HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Friday, April 24, 2009

Siapa Mustafa kamal Ataturk?





Selepas kejatuhan Empayar Islam Uthmaniah di Turki dan perpecahan wilayah jajahan empayar ini, masyarakat Islam Turki tercari cari pemimpin wibawa yang mampu membangunkan kembali negara dan masyarakatnya ke arah kemajuan dan keagungan. malangnya, masyarakat mereka terjerumus dalam kehancuran kekal apabila pemerintahan akhirnya diketuai oleh seoarang manusia yang hancur pegangan akidah dan nilai nilai sosial suci Islam..

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)



1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-
tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terang
an.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan
di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan


Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingg
a terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot denga
n harapan beliau
akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi sela
ma 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah
tidak menerimanya) .

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi da
n dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa

" jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"


isuhangat.blogspot

5 comments:

Anonymous said...

thanks for the info..

Anonymous said...

Tahniah pada anda kerana memuatkan serba ringkas berkenaan sejarah Kamal Atarturk. Bagaimanapun, mungkin anda boleh menambahkan lagi kisah hidup beliau dari lahir, keturunannya di mana saya mendapat tahu beliau adalah dari salah satu keturunan Yahudi iaitu 'Yahudi Dunnama'; jadi tak hairanlah kalau beliau memusuhi Islam hingga ke tahap itu. Apapun, saya berasa sedih kerana akibat kelapaan sultan-sultan Uthmaniyyah terdahulu menyebabkan kegemilangan empayar Islam Turki musnah begitu saja selepas Allah datangkan virus berbahaya yang bernama Mustafa Kemal Atarturk.

Jerinho said...

fyi : khalifah adalah pewaris nabi sebagai pemimpin negara selepas kewafatannya... manakala raja dan sultan adalah varian drpd khalifah.

khalifah turki, baghdad, dan andalusia pada zaman sebelum kejatuhan kerajaan mereka akibat perang salib... bertungkus lumus mengejar kekayaan dunia sehingga sanggup meratah melapah melahap duit rakyat semata-mata untuk membina sebuah istana untuk setiap gundik-gundik mereka...

persis "khalifah" malaysia sekarang ? ntah... lu pikirlaa sendiri... aku x provok ape2. jgn pggl SB tgkap aku plak. haha...

the fin said...

Generasi turki skg mcm x tahu ttg zaman kejatuhan khalifah islam itu. pergaulan anak muda suda terlalu bebas. sy berljar di turkey. dah 2 tahun sy menentap di sini. nilai2 islam dan malu sudah ilang dr dri mereka. di sini university msh x membenarkan student n guru2 perempuan memakai tudung semasa mengajar atau menghadiri kls.. \

the fin said...

Generasi turki skg mcm x tahu ttg zaman kejatuhan khalifah islam itu. pergaulan anak muda suda terlalu bebas. sy berljar di turkey. dah 2 tahun sy menentap di sini. nilai2 islam dan malu sudah ilang dr dri mereka. di sini university msh x membenarkan student n guru2 perempuan memakai tudung semasa mengajar atau menghadiri kls.. \

Post a Comment