGRAM
:

..........................................................................................................................................................................................


16 Jan
2009 ;


0400 - 0600 PM - Pendaftaran dan Bayaran penyertaan. Bermalam di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).


(1) Berikut adalah pelan untuk ke CCUMS dari KL Central ;


- dari KL Central bertolak ke Stesen Putrajaya menaiki KLIA Transit (ERL) (sila rujuk peta lampiran di bawah)

- tiba di Stesen Putrajaya, menaiki bas awam ke Cyberjaya Bus Station.

- CUCMS terletak bersebelahan dengan Cyberjaya Bus Station.


(2) Semua Peserta mesti datang dalam tempoh pendaftaran yang ditentukan. Ahli-ahli jawatankuasa Projek akan menunggu di CUCMS.


.....................................................................................................................................................

17 Jan
2009 ;


0730 am - bertolak ke kaki Cameron Highland

1000 am - tiba di kaki Cameron Highland Kem kesihatan bersama masyarakat Orang asli

petang - bertolak/mendaki Cameron Highland ke Lata Iskandar (air terjun)

- tiba di puncak Cameron Highland

- program bersama pelajar-doktor PPIM dan bermalam di Cameron Highland.

.....................................................................................................................................................


18 Jan 2009 ;


0800 am - program-program yang disusun PPIM

petang - bertolak pulang ke stesen KL Sentral


.........................................................................................................................................................................................


PERHATIAN!!


* Sesiapa yang berminat menambah ilmu dan kemahiran dalam perubatan dan aspek-aspek berkaitan (dan diharapkan anda berminat) sila beri nama dan nombor telefon di Malaysia dan alamat di Malaysia yang dapat dihubungi kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Projek selewat- lewatnya 22 Disember ini. Pada 3 Januari, reconfirmation akan dbuat semula terhadap semua peserta melalui panggilan. Adalah diharapkan nama-nama yang diberi adalah disifatkan sebagai tetap, sebarang perubahan tidak akan diterima kerana ia bersangkutan dengan urusan penginapan, pengangkutan dan lain-lainnya.


1) Saudara Shauqi - 9901730626 / 017 4772925

2) Saudara Mahfidz - 9980951406

3) Saudara Alimin - 9880190965 / 019 9191481

4) Saudari Nor Dalila - 9901330592

5) Saudari Hadhinah - 9886082107





* Tentatif program tertakluk kepada perubahan.


* Bayaran RM 150 hanyalah anggaran, wang lebihan akan dipulangkan. Bayaran dibuat semasa mendaftar untuk menginap di CUCMS.



'BERJUANG UNTUK AGAMA DAN NEGARA'

Terima Kasih.



Sunday, December 07, 2008

shauqi TV






p/s : berangan-angan dalam khayalan realiti =)

Monday, September 29, 2008

shauqiTV

SILA 'PAUSE' LAGU DI SEBELAH TERLEBIH DAHULU..

SELAMAT MENONTON..



1) RANGKAIAN POLITIK














2) RANGKAIAN AGAMA












3) RANGKAIAN SAUDARA