HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Wednesday, May 28, 2008

EZAM : PEMIMPIN YG DICARI??

dalam politik apa2 pon blh jadi.dalam ap2 bidang sekalipun, hanya politik s jalah yg mempunyai identiti ini yg menyaksikan para 'penganutnya' boleh tonggang terbalik 360*.. sejak manusia yg mendiami bumi Malaya pandai berpolitik sehingga sekarang, sudah banyak kali perkara ini terjadi , dan kali ini perkara yg sama berulang lagi...


Ezam adalah nama yg begitu berbekas dalam arena politik tanah air. nama inilah yg paling lantang membantah pemecatan dan penentangan bermati matian terhadap keputusan berat sebelah Hakim Augustin Paul yg mengakibatkan Anwar tersumbat dalam penjara slama 10 tahun atas alasan salah laku seks meliwat dan tuduhan rasuah yg ternyata tak berasas. nama ini terukir sebagai insan yg paling kanan dalam melonjakkan laungan Reformasi pada thun 1998 bersama2 rakyat malaysia ketika itu. insan ini jugalah antara kumpulan yg menjadi tulang belakang kepada penubuhan Parti Keadilan Malaysia yg mana beliau menjawat jawatan antara yg tertinggi dalam parti tersebut sebelum penggabungan dgn Parti Rakyat berlaku.. Jasa beliau pada ketika itu dilihat begitu besar dalm perjuangan keadilan peribadi Anwar secara khusus dan mendaulatkan keadilan bgi seluruh rakyat malaysia dalam segala aspek...



Ezam sejak dua tahun lepas adalah orang yang tidak berparti. Kisah Ezam keluar Keadilan bukan lagi menjadi isu. Dua tahun lalu beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda atas alasan hendak menumpukan kepada Gerak kononya. Namun, ada yang mengatakan beliau bergaduh dengan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, ada juga yang mendakwa Ezam bergaduh dengn Anwar Ibrahim. Ketika Anwar dipecat pada tahun 1998, Ezam adalah Setiausaha Politiknya, manakala Azmin sebagai Setiausaha Sulit. Kedua-dua anak muda ini merupakan antara tonggak utama dan orang kepercayaan Anwar untuk menggerakkan gerakan perjuanagn smasa Anwar dalm lokap. perbezaan dlm arah tuju adalah perkara biasa dalm perjuangan politik..hal mereka ini xperlu dickapkan lagi dan semua org dah ketahuinya..


Ezam mengatakan beliau berhasrat masuk Umno bukan kerana mengkagumi personaliti Abdullah, sebaliknya perubahan dasar yang dijalankan khususnya dalam persoalan Badan Pencegah Rasuah dan isu kehakiman, begitu menarik minatnya. Hakikatnya pada beliau perubahan dasar yang dibuat oleh Abdullah, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno begitu mendorong pendiriannya untuk berubah. betul ke??huhuuu

Sebelum ini, khususnya sewaktu Ezam 'bercerai' dengan KeADILan, beliau begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS, antaranya Husam Musa, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Ezam juga sering berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ada banyak janji 'tidak akan masuk Umno' yang sering Ezam ulang-ulangkan di hadapan pemimpin PAS. Ada banyak "Sumpah Keramat" Ezam dalam ceramah-ceramahnya yang menempelak, mengecam bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi, Najib dan banyak lagi yang masih ada dalam rekod berbentuk kaset dan VCD.
Semua rekod-rekod ini menjadi bukti bahawa Ezam sebenarnya sudah menggadaikan prinsip perjuangan yang beliau sendiri bersumpah acapkali. Tanpa disedarinya sumpah-sumpah ini semua sedang memakan diri Ezam. Hanya masa dan waktu sahaja akan menentukan. Wallahu a'lam. .....

ada dakwaan dari sumber sumber tertentu yg mengatakan bhawa Ezam di beli oleh KJ dgn harga 1 juta melalui akaun Norza Zakaria baru2 ini.entahlah,mungkin benar atau mungkin tidak.tetapi ia cukup untuk menimbulkan pelbagai andaian apakah tujuan sebenar beliau kembali semula kepangkuan parti yg dihentamnya dgn begitu 'kejam' dulu. macam menjilat balik ludah muntahnya sendiri..jika betul alasannya adalah baik, ia memang dilihat sebelah mata saja oleh sesiapa pon kerana beliau bagaikan ikan bilis yg dikelilingi oleh jerung2 ganas dalam lautan UMNO!adakah beliau mmpu?? ini persoalannya...

apa2 pun,beliau kini adalh ahli parti itu, ada kemungkinan beliau diangkat menjadi 'seseorang' dalm Umno dalam usaha kononnya untuk memulihkan kapal UMNO yg makin karam ni..mungkin ada kalangan kita yg berfikir beliau sedikit sebanyak boleh menutup sebahagian lubang2 pada badan kapal agar lebih lama bertahan dilautan politik penuh gelora...jika beliau mampu, maka ia adalah cukup hebat dan ini merupakan ujian yg paling berat(kononya) untuk beliau...bergantung pada kemmpuan kepimpinannya yg pasti!!sudah pasti akan teruji...mari kita tengok sama2 dalam sebulan dua ni.huhuu..tapi ap2 pon,kalau kelayakkannya bukan seperti yg di gariskan oleh agama kita,maka ia adalah sia2..bagai menuang air di daun keladi. x akan ada perubahan nyata dan kekal bgi masyarakat kita..perubahan dalam ketebalan dompet beliau mungkin ade.huhuuu

pemimpin adalah satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak.Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”

Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.

Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu 'imun', 'aman' dan 'amin.'Imun maknanya kebal daripada rasuah dan perkara buruk lain. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala 'amin' pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat kdua ialh ilmu kepemimpinan. Kepemimpinn bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat ketiga ialah 'self leadership.' Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?Perkataan 'leader' merujuk kepada tanggungjawab (al-mas'uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.” Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.

Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan 'The Power Of Communication.' Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.

Cara berkomunikasi ada empat:
1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Rasanya elok juga kalu tahu sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir :

i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

ii-Mesti membasarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.

iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.

iv- Tinggalkan dosa.

v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang...


wassalamualaikum wbt sahabat2ku....

Monday, May 26, 2008

ASTAGHFIRULLAH...........




Assalamualaikum...

Iman para malaikat adalah tetap dan konstan. apabila malaikat diciptakan daripada nurr maka tugasnya sudah tersedia dan berkekalan sebegitu dari saat penciptaan hinggalah saat kematian para malaikat itu.. ada malaikat yang diperintah untuk sujud dan ada pula yang tugasnya berzikir. maka ianya akan trus bersujud dan berzikir kepada Allah penciptaNya sepanjang masa dan begitulah jua para malaikat yang lain, ada tugas2 dan peranan yang dipertanggungjawapkan kepada mereka.. sebab inilah iman mereka tidak pernah berkurang mahupun bertambah walaupun sedikit. tetapi amat berbeza bagi kaum manusia yang diciptakan dari gumpalan tanah.. iman bagi manusia biasa ada kalanya hebat dan ada kalanya amat lemah dan kadangkala boleh pupus terus. iman yang ada dalam hati para muslimin terdedah dengan pasang surut akibat daripada tindak tanduk percakapan dan perbuatan kita lakukan sepanjang hidup kita dalam alam fana ini..

dalam kehidupan kita sehari2, kita memang tidak pernah sunyi dari melakukan kesalahan dan dosa sama ada secara terus terang ataupun secara sembunyi2. secara sedar sengaja ataupun dalam keadaan tak sedar tersengaja.. ini memang resmi kejadian manusia tak pernah lekang dari melakukan dosa maksiat kepada Allah dan sesama manusia lain..

Oleh itu, dengan sifat Maha Penyayang Allah kepada kita, wujudnya mekanisme pembatalan ataupun pemusnahan dosa yang dianjurkan oleh Islam sebagai suatu tanda betapa agama ini amat memudahkan para penganutnya dalam jalan menuju ke syurga dan seboleh2nya ingin menjauhkan dan mengelakkan para penganutnya dari pintu neraka jahannam.. kaedah tersebut ialah memohon pengampunan kepada Allah..

maka dalam hal pembersihan dosa kita kepada Allah, ISTIGHFAR, iaitu memohon ampun, adalah suatu perkataan yang paling sinonim berkaitan perkara ini...

mengenai istighfar, Allah telah berfirman dalam mengutarakan keutamaannya..

" Dan tiadalah Tuhan akan menyiksa mereka, sedangkan engkau (Muhammad) berada di sisi mereka.dan tiadalah Tuhan akan menyiksa mereka selama mana mereka beristighfar (memohon ampun).." - Al-Anfal, ayat 33.

firmanNya lagi,

" Dan mohonlah keampunan kepada Tuhan kamu dan kembalilah kepadaNya, nescaya Dia akan mengurniakan pemberian yang baik kepada kamu sehingga waktu yang ditentukan.." - Hudd,ayat 3.

dalam membicarakan kisah Nabi Nuh a.s. dalam Quran, Allah berfirman ,

" Ku katakan kepada mereka : mohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia maha Pengampun.. akan dikirimkan kepada kamu awan yang menurunkan hujan.. ditambahkan lagi bagi kamu harta kekayaan, anak pinak dan dijadikan kamu bagi kamu taman2 dan sungai2 yang mengalir..." - Nuh, ayat 10-12.

firmanNya lagi,

" Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan atau menganiaya dirinya, kemudian memohon ampun kepada Allah, nescaya akan mendapati Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasihani.." - An-Nisa' ayat 110.


dalam hal ini Nabi Muhammad memberi nasihat amat berguna kepada kita dalam sabdanya,

" Sesiapa yang mengucapkan istighfar sebanyak tujuh puluh kali setiap hari, nescaya Allah akan mengampunkan daripadanya 700 dosa. Alangkah kecewanya lelaki atau perempuan yang membuat doasa pada sehari semalam lebih bnyak dari 700 dosa..."

Sabdanya lagi,

" Mahukah kamu aku beritahukan tentang penyakit kamu dan penawarnya? ingatlah, bahawasanya penyakit kamu adalah dosa dan penawarnya adalah istighfar kepada Allah.."

oleh itu, kita sebagai hamba yang serba serbi lemah dalam segala cabang kehidupan, hendaklah kita memperbanyakkan amalan istighfar selain memperbanyakkan ilmu dunia dan ukhrawi didada.. mudah mudahan segala dosa2 kita yang terdahulu akan diampunkan Allah dan akhirnya kita dibangkitkan pada hari Akhirat dan Penentuan nanti sebagai hambaNya yang disinari cahaya kebahagiaan abadi....Aminn..

Sunday, May 25, 2008

NAKBAH PALESTIN : PENELITIAN SEJARAH DAN PENGAJARAN SUATU MALAPETAKA BESAR UMAT ISLAM...









Khutbah Jumaat oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Sobri bin Awang,

Perunding AmanPalestin Berhad Malaysia.


Assalamualaikum...

Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah al-Isra': 1)


Sidang Jumaat rahimahullah, Semalam 15 Mei 2008 genaplah sudah 60 tahun, bumi yang menempatkan kiblat pertama umat Islam dijajah oleh satu bangsa yang paling angkuh dan paling berkuasa di dunia ketika ini. Bumi Palestin yang telah dibuka oleh Amirul Mukminin Sayidina Umar r.a. pada tahun 636M yang menjanjikan keamanan untuk semua, akhirnya telah dicemari dengan pelbagai kemusnahan dan kesengsaraan, kemusnahan kepada harta benda, tempat ibadah, akhlak, perasaan, malah nyawa insan yang sudah sekian lama menjadi penghuni tetap di bumi Allah yang diberkati itu. Yang menjadi perhitungan kaum ini hanyalah 'bagaimana mereka mampu menjadikan insan selain mereka sebagai haiwan tunggangan (Guweim) demi mencapai hasrat mereka'.


Sidang Jumaat rahimahullah, Enam puluh tahun Nakbah. Itulah istilah yang sentiasa bermain di bibir setiap insan yang prihatin mengenai isu Palestin, tanpa mengira siapa mereka. Bagi golongan Zionis mereka merayakan sempena angka 60 tersebut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan yang menggambarkan sudah enam dekad kaum mereka dapat bertapak dan berkuasa di bumi yang dipercayai sebagai 'bumi yang dijanjikan' untuk kaum mereka. Manakala orang Islam yang prihatin mengenai isu Palestin pula menjadikan angka tersebut sebagai satu peringatan bahawa sudah enam dekad bumi Islam itu dijajah dan diperkosa. Dari itu mereka menjadikan usaha-usaha lepas yang pernah dilakukan dalam membebaskan Al-Aqsa sebagai pengalaman dan pengajaran untuk langkah seterusnya dalam perjuangan membebaskam 'bumi perjuangan' ini.


Istilah 'Nakbah' mungkin merupakan satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin. 'Nakbah' bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala 'Nakbah Palestin' merujuk kepada penubuhan negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad lalu.


Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungary, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinan wartawan tersebut telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Deklarasi Balfour


Manakala British pula merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka, telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917, dengan memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.


Rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan 'Ketetapan 181' yang malang pada 29 November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri.

Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4,500 tahun lamanya. Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.


Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 peratus bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan negara 'Israel' pada petang 14 Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila negara Israel yang merdeka diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.


Sidang Jumaat rahimahullah, Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan daripada saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitulmaqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70,000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah, tetapi kini, di manakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? Dan di manakah Umar, sebagai pembuka Palestin? Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitulmaqdis apabila intifada bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.


Sidang Jumaat rahimahullah, Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya' daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayidina Isa a.s. Walau bagaimanapun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah SWT.


Maksudnya: "Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya, tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)." (Surah al-Nisa': 157)


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Peranan yang mungkin kita dapat laksanakan bagi menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam Palestin dan juga perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa adalah berlegar sekitar tiga paksi penting, iaitu; pengetahuan, perasaan dan praktikal:

Paksi Pengetahuan

1. Kita perlu mengetahui punca berlakunya isu di atas menurut sejarah (dulu dan sekarang), termasuk juga mengetahui latar belakang bumi Palestin dari sudut agama ataupun kebudayaan.

2. Perlu mengetahui hakikat pertembungan kita terhadap Yahudi, bukannya bertitik tolak daripada perasaan benci, dengki atau dendam, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada tindak balas terhadap permusuhan yang mereka lakukan dan juga usaha untuk mengembalikan hak umat Islam yang dirampas.

3. Kita perlu mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam dan juga arab serta perlunya menolak segala salah faham yang berkaitan dengannya.

4. Kita perlu memperbetulkan penggunaan istilah yang terpesong daripada maksud sebenar, yang cuba dimainkan oleh media musuh. Antaranya; istilah pengganas telah mereka gunakan bagi merujuk kepada umat Islam yang berjuang menentang penjajah di Palestin, begitu juga istilah operasi berani mati atau operasi bunuh diri telah diperkenalkan kepada dunia bagi menggantikan istilah sebenar dalam Islam iaitu operasi syahid.

5. Kita perlu mengetahui dan menyedari bahawa ketidakpedulian orang Islam dan Arab daripada persoalan akhlak, nilai dan syariah di kalangan mereka adalah bahaya yang mengatasi kekuatan tentera yang ada pada Zionis.

6. Kita perlu memerangi fahaman yang negatif dan logika menyerah tanpa berusaha (mantiq tawaakuli), yang menyebabkan seseorang merasa berpuas hati, mundur ke belakang, hanya mengucap tiada daya dan upaya melainkan milik Allah dan berdoa, tanpa menunaikan kewajipan-kewajipan yang mereka mampu melaksanakannya.

7. Kita perlu menyatakan bahawa jihad mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam kontaks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur atau merasa lemah maupun bertangguh.


Paksi maknawi (jiwa)

1. Mengekang perasaan kecewa atau putus asa dengan merangsangkan harapan yang kuat dalam jiwa umat dengan meletakkan kebergantungan yang kuat kepada Allah SWT serta percaya bahawa adanya di sana kayu ukur yang lain bagi mencapai kemenangan selain daripada kayu ukur biasa dalam bentuk zahir.

2. Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, sama ada pencabulan tempat-tempat suci umat Islam, pembunuhan atau pencabulan ke atas kehormatan anak-anak gadis mereka.

3. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati. Di sinilah lahirnya kepentingan `tarbiyah� sama ada untuk individu maupun masyarakat.

4. Perlunya 'nafas panjang' tanpa gelojoh. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku merupakan hasil kesinambungan kerja yang dilakukan dalam tempoh yang panjang. Oleh itu 'jalan pengislahan' juga memerlukan tempoh.

Paksi Amali/Praktikal

1. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendukung mereka. Ini merupakan seruan yang telah dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusof al-Qardhawi sejak beberapa tahun lepas.

2. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu rasmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.

3. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serba guna atau sebagainya.

4. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.


Sidang Jumaat rahimahullah, Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam semestinya dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.


Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitulmaqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di akhirat nanti. Lembutkanlah hati-hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.

Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau." (Surah al-Maidah: 78) -


*diterbitkam semula atas ehsan al-Fadhil Ustaz hasil pertemuan di Mangalore dan Manipal, India. Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau...

Saturday, May 24, 2008

TANAH AIRKU KINI MILIK ORANG....

Hari ini Malaysia hilang 0.2 hektar buminya


Oleh Mohd Sayuti Omar
Sabtu, 24 Mei 2008

MUNGKIN tidak ada seorang pun dari kira-kira 26 juta rakyat Malaysia menangis setelah menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang telah memutuskan bahawa Pulau Batu Putih kini sudah menjadi milik Singapura.

Bahkan mungkin ada rakyat Malaysia yang tidak menahu mengenai apa yang belaku di The Hague di Belanda hari ini. Apa itu Batu Puith atau Perda Blanca, atau di mana terletaknya South Ledge (Terumbu Karang Selatan) dan Middle Rock (Terumbu Karang Tengah).


Sebaliknya mungkin ada di kalangan rakyat negara ini yang tumpang bergembira dengan keputusan ICJ yang memberi hak kedaulatan Batu Putih kepada Singapura itu?
Rakyat negara kita bagaikan tidak peduli berhubung pertikaian ke atas pulau berkenaan yang berlaku sejak 28 tahun lalu.

Generasi muda maupun generasi tua seakan membiarkan saja pertikaian itu kepada pihak kerajaan bersendirian tanpa ada usaha dan komitmen bersepadu daripada seluruh rakyat.
Misalnya kita tidak pernah terdengar rakyat negara ini bangkit menyatakan keprihatian mereka ke atas pulau berkenaan baik menerusi aksi fizikal maupun secara berdoa.
Tidak ada apa-apa reaksi dalam hal ini.

Untuk sama-sama ke The Hague bagi mendengar perbicaraan tidak mungkin. Orang kita bukan saja miskin kewangan tetapi juga miskin semangat. Adakah mana-mana NGO kita yang kononnya kuat berjuang untuk nusa dan wangsa menghantar wakil ke Belanda?
Saya terkesan keimanan kita dalam menjaga watan ini sangat nipis dan naif. Bukan saja dari kalangan rakyat, tetapi pihak Kerajaan sendiri juga.


Misalnya sebelum keputusan dibuat di Belanda petang tadi umat Islam yang baligh dan mukalaf ke masjid untuk sembahyang Jumaat tidak pun digerakkan untuk memberi sedikit perhatian kepada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih itu. Sepatutnya khutbah hari ini menyentuh mengenai apa yang bakal berlaku di Belanda itu. Para khatib patut membaca khutbah mengenai kedaulatan negara dan kasih kita kepada watan tujuannya memberi semangat dan rangsangan.

Sebaliknya apa yang belaku di masjid tempat saya menunaikan solat Jumaat hari ini (dan saya percaya di seluruh masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca teks khutbah sama) khatib membaca khutbah yang langsung tidak ada kena mengenai dengan isu yang berlaku ahri ini.

Tajuk khutbah di hari ini ialah “Cinta Terlarang” menghuraikan bahaya dan jijiknya cinta terlarang. Teks itu tidak sedikitpun menyentuh apa yang berlaku di Belanda.
Khatib juga di dalam doanya sebelum mengakhiri khutbah tidak sedikitpun mendoakan meminta agar keputusan berpihak kepada kita.

Inilah yang saya katakan bangsa kita terlalu miskin iman terhadap negara baik di kalangan mat rempit maupun yang menjadi penunggu masjid. Keimanan masing-masing senipis kulit bawang?
Apa salahnya kalau masjid mengajurkan solat hajat memohon agar keputusan ICJ berpihak kepada kita. Namun ini tidak pernah berlaku dan lupa untuk dilakukan. Apakah kita semua sudah tidak percaya kepada doa dan usaha secara kerohanian?

Begitu juga dengan parti Pas yang terkenal dengan usaha dan ikhtiar menerusi solat hajat juga tidak menganjurkan solat hajat untuk Batu Putih. Apakah Pas merasakan bukan tangungjawabnya untuk berbuat demikian. Atau kerana masing-masing kini sedang berebut untuk menjadi PM maka hal-hal yang lebih penting menyentuh soal maruah bangsa dan negara terabai begitu saja.

Apapun hari ini Malaysia kehilangan 0.2 hekatar buminya!

Friday, May 23, 2008

MENCINTAI DAN DICINTAI KERANA ALLAH....

Firman ALLAH melalui RasulNya dalam hadis Qudsi yang bermaksud,

" Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua insan yang saling sayang-menyayangi kerana Ku, dua orang yang duduk bersama2 kerana keranaKu, dua orang yang kunjung mengunjungi keranaKu dan dua orang yang tolong menolong keranaKu..."


Sabdanya lagi dalam Hadis Qudsi yang lain,

" Berfirman Allah pada hari Kiamat: mana dia orang2 yang bercinta-cintaan kerana KeagunganKu, hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naunganKu.. iaitu hari yang tiada naungan selain naunganKu.."


Sabdanya lagi,

" Sesiapa yang ingin merasai nikmat kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang tiada melainkan kerana Allah semata2 "


Sabda junjungan besar Rasul lagi,

" Dan dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul dan berpisah semata2 kerana Allah.."


Apabila seseorang insan mencintai seorang insan muslim yang lain, bersahabat dan bermesra dengannya sedangkan orang yang dicintainya itu adalah seorang yang taat setia dan mencintai Allah yang Maha Agung, maka inilah yang dimaksudkan sebagai mencintai dan dicintai kerana Allah...


bercinta kerana Allah juga boleh disifatkan apabila seseorang mencintai insan lain kerana ia membantunya dalam selok belok agama dan memberikan tunjuk ajar dalam perjuangannya mendekatkan diri kepada Allah dan Rasulullah..


orang yang bersahabat dan mencintai muslim lain kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan yang membawa kepada kebahagiaan dan kejayaan Akhirat, ini juga tergolong dalam erti kata saling mencintai semata2 kerana Allah.. kerana sesungguhnya dunia itu sebagai taman bercucuk tanam dan akhirat adalah dusun untuk memetik hasil tuaian.. apabila subur dan mekar tanaman, maka hasil yang akan dipetik dan dituai di akhirat kelak adalah yang terbaik dan penuh nikmat...


bercinta dan besahabat adalah berhukum harus apabila tujuan bercinta dan berkasih sayang adalah kerana dirinya berasa senang dan lapang hati apabila berkawan dengan orang itu atau pun orang itu boleh membantunya dalam urusan dunia yang membawanya dapat hidup bersenang lenang dalam kemewahan... ini ditafsirkan sebagai cinta tabi'i..


sesungguhnya, bercinta dengan alasan tujuan yang ikhlas murni membawa kita kepada kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.. ganjaran pahala yang dijanjikanNya adalah besar dan akhirnya Syurga Firdausi menjadi singgahan terakhir kita... InsyaAllah...

Monday, May 19, 2008

TUN KELUAR PARTI YG DITUBUHNYA SENDIRI.kenapa?

Maha Agung ALLAH yg Berkuasa ke atas segala sesuatu.

tun mahathir adalh antra pnyebab UMNO Lama di haramkan. tun adalh antara penyebab dirinya sendiri di tendang keluar oleh Tunku abdul Rahman dari parti walau apa pun sebabnya.

alkisah..19hb mei dlm satu majlis anjuran perhimpunan melayu kedah di alor star,tun mahathir melucutkan keahliannya sendiri dlm parti UMNO.selama ini sejak penubuhan UMNO Baru pada 1988,tun adalah pemegang no keaahlian 001.keluar masuk tun dlam parti bangsa Melayu ini adalah suatu yg bukan asing baginya.

sebabnya amat mudah, iaitu untuk menunjukkan sikap yg teramat sangat tak puas hati pada Pak Lah. knapa tak puas hati? seluruh dunia sudah tahu. ini tujuan yg org ramai rasa.tapi kalu kita teliti,mungkin tujuannya adalh jauh berlainan. berikut adalh pemerhatian saya.

1) tun adalah negarawan yg pernah berada dlm tampuk kuasa selama 22 tahun.taringnya walaupun mkin rapuh dn tumpul,tapi taring tetap dinmakan taring.ia tetp berpengaruh dn cakapnya tetp relevan kalangan masyarakat. kluar parti adalh untuk `test power'nya adalh msih blh terpakai atau tak untuk meneruskan agenda yg seterusnya.

2) utk memecahkan belahkan lagi kedudukan UMNO yg sedia tenat. org biasa akan fikir betapa tun begitu pentingkan bngsa melayu smpai sanggup keluar parti.banyak yg mungkin terharu dan turut mengekorinya.dlam UMNO x mustahil `ekor'nya masih panjang.bila parti ini makin berserabut,tanggungjawab sebb kaehancuran parti akan dituding pada PAk Lah,tekanan ini yg boleh membuatkan paklah letak jawatan secara terpaksa dn org pilihan tun mgkin akan naik takhta.maka tun gembira.agenda peribadi senyap terjaga rapi.

3) sebagai satu wayang untuk mengalihkan cerita2 masayarakat dan cakap2 org melayu tntg penglibatannya dlm kes Video pakcik Linggam yg mana nama tun adalah terpalit.bila crita ni mkin kurang dan kurang org bercakp,maka Ghani Patail akn lucutkan pendakwaan dari pintu belakang.jgn lupa,Ghani adalh hand-picked tun.kenang budi....

4) bila paklah tpksa mengalah,maka akan muncul org lain ambil kuasa.scara jelas sekarang ini,org amat bencikan paklah dan bukannya benci parti scara total.jika org lain ambil alih dan jika boss baru muncul,akan timbul sindrom `berilah peluang kat dia dulu' pada kalangan masayarakat terutama melayu.ini adalh benar sebagaimna org melayu fikir bila mula2 paklah pegang kuasa.apabila ada leader baru,mungkin akan membolehkan BN bangun semula dan harapan PR nk memerintah hancur berkecai..bila xda anwar,maka xakan ada lgi pendakwaan yg bersabit dgn tun,ank bini,suku sakat,kroni dan peon2nya dalm perkosaan harta negara dulu kala kononnya..tun nyenyak tidur dan boleh pejam mata rapat masa mati.

org melayu dalam dilema.org melayu pening yg mana nk percaya.bukan sebb ianya putih atau hitam.tapi adalah kerana ianya kelabu taik anjing.tak tahu mna yg lebih putih dan mana satu lebih hitam dari kelabu.jgn biar menang sorak kampung trgadai kerana UMNO makin lemah dlm BN dan PAS bukan tukang belakang dlm PR.

cheers....

Saturday, May 17, 2008

GLOBALISATION AND ITS EFFECTS

Assalamualaikum...

The term “globalisation” has been given a number of meanings .At its broadest it has been used as a term encompassing any form of societal change with transnational dimensions. In general, globalisation is the term used to characterize the processes of growing interconnection and interdependence in today’s world, generated to a large degree by growing international economic, cultural and political cooperation and links, as well as by the need to respond together to global problems which can be solved only on a global scale.


The human rights community has also begun to identify positive and negative impacts of globalisation. Positive aspects that have been noted include:

increasing economic opportunities for countries able to find markets in which their labour forces can effectively compete and for those countries that are able to attract the investment, institutional and technical infrastructure to facilitate this; increasing consumer choice and falling prices for individuals around the world; increasing protection of the rights of vulnerable groups as communications technology facilitates global awareness-raising and global actions by international solidarity and human rights movements; better protection of the right to seek, receive and impart information through new communications tools including cellular phones, satellite television and the Internet, and the right of freedom of association or freedom of assembly since with these new communication tools our physical presence is no longer required to exercise these rights.


A number of processes associated with globalisation have been considered to have had negative impacts on human rights. These include the fact that increasing social and economic insecurity due to factors such as the level and volatility of capital flows can affect a range of economic and social rights such as the right to an adequate standard of living; accelerating changes in trading relations, and the possibility for large corporations to move their operations from one country to another at short notice can affect the right to work, and the competitive global environment can cause limits to be imposed on workers’ rights to bargain collectively or to strike as companies seek to produce at competitive costs or as countries offer companies low-wage labour as an incentive to keep them on their soil.


Globalisation has affected children’s enjoyment of their rights in a number of ways. The enjoyment by a child of the right to survival and development is directly influenced by reductions in parental income and education, and is linked to factors such as availability of food and housing, and children suffer disproportionately where it very difficult to provide social services such as health care and education in an increasingly competitive world. In many countries it has shown that liberalization and the reduced role of the State in these countries have led to increased insecurity, with increases in child labour; decreases in nutritional standards; big falls in school enrolment and attendance levels; and increasing percentages of children living in institutions, a sign of families unable to cope.


Globalisation can play a positive role in facilitating exchange of information on health policies and exchange of health services. Globalisation can also facilitate the realization of human rights such as the rights to information and to education, which in turn are important for the realization of the right to health. Yet globalisation gives rise to very real concerns about the right to health. Increased movement of people seeking employment, changes in behaviour, and increased movement of goods across the world, for instance, have contributed to the more rapid spread of diseases such as malaria, HIV/AIDS, and tuberculosis. The adverse health effects associated with this are exacerbated by reductions in basic services as well as by increased migration, which often increases exposure to disease whilst causing traditional safety nets to be left behind.


Globalization has had negative implications for Indian women. While globalization has brought jobs to rural, developing areas such as India where there was previously no employment, these jobs seem to be wolves in sheep’s clothing. The work available to women is almost always poorly paid, mentally and physically unhealthy, demeaning, or insecure. “Women work two-thirds of the world’s working hours, produce half of the world’s food, but earn only ten percent of the world’s income, and own less than one percent of the world’s property (Tomlinson)”. Women are suffering two fold. As women in developing countries move into the work force, their domestic responsibilities are not alleviated. Women work two full time jobs…


The effects of globalisation have been both positive and negative both in any region generally but especially among the poor population who arguably have been impacted by globalisation more than any other group. Globalisation presents both challenges and opportunities to us. The key point seems to be that globalisation promotes opportunities for some but by no means all and its negative fallout is disproportionately experienced by other groups. The policy challenge here is daunting if the positive benefits of globalisation are to be maximised and dispersed more widely and its negative impacts reduced.

Friday, May 16, 2008

JUMAAT : KEUTAMAAN DAN KELEBIHANNYA

assalamu`alaikum wbt....
hari jumaat itu adalah penghulu sgala hari.ia mempunyai kedudukan yg istimewa disisi Allah..pada hari jumaatlah Allah menciptakan Adam `alaihissalam.padanya jga hari kiamat akan berlaku dan pintu2 syorga dibuka dan pintu2 neraka ditutup..pada hari ini jgalahpintu2 rahmat,taufiq hidayahnya dibuka dgn seluas-luasnya dan limpah rahmat akn menyeliputi seluruh muslim yg bertaqwa...pada hari inilah jga sgala doa dan permintaan yg tulus akn dimakbulkan.sperti mna kata imam Ghazali bhawa hari ini doa2 muslimin akan diterima Allah tetapi saat waktu yg pling mustajab adalh dirahsiakan..oleh itu kita di gesa agar memenuhkan masa dan menyibukkan diri pda hari yg mulia ini dgn ibadah2 akhirat sebnyak mungkin agar waktu mustajap doa tersebut dpt kita perolehi..

perkara2 sunat yg boleh kita lakukan pda hari ini adalh :

1) membca surah al-kahf dan surah2 yg lain.

2) memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Muhammad nabi kita pda siang dan malamnya.

3) menyegerakan pemergian ke masjid pada awal waktu sekurang2nya sebelum gelincir matahari.

4) mandi sunat jumaat dn memakai bau2an harum ketika ke masjid

5)menunaikan solat jumat pada tepat waktunya

6)semasa khutbah dibcakan hendaklah kita mendengarnya dengan tekun dan khusyuk.

ini adalh sebahagian kebaikn2 yg boleh dilakukan pada hari ini.semoga kita tergolong dalm kumpulan manusia yg mndapat petunjuk dan kebahagiaan dunia akhirat.insyaAllah.....

Wednesday, May 14, 2008

GHIBAH : BENCANA LIDAH YG BESAR

Antra bencana2 lidah yg besar selain dusta adalah ghibah(mengumpat)..iaitu menyebut dan menyatakan sesuatu yg tidak baik tak kira sama ada benar atau sebaliknya terhadap saudaramu yg muslim, yg apabila ia mndengarnya ia berasa marah dan malu.dosa ini bukan shaja melibatkan lidah semata2,tetpi sgala bentuk tulisan mahupun menunjuk dgn jari juga trgolong dlm perbuatan ghibah.

sama ada menyebut tentang kekurangan dan kesilapannya dlm agamanya, kecacatan tubuh badannya, ank isterinya, kaum kerabatnya, sgala perbuatan dan kelakuannya atau apa2 shja yg berkaitan dgn dirinya adalah termasuk dlm bencana lidah yg tak bertulang ini..

ghibah dilarang keras oleh Allah, seperti mna dlam firmanNya dlm surah Hujurat ayat 12 :

` dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yg lain.adakah kamu suka memakan daging saudaramu yg telah mati?tentulah kamu membenci untuk memakannya.bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya Allah maha Pengampun dan maha Penyayang..'

ayat di atas denagn jelas menggambarkan betapa besarnya dosa si pengumpat ini apabila Allah membuat perumpamaan mengumpat bagai menjamah daging manusia lain yg mati..

perbuatan ini dgn jelas dilarang oleh baginda rasulullah. ini dinyatakan dlm sabdaNya yg berbunyi :

`setiap muslim terhadap muslim yg lain,haram darahnya(tak boleh membunuh tnpa hak dan sebab yg benar), haram hartanya(tak boleh merampasnya) dan haram kehormatannya(tak boleh memalukannya dgn umpatan2)'

sabda baginda lagi berkenaan hal ini :

`riba itu ada tujuh puluh dua pintu,yg paling antaranya adlah seperti seorg lelaki menikahi ibunya sendiri. dan tingkatan riba yg pling besar adlah perkosaan seorg manusia terhadap kehormatn saudaranya yg muslim(mengumpat)'

pernah terjadi satu peristiwa dimana isteri baginda rasululah,Siti Aishah berckap sesuatu tntang peribadi madunya Siti Syafiyah : `sudahlah si Syafiyah itu begini dan begini'.serentak dgn itu jga baginda terus bersabda dgn menyatakan bhawa jika perkataan yg keluar dri mulut Sti Aishah itu bercampur dgn air laut,maka berubahlah warna air laut itu!betapa beratnya pandangan Islam berhubung perkara ini..

dlam peristiwa yg lain baginda terserempak dgn seorg wanita dn terdengar percakapn wanita ini trhadap wanita lain yg memperlekehkan dn menghina rupa bentuk badan wanita lain tersebut.mka dgn serentak itu jga baginda mmerintahkan wanita itu memuntahkan kmbali ap yg ada dlm mulutnya.dan ternyata ap yg dimuntahkan itu adalh ketulan2 daging mentah yg mnjdi bukti kekuasaan Tuhan yg menunjukkan betapa beratnya hukuman bagi pembuat ghibah!

renungknlah wahai sahabat2 sekalian..apabila anda mendapati sesuatu kecacatan kekurangan ataupun kesilapan yg dilakukan oleh mnusia muslim yg lain,dan anda merasa wajib untk memperbetulkannaya,maka anda hendaklah mula2 menasihati dan mengingatkannya ketika anda bersendirian dgnnya dgn menggunakan bahasa yg lembut dan berhikmah.jika anda gagal,atau tiada taufik hidayat padanya,mka ini menunjukkan bhawa anda sendiri mempunyai kekurangn dlm keperibadianmu sendiri..lantaran itu, janganlah mendedahkan rahsia keaibannya kepda manusia lain, kelak anda akan menerima azab yg pedih dan anda seniri akan menanggung sagala dosa yg dilakukan oleh manusia lain dan manusia yg mnjadi bhan umpatan anda itu pula memperoleh sagala pahala yg anda pernah lakukan dlm hidup ini sbgai galang ganti...

fikirkanlah,alangkah buruknya sifat ghibah ini. dan alangkah ruginya muslim dn kejinya sifat muslim yg mngumpat muslim yg lain!!

wassalamu`alaikum..