HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Thursday, December 11, 2008

ANALISIS # 4






Assalamualaikum..


Sejak sekian lama menyimpan hasrat untuk menukil sedikit sebanyak mengenai perkembangan politik tanah air, akhirnya kesempatan dapat juga diperolehi. bukan apa, akhir-akhir ini sibuk dengan urusan pembelajaran dan peperiksaan yang semakin lama semakin 'meloyakan' (kononnya sibuk?). huhu.. walaupun begitu, fikiran tidak lepas dari terus memikirkan dan membuat analisis yang termampu sebagai manusia yang cetek ilmu.. segala ulasan hanya sekadar pandangan peribadi insan kerdil berkenaan suatu perkara yang luas dan kompleks di negara sendiri..




16 Sep terkubur?




Sejak azam Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk menjatuhkan cengkaman pimpinan BN peringkat persekutuan dan digantikan dengan gembelingan kuasa Pakatan Rakyat untuk memerintah pada 16 Sept lepas menemui kegagalan, lanskap politik negara sedikit sebanyak berubah.. langkah sesuai yang difikirkan mampu merealisasikan harapan dan cita2 itu adalah melalui perpindahan Ahli-ahli Berhormat (MP) BN ke pakatan pembangkang, di mana hanya lebih kurang 30 kerusi Parlimen diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru dengan majoriti mudah. MPs ini yang kebanyakannya dari seberang Laut China Selatan iaitu Sabah dan Sarawak dikatakan telah memberikan sumpah bertulis kepada DSAI bahawa mereka tetap akan berhijrah beramai-ramai sebagaimana yang telah diputuskan melalui sesi-sesi perbincangan tertutup antara mereka dengan utusan-utusan DSAI. tidak tahulah pula apa janji-janji manis yang diberikan wakil-wakil ini kepada mereka sebagai sagu hati sanggup 'bertukar tuan'.. DSAI menegaskan bahawa tiada sebarang janji yang ditawarkan sama ada berbentuk jawatan ataupun kewangan, perpindahan yang akan dibuat Ahli-ahli Berhormat ini adalah ikhlas demi keadilan dan mahukan perubahan.. kononnya.. namun tiada saipa yang dapat memastikan kesahihan ini, kerana dalam politik apa pun boleh berlaku.. ingatlah di sebalik char koew tew mungkin ada udang galah! hehe..


Setelah beberapa bulan DSAI menjaja isu ini dalam kebanyakan ceramah beliau di seluruh negara bahawa tarikh 16 Sep tetap akan berlaku, namun ia akhirnya menjadi menjadi isu bulian BN yang tersenyum sinis memperli angan-angan DSAI seumpama Mat Jenin.. namun sebenarnya, BN sendiri yang bertunjangkan UMNO kecut perut kalut juga memikirkan langkah-langkah yang patut dimbil kerana walaupun mereka yakin ia takkan berlaku, rasa gerun gemuruh tetap ada apabila memikirkan jawatan yang dipegang boleh terlepas dari tangan jika peralihan kuasa benar-benar terjadi. sebab itulah secara tiba-tiba MPs yang dianggap 'larat' untuk 'melompat-lompat' ini telah dikerah 'dihalau' keluar negara kononnya untuk menambah ilmu dada berkaitan pentadbiran di negara orang.


Alangkah ajaib, lawatan pula dilakukan secara tergesa-gesa tanpa perancangan dan bertepatan pula dengan tarikh suara rakyat suara keramat 16 Sep.. pun begitu dengar khabarnya DSAI tetap menghantar wakil ke sana dengan harapan ada kalangan MPs ini yang menghantar surat 'lompat pagar' dari negara Taiwan!


Akhirnya, 16 Sep berlalu tanpa sebarang kejadian yang 'diingini' banyak pihak.. orang ramai termasuk dari kelompok PR sendiri melahirkan kekesalan dan mula mempertikaikan kata-kata dan janji-janji manis DSAI.. mereka beranggapan beliau hanya seorang populis Pak Pandir memberikan harapan menggunung yang akhirnya hancur berkecai.. tambahan pula media arus perdana berat sebelah pada ketika itu saban hari memainkan isu kegagalan ini sebagai muslihat murahan retorik DSAI untuk menambat hati masyarakat semata-semata.. mereka menuduh DSAI hanya pandai bermain hujah, tetapi realitinya adalah kosong belaka.. banyak orang terpedaya dengan media dan bukan sedikit yang kecewa.. mainan media ini memang menjadi juga sedikit sebnyak..


Semasa perbahasan Kongres Nasional Keadilan tempoh hari, Anwar menjelaskan bahawa 16 Sep adalah satu titik permulaan bagi setiap kekuatan yang dikumpul untuk menumbangkan BN. ia bukan beerti jika gagasan tidak tercapai bermakna kalah.. seluruh kekuatan yang terkumpul ke arah itu pada saat itu nampaknya masih belum memadai untuk menumpaskan tektik-tektik politik musuh yang pelbagai tidak kira hukum , maka usaha perlu diteruskan lagi sampai Putrajaya dalam genggaman.. tarikh itu sebagai pemangkin untuk terus berusaha lagi.. beliau juga menuduh kegagalan tersebut adalah sebab kedegilan Pak Lah untuk bersemuka dengannya untuk membincangkan peralihan kuasa secara licin dan baik kerana pada waktu itu katanya kuota MP yang nak melompat memang sudah cukup.. DSAI juga menyalahkan Speaker Dewan Rakyat kerana tidak meluluskan usul ketua pembangkang itu untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Pak lah. beliau berkata jika pengundian dijalankan, memang sudah sah kerajaan gulung tikar memandangkan MPs tersebut sudah bersedia memberi undi kepada pembangkang..


emm.. ini kata-katanya..mungkin benar mungkin juga sebaliknya. cuma saya teringat ungkapan ini, memang lumrah manusia, apabila sesuatu tak menjadi bukan sebab diri sendiri. tapi apabila ia menjadi maka mendabik diri ..


Jelasnya, usaha pihak pembangkang memang tidak pernah surut untuk terus berjuang sampailah hajat mereka tercapai.. jawapan DSAI berkenaan isu ini nampaknya boleh diterima ahli-ahli akar umbi dan masyarakat dan mereka kembali bersemangat waja untuk terus bersama-sama pimpinan PR untuk 'merampas' kuasa memerintah.. lawan tetap lawan!


dalam ucapan itu juga DSAI menegaskan dengan penuh semangat bahawa kerusi pemerintahan tetap akan menjadi milik PR tidak lama lagi.. adakah betul?? insan yang hebat berpidato ini (mungkin cakap aja lebih?) membuatkan pihak kerajaan memang tak senang duduk lagi sekali. hee.. berbisa mulutnya..



mari kita tunggu dan lihat apakah teknik serang menyerang yang diguna pakai pihak PR dan BN untuk menumpaskan satu sama lain.. memang menarik sekali.. cuma satu, janganlah penghujungnya nanti yang kalah makan abu yang menang gigit arang.. saya tak akan mengizinkan sama sekali jika kita hnya menang sorak tapi kampung tergadai diambil orang yang sedang menunggu sambil tersenyum.



Post 16 SEp..


Begitu banyak isu-isu yang timbul sejak kebelakangan ini.. ada yang membuatkan rakyat malaysia tersenyum hati lucu tertawa dan ada juga yang pedas membuat hati membara mengguris perasaan.



Rasuah pencalonan




Semua sedia maklum pemilihan pucuk pimpinan parti Umno akan diadakan tahun hadapan, dan tempoh berkempen memang terlalu lama.. isu yang menarik pemikiran saya untuk dikupas adalah kenyataan Tun Mahathir bahawa terdapat segelintir kepimpinan Umno bergelumang dengan rasuah membeli undi semasa proses pencalonan jawatan-jawatan tertinggi parti.. beliau mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin 'reput' ini yang ingin menjadi calon pemilihan nanti menawarkan pelbagai 'hadiah' kepada perwakilan-perwakilan mesyuarat bahagian sebagai balasan mencukupkan kuota pemilihan bagi mereka.. maka perwakilan-perwakilan ini dijanjikan habuan berupa projek-projek kerajaan, pangkat dan wang ringgit sebagai imbalan kepada maruah mereka yang terjual..


Tun menyifatkan hal ini sudah membarah dengan begitu teruk sekali sekarang apabila bukan sahaja bakal calon-calon sahaja yang berani menawar, malah ahli-ahli bahagian juga sudah pandai meletakkan harga masing-masing sebelum undi boleh diberi.. hebat betul tawar menawar. dan hebat sekali nilai diti mereka yang begitu murah.. hujah Tun berasaskan bahawa ada segelintir pemimpin-pemimpin yang berhajat nak duduk di kerusi empuk Timbalan Presiden Umno dan jawatan-jawatan penting lain, menabur duit dengan begitu banyak.. kata beliau tak kan lah orang-orang ini yang memang tidak 'laku' sejak awal-awal peringkat pencalonan tiba-tiba melonjak kedudukan sampai cukup kuota untuk bertanding di minggu-minggu akhir mesyuarat bahagian. maka mesti ada yang tak kena dan boleh diragui. memang ada logiknya di sini..


Tun mengakui perkara ini memang sudah berakar sejak dahulu kala, sejak zaman beliau PM dulu lagi. cuma dulu tak adalah teruk macam sekarang dan dulu tak adalah report-report salah laku rasuah pada Majlis Disiplin Umno sampai angka seribu laporan!. sekarang tabiat 'murni' ini amat susah nak dibuang lagi. jadi beliau melahirkan kekesalan..


beliau menggesa pihak badan disiplin parti melakukan siasatan tidak pilih bulu terhadap semua laporan ini dan mahu pihak yang terlibat dikenakan tindakan. memang betul kata Tun.. Beliau menambah lagi seperti dalam blognya, jika tiada apa-apa tindakan susulan diambil maka beliau sendiri akan mengumumkan nama-nama mereka yang terbabit dalam masa terdekat setelah bukti-bukti dikumpulkan. ini membuatkan banyak 'bos' yang bermain kotor semasa pencalonan dulu kecut perut, kalau-kalau nama mereka tersenarai sebagai 'pemenang cabutan bertuah'!! hahaha..




emm.. Tun adalah seorang yang berpandangan jauh, ini diakui sendiri oleh Tuk Guru Nik Aziz bahawa Tun insan yang hebat dan mulutnya pedas melawan dan memperli kuasa barat dan israel.. sepanjang 22 tahun pemerintahannya, Malaysia berjaya berada pada kedudukan yang hebat di mata dunia. malah kita menjadi model pada kebanyakan negara-negara membangun lain dan dunia Islam yang ingin meniru kejayaan kita dan mempelajari cara beliau mentadbir dan membangunkan negara ini.. dan memang wajar kita berterima kasih kepadanya.. tapi yang menghairankan, adakah beliau berpandangan 'tidak cukup jauh' berkaitan rasuah dalam parti? beliau sendiri mengakui 'under table activities' memang sudah lama wujud sebelum Pak lah pegang kuasa.. tapi kenapa dulu beliau tidak buang awal-awal 'precancerous lesion' ini sebelum ia benar-benar membarah dan menular ke semua peringkat?? kenapa sekarang baru nak bising-bising sedangkan dulu bila berkuasa tak nak buat??


Maka timbullah teori kedua berkenaan hal suap menyuap ini.. Tun bercakap hal ini semata-mata dengan harapan supaya puteranya menang mudah dalam pertandingan Ketua Pemuda pada Mac nanti.. umum diketahui lawan anak beliau adalah Khairi J dan Dato Seri Khir Toyo. ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa mereka berdua ini adalah antara yang akan tersenarai dalam pemain-pemain kotor politik wang yang akan dikeluarkan Tun itu, ataupun mereka tidak tersenarai tapi terdapat orang-orang mereka pula yang ada dalam senarai.. ini pun sudah cukup untuk membuatkan mereka berdua ini terpalit.. sudah tentu orang ramai akan berfikiran serong dan menjauhi mereka.. Maka dengan sendirinya nama anaknya akan menjadi pilihan tunggal perwakilan Mesyuarat Agong Umno nanti sebagai Ketua Pemuda yang baru..


jika tuduhan ini benar, maka memang benar Tun berpandangan jauh sekali.. amat-amat jauh dan hebat!



Sekolah vernakular dan sekolah untuk semua




Tiba-tiba isu ini muncul semula sejak sekian lama hilang.. semua orang sudah faham apa isinya.. cuma dulunya bapak yang bercakap, sekarang anaknya Datuk Mukhriz yang mengutarakan pendapat yang sama.. memnag betul dan saya setuju benar jika semua sekolah yang ada menempatkan semua pelajar kita dari pelbagai bangsa, duduk sama-sama belajar dan bermain berhubung sesama sendiri.. sekolah memang menjadi medium platform terbaik untuk memupuk perpaduan sejak kecil tambah-tambah polarisasi perkauman kita nampaknya semakin merenggang sejak akhir-akhir ini.. ia perkara yang baik untuk dikaji dan dipraktiskan.. kita ada banyak sangat sekolah yang bermacam-macam aliran.. masing-masing mempunyai identiti yang berlainan dan tidak berhubung langsung antara satu sama lain. Melayu di sekolah kebangsaan, Cina di sekolah jenis kebangsaan cina dan bgitulah juga Tamil.. mereka ini tidak pernah bertemu dan hanya terkurung dikelompok kaum yang sama yang cara berfikir juga sama. hal ini berterusan sampai ke peringkat universiti di mana mereka hanya bergaul dikalangan bangsa yang sama bahasa sahaja dan masing-masing pula ada anggapan buruk mengutuk di belakang terhadap satu sama lain.. sekolah-sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan cina dan tamil sememangnya setiap satunya semacam berada di negara-negara yang berlainan..


bila saja si anak buka mulut berhujah isu ini, maka berjuta reaksi yang kebanyakannya negatif datang dari badan2 kaum Cina dan Tamil, Dong Zong dan lain-lain.. mereka berkata selama ini sistem ini tidak pernah bermasalah dan banyak menyumbangkan kepada pembangunan insan yang cemerlang. malahan ia dikawal oleh akta dalam perlembagaan dan undang-undang.. mereka menuduh si anak ini cuba mencari pasal dan bermain api berniat buruk untuk melenyapkan identiti budaya dan adat pegangan bangsa sejak sekian lama terjaga.


memang boleh diterima jika kerisauan mereka berpusar kepada keutuhan adat dan budaya agar tidak tenggelam dan hilang dicelah arus perdana adat masyarakat majoriti..


cumanya, jika kita tidak mempraktiskan pandangan penyatuan sistem pendidikan ini sekarang supaya diletakkan dibawah satu bumbung , maka kita akan menghadapi masalah yang jauh lebih teruk dan berbahaya kepada kekuatan perpaduan negara di masa akan datang..adakah mahu 13 Mei berulang??harus diingat tragedi berdarah tersebut terjadi kerana kepincangan perpaduan ayang berpunca daripada ketidakseimbangan kawalan sosial dan ekonomi pelbagai kaum.


kaum Cina dan India tidak perlu takut kerana di bawah sistem ini semua perlu harus belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di samping bahasa Mandarin dan Tamil terus ditekankan.. mereka mengatakan lagi bahawa tidak perlu Bahasa Melayu diutamakan dalam sistem pendidikan negara kerana penggunaannya hanya terbatas dalam negara sahaja, itupun dalam kalangan pentadbiran kerajaan. tidak lebih dari itu..jika benar-benar mahu memajukan semua bangsa Malaysia dengan satu bahasa tunggal maka Bahasa Inggeris lah yang harus digunakan seperti negara-negara maju US dan Britain, di mana pelbagai bangsa yang berbeza mendiami negara-negara tersebut.


ingin diingatkan di sini, mereka asalnya memang berbahasa Inggeris dan memang itulah bahasa mereka sejak dahulu kala. mereka gunakan bahasa itu bukan sebab ia bahasa dunia atau bahasa teknologi dan sains, tapi menggunakannya atas prinsip itu memang bahasa asal jati kebangsaan dan patriotik mereka. jika di takdirkan Bahasa Melayu ini adalah bahasa asal mereka, tetap mereka gunakan ia sebagai bahasa rasmi dalam espek pendidikan, pentadiran mahupun perniagaan. jelasnya, mereka bangga mempunyai satu bahasa yang berjati kebangsaan dan dituturkan oleh semua warganegara negara. Di Malaysia, jika sistem ini dilaksanakan maka adat budaya semua bangsa akan terus disemarakkan dan disatukan menjadi adat Malaysia dan sistem pendidikan terus dimajukan dari semasa ke semasa.. ya memang betul pada mulanya, pelbagai masalah akan timbul, tapi ia bukan suatu penghalang untuk menjadikan ia suatu kenyataan..



saya berkeyakinan kita akan betul-betul dapat melahirkan satu lapisan masyarakat Malaysia yang cekal budaya, bersatu padu dan berketrampilan.. InsyaAllah.


namun yang menjadi bualan pula, isu ini timbul di celah-celah si anak ini akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno. maka ia di cap sebagai hanya bermain isu demi kepentingan peribadi dan bukan ikhlas, hanya sekadar meraih simpati dan sokongan dari masyarakat melayu Umno untuk memilih dan mengundinya nanti.. jika ini niatnya, maka isu satu sistem sekolah hanya bagai melepas batuk di tangga sahaja.. apabila sudah berjaya mendapat jawatan, maka mulut akan terkunci berbicara isu ini dan ia akan ditinggalkan dek takut tekanan dari pihak-pihak lain dalam komponen BN..



bersambung...



p/s : saya puas hati..