HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Sunday, January 17, 2010

Saranan Dr. Al-Qaradhawi Agar Aqidah Al-Asy'ari Terus Dijaga Di Malaysia


Islam adalah suatu cara hidup meliputi seluruh aspek hidup.maksudnya segala apa yang kita ingin lakukan ataupun fikirkan tak kira apa jua terdapat cara dan kaedah yang jelas terbaik yang di anjurkan syarak..kalau kita yakin syurga neraka itu ada maka islamlah jalan kita.

untuk hidup sebagai muslim sejati maka islam itu harus di ambil secara total.bukan memilih milih yang mana suka yang mana tidak. seumpama makan nasi yang separuh dari nasi itu di tambah pasir, maka adakah kita boleh katakannya ia suatu jenis makanan yang baik?



maka sebab jugalah itu pemahaman tentang ilmu untuk mengetahui segala tunjuk ajar bekaitan cara hidup islam juga adalah amat luas..ilmu tentang mempraktiskan cara hidup islam sudahlah terlalu luas, malah ilmu tentang konsep2 islam yang pelbagai juga teramatlah luas.dan kita dituntut untuk mempelajari ilmu2 ini setakat yang mampu..

maka timbullah pelbagai teori dan pandangan serta ulasan yang berpaksikan ilmu2 yang dipelajari dari tokoh2 dan kitab2 berlainan mahupun buah fikiran yang muncul hasil pemikiran ilmu2 yang ada dalam jiwa oleh insan yang betul2 ikhlas dan dari munafik..

di malaysia, secara umumnya ilmu agama yang ada pada orang melayu islam adalah masih lemah..bukan sesuatu yang sukar untuk meyakinkan orang ramai bahawa ini adalah 'sesuatu yang islamik' hanya dengan menempel beberapa potong ayat berunsurkan bahasa arab.kerana ramai orang fikir arab itu sudah mestilah islam!

atas sebab begitu rendahnya pemahaman terhadap agama sendiri, maka apabila timbulnya isu2 yang berat yang berkaitan aqidah dan mazhab, maka terus bertambah bengonglah ramai dari kita termasuklah penulis sendiri..

jelasnya,isu aqidah dan mazhab adalah kompleks kerana ia adalah melibatkan terlalu banyak cabang2 ilmu di bawah payung islam dan ia juga boleh menjadi suatu isu politik!

sudah menjadi pegangan kita masyarakat melayu islam di malaysia mengamalkan mazhab syafiee al `asyaari.ia adalah cabang fekah islam yang sudah diakui kebenarannya dan kesahihannya untuk dipegang dan di amalkan secara menyeluruh oleh ulama2 muktabar seluruh dunia.tetapi bukan makna pegangan yang lain itu salah pula.ingat, ilmu Allah amat luas.dan bukan bermakna perbezaan pendapat hasil percambahan ilmu2 adalah tidak dibenarkan pula.

cuma apabila memikirkan majoriti muslim malaysia yang masih rendah ilmu islammya, maka segala apa yang dilabel sebagai 'baru' dalam pentafsiran dan pemahaman dan pengamalan perbuatan islam membawa kesan buruk yang amat ketara iaitu perpecahan dan kemusnahan ummah!

calar balar dan retak rungkai dalam masyarakat islam malaysia adalah terlalu teruk dalam banyak perkara politik ekonomi dan lain2nya.mahu hancurkan diri sendiri sebab persengketaan siapa lebih betul dalam pemahaman akidah dan mazhab islam pula??maka bodohlah kita..

pada peringkat awal adalah baik perbincangan seumpama ini harus di lakukan antara pihak2 yang sudah dilabel hebat dalam cabang2 ilmu islam.apabila suatu resolusi ataupun kesepakatan bersama sudah tercapai, bolehlah dipanjangkan kepada umum.bukankah itu lebih manis sebagai adap melayu islam?jika semua pihak ikhlas dalam kehidupan sebagai muslim sejati maka ini bukan susah untuk dibuat..mungkin ada tapi jarang2 dan masyarakat umum tak tahu..maka timbul adakah mereka ini berpura2 dan ada kepentingan diri sendiri? Allahu a`laam.

baru2 ini tokoh agama syeikh Yusuf Qardawi datang malaysia.rasanya semua orang kenal ulama hebat ini.budak2 hingusan pun rasanya kenal.maka apa yang diucapnya adalah sesuatu yang perlu diteliti dan diamalkan kerana beliau berstatus 'hebat' berbanding kita..

nasihat beliau adalah :

Disebutkan dalam islamonline.net di bawah tajuk:“القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية” (Maksudnya: Al-Qaradhawi mengajak Malaysia agar Berpegang dengan Jati Diri/Peribadi Keislamannya) antaranya:

الدوحة- دعا العلامة الشيخ يوسف القرضاوي ماليزيا إلى المحافظة على شخصيتها الإسلامية المتمثلة في مذهبها الشافعي وعقيدتها الأشعرية للوقوف أمام أي تسلل فكري من الخارج.

Maksudnya:

As-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjaga syakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keislamannya yang terzahir daripada mazhabnya As-Syafi’e dan akidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar.


وخلال لقائه أمس مع رئيس الوزراء الماليزي نجيب تون رزاق، دعا الشيخ القرضاوي رئيس الوزراء والعلماء للتكاتف من أجل المحافظة على الشخصية الإسلامية الماليزية "أشعرية العقيدة شافعية المذهب" لمواجهة أي تسلل فكري ومذهبي وافد من الخارج يشتت وحدتهم ويفسد عقيدتهم.


Maksudnya:

Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia semalam iaitu (Dato’ Seri) Najib Tun Razak, Sheikh Al-Qaradhawi mengajak Perdana Menteri dan para ulama’ agar bersatu padu untuk menjaga jati diri keislaman (Syahksiyyah Islamiyyah) Malaysia yang bersifat “Asy’ari dari sudut aqidah dan Syafi’e dari sudut mazhab” untuk menghadapi segala ancaman pemikiran dan mazhab dari luar yang memecah belahkan kesatuan mereka dan merosakkan aqidah mereka.

Kemudian disebutkan:

وعقب رئيس الوزراء الماليزي على كلام الشيخ القرضاوي، مؤكدا حرص حكومته على أن تبقى الشخصية الإسلامية الماليزية بعيداً عن الخلافات المذهبية التي تشتت ولا تجمع.

Maksudnya:

Perdana Menteri memberi ulasan terhadap perkataan Sheikh Al-Qaradhawi dengan menegaskan bahawasanya kerajaan akan terus mengekalkan jati diri (syakhsiyyah) keislaman negara Malaysia agar jauh daripada perselisihan mazhab yang memecah-belahkan umat dan tidak menyatukan mereka.