HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Saturday, November 29, 2008

SENDI-SENDI SOLAT



Solat adalah tiang agama.. akan hancurlah segala binaan walau sehebat mana pun akan runtuh jika tiang adalah lemah..


Dalam mempraktiskan tuntutan agama yang terpenting ini, adakah kita mengenali solat itu sendiri dengan lebih mendalam? memang tidak kenal maka tidak akan ada cinta sebenar... tiada cinta maka tiadalah khusyuk yang merupakan elemen penanda pahala.. maka tiada khusyuk maka sia2lah amalan ini..


Berikut adalah serba sedikit asal usul solat untuk renungan..



SUBUH


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.


Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.



ZOHOR


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.


Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan kibas


ASAR


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:


Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.

Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:


Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.



ISYAK


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.


Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.


Ulama2 muktabar seluruh dunia bersepakat bahawa mengetahui makna dan maksud tersirat di sebalik bacaan dalam solat adalah salah satu cara untuk meningkatkan khusyuk terutama ketika melibatkan bacaan Rukun2 Qauli yang menjadi syarat sahnya sesuatu solat..


Marilah kita hayatinya..



1) Takbiratul Ihram


Allah Maha Besar


2) Doa Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


3) Al-Fatihah


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


4) Bacaan ketika rukuk


Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


5) Bacaan ketika bangun dari rukuk


Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


6) Bacaan ketika iktidal


Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


7) Bacaan ketika sujud


Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


8) Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah daku,

Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


9) Bacaan ketika Tahiyat Awal


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


10) Bacaan ketika Tahiyat Akhir


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


11) Doa Qunut


Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.

Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.

Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.

Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.

Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.

Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.

Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.

Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



"Wahai Tuhan,
aku tak layak ke syurgaMu ...
namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu....
kami lah hamba yang mengharap belas darimu .


"Ya Allah, jadikanlah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..

ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,

dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia"



Friday, November 28, 2008

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS ISLAM


 
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.

Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula
ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :



1) MADU


Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin
hafal, hendaklah ia minum manisan madu".

Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.


PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu.




2) KISMIS


Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah
bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.




3) SUSU SEGAR

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,
membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu tepung.

CARA MINUM :

i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam

ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w



4) TELUR


Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga
kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air,choline dan bahan ekstraktif.

Sabda Nabi s.a.w,

"Sesungguhnya seorang
Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. MakaAllah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur".

Telur
terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.



5) HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan
mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah
kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.


7) BUAH DELIMA

Untuk penerang hati.

Sabda Nabi s.a.w,

"Barangsiapa yang
memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."


8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu
dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.



9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang
segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.



10) DAGING AYAM


Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi
kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.



11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat
serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.


12) HATI


Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis
vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.


13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya,
pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.



15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )


Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di
kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.



16) KEMENYAN PUTIH
( kemenyan serani/luban/ kundar )


Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.




17) BUNGA KOBIS


Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.




18) BUNGA CENGKEH


Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.





19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal.

Sabda Nabi
s.a.w.,

"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal".

Baginda
juga berkata,

"Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan
memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.



20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.




21) MINYAK SAPI


Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti
yang kecil.



22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori



Thursday, November 27, 2008

6 PERKARA DISEMBUNYIKAN ALLAH SWT



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri
dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau
menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang
bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta
solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu
lamanya 20,000 tahun..

Setelah selesai Jibrail as solat, maka
Allah SWT berfirman yang
bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah
menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tet api di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi
yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat
yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua
rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat
atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas
perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya
Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat
mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak!
sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat
tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin
kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat
izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan
terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga
ia merasa letih dan lemah dan akhirnya

dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh
jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang
bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan
meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau
miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu
tidak akan sampai kepada sepersepuluh

dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap

imbalan solat dua rakaat yang mereka
kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan
berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam
perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan
redha-Nya dalam taat.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan
murka-Nya di dalam maksiat.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.


* Allah S..W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).


* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam


Monday, November 24, 2008

ANTIBIOTICS FOR 'EXAM' FEVER



EXAM? its also known as the day and nightmares for students all over the globe.. they should stop torturing us with those mcqs and essay quess!! emm..we have no choice.have to face it..

The term 'exam fever' can be broadly defined as a feeling of anxiety over one's performance in the exams, the results and reaction of parents and friends; all weigh upon students to create exam stress..

read all the tips below..and try to implement them perfectly ok..



REVISION TIPS


Develop a timetable to monitor your progress. Make sure you allocate adequate time for fun and relaxation as well.

While revising a subject, practise writing. This would be an actual simulation of the examination itself. Plan your revision and complete it in time. This will give you a sense of achievement and build your confidence.

While revising, vary subjects and their difficulty so you don't get bored or disheartened. Set realistic targets of what you can achieve in the time available.

Spend as much time on recall as on reading. Practise by writing answers as you would do in the exam. This will help you remember the important points when you answer each paper.

Practise writing answers under exam conditions. Take three hour tests, without a break in between, preferably at the same time as that of the exam. This will help your body clock adjust to the examination time and conditions.


TIME OUT ?


To prevent mental fatigue, take a short break as soon as you notice your mind is losing concentration. Stick to activities that do not break your study continuum during these breaks. Avoid television and loud music. You will then be able to come back to your revision refreshed.

It is important to relax. Your mind and body perform at their best only if you get adequate rest.


MAINTAIN REGULAR SLEEP PATTERN


A regular seven hours of sleep is mandatory for the body to function well. Also, sleep at a regular time; don't alter your sleeping cycle.

It is not important whether you study late or get up early, as long as you get into the habit of being most alert at the same time as that of the exam.

Try and stop working an hour before bedtime. You will find it helpful to do some muscular relaxation, which is particularly effective in relieving stress

for the best result of muscular relaxation, please do the best EXERCISE


WAT TO EAT?


eat anyting you want..heee.but please search for food rich in vitamins and proteins, such as green leafy vegetables and fresh fruits, are a must.

The nutrients will help your brain stay sharp. Avoid food with high fat content.

Don't drink too much coffee, tea or fizzy drinks. Caffeine will keep you up and reduce the clarity of your thinking.


DISTRACTIONS?


Keep all unimportant issues at bay.

Right now, the board examinations should be your only focus. Stay away from distractions that could cause loss of concentration or unwanted anxiety. Stick to activities that do not break your study continuum.


POSITIVE THINKING POWER AND OPTIMISM


Spend time with people who have a positive effect. It will rub off on you.

Avoid negative thoughts, such as 'Everyone else seems better organised, while I'm struggling.' Challenge such thoughts with positive thinking; for example, 'I have done well in exams before.'


RELAXATION TECHNIQUES? as above..heee


Practise solat sunat qiammullail, zikir and selawat are forms of relaxation. They help your body and mind relax and reduce stress and of course get credits from the God.. take a brisk walk in fresh air after your day's revision is over..Prayer will help you increase confidence reduce your stress as well.

And yes, lots of luck with those exams for you and me. =) dont forget to do the exercise regularly.heee!

Saturday, November 22, 2008

YOGA SISTEMATIK ADALAH HARAM


HARAKAH DAILY, 22 NOV O8


Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.


Pengerusinya Dato' Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.


"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.


"Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam," katanya dipetik Bernama di sini hari ini.


Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.


Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.


Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.


Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.


Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung.

Friday, November 21, 2008

APABILA ISRAFIL MENIUP SANGKAKALA



Semasa Israfil meniup sangkakala yang pertama (yang berbunyi seperti satu jeritan yang amat kuat tiada boleh nak digambarkan dengan apa2 jua, di mana tatkala mendengarnya akan gugurlah jantung2 manusia, akan gugurlah bayi dalam kandungan tanpa disedari, akan tercampak bayi2 yang sedang disusui ibunya) maka petala2 langit akan runtuh menyembah bumi, hamparan bumi akan bergegar (sila rujuk Surah Zalzalah) dan bergulungan antara lapisan demi lapisan sepertimana hamparan permaidani yang bergulungan... Segala2nya hancur berkecai semua isi bumi dan langit ini.. tidak ada walau satu pun makhluk yang terselamat..


Ini pasti dirasai oleh umat yang masih hidup ketika itu. Manakala yang sedang mendiami alam kubur tidak akan merasai sengsara tiupan yang pertama ini.. Sesungguhnya yang pasti semasa waktu hampir menjelang Kiamat maka Allah Maha berkuasa menetapkan bahawa kanak-kanak sudah tidak ada lagi dalam jangka masa itu kerana Allah Maha Adil tidak izinkan kanak-kanak yang mumaiyiz sama ada yang Islam ataupun kafir untuk mengalami dan merasai keperitan keadaan yang amat dahsyat itu..


Dan hari ini jika kita merenung sejenak bahawa sedang berlaku di mana banyak gejala penyakit yang menular dan menyerang kanak2 sehingga membawa maut dan yang terkini kita dapati banyak kes2 yang meragut ramai nyawa kanak2 seluruh dunia disebabkan oleh keracunan Melamine dalam makanan tambahan bayi dan kanak2.. ini adalah salah satu petanda jelas bahawa waktu kemusnahan alam ini makin hampir..


Tiupan sangkakal ke dua adalah untuk memastikan semua makhluk ciptaanNya telah mati termasuklah malaikat Izrail akan mencabut nyawanya dengan perintah dari Maha Agung selepas Malaikat Israfil melakukan sedemikian..ketika Izrail mencabut nyawanya sendiri barulah ia mengetahui betapa pedih dan peritnya tatkala nyawa berpisah dari tubuh..selama hayatnya, Izrail ditugaskan untuk mencabut nyawa sekalian manusia dalam pelbagai cara..jika bagi seorang mukmin sejati, maka malaikat ini akan menjalankan pemisahan ruh dari jasad dengan cara yang paling lembut dan tertib..tetapi adalah sebaliknya bagi mereka yang kufur ingkar akan perintah Allah sepanjang hidup mereka, maka malaikat akan menyentap ruh dengan sekeras2nya tanpa belas kasihan dan terasa isi2 daging tubuh bagai disiat2....na'uzubillah min zaalik.. kita semua akan merasai sakitnya ruh meninggalkan jasad, tidak kira di mana kedudukan iman kita sekalipun..cuma yang membezakannya, kesakitan itu terlalu perit ataupun sebaliknya..Nabi Muhammad sendiri merasai kesakitan semasa keluarnya ruh dari tubuh baginda, maka apatah lagi bagi kita..



Kemudiannya Israfil akan dihidupkan kembali untuk tiupan sangkakala kali ke 3.. Tiupan kali ini adalah untuk mengejutkan dan membangunkan semula semua makhluk dalam keadaan masing2 sesuai dengan amal ibadah mereka semsa hidup, mereka dihidupkan kembali seolah2 bagai rimpunan cendawan2 tegak berdiri yang tumbuh selepas hujan.. pada ketika ini manusia bangun bangkit mengikut keadaan semasa matinya. jika mati dalam keadaan bermaksiat maka buruk huduhlah keadaannya..jika mati dengan penuh cerah amal kebaikan maka berseri2 wajahnya dengan nur kemuliaan dan kemenangan..ada yang berdiri dengan kedudukan kepalanya dibawah, wajah dan tubuh badannya hitam legap bagai arang, wajahnya bagai khinzir atau anjing, berbogel langsung,ada pula yang mataharinya sejengkal di ubun2 kepala dan bermacam2 lagi sesuai dengan timbangan kebaikan atau keburukan yang dilakukannya sepanjang kehidupan dari buaian hinggalah ke liang lahad..


tiupan ke 4 adalah sebagai perintah untuk semua manusia bergerak berduyun2 ke padang Mahsyar dalam keadaan2 masing2 seperti mana ketika bangun semula..ada yg berenang dalam lautan peluh dan ludahnya sendiri, ada yg berjalan berupa khinzir dan bagai keldai, ada pula yang berjalan dengan lidahnya sendiri, ada yang merangkak merayap dan bermacam2 lagi sebagai tanda segala perbuatannya semasa hidup.. semuanya berjalan menuju para ambia' iaitu Para Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada kaum2 yang berbeza semasa dialam dunia sebagai petuntuk ke arah kebenaran dan tauhid kepada Allah swt.. pertama sekali semua manusia akan bertumpu kepada Nabi Adam as untuk memohon beroleh syafaat agar dikurangkan balasan buruk dan mencapai balasan syurga..tetapi Nabi Adam menghulurkan bantuan syafaat kepada ummat yang beriman sahaja..begitulah seterusnya manusia berkunjung berjumpa dari satu Rasul ke Rasul mengikut turutan untuk memohon bantuan syafaat hinggalah akhirnya bertemu dengan junjungan besar Nabi Muhammad saw..bagi sesiapa yang rajin dan kerap berselawat kepada baginda sepanjang kehidupan, maka Nabi Muhammad akan mengecam wajahnya dan berkatalah baginda bahawa si polan bin si polan ini adalah sebahagian dari kaumku dan berolehlah baginya bantuan syafaat yang dapat menghindarkannya dari balasan api neraka dengan keizinan Allah Maha Berkuasa..


Tidak lama kemudiannya berlakulah laungan sangkakala ke 5.. tiupan ini membuka setiap pintu2 langit... maka akan turunlah semua buku2 amalan kebaikan dan kejahatan seluruh umat manusia bermula kepada umat Nabi Muhammad berturutan hingga kepada umat2 yang lain. maka untuk umat nabi Muhammad, Allah memerintahkan supaya dihimpunkan disebelah kanan baginda nabi panji2 Al Quran yang di bawa oleh Sayidina Osman ra..di belakang beliau adalah para sahabat Nabi yang lain yang terdiri daripada Ahli tahfiz Quran, alim ulama yang sentiasa semasa hidupnya dipenuhi dengan bacaan ayat2 suci alQuran. selepas itu panji As Siddiq (yang sentiasa membenarkan) di ketuai oleh oleh Sayidina Abu Bakar Assiddiq. Di belakang nya terkumpul orang2 yang sentiasa benar dalam beragama dan sentiasa membenar dan memegang kebenaran agama Allah pada setiap masa.. Panji puasa pula di bawa oleh sayidina Abu Hurairah kerana beliaulah yang paling rajin menjalankan ibadah berpuasa sepanjang hidupnya..beliau menetapkan hanya 12 hari sahaja untuk tidak berpuasa bagi setiap tahun dan selebihnya dikhususkan untuk puasa. begitulah seterusnya untuk amalan2 kebaikan yang lain.bagi setiap kumpulan di sebelah kanan baginda akan ada panji2 yang diketuai oleh insan yang paling sempurna bagi setiap kebaikan tersebut..manakala di sebelah kiri pula akan ada panji2 yang diusung oleh manusia mungkar dan keji.panji pendusta di bawa oleh Abu Lahab. Di belakangnya pula adalah umat Muhammad yang kerap dan gemar berdusta sepanjang hidup..panji munafik pula oleh insan bernama Abdullah yang melarikan dari dari medan perang dan mengahsut orang lain bersamanya, dan diikuti oleh panji2 keburukan yang lain pula..Maka cuba kita renungkan di manakah kedudukan kita ..adakah kita akan mengikuti kumpulan2 yang berada kanan baginda ataupun kita memilih untuk bersama2 insan terkutuk di sebelah kiri baginda?? renungkanlah
dan cuba perbaiki keadaan hidup kita ini sebelum terlambat..



Kemudian orang yang pertama akan dipanggil Ilahi adalah Nabi Muhammad untuk berada di hadapan Allah dalam perbicaraan timbangan. sudah tentulah Baginda Rasulullah akan memasuki syurga dengan sepantas kilat pada kedudukan syurga yang paling tinggi dan utama kerana baginda adalah kekasih Allah yang amat ulung tiada sekelumit dosa pun sepanjang hidupnya sebagai insan mulia yang maksum..disusuli oleh para sahabat nabi seterusnya para alim ulamak dan insan yang menjalankan perintah Allah dengan tekun dan sabar dan akhirnya insan2 yang paling lemah iman dan ibadahnya.. pokoknya di sini adalah orang yang baik2 dan beriman sahaja yang mendapat kemuliaan untuk dipanggil namanya terlebih dahulu sebelum orang2 lain.. ingin dijelaskan di sini bahawa segala amalan kita akan dihitung dengan teliti dan buku2 ibadah kita menjadi saksi dan tubuh2 mnjadi bukti sbagi setiap perbuatan yang pernah kita amalkan. mulut terkunci dari berkata apa2 di hadapan Allah swt.. jika kita mengamalkan banyak kebaikan tetapi pada masa yang sama kita banyak berhutang dengan manusia lain dari segi material, wang ringgit ataupun mulut ucapan nista, fitnah, kutukan dan umpatan, maka semuanya ini akan dituntut oleh tuannya dan pahala kita akan diberikan kepada si polan tersebut hinggalah habis semua hutang2 kita langsaikan.. jika sudah habis semua pahala kita bayarkan sebagai hutang, maka dosa2 sipolan tuan itu akan dilemparkan ke muka kita dan kita pula yang akan menanggung beban dosanya sebagai ganti hutang kita padanya.. ingatlah, tiada suatu apa pun yang terkecuali, semuanya akan dibentangkan di hadapan kita bagai tayangan gambar bagi setiap perkara yang kita lakukan samaada secara jelas terang ataupun tersembunyi.. jika berat timbangan neraca kebaikan dan pahala, maka kita akan melangkah ke syurga idaman dengan penuh gembira tetapi bagi mereka yang gagal, akan terperosok dalam api neraka yang amat pedih sehiggalah semua dosa2 mereka terbalas..



insan yang pertama sekali akan masuk syurga adalah Nabi Muhammad, diikuti oleh para nabi yang lain.. tapi oleh kerana betapa sayang dan cintanya nabi kepada umatnya, baginda menangguhkan perjalanan ke syurga sehinggalah semua umatnya dibicarakan amal2 ibadah mereka.. baginda tidak mahu masuk dahulu kerana ingin membantu umatnya dan kemudiannya baginda berada di sebelah neraca mizan.. Allah dengan kekuasaanNya membuka pintu syurga di sebelah kanan dan neraka di sebelah kiriNya.. untuk ke syurga harus melalui titian siratul mustaqim.. masing2 berduyun beratur untuk melintasi titian mengikut amalan masing2..sekiranya amalan buruk kita berat, maka nabi yang amat sayangkan umatnya akan menolong kita dengan meletakkan serbannya dan apa sahaja bertujuan untuk meringankan timbangan buruk tetapi jika masih berat juga yang buruk maka nabi yg maksum memohon maaf pada umat tersebut kerana tidak dapat membantu.. lalu akan berjalanlah kita di atas titian itu..pelbagai cara dan rupa semasa melintasi titian tersebut, ada yang laju seperti kilatan, ada yg rasa seperti melalui sehelai rambut yang di dibelah2 tujuh bahagian dan pula yang merasai titian itu seperti tajamnya sebilah pedang yang menyiat2 kakinya, ada yang merangkak2, mengesot dan ada pula yang paling susah yang jalan bergayut menuju syurga..tetapi bagi yang paling malang, akan jatuh tersungkur dari titian dan masuklah ke dalam neraka dibawah itu menjadi penghuninya..

renungkanlah apakah neraca amalan kita nanti lebih berat pada sebelah amalan pahala atau lebih berat pada dosa..fikir2kanlah dan beramallah selagi belum terlambat!!



nukilan Puan Mazlon bt Naim, NUR ULFAH , diedit oleh lembahbujang


Monday, November 17, 2008

MULAKAN DENGAN BASMALLAH..


Mukjizat di sebalik BISMILLAH


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.


2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)


3.Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.


5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6.Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (Muddatsir:30) .

Ibnu Mas'ud berkata:

"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."


7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "


8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sabda Rasulullah,

"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang
yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada..."