HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Tuesday, April 01, 2008

keluarga?family?usrah?

MENANGANI KONFLIK DI KALANGAN KELUARGA MUSLIM.

"KELUARGA" --> Ia adalah satu entiti yang sangat penting dan paling dominan bagi populasi muslim melayu dan arab jika di bandingkan dengan segala badan sosial dan politik yang wujud pada waktu itu. Ini kerana, setiap ahli dalam sesebuah keluarga perlu memberikan sepenuh kesetian dan komitmen yang tidak berbelah bahagi agar keharmonian dalam keluarga terpelihara.
"Dalam setandan pisang, tak semuanya yang elok", ibarat dalam sebuah keluarga,masalah dalaman di kalangan ahli keluarga adalah satu perkara yang tak dapat di elakkan. Oleh itu, beberapa kajian telah di jalankan untuk menangani masalah di kalangan ahli keluarga, antaranya ialah kajian yang dibuat oleh Rugh pada tahun 1984 dan kajian oleh Lobban & Barolsley-Sirois pada tahun 1990. Dalam thesis tersebut, mereka ada menyatakan tentang cara-cara menangani konflik keluarga Muslim dalam bentuk teori dan praktikal. Dalam bentuk teori, segala garis panduan adalah berlandaskan sharia Islam dan juga sosial tradisional yang di amalkan oleh kaum Muslim. Malangnya, segala garis panduan yang telah dinyatakan secara hitam putih tidak di praktikkan oleh mereka yang bertanggungjawab dan ini menyebabkan perbezaan yang ketara diantara teori dan praktikal.
Bagi kebanyakan kaum Muslim, keluarga adalah satu unit sosial, di mana ahlinya terdiri daripada puak yang memegang nama keluarga yang serupa dan berasal dari keturunan nenek moyang yang sama. Tetapi,bagi penulis, keluarga adalah satu institusi yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pertalian darah dan tinggal di bawah satu bumbung yang sama, iaitu ; suami, isteri dan anak-anak.
KONFLIK --> Secara umumnya bermaksud pergaduhan yang biasanya melibatkan kekejaman. Menurut kamus Webster's (1979) dan American Heritage Dictionary (1969), konflik bermaksud perjuangan, perlawanan, pertengkaran, perselisihan, dan kontroversi. Tetapi, bagi Nisbet dan Perrin, kedua-duanya adalah sosiologis, mentakrifkan konflik sebagai interaksi sosial di antara dua atau lebih individu atau kumpulan yang masing-masing mahu menegakkan pendirian mereka. Walau apa pun definasi yang di berikan, secara keseluruhannya, konflik bermaksud perselisihan pendapat dan pandangan di antara dua atau lebihj individu. Mitchell (1981) telah menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 faktor asas yang menyebabkan konflik, iaitu ;
a) Situasi konflik
b) Kelakuan & tabiat konflik
c) Sikap & persepsi konflik
Cara-cara menangani konflik adalah teknik untuk mengelakkan konflik daripada berlaku dan juga mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul.


KONFLIK KELUARGA DI KALANGAN KELUARGA MUSLIM.

Terdapat 4 jenis konflik keluarga di kalangan Muslim, iaitu ;
a) Konflik di antara suami & isteri
b) Konflik di antara ibubapa & anak-anak
c) Konflik di antara adik-beradik
d) Konflik yang melibatkan lebih dari dua ahli keluarga dan sanak saudara
Di antara keempat-empat jenis konflik di atas, konflik jenis yang pertama iaitu konflik di antara suami & isteri adalah yang paling dominan, manakala konflik jenis yang lain-lain biasanya dapat di selesaikan tanpa melibatkan kuasa mahkamah.
Banyak faktor yang menyumbang kepada konflik di antara suami dan isteri, antaranya ialah ;
a) Ekonomi
b) Faktor sosial & psikologi
c) Faktor biologi
d) Poligami

EKONOMI --> Masalah akan timbul apabila si suami tidak dapat menyediakan sumber kewangan yang mencukupi dan juga tidak memberikan tempat tinggal yang selesa bagi isteri dan anak-anak. Berikutan peperangan sivil di Lebanon pada masa dahulu, kebanyakan suami hilang pekerjaan, tanah, rumah dan sumber pendapatan yang akhirnya menyebabkan mereka tidak mampu untuk menanggung ahli keluarga mereka. Selain itu, kebanyakan suami juga tidak mampu menyediakan kediaman berasingan bagi keluarga mereka, di mana si isteri terpaksa tinggal bersama mertua mereka. Keluarga mertua si isteri biasanya akan mengawasi setiap gerak geri si isteri dan memaksa si isteri melakukan segala kerja-kerja rumah dan ini menyekat kebebasan si isteri di rumah itu.

SOSIAL & PSIKOLOGI --> Apabila wujud perbezaan dari segi tahap pendidikan, pendapatan, dan status di antara suami dan isteri, maka terjadilah konflik di antara mereka. Perkahwinan di antara kelas atasan dan kelas bawahan individu juga turut mengundang masalah yang serupa. Di kalangan komuniti Arab Muslim, pengaruh saudara mara terhadap sesuatu perkahwinan amat kuat. Pada zaman dahulu, sekiranya bantahan di terima oleh majoriti saudara mara, maka perkahwinan tersebut tidak dapat di laksanakan. Tetapi, ini tidak lagi di praktikkan pada masa sekarang.

FAKTOR BIOLOGI --> Faktor biologi adalah faktor yang merujuk pada perubahan yang berlaku pada fungsi dan fizikal si suami atau si isteri selepas perkahwinan. Sebagai contoh, si isteri mungkin mengalami penambahan berat badan, menopause (putus haid) atau mandul. Si suami pula bermungkinan menjadi mandul atau kurang upaya sekiranya terlibat dalam kemalangan atau di serang penyakit. Faktor-faktor tersebut akan menyebabkan pasangan menjadi tertekan dan ini memberikan alasan yang kukuh bagi suami atau isteri untuk bercerai.

POLIGAMI --> Poligami, di mana si suami mempunyai isteri lebih dari seorang pada masa yang sama adalah punca utama bagi konflik dalam keluarga. Walaupun poligami halal di sisi agama, ia tetap di geruni oleh kebanyakan wanita Muslim. Oleh itu, kebanyakan suami akan berkahwin dua atau lebih secara diam-diam tanpa pengetahuan si isteri.



PENYELESAIAN SECARA SHARIA BAGI KONFLIK DI ANTARA PASANGAN.


Hukum Islam telah menyediakan panduan lengkap bagi setiap masalah yang berlaku. Secara umumnya, terdapat 2 cara penyelesaian iaitu ;

a) Pendekatan secara umum.
b) Pendekatan secara spesifik / khusus.

Pendekatan secara umum dilakukan berdasarkan ayat-ayat suci al-Quran yang menerangkan tentang jalan penyelesaian yang aman damai bagi dua insan yang sedang bertengkar.
Apabila si isteri melakukan kesilapan (nushuz), si suami hendaklah memberikan nasihat yang ikhlas agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Sekiranya si isteri masih tidak insaf, si suami hendaklah mengasingkan tempat tidurnya sehingga si isteri betul-betul insaf. Jika si isteri masih degil dan angkuh, si suami berhak memukul isterinya dengan niat untuk menyedarkan isterinya dan bukan niat untuk menyakitinya.
Jika si suami menindas si isteri tanpa sebab dan alasan yang kukuh, si isteri berhak mendapatkan cerai dari hakim (Qadi). Selain itu, pengaruh keluarga dan saudara mara yang semakin berkurangan juga merupakan jalan penyelesaian bagi masalah pasangan suami isteri,sekiranya pasangan tersebut berhijrah dari kampung mereka ke tempat lain.

Secara keseluruhannya, Islam memberikan jalan penyelesaian yang indah, lengkap dan mudah untuk di laksanakan oleh sesiapa sahaja. Tiada masalah yang tidak dapat di selesaikan. Kesabaran dan kebijaksanaan orang tengah atau hakim yang di lantik untuk menyelesaikan masalah suami isteri adalah kunci utama dalam menyelesaikan masalah tersebut.

............disediakan dan disunting oleh masfazlin. =P

0 comments:

Post a Comment