mukjizat adalh perkara luar biasa yg di anugerahkan Allah kepada Rasul2 terpilih yg melangkaui akal manusia utk berfikir dan menerima tentangnya..Karamah pula ada perkara luar biasa yg terjadi dan dikurniakn kepda para solihin dan para wali yg melewati kemampuan masyarakat biasa..
ad beberapa lgi kalimah2 yg bersangkut paut dgn perkara ajaib yg di berikn oleh tuhan kpada mnusia pilihannya sepanjang zaman..perkara2 sebegini yg ada pada mnusia2 tertentu bukanlah sihir dan kita harus tahu bahawa jika ia hasil daripada ilmu hitam, ia x kan mmpu sampai ketahap keanehan sebegitu..ahli sihir dan pengamal pemuja staitan iblis x akan mmpu mncapai tahp luar biasa sebegitu rupa..ini menunjukkan ia datang dari kurniaan Allah semata2..
mukjizat yg ada pada sebilangan rasul2 adalh bertujuan antara lainnya sebagai bukti keagungan Allah dan sebagai mmbuktikan kebenaran agama tauhid yg dibawa oleh para anbiyak ini.. nabi Ibrahim as diselamatkan oleh Allah dari kepanasan api membara daripada mmbakar tubuhnya. dgn izin Allah ,api yg sifatnya adalh memusnahkan pada pndangan akal tba2 bertukar mnjadi suatu teman yg mendinginkan bagi nabi Allah Ibrahim a.s..ini mmbuatkan kaumnya yg ingkar kebanyakan dari mereka insaf dan mengakui kebenaran ajaran tauhid. bgitu jgalah mukjizat yg dikurniakan Allah pada Nabi Musa berupa tongkat yg bertukar mnjadi lembaga ular yg begitu besar yg menumpaskan sihir2 jahat yg ada pada waktu itu..nabi Isa mmpunyai mukjizat dapat menghidupkan org yg mati dan mnyembuhkan pelbagai penyakit dan buta melalui tangan baginda..
khutumul anbiyak nabi Muhammad swt mmpunyai mukjizat yg teragung sesuai dgn kedudukannya sebagai penghulu segala nabi dan rasul..baginda dianugerahkan tuhan dgn pelbagai kemmpuan luar biasa yg menjadi bukti bahawa Isalm itu agama yg diredhaiNya..begitu byk perkara aneh dan ajaib yg terjadi sepnjang hayat baginda sebagai pemimpin umat islam..dan satu perkara yg saya nk bincangkan bertepatan dgn 27 Rejab ini adalh peristiwa Israk dan Mi'raj..
firman Allah dalm surah Al Isra' ayat 1,
'Maha suci Allah, yg telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjid haram ke masjid aqsa yg telah Kami berkahi sekelilingnya..agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda2 kebesaran Kami. sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat..'
israk bermaksud perjalanan Nabi dari mekkatul mukarramah iaitu masjid haram ke baitul maqdis dimana terletakknya masjid Aqsa, masjid ke-3 dalm hierarki keagungan dan keutamaan selepas masjid haram dan masjid nabawi di madinah.. mi'raj pula bermsud perjalanan nabi dari masjid aqsa ke tetangga langit dunia dan melewatinya sampi ke sidratul muntaha dan hadhratul Qudus utk bertemu Allah yg Maha Kuasa..
kejadian ini berlaku pada tahun ke-10 atau ke-11 kenabian dan lbih kurang setahun sebelum penghijrahan nabi dari kota mekah ke madinah munawwarah..Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah yg menyusun atur setiap apa yg telah sedang dan akn berlaku..
Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dongeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah?
seorg ahli agama yg terkemuka berkata umat Islam pertama2 sekali kena percaya Allah itu Maha Berkuasa.
' Allah boleh melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Perjalanan Nabi melalui peristiwa itu juga bukan atas kehendak nabi tetapi dengan kehendak Allah SWT jua..' .
jelaslah,sesiapa shja yg mengingkari akn berlakunya peristiwa ini, para ulama bersepakat ia adalh murtad keluar dari Islam...
Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi.
Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul darah hitam ('alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan di meterikan dengan 'khatimin nubuwwah'..dan penyucian hati baginda secara fizikal ini dikatakan berlaku melebihi sekali sepanjang hayat baginda..pertama sekali terjadi pada ketika baginda masih kecil dan belum mencapai akil baligh..penyucian ini mmbuktikan Allah amat mementingkan para utusannya sentiasa bersih dan suci dari sebarang noda batin dan zahir sebagai pemimpin penyebar agama tauhid yg di bawa ke seluruh alam..
selesai saja 'pembedahan' tersebut, baginda di datangkan dengan seekor haiwan tunggangan iaitu buraq yg ditemani oleh Jibril as...diceritakan oleh byak ulama bhawa buraq bermaksud 'kilasan cahaya' dan kepantasannya jga adalh selaju chaya..saiznya adalh lebih besar dari keldai ttpi lbih kecil dari baghal..bgaimanapun, ia dijadikan oleh Allah SWT bukan jenis berdarah, berdaging dan tulang belulang seperti haiwan biasa, sebaliknya ia diciptakan dari cahaya. bentuk seebenarnya,hanya Allah shaja yg tahu..
Hikmah dijadikan buraq yang berfungsi sebagai kenderaan dan pesawat angkasa menyerupai seekor binatang walaupun unsur kejadiannya daripada cahaya, adalah bagi memudahkan Nabi s.a.w. memahami tujuan Jibril datang membawa makhluk menyerupai haiwan untuk dikenderai oleh Nabi s.a.w. dalam peristiwa israk mikraj. Kerana kenderaan yang lazim digunakan oleh manusia pada ketika itu ialah haiwan sama ada unta atau kuda dan seumpamanya.
selepas itu bermulalah perjalanan Rasulluah dari kota mekah ke baitul maqdis di pelestinn..Tiba shaja di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi Isa a.s. dilahirkan).
Mengenai Nabi s.a.w. mendirikan solat tahiyyatul masjid di masjid al aqsa dalam peristiwa israk dan setelah menempuh perjalanan yang jauh dari Mekah, ada pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa tersebut, terutama bagi orang yang musafir jauh, telah menjadi kelaziman menjadikan masjid tempat persinggahan, ada yang singgah semata-mata hendak buang air, atau mandi-manda bagi menghilangkan keletihan..Orang mukmin yang memahami fungsi masjid, selepas mereka menunaikan segala hajatnya, sudah pasti mereka tidak lupa menunaikan solat sama ada solat fardhu ataupun solat tahiyyatul masjid. Tetapi tidak kurang juga mereka yang
tidak tahu menghormati masjid, mereka semata-mata menjadikan masjid ketika terdesak untuk buang air, kemudian beredar meninggalkan masjid berkenaan tanpa melakukan solat sunat tahiyyatul masjid, seolah-olah mereka hanya mengambil kesempatan ketika terdesak, tetapi tidak tahu mengucap terima kasih dengan tuan rumah itu setelah hajat mereka selesai.
Dalam perjalanan itu juga Baginda diperlihatkan pelbagai gambaran2 dan kejadian2 seperti :
1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah.
2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun bernama Masyitah dan kelurganya yang beriman kepada Allah.
3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.
4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak mengeluarkan zakat.
5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.
7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.
8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.
9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang
yang menerima amanah tetapi tidaksanggup melaksanakannya.
10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.
semuanya ini mnjadi bukti kepada nabi utk di sampaikan kpa umatnya sekembalinya dari perjalann mukjizat ini sebagai peringatan dan pengajaran utk umatnya disamping berita gembira kepda sesiapa yg beramal soleh....
sesudah selesai solat, baginda dihidangkan dagn dua bejana yg masing2 mengdungi arak dan susu...ketika itu arak belum lgi diwartakan oleh Allah sebagai minuman yg haram disisi agama..pengharamannya ialah setelah Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah. Kedua minuman itu diletakkan di hadapan Nabi s.a.w., tidak menjadi kesalahan sekiranya Nabi mengambil arak kerana ketika itu ia belum diharamkan. Tetapi Nabi s.a.w. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tidak mengambil bejana berisi arak. Sekalipunarak boleh diminum ketika itu, tetapi ia adalah minuman yang tidak sesuai dengan tabi'e manusia. Arak boleh merosakkan akal manusia, sebab itu akhirnya Allah SWT mengharamkan arak yang menjadi ibu segala maksiat itu. Sedangkan susu adalah minuman sejak manusia (bayi) dilahirkan, dan ia menjadi minuman berkhasiat semua peringkat umur.
setelah itu baginda pun memulakan perjalanan mi'raj pula.ketika ini Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). diriwayatkan apabila bginda ingin memulakan perjalan ini, ada seketul batu yg ingin turut serta bersama2 nabi utk naik ke langit..ttapi ia ditegah utk berbuat demikian..akhirnya batu ini tergantung pada kedudukan bgitu dan tidak turun kembali menyentuh bumi..sampi sekarang batu tersebut masih tergantung2 di baitul maqdis dan mungkin ke kiamat ia akn terus begitu..
Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur ditemani oleh beberapa kaumnya...
sepanjang perjalanan mi'raj ini baginda di datangi dgn pelbagai perkara aneh yg kadang kala mengerikan..dgn ditemani oleh jibril, baginda mengamat amati setiap satu daripada apa yg dipertontonkan dgn jelas degnan bertujuan dapt dismpaikan pada umatnya supya mnjadi pedoman kapada kita yg penuh dgn dosa salah silap ini...anatara kejadian2 itu adalah;
1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan. Wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.
akhirnya, selapas melalui pelbagai tingkat langit alam, baginda dalam pertemun yg teragung antara Pencipta dan hmbaNya, Baginda bertemu dgn Allah dan melihat zatnya yg haq..baginda bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya bginda ulang alik memohon kepda Ilahi agar dipendekkkan kepada lima waktu saja demi kemudahan dan keringanan umat islam..begitu sayang baginda Rasulullah kepada kita ini..adakah kita jga bgitu pada nabi kita?
saudara2 muslim, ambillah tauladan dari peristiwa bersejarah ini..semoga Allah mengampuni dosa2 kita dan ditempatkn bersama insan berjaya dunia akhirat..InsyaAllah.
assalamualaikum..