HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Tuesday, March 30, 2010

NASIHAT AL GHAZALI : PERBUATAN HARIAN


di antara kira2 100 buah buku karangan imam Al Ghazali, terdapat sebuah buku yg berjudul Bidayatul Hidayah ( Permulaan Jalan Hidayah ) . melalui buku ini beliau menerangkan amalan2 harian yg patut dibuat oleh setiap muslim dan muslimah setiap siang dan malam sepanjang hidupnya..

terdapat 4 perkara yg perlu dan boleh dibuat mengikut imam Al Ghazali :



1) Ilmu yg bermanfaat.


yg terlebih afdal adalah menghabiskan waktumu dengan mencari ilmu yg bermanfaat, bukan ilmu yg sia2 yg sangat diminati orang sekarang ini, tetapi padahal ia bukan ilmu yg bermanfaat..

ilmu tersebut adalah ilmu yg menambahkan rasa takut dirimu kepada Allah dan menambah penglihatanmu terhadap aibmu sendiri, dan menambah makrifatmu dalam beribadah kepada Allah, dan mengurangkan kegemaranmu terhadap negeri dunia, dan menambah kegemaranmu terhadap negeri akhirat, dan membuka pintu hatimu untuk menjauhi bermacam jenis penyakit amalanmu sehingga dapat menjauhinya.

dan ilmu yg bermanfaat itu adalah ilmu yg menambah pengetahuanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya, sehingga arif dengan kehalusan penipuan syaitan ketika ia menggoda ulama sukk dan berjaya menjadikan mereka sebagai sasaran kemurkaan Allah, kerana mereka membeli dunia dengan agama, dan menjadikan ilmu sebagai alat untuk mengambil harta sultan, memakan harta wakaf, anak yatim, org miskin, dan org islam . di sepanjang hari mereka hanya menghabiskan masa utk mencari pangkat dan kedudukan di hati manusia.

untuk itu mereka snaggup menunjukkan kebolehan di hadapan org ramai dan memperlihatkan kefasihan lidah mereka dalam berbahas dan berbincang..

apabila telah cuba mengamalkan wirid2 dan ibadah dan dapati dirimu tidak merasakan sebarang keberatan dan tidak merasa berat melaksanakannya, bahkan pula menampakkan dirimu begitu bersemangat dan mendorong hati untuk mencari ilimu yg bermanfaat, dan tidak mencari ilmu melainkan utk mendapat keredhaan Allah maka menuntut ilmu itu adalah lebih afdal dari ibadat2 sunat.

dan paling penting hendaklah memastikan keikhlasan hatimu.. apabila hati tidak ikhlas maka disinilah terpedayanya org2 jahil dan disinilah pula tempat tergelincirnya org2 cerdik pandai.



2) Mengamalkan ibadat

bahawa jika tidak berkuasa menghasilkan ilmu yg bermanfaat tetapi berkuasa untuk melakukan ibadat seperti berzikir , membaca AlQuran, bertasbih dan bersolat. maka inilah darjat org yg 'abid dan cara hidup org yg soleh.

dengan cara ini juga dapt tergolong dalam kumpulan org yg beruntung.



3) Melakukan pekerjaan yg menguntungkan dan menggembirakan hati org islam dan soleh.

menolong org yg soleh dalam pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada ulama dan ahli sufi dan ahli2 agama dan berulanag alik dalam menunaikan hajat mereka atau berusaha utk memberi makan kepada fakir miskin atau menziarahi org sakit atau menghantar jenazah.

maka semua ini adalah lebih afdal daripada ibadat sunat semata2 kerana pekerjaan seperti ini juga adalah ibadat.



4) Berusaha untuk menunaikan hajatmu sendiri dan keluargamu.

ini adalah bagi mereka yg tidak mampu menunaikan perbuatan2 diatas.. mencari nafkah utk diri dan keluargamu, dan selamat org ramai dari bahaya gangguanmu dan lidah serta tanganmu.

dan agamamu pula selamat iaitu apabila tidak terlibat dalam sebarang maksiat.. maka akan tercapailah darjat ashhabul yamin, sekiranya tidak mampu mencapai darjat as sabiqin..


0 comments:

Post a Comment