HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Thursday, September 09, 2010

Panduan Cara2 Sembahyang Hari Raya




PENGERTIAN HARI RAYA

Perkataan 'id berasal daripada 'aud bererti ulangan. Ini kerana sama ada hari raya itu berulang pada setiap tahun atau kegembiraannya berulang setiap kali menjelang hari raya atau banyak nikmat Allah dikurniakan kepad hamba-Nya pada hari raya tersebut.





PENSYARIATAN SOLAT HARI RAYA DAN DALILNYA


Solat 'Idil Fitri dan 'Idil Adha telah disyariatkan pada tahun Hijrah yang kedua. Solat hari raya pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah solat 'Idil Firi pada tahun yang kedua Hijrah tersebut.

Sementara dalil pensyariatannya pula ialah firman Allah yang ditujukan kepada Nabi S.A.W

Yang bermaksud ;

"Oleh itu kerjakanlah sembahyang kepada Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)"

'Ulama tafsir menyatakan maksud sembahyang dalam ayat tersebut ialah solat 'Idil Adhha. Hal ini berdasarkan hadith,

Yang bermaksud ;

"daripada Abu Sa'id al-Khudri R.A katanya, "Rasulullah S.A.W pergi ke musolla pada hari 'Idil Fitri dan 'Idil Adha. Perkara pertama yang Baginda lekukan ialah solat. Kemudian Baginda berpaling menghadap orang ramai yang masih duduk di dalam saf mereka, lalu Baginda memberikan nasihat dan menyampaikan apa-apa arahan kepada mereka. Jika hendak menghantar pasukan pejuang atau menyampaikan apa-apa arahan, Baginda membuat keputusan dan mengarahkannya pada masa itu. Selepas itu Baginda pun bersurai.


HUKUM SOLAT HARI RAYA



Solat Hari Raya ialah sunnat muakkad. Ini kerana Rasulullah S.A.W tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu.

Berdasarkan hadith daripada Abu Sa'id al-Khudri yang terdahulu, solat hari raya disyari'atkan secara berjamaah namun sah dilakukan secara bersendirian.

Begitu juga ia disyari'atkan berjamaah ke[ada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, kecuali perempuan yang berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.
Solat hari raya tidak wajib berdasarkan hadith,

Yang bermaksud, sabda Rasulullah S.A.W kepada seorang yang bertanya tentang solat yang difardhukan, "Lima solat sehari semalam. Baginda ditanya lagi, adakah wajib atasku selain daripada itu? Baginda menjawab, tidak kecuali engkau ingin mengerjakan solat sunat".


WAKTU SOLAT HARI RAYA


Waktu solat hari raya bermula dari matahari terbit hingga gelincir.

Bermulanya hari adalah apabila fajar terbit. Pada waktu itu dilakukan solat Subuh sebelum matahari terbit dan solat Zuhur selepas mataharigelincir. Namun waktu solat hari raya yang afdhal adalah ketika matahari naik tinggi segalah. Ini kerana Nabi S.A.W sentiasa melakukannya pada waktu tersebut.



CARA :

-Solat hari raya dua rakaat dimulai dengan takbiratul ihram diikuti dengan doa iftitah.
-Kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali sambil mengangkat tangan selari dengan bahu sebagaimana takbiratul ihram
-Hendaklah diselangi di antara dua takbir sekadar masa sunat membaca di antaranya

" Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar "

(Yang bermaksud, Maha suci Allah, dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar.

-Seterusnya membaca "Auzubillahi minasy syaitonirrajim", Fatihah dan satu surah atau beberapa ayat.
-Selepas takbir ketika bangun pada rakaat kedua, hendaklah bertakbir sebanyak lima kali sebelum memulakan bacaan dan setiap takbir diselangi dengan bacaan tasbih sebagaimana yang disebutkan tadi.
Para ulama telah ijma' tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;

Yang bermaksud, Amru bin 'Auf al-Muzani R.A meriwayatkan Nabi S.A.W bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil ADha) , pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.



-KHUTBAH HARI RAYA-

Selepas selesai solat hari raya sunat melakukan dua khutbah. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :

1) Khutbah hendaklah selepas solat hari raya. Ia berlainan dengan khutbah Jumaat
2) Semua rukun dan sunat khutbah Jumaat adalah sama digunakan pada khutbah hari raya
3) Khutbah yang pertama sunat dimulakan dengan takbir sebanyak 9 kali dan khutbah yang kedua dengan takbir sebanyak 7 kali


Sumber : Manhaj Fiqh I (m/s 511-521)

0 comments:

Post a Comment