HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Monday, February 02, 2009

salam sejahtera

Assalamualaikum semua!

sudah lama tak bercoret coret dalam blog ni.. cuti sebulan memang tak sentuh langsung komputer..



LAPORAN RINGKAS PROGRAM KEM KESIHATAN DAN PERUBATAN ASAS (KKPA) 2009
DI CAMERON HIGHLA
ND.





Pertama sekali panjatkan syukur pada Ilahi atas rahmat dan taufiq hidayahnya program Kem Kesihatan dan Perubatan Asas (KKPA) 2009 bertempat di Cameron Highland berjaya juga direalisasikan..


'Medical camp' untuk masyarakat Orang Asli Semai ini adalah julung2 kali diadakan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia, India Student Chapter (IMAM-ISC) di luar peta geografi benua kecil India dan boleh diibaratkan sebagai program amal kemasyarakatan yang terbesar selepas JASSI 2008 Bangalore..


Walaupun ia cetusan IMAM- ISC, tapi ia tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa penggerak utama sahabat2 IMAM Cyberjaya SC dan sokongan kuat pihak-pihak berkaitan iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Malaysia, Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highland dan Penduduk Orang Asli Semai Kampung Sungai Ubi, Brinchang, Cameron Highland.. khairan kathira kepada Yg. Bhg. Prof. Dr. Abdul Latif serta keluarga kerana bersama-sama kami menyumbang tenaga dan masa demi kebaikan masyarakat dan perkembangan dakwah Islamiah.


Perserta adalah seramai lebih kurang 40 orang terdiri daripada pelajar perubatan dan pergigian dari KMC dan JJMC India, pelajar perubatan Universiti Malaya, pelajar praperubatan Kolej Mara Banting (KMB) dan Kolej Mara Seremban (KMS) serta pelajar perubatan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).


Program yang secara peribadi saya anggap bersifat serampang dua mata di mana bukan sahaja khidmat perubatan asas diberikan kepada penduduk Orang Asli malah kami juga menyelitkan unsur-unsur dakwah tauhid sepanjang bersama mereka dengan tujuan agar kekuatan akidah mereka yang berugama Islam terus kekal..


Ini adalah perlu memandangkan kita sedia maklum pegangan agama di kalangan mereka adalah sangat lemah dan mudah terpedaya dengan dakyah kotor pihak musuh Islam terutama pendakwah2 Kristian yang jelas menggunakan kekuatan material dan wang ringgit untuk pesongkan agama yang sedia dianuti..


Program ini juga memberikan impak yang cukup besar kepada para peserta kerana tentatif yang tersedia berhasrat untuk memberikan pengalaman minda dan fizikal berkaitan perubatan dan kesihatan selain bertujuan membentuk syahksiah dan jati diri berdasarkan elemen2 agama yang diterap kepada semua peserta sepanjang sesi program..


Secara keseluruhan, objektif dan harapan yang digarap berjaya disempurnakan.. Alhamdulillah..


Program Kem KKPA 2009 umumnya dibahagikan kepada dua bahagian di mana pemeriksaan kesihatan lengkap merangkumi seluruh sistem badan dan penentuan penyakit pada peringkat awal dipraktiskan pada sebelah petang 2-5pm (17hb Jan) di kampung Orng Asli tersebut disamping sesi program khusus untuk para peserta berbentuk ceramah pengukuhan prinsip asas pendidikan perubatan dan taklimat hala tuju pemilihan pengajian diaplikasikan semasa di CUCMS kampus ( 16hb Jan) yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Dr. Muhaya dan semasa di Cameron Highland (18hb Jan) oleh Yg. Bhg. Prof Dr. Abdul Latif sendiri selaku wakil dan 'orang kanan' Persatuan Perubatan Islam Malaysia.


Jutaan terima kasih kepada semua yang menghulurkan sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit demi kejayaan program dan tahniah kepada semua peserta yang penuh dedikasi dalam semua aktiviti yang diatur.. mohon maaf jika berlaku sebarang kecacatan dalam segenap keadaan.. janji kami segala yang kurang akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa, InsyaAllah.


Semoga ukhuwah antara semua sahabat2 terus mekar dan terjalin dan diharap ia menjadi suatu titik permulaan untuk melangkah lebih jauh dalam landasan perjuangan ini!


Jakk

-Muhammad Shauqi Bin Abdul Kadir.