Friday, April 09, 2010
Saturday, January 02, 2010
THREATENING MINARETS - Dr Mahathir

2. I wonder what would happen in Malaysia if Hindu temples are not allowed to have statues, for example. I think there would be an explosion. The whole world will condemn us as being undemocratic, not respecting human rights, not upholding religious freedom etc.
3. But when the Swiss bans minarets (there are only four minarets in the whole of Switzerland) and the French ban headscarves, these are very democratic. Always double standards and unfortunately the discrimination is always against Muslims.
5. In fact more soldiers have been sent by him to Afghanistan and Iraq. He is now preparing to attack Iran together with his ally, Israel.
6. There will be excuses of course. They will show evidence that Iran is making nuclear bombs and is about to launch nuclear war against the world.
7. But after the evidence that Iraq has weapons of mass destruction to justify the invasion of that country, can we believe that the attack against Iran is due to the imminent nuclear attack by that country???
WAKE UP MUSLIM BROTHERS!!
Sunday, December 27, 2009
Jangan politikkan masa depan pendidikan negara - DR. RIDHUAN TEE

Jangan politikkan masa depan pendidikan negara
NUKILAN DR. RIDHUAN TEE.. MEMANG PATUT DI FIKIR FIKRKAN SEBAGAI PEDOMAN MINDA..
Mingguan Malaysia 22 Nov 2009
Saya amat mengharapkan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) supaya membantu 60 Chinese Independent Secondary School serta mengikhtiraf sijil yang dikeluarkan (UEC). Cukuplah dengan lebih 1300 SJKC yang telah sedia ada, dan akan bertambah dari masa ke semasa. Pemisahan di sekolah rendah sudah cukup berat bagi kita untuk memperkasa masa hadapan. Apakah kita mahu terus memisahkan mereka apabila berada di sekolah menengah? Ini belum ditambah dengan IPTS yang berasaskan kaum yang begitu ketara bilangannya, yang menggunakan bahasa ibunda sepenuhnya seperti di Kajang, Kuala Lumpur dan sebagainya. Saya boleh namakan satu persatu. Biarlah saya simpan dahulu. Apakah ini semangat 1Malaysia?
Di sekolah vernakular, bahasa Melayu hanya diajar tiga kali dalam seminggu. Apakah mereka ini boleh menguasai bahasa kebangsaan dengan baik? Buatlah kajian. Lihat sahaja keputusan UPSR pelajar-pelajar ini dalam bahasa Melayu dan kelas peralihan. Itu sudah cukup memberikan gambaran. Selepas itu buatlah bancian di kampung-kampung baharu. Nilailah tahap penguasaan bahasa kebangsaan. Saya bukan anti Cina. Saya amat sayangkan bangsa saya sebab mereka adalah juga kejadian Allah. Jika saya menolak mereka, bermakna saya menolak Allah yang menjadikan saya sebagai orang Cina. Apakah saya anti-Cina bila membangkitkan isu ini?
Biarlah kita bergaduh hari sekarang demi masa depan. Mudah-mudahan anak cucu cicit kita sejahtera hidup selepas ini. Kepentingan mereka mesti diutamakan berbanding kepentingan kita. Sebenarnya, menteri pelajaran mempunyai kuasa penuh untuk menolak semua sekolah vernakular ini. Tetapi kuasa itu tidak digunakan. Fikirkanlah toleransi yang tidak ada tolok bandingnya.
Sebelum tahun 1996, kita ada Akta Pelajaran 1961 Seksyen 21 (1B) yang memberi kuasa kepada menteri pelajaran untuk menutup atau memansuhkan SJKC/T. Akta ini amat ditakuti oleh persatuan-persatuan Cina. Mereka telah merayu dan mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta ini. Atas dasar tolak ansur, pada tahun 1995, menteri pelajaran ketika itu mengambil keputusan berani memenuhi hasrat kaum Cina dengan menarik balik kuasa atau peruntukan itu apabila membentangkan Akta Pelajaran baru pada 1996 yang lebih lunak.
Akta Pelajaran 1996 yang diperkenalkan masih lagi tidak dipersetujui oleh segelintir ultra kiasu. Ultra kiasu ini berpendapat, pindaan terhadap Akta Pelajaran 1961 kepada 1996 telah menyelesaikan satu masalah dengan memansuhkan Seksyen 21 (1)(b), tetapi menimbulkan masalah baru dengan tambahan Seksyen 17 (1). Menurutnya, Seksyen 17 (1) telah memberi kuasa baru kepada menteri pelajaran untuk memaksa sekolah vernakular menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Ultra kiasu berhujah, akta sebelumnya hanya menghalang sekolah rendah tetapi kini akta baru itu membolehkan kementerian menghalang, daripada pendidikan pra-sekolah hingga kepada pendidikan selepas peringkat menengah. Berdasarkan kepada Seksyen 28 dalam akta baru itu, hanya sekolah vernakular milik kerajaan negeri atau yang diberi ‘kebenaran khas’ oleh menteri pelajaran, yang mungkin dikecualikan daripada peruntukan di bawah Seksyen 17 (1).
Sebenarnya, akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 ‘lebih lembut’ berbanding akta pelajaran 1961 yang dimansuhkan. Tidakkah ini satu toleransi? Sanggup korbankan kuasa semata-mata untuk meraikan orang lain. Kepada golongan ultra kiasu yang selalu menentang saya bacalah akta ini dan bandingkan dengan akta sebelumnya. Siapakah yang menggubal akta ini kalau bukan Perdana Menteri kita hari ini yang ketika itu adalah menteri pelajaran. Menteri pelajaran sebelum itu, langsung tidak mahu bertolak ansur. Siapakah dia? Tanyalah sekutu parti ultra kiasu ini. Sayapun tidak faham kenapa mereka begitu baik hari ini sedangkan sebelum itu akta 1961 yang paling ditakuti ultra kiasu.
Namun, sekumpulan ultra kiasu ini tidak pernah bersyukur, apatah lagi untuk menghargai. Saya tidak nampak beza SJKC dengan sekolah Cina di negeri China dari segi bahasa, kecuali tambahan mata pelajaran bahasa Melayu 3 jam seminggu? Saya teringat kata-kata Khoo Kay Kim, sistem pendidikan hari ini mesti memenuhi keperluan 1Malaysia. Sistem pendidikan pelbagai tidak akan membantu rakyat memahami gagasan tersebut. Kanak-kanak dipisahkan sejak kecil. Bila membesar agak sukar untuk mereka memberikan kerjasama sama antara satu lain. Sekolah vernakular pada asalnya diwujudkan bagi membolehkan orang Cina India belajar asal-usul negara mereka. Tetapi hari ini mereka telah menjadi rakyat Malaysia, sepatutnya keadaan sedemikian tidak perlu wujud lagi. Kay Kim amat kesal dengan segelintir pihak yang mempertahankan sekolah berasaskan kaum ini.
Saya amat mengharapkan mereka yang terlalu banyak bercakap mempertahankan sekolah vernakular ini supaya membuat kajian secara menyeluruh. Jangan asyik menyalahkan kerajaan sahaja. Apakah agenda mereka sebenarnya? Jika mahu mempertahankan warisan nenek moyang, jagalah budaya dan cara hidup semua sekali? Jangan hanya isu bahasa sahaja, sebab isu bahasa adalah masalah negara. Saya minta mereka buat kajian tentang prestasi bahasa Melayu (BM) sekolah vernakular. Pertama, kebolehan dan keupayaan memahami dan bertutur dalam BM. Kedua, peratus kegagalan BM. Ketiga, masalah kelas-kelas peralihan dan masalah komunikasi antara pelajar dalam BM. Keempat, pergaulan pelajar peralihan dengan pelajar Melayu. Kelima, kegagalan dan kelulusan rendah dalam BM peringkat PMR dan SPM. Keenam, kefahaman dan kebolehan BM setelah tamat sekolah menengah. Ketujuh, kebolehan bertutur BM di kalangan bukan Melayu. Kalau tidak mahu buat kajian juga, ambil sampel beberapa pemimpin politik dan NGO yang lantang ini, termasuk pensyarah-pensyarah di jabatan pengajian Tionghua, cubalah uji keupayaan BM mereka?
Kita teramat sedih apabila baru-baru ini, seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar Cina, beberapa pertubuhan Cina seperti Dong Zong, Hua Zong, Persatuan Ketua-ketua Sekolah Cina, Persatuan Alumni Sekolah-Sekolah Cina dan lain-lain persatuan, menentang keras cadangan kementerian pelajaran untuk menyeragamkan silibus Bahasa Melayu di SK dan SJKC. Untuk makluman, silibus BM di SJKC lebih mudah berbanding SK. Begitulah bersatunya mereka. Apabila belajar BM mahukan yang mudah-mudah (cincai). Belajar bahasa sendiri mesti secara terperinci. Adakah kita sebenarnya serius memperkasakan negara? Adakah ini bukan ultra kiasu? Adakah kita masih tidak nampak dan sedar? Alasannya begitu simplistik, pelajar-pelajar SJKC tidak boleh dibebankan dengan BM yang agak susah sebab mereka terpaksa belajar tiga bahasa iaitu bahasa mandarin sebagai utama, bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga. Begini nasib bahasa Melayu di bumi Melayu. Tidakkah kita sedar bahawa BM adalah bahasa yang paling mudah dipelajari di dunia? Memanglah susah kalau hanya diajar tiga kali seminggu di SJKC. Adakah kita serius?
Saya tidak menafikan ada segelintir pelajar Cina yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam bahasa Melayu, tetapi bilangan amat kecil. Itupun setelah diwajibkan lulus. Bayangkan jika syarat itu tidak ada. Apakah belajar bahasa Melayu kerana terpaksa belajar atau semangat sayangkan bahasa kebangsaan? Fikirkanlah. Janganlah menegakkan benang yang basah, yang rugi nanti anak cucu cicit kita, ketika itu kita telah tiada. Jangan kerana ego hari ini kita korbankan kepentingan masa hadapan.
Kepada golongan ultra kiasu ini saya ingin bertanya, berikan saya satu contoh negara di dunia ini yang mengamalkan sistem sebegini? Kalau ada saya akan mengalah. Saya tidak akan sentuh soal pendidikan vernakular. Bukankah syurga kita di sini? Jangan selalu gunakan hujah kepelbagaian sebagai satu kekuatan atau unity within diversity. Terlalu banyak berbeza juga tidak membawa kebaikan. Kita perlu mencari banyak persamaan untuk memenuhi matlamat gagasan 1Malaysia. Persamaan itu hanya akan dapat dicapai dengan berkongsi matlamat wawasan negara. Ia bermula dengan berkongsi sekolah satu aliran, tanpa menafikan hak masing-masing. Jika isu asas seperti bahasa ini pun sudah tidak dipersetujui, apakah dalam perkara lain kita boleh bersetuju? Ringkasnya, sekolah satu aliran adalah satu mimpi jika kita terus berlembut. Kiasu itu dibolehkan. Tidak salah. Malahan Islam membenarkan. Tetapi jangan menjadi ultra kiasu. Kita tetap Cina tetapi jangan jadi terlalu ultra Cina, ultra Melayu, ultra India dan lain-lain ultra bangsa di Sabah dan Sarawak. Itu sudah ekstrim dan melampau.
Saya juga tidak nafikan guru-guru sekolah vernakular rajin dan dedikasi. Tetapi itu bukan bermakna kita boleh buat generalisasi bahawa guru-guru sekolah kebangsaan tidak sama standard dengan SJKC. Ingat! Tidak semua guru-guru SJKC bagus-bagus. Saya juga berpengalaman. Saya bukan Cina masuk Melayu atau Cina murtad. Saya hanya mempertahankan kepentingan masa depan dan anak cucu cicit kita. Jangan politikkan pendidikan kerana ia amat bahaya untuk masa depan negara. Jangan nafikan peranan kerajaan terhadap sekolah bantuan modal seperti SJKC. Perlu diingatkan lebih 400 SJKC adalah bantuan penuh dan dibina oleh kerajaan dalam setiap rancangan Malaysia.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional
MalaysiaKU
Monday, May 11, 2009
apa revolusi Islam?

Kata2 Sayid Abu A'la Al MAududi dalam satu syarahan di Universiti Aligarh, India pada tahun 1940,
'Ramai kalangan umat Islam inginkan Daulah Islamiah (DI), tetapi tak faham apa maksudnya dan bagaimana ia lahir. terdapat jalan dan manhaj khusus untuk mencapai Daulah Islamiah.
untuk mencapai sistem daulah secara tabii dan mutlak,bukanlah melalui cara buatan barangan - dipindah dan diletak - tetapi kelahirannya dari masyarakat melalui saluran akhlak, jiwa, tamaddun, dan sejarah umat manusia yang saling bergantungan antara satu sama lain.
Sama seperti ilmu mantiq(logikal) dan kimia - yang awal menentukan yang akhir - contohnya, jenis buah mengikut jenis pokok yang ditanam. maka begitulah jalan dalam membentuk daulah islamiah, jalan
pembuatannya yang menentukan natijah dimana dan bagaimana daulah itu terbentuk.
pertamanya, ia perlukan kepada gerakan yang sesuai dengan konsep DI, bertujuan membentuk peribadi yang sesuai dan kerja berkumpulan yang sesuai, dan memupuk sifat sabar. ini adalah punca2 yang diperlukan dalam menentukan sistem DI mampu untuk mengambil tempat sistem non islamik yang sedia ada.
jika masyarakat tidak dipersiapkan dengan persediaan ini - maka tak mungkin matlamat pembentukan DI akan tercapai.
Daulah Fikriyyah:
Apa ciri-ciri khusus sebuah DI ?
Pertama: Tiada terikat dengan unsur bangsa / puak tetapi terbina atas dasar fikrah, prinsip dan
matlamat yang jelas.
Banyak negara didunia tertubuh atas sebab2 di atas.tetapi DI tidak sebegitu..ia terbina atas asas yang jelas iaitu berpegang kepada konsep keadilan dan ketauhidan.Biasanya negara wujud atas nama keluarga, bangsa dan keturunan.
Muslimin sekular nasionalis juga tidak faham konsep Negara Fikrah dan tidak menggunakan manhaj
fikri untuk tegakkan daulah - mereka sekadar mengumpulkan semua anasir baik dan buruk untuk membentuk negara demokrasi. Tambah pula mereka tidak merasa malu untuk megguna pakai istilah Islam dalam perjuangan mereka semata2 untuk mempertahankan dan menjustifikasikan perbuatan mereka dalam pemerintahan.
para Nasionalis langsung tak boleh mencapai maksud daulah fikriyyah (DF)yang sebenar - bahkan merekalah peruntuh DF itu sendiri. DF tidak melihat kepada bangsa dan keturunan tetapi ia melihat kepada kemanusiaan.ia memandang sama rata kepada sesiapa saja yang menerima prinsip ini dan menolak sesiapa yang tidak berpegang kepada prinsip.
Ciri kedua: Khilafah Ilahiyyah:
Asas binaanya adalah - hakimiyyah lillah. Tiada makhluk boleh menentukan hukum dan keputusan terhadap manusia yang lain kerana manusia hanyalah khalifah.kita menjalankan perintah dari Maha Kuasa.
Sesiapa yang sanggup menerima tanggungjawaab ini sebagai khalifah, maka dialah yang berhak memimpin. dengan penuh sedar tujuan khilafah dan amanah yang diletakkan di atas pundakknya.
Orang yang ditentukan layak dalam sistem sekular langsung tak layak dalam sistem DI. kerana urusan DI hanya boleh dijalankan oleh orang yang dibentuk khusus mengikut manhaj khas iaitu mesti takutkan Allah,
lebihkan akhirat, memandang berat dosa, dan tiada taasub terhadap mana2 pihak dan perkara.
JALAN REVOLUSI ISLAM
Daulah Islamiah lahir mengikut faktor2 fikrah, akhlak dan kedudukan masyarakatseperti contoh hanya pokok limau membuahkan buah limau.
DI tidak lahir secara mukjizat malah ia perlu kepada gerakan syamilah yang terbina atas konsep kehidupan Islam iaitu setiap anggota masyarakat bersedia untuk mencernakan Islam dan berusaha untuk menyebarkannya.
Mereka bergerak melalui cara membina kehebatan ilmu dan membentangkan kehebatan Islam kepada masyarakat umum.
mereka perlu mencabar secara hikmah keburukan sistem pemerintah yang sedia ada untuk mencapai kedudukan yang lebih bersih dan cekal.
sesungguhnya manusia umum yang mempunyai fitrah baik akan tertarik untuk menyertai golongan pejuang DI ini dan sesungguhnya jahiliyyah akan berundur dengan pertolongan Allah.
Semua revolusi bermula dengan gerakan sebarkan fikrah dan begitu jugalah dengan revolusi Islam'.
Thursday, May 07, 2009
CERITA KATUN TAK BERTAMADUN
TAPI YANG PASTI BILA DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK YANG MULIA DPERKOSA DENGAN PELBAGAI PERLANGGARAN UNDANG2 DAN PERATURAN YG DITETAPKAN, MAKA TUNGGULAH KEHANCURAN PIHAK2 TERBABIT.
KENYATAAN SPEAKER YB. SIVA :
Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.
Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali.
Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.
Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari.
Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.
Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan tanpa ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.
macam2 lagi dalam blog YB ini, belek2 untuk tahu undang2 diperkotak katikkan.
http://idhamlim.blogspot.com/
Monday, April 20, 2009
'HAK ANDA DINAFIKAN'

Malaysia aman makmur setakat hari ini..hidup kita memang selesa, segala keperluan harian dan aktiviti2 sosial boleh kita lakukan tanpa ada sebarang sekatan dan halangan dari mana2 pihak pun..kita belajar, mencari rezeki dan membina silaturrahim sesama kita tanpa ada rasa takut apa yang dimiliki dalam hidup akan dirampas manusia lain..boleh dikatakan kita memang bertuah dapat melakukan apa saja yang kita mahu.hidup kita serba mewah, dapat bergelak ketawa dan bergurau senda dengan keluarga saudara mara dan kawan2.di kampung atau di bandar, tak ada siapa pun yang berani mengatakan ' hak anda dinafikan!!'

berbeza sama sekali dengan insan2 seugama yang berada di bumi PALESTIN.anak2 kecil dihidangkan dengan 'kemesraan' bom dan peluru pembunuh yahudi, golongan tua dan tiada upaya 'dipuaskan' dengan sekatan dan penghinaan maruah dan jati diri.golongan wanita dan remaja perempuan 'dimandikan' dengan ancaman rogol, cabul dan kerosakan harga diri.remaja lelaki 'dihadiahkan' dengan ugutan bunuh dan bunuh tanpa henti, seumpama nilai hidup lebih hina dari binatang..semua saudara seugama ini di anggap dan dilabel sebagai pengganas oleh puak zionis laknatullah.mereka tidak memiliki sebarang rasa kepuasan hidup seperti insan lain.tiada gelak ketawa, tiada gurau senda, tiada tempat untuk mereka belajar dan mencari sesuap rezeki, tiada ruang langsung untuk mencari erti kebahagiaan di dunia..mereka tiada semuanya! mereka berkira2 bilakah giliran antara mereka untuk maut terkena bedilan peluru dan ledakan bom yang ditujukan tepat ke rumah tempat bersembunyi.dan mereka hidup hanya untuk mati.tiada definisi nilai kemanusiaan untuk mereka.mereka terpenjara dalam tanah air sendiri..

mereka dilayan seumpama ini, dihina sedemikian rupa adalah kerana mereka tidak ada satu perkara iaitu KEMERDEKAAN!

kalaulah dulu kita tak dapat merdeka dari kolonial British, apakah agaknya akan jadi pada kita sekarang. rasanya mungkin lebih teruk dari orang palestin.mungkin aku sekarang tengah mengemis dibumi sendiri.meminta2 belas kasihan dari penjajah dan pembunuh.mungkin orang melayu sekarang tengah berkira2 siapakah yang akan menjadi mayat yang berikutnya.mungkin orang melayu tak pernah rasa apa itu ilmu dan harta. mungkin melayu tak pernah nikmati apa itu erti lazat pada makanan yang dijamah.mungkin juga maruah melayu sekarang tak ada harga, dijijak dan dicerca.mungkin melayu sekarang dihina agama dan adat resam sehingga hilang jati diri dan asal usul keturunannya.mungkin sekarang kita dalam ketakutan dan sedang mengutip saki baki makanan yang 'dimuntahkan' bangsa penjajah kepada kita demi mengelak kebuluran..mungkin sekarang wanita2 melayu sedang bersembunyi di balik2 runtuhan bangunan dan rumah kosong dek takutkan rogol dan perkosaan.hidup kita tak tumpah macam neraka bumi palestin..nak begitu??
dalam dunia ini, semua benda yang dimiliki tidak mustahil boleh hilang dan musnah.seorang jutawan yang memiliki harta sehebat gunung, boleh jadi papa kedana dalam sekelip mata.tiada apa yang terkecuali dari sebarang kemungkinan.kalau iman yang ada dalam rohani kita pun boleh bertambah dan berkurang,apatah lagi benda lain. memang tiada apa yang boleh dikatakan sebagai milik kekal..
maka KEMERDEKAAN dan KEBEBASAN yang kita nikmati sekarang ini pun boleh lenyap dari genggaman setiap dari kita.segala gelak ketawa dan peluang dalam melakukan segala benda yang kita suka dalam hidup boleh musnah dengan sekelip mata.kita boleh hilang merdeka fizikal dan jiwa dengan cara yang amat mudah sekali, iaitu ALPA.
kita kadangkala terlampau gembira dengan hidup sampai tak sedar kealpaan telah menghanyutkan rasa waspada terhadap musuh2 agama dan bangsa dalam negara kita.kita bersorak sorai menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang hati minta.bershoping, berjalan2 dan melakukan semua aktiviti demi memuaskan kehendak fikiran moden kononnya, sedangkan kita tak sedar musuh2 berusaha 24 jam sehari memikirkan cara terbaik untuk menghancurkan keislaman dan kedaulatan bangsa kita..kita ingat tiada siapa yang jadi musuh kepada kita.sebenarnya silap..Tuhan sudah berfirman bahawa kaum Yahudi dan Nasrani serta kuffar tidak akan sekali2 redha dengan hidup kita selagi kita tak jadi sebahagian dari agama mereka..ingatlah,sesekali bergerak ke depan, tolehlah kebelakang memikirkan kedudukan bangsa sendiri berada di takok mana..lakukanlah sesuatu.jika tak mampu dengan perbuatan, lakukanlah dengan percakapan dan penulisan.jika tak mampu juga, jadilah insan yang tahu membezakan kepentingan agama dan bangsa dari kepuasan hati dan keseronokan semata2.
amat risau tentang bangsa sendiri.selalu terfikir dan memikir.percakaran dan sikap bunuh membunuh sesama sendiri makin lama makin membuak di negara kita.masing2 mengatakan prinsip yang dipegang adalah yang terbaik dan pegangan orang lain adalah karut.anggap diri sendiri saja yang betul dan orang lain salah belaka.masa diguna untuk fikir apa cara nak jatuhkan dan musnahkan hidup si musuh politik yang jelas seugama dengan diri sendiri. apakah mereka tak sedar terlalu banyak musuh nyata yang sedang mengintai peluang untuk menghancurkan kita?apakah kita tak belajar dari sejarah? Malaysia bukan hanya terdedah dengan musuh luar, tapi yang paling bahaya adalah musuh bertopeng musang berbulu ayam.jangan terlalu ghairah memusnahkan sesama sendiri akhirnya tanah air tergadai.musuh yang lagak seperti kawan memang terlalu banyak.UMNO dan PAS berperang, bangsa lain dapat laba.siapa menang pun tak guna kalau yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.orang lain bersorak gembira dapat kuasai negara, kita akhirnya merana hilang daulat dan merdeka..contoh terdekat, Singapura.
manusia hanya boleh menjadi matang dalam pemikiran apabila menguasai pelbagai cabang ilmu dan pengalaman.kematangan kerap diukur dari sejauh mana rasional tindakan yang diambil apabila timbulnya sebarang isu.keberkesanan tindakan dalam menyelesaikan sebarang masalah adalah penanda paras kematangan pemikiran manusia. dan kebijaksanaan dalam menentukan keputusan tak akan wujud tanpa ilmu di dada.kita memerlukan pelbagai ilmu untuk persiapan diri menghadapi musuh2 agama dan negara yang bermacam2 jenis.kalau bukan dibahu kita sendiri untuk menggalas tanggungjawab memelihara keluarga dan agama, pada siapa lagi untuk kita serahkan? tiada pilihan.pelajari ilmu dunia dan akhirat, ilmu politik dan kenegaraan, ilmu sains dan sosial, dan pelbagai ilmu lain kerana ia adalah wajib.semua ilmu yang pelbagai adalah saling berkait antara satu sama lain.tiada hak untuk memilih mana satu yang mahu dan mana satu yang benci.kalau ingin negara kekal merdeka, maka tiada pilihan bagi kita.
tak ingin aku melihat bangsa ini seumpama palestin!

Saturday, March 21, 2009
analisis # 5

Sejak Adun Bota, Perak membuat lompatan sulungnya, ia menandakan krisis politik dan perlembagaan Undang-undang Tubuh Perak mula tercetus dan terus berlarutan sampai kini.. lompatan katak menyeberang kem parti Umno ke PKR sememangnya dianggap mulia oleh PR dan dianggap tak guna oleh BN..hujanan tahniah dan puji-pujian diberi kepada beliau kerana kononnya sudah 'insaf' dan 'bertaubat' dari terlibat dengan parti penuh najis UMNO dan pergi ke pangkuan PKR yang kununnya penuh 'suci tanpa noda dan pura-pura'..
dan sudah tentulah perbuatannya ini mendapat kutukan dan omokan tanpa henti dari BN yang menuduhnya tak reti kenang budi! bertitik tolak daripada tindakan ini, pelbagai kontroversi tercetus yang akhirnya pergolakan politik Perak membarah tak kunjung sudah.
dengar khabar dari sumber sahih, perasaan tak puas hati ekoran jawatan pengerusi felda kawasan yang dipegang selama ini 'dirampas' menjadi punca lompatan penuh 'ikhlas' itu dibuat selain rasa marah meluap-luap atas sebab-sebab lain.. apatah lagi kenyataan2 yang dibuatnya selepas menukar lambang kem menunjukkan beliau memang begitu 'ikhlas' dan 'sudah sedar tentang dosa besar' kerana selama ini menjadi ahli Umno yang hampir karam itu.memang manis apabila tebu bederetan di bibir mulut!
tetapi jika beginilah sebab sebenar beliau menukar parti, dek kerana tak puas hati jawatan dilucut dan hilang pangkat dan kuasa, maka tiada untung malah rugi pula yang PKR akan terima apabila membenarkan ayam penuh tahi di lawi menukar reban. jika niatnya nak rioh sekampung memang dah tercapai, tapi tahi dilawi yang dibawa mungkin terpalit juga ke reban PKR baru beliau!haaha.maka pakat-pakat rasa kawan2 barunya!
mungkin juga janji pemberian jawatan dalam parti baru menjadi dorongan kuat untuk beliau melupakan geng lama.ditambah lagi dengan hilngnya jawatan felda, maka lompat parti yang paling bermanfaat bagi beliau pada ketika itu.
DSAI memandang tindakan Adun Bota ni sebagai suatu yang mulia selama ini ditunggu2 untuk membuktikan UMNO makin kusut dan karut.sudah tentulah beliau merasa amat bangga kerana cadangan dan pujukan beliau meminta pemimpin2 Umno bertaubat dan berubah kiblat ke PKR sudah mula membuahkan hasil.jika seorang yang bertaraf Adun boleh 'sedar' maka tak mustahil berkerat2 lagi tokoh2 besar dan juga bernama Member of Parliament (MP) akan melakukan benda yang sama. akhirnya harapan besar untuk tumbangkan kerajaan sedia ada boleh tercapai. sudah tentulah lompatan pertama ini akan disusuli oleh lompatan2 baru oleh katak2 lain yang lagi gemuk dan hebat, fikir DSAI!hehe..DSAI sudah mula memasang angan2 baru menggantikan angan2 lama yang tak kesampaian. tak kisahlah kalau berkongsi tahi di lawi asalkan kuasa dan pangkat semakin dekat dalam genggaman! lantaklah dengan apa tujuan si Adun Bota melompat, tapi yang pasti bertambah seorang lagi Adun kerajaan rapuh PR dalam Dun Perak.sedap sikit kedudukan kerajaan negeri.
reaksi BN memang sudah diduga.melolong melenting meraung memang sudah tabiat, tambah2 pula ada kejadian melompat parti yang jatuhkan 'imej perkasa' mereka, lagi hebatlah reaksi dungu mereka ini.tapi jangan lupa,mereka juga berotak cerdik selain kuasa, pengaruh dan duit yang ada ditangan. mereka ini bukan bodoh setakat nak berpeluk tubuh dan membiarkan saja musuh meratah maruah, tapi perbuatan melompat ini harus dibalas dan 'counter attack' harus disusun. dalam celah2 ini pula, dua orang Adun PKR sedang dalam proses perbicaraan di mahkmah berhubung isu rasuah. maka peluang ini direbut sebaik mungkin untuk membalas dendam. rakyat sudah jelas selama ini, pemerintah2 negara menguasai setiap cabang sistem kehakiman. kalau ketua hakim negara pun mereka boleh pilih dan tentukan, maka untuk mengeksploitasi proses perundangan bukanlah suatu kerja susah.
tawaran berbentuk ugutan dibuat kepada dua orang Adun PKR Perak ini.amaran dan kata dua sama ada keluar parti kemudian menjadi ahli UMNO/ bebas dan mendapat sejumlah duit ataupun sanggup terperosok dalam penjara atas dakwaan rasuah..sebagai manusia biasa, sudah tentulah kena penjara suatu benda yang amat digeruni.apalah sangat prinsip parti yang dibawa kalau dibandingkan dengan kena lokap!lebih baik korban pegangan dari korban badan dan fizikal. kehilangan dua Adun ini untuk beberapa ketika menguatkan lagi dakwaan mengatakan mereka sudah tinggalkan PKR.kemunculan wajah mereka berdua di kaca tv bersama seorang lagi jaguh lompat DAP secara tiba2 disamping DS Najib mengesahkan mereka confirm sudah bertukar kem dan berpaling tadah.
jelasnya, selama ini kerajaan cmpuran Perak PKR + DAP + PAS adalah sentiasa bagai dihujung tanduk.perbezaan kedudukan kerusi kerajaan negeri PR dan pembangkang BN adalah terlalu sempit, melibatkan jumlah 2 atau 3 kerusi sahaja.jika apa2 situasi politik melibatkan lompat melompat berlaku, kerajaan yang sedia ada dengan mudahnya akan tumbang.kekacauan dan ketidakstabilan politik akan terus terjadi memandangkan tiada pihak yang betul2 menang atau kalah dek kerana keduanya tidak mempunyai sokongan 2/3 dalam DUN Perak.kerajaan yang diwujudkan tanpa kuasa 2/3 adalah lemah dan mudah hancur.
apabila 3 Adun PR melompat ke kem BN, majoriti tipis sudah berada di pihak mereka untuk menggulingkan kerajaan PR dan menubuhkan kerajaan baru.atas kertas memang begitu mudah.tapi sebenarnya, krisis di Perak adalah lebih rumit dan kompleks kerana ia bukan sahaja melibatkan golongan legislatif dalam DUN , malah peranan Sultan sebagai ketua negeri dan keutuhan perlembagaan Undang-undang Tubuh Perak pun turut sama penting dan konkrit dalam menentukan hala tuju politik negeri pengeluar timah ini.
Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam perlantikan MB.ini termaktub dalam Undang-undang negeri.yang cacatnya pula, baginda hanya layak untuk melantik, tetapi memecat MB adalah diluar bidang kuasa Sultan.MB kerajaan PR , DS Mohammad Nizar yang telah menerima tauliah perlantikan yang sah dari Sultan Azlan Shah tidak boleh dipecat dan tiada saluran undang2 yang boleh melakukannya.dalam kebanyakan perlembagaan negeri, MB boleh terlucut dari jawatannya hanya melalui undi tidak percaya di DUN, perletakan jawatan secara sukarela ataupun dengan pembubaran DUN.dan kita jelas tiada satu pun saluran2 ini yang diguna pakai dalam krisis Perak, maka mengikut undang2 Nizar masih dianggap sebagai MB yang sah.Sultan Perak sudah tentu jelas tentang perkara ini.
walaupun Sultan melahirkan sokongan kepada pihak BN/UMNO dengan melantik Dr. Zambry sebagai MB yang baru selepas majoroti tipis diperolehi, perlantikan ini boleh dipertikai.ini kerana MB yang sedia ada masih memegang tauliah yang sah.maka wujudlah dua MB sebagai penasihat kepada Sultan.ini tidak boleh terjadi.salah satu mesti benar2 sah dan satu lagi adalah jelas karut.satu kapal dua nakhoda akhirnya akan karam..
jika kita memikir kembali asas tindakan Sultan yang berkelulusan undang2 dan pernah menjawat Ketua Hakim Negara, baginda mungkin mengambil keputusan ini berdasarkan beberapa perkara.selama berbulan Kerajaan PR memerintah, mungkin banyak perkara yang membuatkan baginda tidak senang hati telah dilakukan oleh PR.kerajaan campuran ini tonggak utamanya adalah DAP yang menguasai hampir 70% senarai Adun-adun PR.kedengaran dari banyak sumber mengatakan bahawa 'performance' kerajaan negeri banyak berat kepada satu2 kelompok sahaja.hampir 100% ahli DAP adalah orang cina, maka limpahan projek2 dan bantuan banyak dikhususkan kepada segolongan sahaja, sedangkan bumiputera banyak yang tercicir dan hilang pergantungan untuk turut sama dalam pembangunan. dakwaan bahawa MB Nizar adalah boneka kepada pihak2 tertentu dan tidak mempunyai kuasa pemutus dalam banyak hal utama turut menyumbang kepada rasa bimbang pihak istana.walaupun baginda jelas tentang batas kuasa yang ada dan kekeliruan yang akan timbul melibatkan kedaulatan perlembagaan negeri, tindakan dan keputusan itu terpaksa diambil demi kepentingan dan survival bangsa Melayu Perak.walaupun UMNO adalah parti korup, sekurang2nya mereka boleh mengucap sebagai tanda islam dan berkulit sawo matang.tiada pilihan bagi Sultan dalam kes ini.PAs pula bukan majoriti dalam DUN.ini mungkin apa yang Baginda Sultan Perak fikirkan sebagai jalan terbaik untuk semua.
akhirnya BN bersorak gembira misi merampas kuasa di Perak berjaya.nama Najib dijulang tinggi sebagai manusia yang menjadi tulang belakang kejayaan ini.usaha untuk mengharumkan namanya sebelum mengambil alih kuasa dari Pak Lah sedikit sebanyak ada kesan positif.maklumlah, beliau terpalit dengan pelbagai isu rasuah dan 'misconduct' melibatkan Mongolian Attantunya dan beberapa pembelian aset negara berjumlah ratus jutaan ringgit.usaha hebat perlu dibuat untuk membersihkan namanya sebelum melangkah masuk ke pejabat PM menjelang April ini. takkanlah nak jadi PM dengan penuh najis di lawi? beliau kena pulihkan imej kembali.sokongan dan mandat besar dari rakyat harus ada dalam poket beliau sebelum melakukan pembaharuan yang dicanang-canangkan.
DS Anwar (DSAI) antara orang yang paling hebat merasa bahang kehilangan kuasa di Perak. banyak jari2 menuding kearah beliau sebagai punca masalah kerana DSAI individu yang mempopularkan upacara lompat melompat ini sejak angan2 untuk menjatuhkan pemerintahan BN peringkat pusat wujud.baginya tiada salah untuk menjatuhkan kerajaan yang korup dan lemah melalui pintu belakang. matlamat menghalalkan cara demi survival bangsa malaysia.tiada pilihan lain, katanya.sekarang idea makan diri.idea lompat parti yang digemburkannya dulu kepada MPs dari BN akhirnya makan tuan apabila Adun PKR sendiri ubah kiblat ke BN.percaturan ini tampaknya ada cacat dan penuh berliku.idea ini tak boleh pakai lagi, dan DSAI tak pernah bercakap lagi hal2 usaha lompat melompat parti ini.takut malu.
apabila Speaker Perak buat keptusan menggantung kehadiran MB baru dan sebilangan Adun dari datang ke DUN, ia suatu tindakan balas yang mantap.alasannya, mereka ini dituduh menghina dewan dengan menerima jawatan MB dan EXco baru wlaupun yang lama masih sah bertauliah.Najib terlupa untuk memujuk sekali Speaker DAP ini untuk turut join dan sokong BN dengan tawaran wang berjuta-juta.harus sedar, dalam DUN, kuasa speaker amat luas.kuasa pemutus berkenaan DUN adalah di bawah kuasanya.tiada guna wujudkan kerajaan baru tapi suara dalam DUN adalah minoriti kerana penggantungan ini..jika persidangan diadakan dan undi tak percaya dibuat, memang jelas kerajaan baru akan kantoi dan gulung tikar.inilah yang Najib terlupa untuk atasi semasa merampas Perak.beliau terlupa untuk cekup Speaker sama!hehe
persidangan DUN bawah pokok yang kita tengok tempoh hari adalah bertitik tolak dari percaturan politik cerdik DAP dan Speaker Perak ini.sememngnya ia adalah suatu sidang yang sah.tidak boleh persoalkan kewibawaan Speaker kerana beliau berhak untuk membuat mesyuarat di mana2 sahaja.ini tidak bertentangan dengan peraturan2 mesyuarat dan tidak melewati kuasanya sebagai yang Di Pertua Dewan.maka apa sahaja yang diputuskan dalam mesyuarat ini adalah sah dan wajib diimplementasi dalam undang2 selepas dipersembahkan kepada Sultan untuk di'cop mohor'. jadi, apabila usul untuk mengundi tidak percaya dibuat ke atas kerajaan baru BN dan keputusannya pula adalah jelas , maka ia wajib diterima oleh pihak terbabit.emm..ini kalau mengikut perlembagaan lah, nampak senang dan realistik, tapi realitinya belum tentu berjaya.harus diingat segala espek kuasa persekutuan di bawah telunjuk BN.sudah pasti semuanya akan digunakan sebaik mungkin untuk menggagalkan usaha Speaker ini.
asasnya, acara balas membalas ini nampaknya tak akan selesai.kekacauan melibatkan tiga cabang kuasa iaitu legislatif dan eksekutif, Sultan serta perlembagaan itu sendiri akan terus terjadi.cuma satu cara untuk menentukan siapa pemerintah legal negeri Perak.caranya dengan bubar DUN dan mengundi semula!biar rakyat tentukan siapa yang layak memimpin mereka.tapi ini amat ditakuti BN kerana mereka sedar sokongan rakyat bukan di pihak BN.Sultan pula tidak menyatakan perkenan untuk membubarkan DUN untuk membenarkan undi dijalankan berdasrkan alasan di atas..maka BN berlindung di bawah panji-panji Sultan untuk menyelamatkan maruah mereka.
bersambung..
Wednesday, March 18, 2009
sains & matematik
PERBANDINGAN HUJAH antara satu kepala negarawan ulung bekas pemerintah 22 tahun Malaysia dan 53 kepala pakar-pakar bahasa universiti utama negara dan satu kepala manusia yg terlibat secara langsung dengan ilmu sains peringkat tinggi. pendapat yang mana satu patut kita terima?? yang pasti, janganlah anak2 kita terus menjadi bahan eksperimen yang tak kunjung sudah.. masa depan mereka jangan sekali kita perjudikan! 1 ) Kajian: 4% kuasai BI melalui PPSMI |
Jimadie Shah Othman, MalaysiaKini |
Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelari dua subjek tersebut. "Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik. Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik." Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina). Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara. Ia merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003 dikembalikan. "Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang. "Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik. Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam. Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris. Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu. Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Rauf Yusoh yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini. Laporan itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara. Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas. Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Rauf berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000. Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanak sekolah – turut dipilih sebagai sampel. Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu. "Kami hanya mengemukakan hasil kajian. Kalau positif, positiflah, kalau negatif, negatiflah," katanya. 2) PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) Dr. Mahathir Mohamad 1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. 2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu. 5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu. 6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan. 7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa. 8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan. 9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut; • Oxygenation • Oxidation • Oxide • Oxidants • Deoxydation • Oxidise • Oxidification • Dioxide • Monoxide • Peroxide 10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen. 11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi. 12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis. 13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah. 14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains? 15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini. 16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks. 17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris? 18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris. 19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar? 20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu? 21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar. 22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah. 23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja. 24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita. 25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang. 26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang. 3) PPSMI: Hanya pakar sains dan metematik layak memberi pandanganOleh Syed Shatir Asghrar Syed-Hassan KLpos Sains dan matematik adalah ilmu asas yang perlu ada bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi. Bidang sains dan teknologi pula adalah satu bidang yang terpenting di dunia pada masa kini. Bidang yang perlu dikuasai oleh setiap negara. Penguasaan sains dan teknologi dapat menjadikan sesebuah negara itu menjadi berkembang dan maju. Sains dan teknologi juga amat penting untuk penyelesaian masalah-masalah dunia seperti dalam pencarian sumber tenaga baru dan juga pencarian vaksin pencegah wabak. Saya sebagai salah seoarang yang berkecimpung dalam bidang sains dan teknologi ini merasakan perlunya mata pelajaran sains dan matematik diajar dan dipelajari dalam bahasa Inggeris. Saya dan mereka yang seangkatan dengan saya sudah merasai perit jerih untuk mengadaptasi pembelajaran dalam bahasa Inggeris di universiti sesudah mengenal sains dan matematik dalam bahasa Melayu di peringkat sekolah. Sehingga tingkatan lima, dengan mudah saya memperolehi bacaan-bacaan dalam bahasa Melayu, tetapi apabila pergi ke alam universiti, semua rujukannya berbahasa Inggeris. Tuhan saja yang tahu betapa kekok dan susahnya mengalami proses perubahan yang mengejut itu. Kalau boleh, saya tidak mahu melihat generasi masa depan mengalami nasib yang sama seperti mana yang saya alami. Mengapa kita perlu PPSMI? Sains dan teknologi adalah cabang ilmu yang bergerak begitu pantas. Hampir setiap hari ada penemuan baru. Penemuan-penemuan ini biasanya diistilahkan dalam bahasa Inggeris dan istilah tersebut amat mungkin tiada lagi tafsirannya dalam bahasa kita. Saintis-saintis kita kemudiannya akan mencari istilah sesuai untuk penemuan tersebut. Ini sudah pasti mengambil masa. Dalam pada kita mencari istilah tersebut, orang lain sudah menjumpai penemuan yang lebih kehadapan. Kita masih mencari istilah yang sesuai. Selama-lamanya kita akan terkebelakang dalam hal ini. Kita perlu akui bahawa untuk menguasai sesuatu cabang ilmu itu perlukan penguasaan yang tingi dalam bahasa ilmu itu. Sebagai contoh, untuk mendalami ilmu agama ke peringkat yang tinggi, kita memerlukan mereka yang boleh menguasai bahasa arab dengan baik. Ini kerana banyak kitab-kitab ditulis dalam bahasa Arab. Begitu juga dengan sains dan teknologi. Hakikat yang perlu diakui adalah bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu bagi sains dan teknologi pada masa kini. Saintis-saintis negara lain sebenarnya menerima hakikat atas perkara ini. Bahasa inggeris diakui sebagai medium komunikasi saintis-saintis dunia. Saintis-saintis dari negara China dan Jepun juga sekarang ini berlumba-lumba mengusai bahasa inggeris. Di zaman kegemilangan empayar Islam, memang benar dikatakan bahasa ilmu ketika itu adalah bahasa arab. Bangsa-bangsa lain sudah pasti harus mempelajari bahasa arab untuk menerokai ilmu tersebut. Walaubagaimanapun, masa telah berubah. Bahasa ilmu bertukar dari zaman ke zaman. Sekarang ini bahasa Inggeris menjadi bahasa ilmu untuk sains dan teknologi. Tidak mustahil suatu hari nanti jika seseorang yang ingin mendalami ilmu pengajian Islam perlu menguasai bahasa Inggeris di samping bahasa Arab dengan mantap kerana semakin banyak rujukan dalam bidang ini ditulis dalam bahasa Inggeris. Ada mereka di luar sana berpendapat, kalau nak mahirkan bahasa Inggeris tidak semestinya belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kita boleh tambah masa pembelajaran untuk mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Bagi saya, mereka ini tidak faham hujung dan pangkal. Suka saya tekankan, English for communication, Business English, English for Science and Technology dan banyak lagi English itu perlukan skil-skil yang berbeza. Kalau boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik belum tentu dapat memahami artikel-artikel dalam bidang sains dan teknologi. Saya sudah acap kali bertemu bangsa Inggeris yang menanyakan tentang bidang yang saya ceburi. Bila saya memberi penjelasan, mereka akan kata: Can you please explain in simple English? Its too technical! Kalau bangsa Inggeris sendiri tidak dapat memahami istilah-istilah sains dan teknlogi, apatah lagi kita yang menggunakan bahasa Melayu? Sudah tentu caca marba jadinya kalau setiap satu hendak diterjemahkan. Di bawah ini saya sertakan contoh bahasa Inggeris yang digunakan dalam bidang saya.:
Saya akui saya tak mampu menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu yang boleh difahami. Ini hanya sebagai contoh. Banyak lagi istilah-istilah dalam bidang lain. Sains dan teknologi itu sendiri sangat luas. Untuk memudahkan penterjemahan akhirnya dimelayukan saja istilah-istilah inggeris tersebut. Maka jadilah seperti perkataan-perkataan reformasi, dekadensi,informasi, farmasi, universiti, sosiologi dan banyak lagi. Mengapa tidak digunakan saja bahasa Inggeris kalau begitu? Di sini saya ingin menekankan bahawa perlunya istilah-istilah sains dan matematik dalam bahasa inggeris didedahkan kepada anak-anak kita dari kecil. Supaya nanti bila ke universirti tidak menjadi terkejut seperti mana yang saya alami. Akan hilangkah kemelayuan kita kalau belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris? Saya rasa tidak mungkin sama sekali. Saintis-saintis berketurunan Cina atau Jepun di universiti-universiti terkemuka dunia masih tebal kecinaan dan kejepunan mereka walau mereka sudah mampu berbahasa inggeris lebih baik baik dari orang Inggeris sendiri. Tiada cacat tiada celanya kecinaan dan kejepunan mereka. Saya boleh berkata begini kerana penyelia PhD saya dan rakan-rakan saya adalah berbangsa China. Mereka sendiri akui perlunya menguasai bahasa Inggeris untuk menjadi saintis dan teknologis yang hebat. Mengapa kita tidak boleh menerima hakikat ini? Ada seorang penulis blog kata bangsa Iran tak belajar dalam bahasa Inggeris pun boleh buat roket dan vaksin. Saya rasa penulis ini terlalu banyak bersastera sampai terlupa akan hakikatnya bahawa ramai pelajar-pelajar dari Iran sedang menuntut di Universiti-universiti dalam negara kita dan lain-lain negara. Saya juga ada rakan dari Iran. Dia sendiri akui susah nak belajar dalam bahasa Inggeris sebab dulu di Iran dia tak pernah guna bahasa Inggeris. Bagi yang lebih bijak akan menunjukkan hasil-hasil kajian bahawa kononnya PPSMI gagal. Murid-murid tidak mampu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan mereka. Bunyinya semacam fakta-fakta ini cukup bijak dan sukar untuk ditangkis oleh mereka yang Pro-PPSMI. Mereka ini juga sebenarnya terlupa bahawa kajian ini dilakukan ke atas kanak-kanak sekolah. Tujuan PPSMI bukanlah untuk meningkatkan keputusan UPSR kanak-kanak sekolah. Tujuannya amat jauh ke hadapan. Untuk meningkatkan penguasaan sains dan teknologi kita di masa akan datang. Kajian-kajian ini tidak patut dijadikan rujukan. Sains dan matematik itu sendiri memang agak susah berbanding dengan mata pelajaran lain waima digunapakai bahasa Melayu sekalipun. Kalau pengkaji menemubual kanak-kanak sekolah, sudah tentu mereka akan kata susah. Saya hairan dengan cara orang kita berfikir. Terlalu pentingkan keputusan yang baik dalam peperiksaan di sekolah. Sebanarnya peperiksaan di sekolah itu tidak menjamin apa-apa pun masa depan anak-anak kita di masa depan. Dah banyak saya saksikan pelajar cemerlang di peringkat sekolah tidak mampu menjadi pelajar cemerlang di universiti. Peringkat sekolah adalah lebih kepada peringkat latihan dan persediaan. Kita patut gembira kalau semua pelajar dapat C dalam matapelajaran Sains di sekolah. Ini menujukkan adanya ruang untuk proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak itu. Sepatutnya kita patut merasa risau kalau semua pelajar dapat A dalam subjek mereka. Ini menunjukkan silibus itu terlalu mudah dan tiadanya ruang mereka untuk menambahbaik. Kita patut berani belajar dari kegagalan. Salah satu prinsip Leonardo da Vinci juga adalah belajar dari kegagalan. Lebih baik kanak-kanak ini merasa susah diperingkat awal dari bersusah di kemudian hari. Sekiranya kajian ingin dilakukan ke atas keberkesanan PPSMI, saya cadangkan jangan jadikan pencapaian kanak-kanak sekolah sebagai satu parameter kajian. Sebaliknya tunggu mereka ini masuk universiti dan bergelumang dalam bidang sains dan teknologi di peringkat yang lebih tinggi. Kalau dilihat balik, banyak yang menentang dasar PPSMI ini datangnya dari bukan yang berlatar belakangkan sains dan teknologi. Rata-rata adalah orang Arts. Ini masalah sains dan teknologi!!!. Biarlah orang dalam bidang ini yang memberi pendapat. Perlu atau tidak perlunya sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Biarlah orang sains dan teknologi bertegang urat untuk mencari jawapan dalam masalah ini. Mereka lebih tahu dalam perkara ini. Bagi mereka yang ingin memperjuangkan bahasa dan bangsa melayu, saya rasa banyak lagi yang boleh diperjuangkan. Mengapa tidak diperjuangkan penghapusan musik, filem dan program-program TV berbahasa Inggeris. Kalau nak dibandingkan dengan PPSMI, musik, filem dan program-program TV Inggeris lebih banyak mudaratnya dan mampu mencemarkan budaya kemelayuan kita. Kepada orang-orang politik pula, lebih baik duduk diam tunggu apa kata pakar-pakar sains dan teknologi kita. Pihak pembangkang sudah tentu tak setuju sebab boleh jadi bahan politik mereka. Bagi pihak kerajaan pula, kalau sudah terlalu takut undi hilang, mungkin sanggup buat keputusan yang tak populis. Akhirnya generasi ke hadapan kita yang akan rugi. Sama-sama fikirkanlah… *Penulis merupakan seorang pembaca KLpos.com yang sedang mengikuti pengajian PhD dalam bidang kejuruteraan kimia di Australia |
Sunday, February 08, 2009
Thursday, December 11, 2008
ANALISIS # 4

Assalamualaikum..
Sejak sekian lama menyimpan hasrat untuk menukil sedikit sebanyak mengenai perkembangan politik tanah air, akhirnya kesempatan dapat juga diperolehi. bukan apa, akhir-akhir ini sibuk dengan urusan pembelajaran dan peperiksaan yang semakin lama semakin 'meloyakan' (kononnya sibuk?). huhu.. walaupun begitu, fikiran tidak lepas dari terus memikirkan dan membuat analisis yang termampu sebagai manusia yang cetek ilmu.. segala ulasan hanya sekadar pandangan peribadi insan kerdil berkenaan suatu perkara yang luas dan kompleks di negara sendiri..
16 Sep terkubur?

Sejak azam Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk menjatuhkan cengkaman pimpinan BN peringkat persekutuan dan digantikan dengan gembelingan kuasa Pakatan Rakyat untuk memerintah pada 16 Sept lepas menemui kegagalan, lanskap politik negara sedikit sebanyak berubah.. langkah sesuai yang difikirkan mampu merealisasikan harapan dan cita2 itu adalah melalui perpindahan Ahli-ahli Berhormat (MP) BN ke pakatan pembangkang, di mana hanya lebih kurang 30 kerusi Parlimen diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru dengan majoriti mudah. MPs ini yang kebanyakannya dari seberang Laut China Selatan iaitu Sabah dan Sarawak dikatakan telah memberikan sumpah bertulis kepada DSAI bahawa mereka tetap akan berhijrah beramai-ramai sebagaimana yang telah diputuskan melalui sesi-sesi perbincangan tertutup antara mereka dengan utusan-utusan DSAI. tidak tahulah pula apa janji-janji manis yang diberikan wakil-wakil ini kepada mereka sebagai sagu hati sanggup 'bertukar tuan'.. DSAI menegaskan bahawa tiada sebarang janji yang ditawarkan sama ada berbentuk jawatan ataupun kewangan, perpindahan yang akan dibuat Ahli-ahli Berhormat ini adalah ikhlas demi keadilan dan mahukan perubahan.. kononnya.. namun tiada saipa yang dapat memastikan kesahihan ini, kerana dalam politik apa pun boleh berlaku.. ingatlah di sebalik char koew tew mungkin ada udang galah! hehe..
Setelah beberapa bulan DSAI menjaja isu ini dalam kebanyakan ceramah beliau di seluruh negara bahawa tarikh 16 Sep tetap akan berlaku, namun ia akhirnya menjadi menjadi isu bulian BN yang tersenyum sinis memperli angan-angan DSAI seumpama Mat Jenin.. namun sebenarnya, BN sendiri yang bertunjangkan UMNO kecut perut kalut juga memikirkan langkah-langkah yang patut dimbil kerana walaupun mereka yakin ia takkan berlaku, rasa gerun gemuruh tetap ada apabila memikirkan jawatan yang dipegang boleh terlepas dari tangan jika peralihan kuasa benar-benar terjadi. sebab itulah secara tiba-tiba MPs yang dianggap 'larat' untuk 'melompat-lompat' ini telah dikerah 'dihalau' keluar negara kononnya untuk menambah ilmu dada berkaitan pentadbiran di negara orang.
Alangkah ajaib, lawatan pula dilakukan secara tergesa-gesa tanpa perancangan dan bertepatan pula dengan tarikh suara rakyat suara keramat 16 Sep.. pun begitu dengar khabarnya DSAI tetap menghantar wakil ke sana dengan harapan ada kalangan MPs ini yang menghantar surat 'lompat pagar' dari negara Taiwan!
Akhirnya, 16 Sep berlalu tanpa sebarang kejadian yang 'diingini' banyak pihak.. orang ramai termasuk dari kelompok PR sendiri melahirkan kekesalan dan mula mempertikaikan kata-kata dan janji-janji manis DSAI.. mereka beranggapan beliau hanya seorang populis Pak Pandir memberikan harapan menggunung yang akhirnya hancur berkecai.. tambahan pula media arus perdana berat sebelah pada ketika itu saban hari memainkan isu kegagalan ini sebagai muslihat murahan retorik DSAI untuk menambat hati masyarakat semata-semata.. mereka menuduh DSAI hanya pandai bermain hujah, tetapi realitinya adalah kosong belaka.. banyak orang terpedaya dengan media dan bukan sedikit yang kecewa.. mainan media ini memang menjadi juga sedikit sebnyak..
Semasa perbahasan Kongres Nasional Keadilan tempoh hari, Anwar menjelaskan bahawa 16 Sep adalah satu titik permulaan bagi setiap kekuatan yang dikumpul untuk menumbangkan BN. ia bukan beerti jika gagasan tidak tercapai bermakna kalah.. seluruh kekuatan yang terkumpul ke arah itu pada saat itu nampaknya masih belum memadai untuk menumpaskan tektik-tektik politik musuh yang pelbagai tidak kira hukum , maka usaha perlu diteruskan lagi sampai Putrajaya dalam genggaman.. tarikh itu sebagai pemangkin untuk terus berusaha lagi.. beliau juga menuduh kegagalan tersebut adalah sebab kedegilan Pak Lah untuk bersemuka dengannya untuk membincangkan peralihan kuasa secara licin dan baik kerana pada waktu itu katanya kuota MP yang nak melompat memang sudah cukup.. DSAI juga menyalahkan Speaker Dewan Rakyat kerana tidak meluluskan usul ketua pembangkang itu untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Pak lah. beliau berkata jika pengundian dijalankan, memang sudah sah kerajaan gulung tikar memandangkan MPs tersebut sudah bersedia memberi undi kepada pembangkang..
emm.. ini kata-katanya..mungkin benar mungkin juga sebaliknya. cuma saya teringat ungkapan ini, memang lumrah manusia, apabila sesuatu tak menjadi bukan sebab diri sendiri. tapi apabila ia menjadi maka mendabik diri ..
Jelasnya, usaha pihak pembangkang memang tidak pernah surut untuk terus berjuang sampailah hajat mereka tercapai.. jawapan DSAI berkenaan isu ini nampaknya boleh diterima ahli-ahli akar umbi dan masyarakat dan mereka kembali bersemangat waja untuk terus bersama-sama pimpinan PR untuk 'merampas' kuasa memerintah.. lawan tetap lawan!
dalam ucapan itu juga DSAI menegaskan dengan penuh semangat bahawa kerusi pemerintahan tetap akan menjadi milik PR tidak lama lagi.. adakah betul?? insan yang hebat berpidato ini (mungkin cakap aja lebih?) membuatkan pihak kerajaan memang tak senang duduk lagi sekali. hee.. berbisa mulutnya..
mari kita tunggu dan lihat apakah teknik serang menyerang yang diguna pakai pihak PR dan BN untuk menumpaskan satu sama lain.. memang menarik sekali.. cuma satu, janganlah penghujungnya nanti yang kalah makan abu yang menang gigit arang.. saya tak akan mengizinkan sama sekali jika kita hnya menang sorak tapi kampung tergadai diambil orang yang sedang menunggu sambil tersenyum.
Post 16 SEp..
Begitu banyak isu-isu yang timbul sejak kebelakangan ini.. ada yang membuatkan rakyat malaysia tersenyum hati lucu tertawa dan ada juga yang pedas membuat hati membara mengguris perasaan.
Rasuah pencalonan

Semua sedia maklum pemilihan pucuk pimpinan parti Umno akan diadakan tahun hadapan, dan tempoh berkempen memang terlalu lama.. isu yang menarik pemikiran saya untuk dikupas adalah kenyataan Tun Mahathir bahawa terdapat segelintir kepimpinan Umno bergelumang dengan rasuah membeli undi semasa proses pencalonan jawatan-jawatan tertinggi parti.. beliau mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin 'reput' ini yang ingin menjadi calon pemilihan nanti menawarkan pelbagai 'hadiah' kepada perwakilan-perwakilan mesyuarat bahagian sebagai balasan mencukupkan kuota pemilihan bagi mereka.. maka perwakilan-perwakilan ini dijanjikan habuan berupa projek-projek kerajaan, pangkat dan wang ringgit sebagai imbalan kepada maruah mereka yang terjual..
Tun menyifatkan hal ini sudah membarah dengan begitu teruk sekali sekarang apabila bukan sahaja bakal calon-calon sahaja yang berani menawar, malah ahli-ahli bahagian juga sudah pandai meletakkan harga masing-masing sebelum undi boleh diberi.. hebat betul tawar menawar. dan hebat sekali nilai diti mereka yang begitu murah.. hujah Tun berasaskan bahawa ada segelintir pemimpin-pemimpin yang berhajat nak duduk di kerusi empuk Timbalan Presiden Umno dan jawatan-jawatan penting lain, menabur duit dengan begitu banyak.. kata beliau tak kan lah orang-orang ini yang memang tidak 'laku' sejak awal-awal peringkat pencalonan tiba-tiba melonjak kedudukan sampai cukup kuota untuk bertanding di minggu-minggu akhir mesyuarat bahagian. maka mesti ada yang tak kena dan boleh diragui. memang ada logiknya di sini..
Tun mengakui perkara ini memang sudah berakar sejak dahulu kala, sejak zaman beliau PM dulu lagi. cuma dulu tak adalah teruk macam sekarang dan dulu tak adalah report-report salah laku rasuah pada Majlis Disiplin Umno sampai angka seribu laporan!. sekarang tabiat 'murni' ini amat susah nak dibuang lagi. jadi beliau melahirkan kekesalan..
beliau menggesa pihak badan disiplin parti melakukan siasatan tidak pilih bulu terhadap semua laporan ini dan mahu pihak yang terlibat dikenakan tindakan. memang betul kata Tun.. Beliau menambah lagi seperti dalam blognya, jika tiada apa-apa tindakan susulan diambil maka beliau sendiri akan mengumumkan nama-nama mereka yang terbabit dalam masa terdekat setelah bukti-bukti dikumpulkan. ini membuatkan banyak 'bos' yang bermain kotor semasa pencalonan dulu kecut perut, kalau-kalau nama mereka tersenarai sebagai 'pemenang cabutan bertuah'!! hahaha..

emm.. Tun adalah seorang yang berpandangan jauh, ini diakui sendiri oleh Tuk Guru Nik Aziz bahawa Tun insan yang hebat dan mulutnya pedas melawan dan memperli kuasa barat dan israel.. sepanjang 22 tahun pemerintahannya, Malaysia berjaya berada pada kedudukan yang hebat di mata dunia. malah kita menjadi model pada kebanyakan negara-negara membangun lain dan dunia Islam yang ingin meniru kejayaan kita dan mempelajari cara beliau mentadbir dan membangunkan negara ini.. dan memang wajar kita berterima kasih kepadanya.. tapi yang menghairankan, adakah beliau berpandangan 'tidak cukup jauh' berkaitan rasuah dalam parti? beliau sendiri mengakui 'under table activities' memang sudah lama wujud sebelum Pak lah pegang kuasa.. tapi kenapa dulu beliau tidak buang awal-awal 'precancerous lesion' ini sebelum ia benar-benar membarah dan menular ke semua peringkat?? kenapa sekarang baru nak bising-bising sedangkan dulu bila berkuasa tak nak buat??
Maka timbullah teori kedua berkenaan hal suap menyuap ini.. Tun bercakap hal ini semata-mata dengan harapan supaya puteranya menang mudah dalam pertandingan Ketua Pemuda pada Mac nanti.. umum diketahui lawan anak beliau adalah Khairi J dan Dato Seri Khir Toyo. ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa mereka berdua ini adalah antara yang akan tersenarai dalam pemain-pemain kotor politik wang yang akan dikeluarkan Tun itu, ataupun mereka tidak tersenarai tapi terdapat orang-orang mereka pula yang ada dalam senarai.. ini pun sudah cukup untuk membuatkan mereka berdua ini terpalit.. sudah tentu orang ramai akan berfikiran serong dan menjauhi mereka.. Maka dengan sendirinya nama anaknya akan menjadi pilihan tunggal perwakilan Mesyuarat Agong Umno nanti sebagai Ketua Pemuda yang baru..
jika tuduhan ini benar, maka memang benar Tun berpandangan jauh sekali.. amat-amat jauh dan hebat!
Sekolah vernakular dan sekolah untuk semua

Tiba-tiba isu ini muncul semula sejak sekian lama hilang.. semua orang sudah faham apa isinya.. cuma dulunya bapak yang bercakap, sekarang anaknya Datuk Mukhriz yang mengutarakan pendapat yang sama.. memnag betul dan saya setuju benar jika semua sekolah yang ada menempatkan semua pelajar kita dari pelbagai bangsa, duduk sama-sama belajar dan bermain berhubung sesama sendiri.. sekolah memang menjadi medium platform terbaik untuk memupuk perpaduan sejak kecil tambah-tambah polarisasi perkauman kita nampaknya semakin merenggang sejak akhir-akhir ini.. ia perkara yang baik untuk dikaji dan dipraktiskan.. kita ada banyak sangat sekolah yang bermacam-macam aliran.. masing-masing mempunyai identiti yang berlainan dan tidak berhubung langsung antara satu sama lain. Melayu di sekolah kebangsaan, Cina di sekolah jenis kebangsaan cina dan bgitulah juga Tamil.. mereka ini tidak pernah bertemu dan hanya terkurung dikelompok kaum yang sama yang cara berfikir juga sama. hal ini berterusan sampai ke peringkat universiti di mana mereka hanya bergaul dikalangan bangsa yang sama bahasa sahaja dan masing-masing pula ada anggapan buruk mengutuk di belakang terhadap satu sama lain.. sekolah-sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan cina dan tamil sememangnya setiap satunya semacam berada di negara-negara yang berlainan..
bila saja si anak buka mulut berhujah isu ini, maka berjuta reaksi yang kebanyakannya negatif datang dari badan2 kaum Cina dan Tamil, Dong Zong dan lain-lain.. mereka berkata selama ini sistem ini tidak pernah bermasalah dan banyak menyumbangkan kepada pembangunan insan yang cemerlang. malahan ia dikawal oleh akta dalam perlembagaan dan undang-undang.. mereka menuduh si anak ini cuba mencari pasal dan bermain api berniat buruk untuk melenyapkan identiti budaya dan adat pegangan bangsa sejak sekian lama terjaga.
memang boleh diterima jika kerisauan mereka berpusar kepada keutuhan adat dan budaya agar tidak tenggelam dan hilang dicelah arus perdana adat masyarakat majoriti..
cumanya, jika kita tidak mempraktiskan pandangan penyatuan sistem pendidikan ini sekarang supaya diletakkan dibawah satu bumbung , maka kita akan menghadapi masalah yang jauh lebih teruk dan berbahaya kepada kekuatan perpaduan negara di masa akan datang..adakah mahu 13 Mei berulang??harus diingat tragedi berdarah tersebut terjadi kerana kepincangan perpaduan ayang berpunca daripada ketidakseimbangan kawalan sosial dan ekonomi pelbagai kaum.
kaum Cina dan India tidak perlu takut kerana di bawah sistem ini semua perlu harus belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di samping bahasa Mandarin dan Tamil terus ditekankan.. mereka mengatakan lagi bahawa tidak perlu Bahasa Melayu diutamakan dalam sistem pendidikan negara kerana penggunaannya hanya terbatas dalam negara sahaja, itupun dalam kalangan pentadbiran kerajaan. tidak lebih dari itu..jika benar-benar mahu memajukan semua bangsa Malaysia dengan satu bahasa tunggal maka Bahasa Inggeris lah yang harus digunakan seperti negara-negara maju US dan Britain, di mana pelbagai bangsa yang berbeza mendiami negara-negara tersebut.
ingin diingatkan di sini, mereka asalnya memang berbahasa Inggeris dan memang itulah bahasa mereka sejak dahulu kala. mereka gunakan bahasa itu bukan sebab ia bahasa dunia atau bahasa teknologi dan sains, tapi menggunakannya atas prinsip itu memang bahasa asal jati kebangsaan dan patriotik mereka. jika di takdirkan Bahasa Melayu ini adalah bahasa asal mereka, tetap mereka gunakan ia sebagai bahasa rasmi dalam espek pendidikan, pentadiran mahupun perniagaan. jelasnya, mereka bangga mempunyai satu bahasa yang berjati kebangsaan dan dituturkan oleh semua warganegara negara. Di Malaysia, jika sistem ini dilaksanakan maka adat budaya semua bangsa akan terus disemarakkan dan disatukan menjadi adat Malaysia dan sistem pendidikan terus dimajukan dari semasa ke semasa.. ya memang betul pada mulanya, pelbagai masalah akan timbul, tapi ia bukan suatu penghalang untuk menjadikan ia suatu kenyataan..
saya berkeyakinan kita akan betul-betul dapat melahirkan satu lapisan masyarakat Malaysia yang cekal budaya, bersatu padu dan berketrampilan.. InsyaAllah.
namun yang menjadi bualan pula, isu ini timbul di celah-celah si anak ini akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno. maka ia di cap sebagai hanya bermain isu demi kepentingan peribadi dan bukan ikhlas, hanya sekadar meraih simpati dan sokongan dari masyarakat melayu Umno untuk memilih dan mengundinya nanti.. jika ini niatnya, maka isu satu sistem sekolah hanya bagai melepas batuk di tangga sahaja.. apabila sudah berjaya mendapat jawatan, maka mulut akan terkunci berbicara isu ini dan ia akan ditinggalkan dek takut tekanan dari pihak-pihak lain dalam komponen BN..
bersambung...
p/s : saya puas hati..
Tuesday, December 09, 2008
KUASA KITA RIRAMPAS?


Republik Singapura walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.
Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?
Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.
Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura
Dalam menguruskan sistem keselamata negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.
Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura.
Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).
Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.
Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.
Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?
Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.
Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.
Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?
Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programm er dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.
Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia
Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.


Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.
Isu-Isu yang perlu diberi perhatian
* Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus.
* Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding.
* Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.
* Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura.
* Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.
Kesimpulan
Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.
Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.
Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.
Thank you,
Best Regards,
MANAGER
Project 325 & "BioNetic" Marketing Plan
(Mohd Syamaizar Bin Zainuddin)
p/s; dihantar melalui email.ksahihan masih diselidiki..jika benar, ia suatu yang amat merugikan.walau apa pun, ia wajar di ambil perhatian.