Tuesday, April 22, 2008
ISU PANAS : BEKAS MENTERI DIDAKWA MERABA???
=D
" Dalam keadaan suhu politik negara agak panas sekarang, tiba-tiba muncul pula berita gempar mendakwa seorang bekas menteri dituduh melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita pelayan hotel berumur 30 tahun. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur baru-baru ini semasa menteri berkenaan bersama-sama beberapa rakannya sedang menikmati cigar (cerut) di sebuah kelab eksklusif yang terletak dalam hotel berkenaan. Kisah itu mula berlegar dalam internet sejak Isnin malam dan mencetuskan berbagai tandatanya khususnya siapakah bekas menteri itu. Asalnya ada juga yang menduga ia cerita tak berasas yang sengaja disebarkan menerusi internet. Namun kisah itu semakin jelas apabila Selasa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC II, Ku Chin Wah semasa ditanya mengenai isu berkenaan mengesahkan polis ada menerima laporan mendakwa kes cabul melibatkan bekas menteri itu. Katanya laporan polis itu telah dibuat di ibu pejabat polis Brickfield, Kuala Lumpur. “Buat masa ini bekas menteri itu berada di luar negara… nanti dululah setakat ini kita masih dalam siasatan,” jelasnya ketika ditanya perkembangan siasatan kes berkenaan. Menurut beliau, laporan polis tersebut telah dibuat pada 14 April lalu dan siasatan dijalankan di bawah Akta 320 Kanun Keseksaan.
Laporan dalam internet mendakwa kejadian bermula bila bekas menteri itu memegang tangan pelayan itu. Ketika pelayan itu berlalu bekas menteri berkenaan mengekori dari belakang dan meraba punggungnya menyebabkan pelayan itu menjerit dan memanggil teman lelakinya yang kebetulan bekerja di situ. Tindakan bekas menteri itu menyebabkan pelayan wanita berkenaan menjerit dan memanggil teman lelakinya yang turut bekerja di hotel yang sama. Bekas menteri berkenaan dikatakan menang dalam pilihanraya umum 8 Mac tetapi tidak dilantik semula dalam kabinet. Beliau dikatakan adalah pelanggan regular kelab berkenaan dan kenal dengan pelayan itu.." - ( 21,4,08 - agendadaily )
jelasnya disini, tak kiralah sama ada berita ini benar ataupon sebaliknya ia tetap ada asas kukuh untuk dirisaukan parti yg memerintah..sejak tersebar luasnya 'tayangan perdana' aksi2 pnuh ghairah bernafsu brutal menteri ubat -ubatan unta tua tak lama dlu diranjang bersama kekasih sulitnya,kerajaan sudah terpalit dgn kutukan demi kutukan yg memalukan!sekarang timbul pula isu pnas sbegini dicelah2 kegawatan politik kerajaan terutama umno..ini semua menambah lagi kepeningan Pak Lah yg sudah dicop sbagai PM lembab lembik oleh pihak lawan yg x pernah kenal erti kasihan dan makna stop!!huhuu...saya btul2 bersimpati pada dia ni...saya x kesiankn sgt si bkas menteri tu sbb skurang-kurangnya dia sudah tiada jawatan dlm kerajaan sekarang, tapi saya btul2 simpati dgn 'mr. clean' ni...setulus simpati...tpi stakat simpati aje la.hihi..
kenapa perlu simpati?alasannya adalah..
* apa yg bekas menteri ni lakukan jika benar dakwaan adalh betul2 bertentangan dgn prinsip islam hadhari yg dilaung -laungkan selama ini oleh pak lah.hancur punah islam hadhari krna org ramai akan kata kalau pemimpin pon truk, apa teladan hadhari yg ada yg boleh ditunjukkan kpada rakyat.
* dalm tempoh getir paklah sedang cuba menyuusun balik barisan kerajaan dan parti yg berkecamuk dek kalh teruk dlm PRU lepas, hal sbegini mnambahkan lgi perit.
* isu ini boleh mnjadi tak terkawal dan besar kemungkinan akan mnjadi buah mulut utama pihak lawan yg sentiasa mnunggu masa utk 'mencekik' paklah habis- habisan.
*ini menmbahkan lagi ketidakyakinan masyarakat pada pimpinan parti2 pemerintah kerana masyrakat kita rata2 beranggapan ketandusan moral menunjukkan kekontangan kemampuan untk memerintah walaupun hakikatnya ia bukan sebegitu.
*sgala usaha utk memulihkan kembali keyakinn rakyat pda pemerintahn akan hancur berkecai dlm skelip mata jika dakwaan ini btul2 benar.sekarang ini,keyakinan masyarakt pada pemimpin bgitu pada tahap begitu rapuh mnunngu patah..
ini semua jika disahkan berlaku, nmpaknya riwayat paklah sebagi PM akn tamat xlama lagi dan dia akn dinobatkan sebagi PM yg pling singkat berada di tampuk kuasa ngara..harap2 apa2 pon yg terjadi, mmberikan seribu satu hikmah dan kebaikan kpada semua...fenin2
Just Close Your Eyes and Imagine!!
Ask yourself these questions,
*If I were to die will Allah (swt) be pleased with me?
*What I have done in my life till now?
* Have I just been chasing after the dunia & not Allah's happiness?
*Have I made the world a better place with my presence?
*hve I done anything for Islam today and most Importantly did I pray?????????
Dear brothers and sisters, think of a list of the most important things to you .. What number is Allah (swt) on that list? try to make amends, beg for Allah's forgiveness . .......
Just Close Your Eyes And Imagine
Just close your eyes and imagine, You have just one more day to live;One more day to show Allah,What "Jannah" he should give? To say goodbye to your family,And all your closest friends; To ask for forgiveness, And try to make amends;
Just close your eyes and imagine,Did you miss a prayer or two?Did you please Allah, and do the things,He asks every person to do?
Just close your eyes and imagine,Tomorrow you will be gone; No more second chances,To smell the mist of dawn;
Just close your eyes and imagine,The angels are going to come,To take your soul and ask,In your life "what have you done"?
Just close your eyes and imagine,The words you want to say; Will not come out you may realize,For all your deeds you'll pay;You want to speak out, to cry out,In Allah I believe;But, silence beckons you, No more can u deceive;
Just close your eyes and imagine, Finally, Your silence breaks away;You tell the angels you believe in Allah, And for him, you did pray;You say as tears are pouring down your face Please, Allah, forgive me,For the sins that I committed, Have mercy is my plea!
Just close your eyes and imagine, That the smell of musk surrounds you, From your head down to your feet;You realize Allah forgave you,Hell fire you did defeat; But we all know as Muslims, When it's time for you to die;You'll not be given a second chance,To say a last goodbye; So live each day as If it's your last, And never forget to pray;So when the angels come to ask, You'll know the words to say.
Remember Brother & Sisters...we are all here in this world for just awhile...make the most of everyday & do what's required if not more
Come to think of it, how long is a person's life in this world? How far is death? When a person is born, Azaan is said in his ears. He then lives a life of, say 70 years. Then when he dies, shortly afterwards is the solat jenazah prayed.
So how long is his life? 70 years? Wrong! His whole life is like the brief period of time between Azaan and Jemaah....
Thursday, April 17, 2008
isu khinzir : buta babi or 'babi' buta??
hahahaaaa....
salam takzim pada semua.
isu ni tba2 meletup mnjadi suatu bulan hangat awal bulan ni..saya beranggapan ia adalah hal remeh yg x sepatutnya mnjadi sbgitu menonjol dlm masa mutakhir kini.sedangkan byk lagi bnda2 yg maha2 penting wajib diteliti dan diambil perhatian oleh semua pihak.jika benar2 diri ikhlas nk berjuang demi kesejahteraan negara,pekara mcm ni x ptut digembar gemburkan lebih dri yg sepatutnya.
tegas yaakop sapari,exco bertnggungajawab hal ehwal berkaitan berkata ia aldalah sepenuhnya demi kepentingan masyarakat selangor yg slama ini terdedah dgn pebgai kesan terlampau negatif hasil penternakan babi yg beserabut x ada kawalan keselamaatan,kesihatan,kebersihan dan sbgainya sjak berkurun lalu..dgn menubuhkan satu pusat bersepadu berteknologi tnggi sgala masalah punca dari babi yg smua org da tau apa,akan dapat diselesaikan dgn skelip mata! inilah tujuan sbenar katanya....ini kata dia.ntahlah apa yg sbenar2nya..
hujah2 yg diguna oleh exco ni adalh,
* Ia adalah pelaksanaan konsep peladangan babi moden (MPF) yang diputuskan kabinet Kerajaan Pusat BN pada Julai 2007. MPF mempunyai empat kriteria iaitu ladang tertutup; mempraktikkan pengolahan sisa buangan sifar (zero discharge); membangunkan infrastruktur yang baik dan mencukupi untuk ternakan; dan menetapkan kuota untuk pengeluaran babi.
* Ia adalah projek MPF yang telah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 9 Februari 2008; di saat kerajaan negeri masih ditadbir BN.
* Pelaksanaan projek telah mendapat persetujuan wakil-wakil penduduk kampung Ladang Tumbuk yang telah melakukan lawatan kerja ke Jerman bersama bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.
* Projek bernilai RM100 juta ini bukan bertujuan menambah kapasiti dan keluasan ternakan babi, sebaliknya erperanan memusat dan mengawal penternakan babi di daerah Sepang dan Hulu Langat.
* Tiada lesen baru ternakan babi akan dikeluarkan kerajaan negeri selepas projek ini terlaksana.
* Najis dan sisa kumbahan babi dari ladang akan dikumpulkan dalam satu takungan bercampur sisa rumput, yang kemudian menghasilkan bio-gas untuk menjana kuasa elektrik bagi keperluan ladang.
* Tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang sekaligus membanteras pencemaran air, bau dan alam sekitar yang kini dialami penduduk.
* Projek seluas 119 ekar itu tidak dibiayai kerajaan negeri sebaliknya dibiayai penternak. Sebagai contoh, para pengusaha ladang dikenakan bon sebanyak RM40 juta untuk membiayai kos pengambilan tanah.
*pemilihan tempat di sepang adalh kerana di situ adalah pusat ternak babi terbesar slangor sejak berkurun ,byk penduduk cina dikawasan hiliran,tpt yg pling teruk tercemar dgn najis babi etc.
emm,sekali jenguk,memang masuk akal trima logik apa dia ni cakapkan..tengok perancangan memg mcm boleh pakai..bagus2 jika itu hasrat tersirat murni sbenar pakatan rakyat selangor!
tapi yg saya nk tahu,kenapa perkara ini yg awal2 di buat satu perubahan?adakah kerana ia btul2 penting dmi kpentingan umum selangor sehingga ia mnjadi antara isu paling utama atas meja MB dan exco sjak baru berapa hari ambil alih kuasa dr BN ataupon...ataupon ada benda lain yg cuba disampaikan???emmm...saya fikir bnda ni bkn pnting sgt berbanding hal2 lain yg bersangkutan kemiskinan,rasuah,ekonomi etc yg perlu dimabil tindakan yg sepantas mungkin..saya lbih suka melihat hal ni sbagai satu percubaan pimpinan selangor utk melihat apakah reaksi rakyat apabila ssuatu isu sensitif di hidangkan pada tatapan mata masyarakat melayu yg melihat segala benda yg ada kaitan dgn kerbau pendek ni suatu yg amat jijik hina!pada hemah mereka,jika perkara ni dpt diterima baik dan masyarakt boleh berfikir buruk baik kesannya pada kehidupan dan tiada bantahan menyeluruh terang-terangan ttg perkara sebegini, maka hal2 yg lebih2 sensitif dan mengocak kalbu akan dpt dibincang dan dipersoalkn secara terbuka dan telus..sebabnya,negara kita ni terlampau byk bnda yg rakyat fkir adalah taboo dan sensitif pda stiap klompok komuniti bangsa yg berbeza.tapi kena tahu,jika bnda2 sebegini dimainkan tnpa berfikir pnjang,padah yg pedih boleh trjadi pda pimpinan selangor yg akhirnya mereka blh terperosok dlm lubang galian sniri dan terkubur terusss..jgn membuta babi dlm membuat perhitungan dn langkah politik.takut2 keris yg dihunus tertikam perot sniri!bhaya..emmm,inilah agaknya niat sebenar mereka ini mungkin..ntahlah.ni gerak hati saya je.mungkin salah..
bila isu ini dipermain dlm utusan dan tv3 yg xhabis2,byk pula tokoh2 yg berkokok lantang menentang hasrat yg kononnya murni oleh pimpinan selangor.byk nama2 sperti khir toyo,ali rustam,ketua2 kmpung dan ketua2 bhagian umno lain tak semena2 melenting bila angan2 kerajaan negeri nak buat tempt ternak babi baru yg lengkap bertekno tinggi!!mereka kata,dari habiskan duit berjuta2 ringgit buat bnda mengarut,lbih baik gunakan duit untuk perkara lain yg lbih bermanfaat bg org ramai..komen golongan ini lagi,`tgk,baru beberapa hari dapt kuasa,da buat benda yg mncabul kemurniaan agama dan bangsa melayu dgn ternak babi!'mcm2 kutukan dan kata2 yg terpacul dari mulut2 ini siap hinggalah sampai aturkan tunjuk perasaan scara halal depan bgunan SUK selangor..fuhh..hebat btul perjuangan bangsa..walau bagaimanapun , apa yg disuara sekelompok ini kadang kala boleh diterima kerna kawasan terbabit di sepang tu ada byk kmpung2 melayu.apabila siap dgn gahnya bangunan blok kediaman babi2 nanti,msti akn 'gelap'lah persekitaran rumah2 kmpung disekitarnya dgn terkenalnya tmpat tersebut dgn pusat trnak babi besar-besaran..kalu kita fikir lagi,singapore yg penuh bangsa cina, tak wujud walau satu pun tmpt ternak babi! kalu cina singapore nk mkn babi,mereka import dari negara luar seperti thai,vietnam,china,indon etc..sedengkan negara tumpah air kita ni pula yg terhegeh2 nak bela babi njis mughallazah.emmm....memg masuk akal juga 'bising2' ini kan..fikir2.
tapi...betolkah pembangkang di selangor sekarng ni btol2 ikhlas membangkang usaha2 kerajaan negeri kerana semata2 hak rakyat ataupon...ataupon kerana nk timbulkan isu2 lain bersifat perkauman dan hendak di kata jaguh bangsa ataupon saja2 nk bangkang tnpa hujung pangkal??kita kna sedar,rakyat amat cerdik dalm menentukan mana satu yg betul ikhlas dan mana satu yg pura2 dlm bercakap dan perlakuan..jgn karana membuta tuli membangkang sesuatu isu tnpa kajian,kepala mereka akan dicop oleh rakyat sebagai 'babi' buta kerana x boleh melihat merenung dalam2 apa sebenarnya tujuan ssuatu inisiatif itu di buat oleh satu pihak politik lain..
yg mencadang dan yg membangkang,mna satu yg btol kita tunggu dan lihat..saya amat suka bab2 mnunnggu ni..hehehe.
apa2 pon yg cuba digembar gemburkan dlm mmbicarakan ssuatu isu,saya amat2 berharap smuanya adalah demi survival bangsa malaysia!!hidop malaysia
Sunday, April 06, 2008
SAAT-SAAT TERAKHIR INSAN TERMULIA...
daripada ibnu Mas`ud meriwayatkan apabila saat kewafatan baginda rasuluullah hampir dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.” Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”
Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.” Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.” Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis. Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”
Semakin Tenat Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.” Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.” Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.” Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”
Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, iaitu pda hari Isnin, Allah mewahyukan kepda Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya msuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, maka ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja. Mka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.” Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.” Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?” Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut. Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.” Ketika Sakaratul Maut Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.” Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.” Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?” Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?” Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.” Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.
Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.” Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?”
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.” Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?” (Az-Zumar: 30). Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Ali-lmran: 144) Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?”
Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.” Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.” Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.” Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi. Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkta kepda Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.” Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”
Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.” Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tntang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.” Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.” Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dri rumh Siti Fatimah mnuju ke arah kubur Rasulullah SAW.....
Ya Allah,ampunilah dosa2ku,dosa2 kedua ibu bapaku,dosa2 sahabat2ku dan muslimin muslimat seluruhnya...amin..
Friday, April 04, 2008
SENYUM MUKA MASAM MUKA
aslamualaikum w.b.t.
tanggal 8 mac lepas adalah tarikh yg menandakan suatu titik pembaharuan penting dalm lipatan sejarah ngara kita.ia mnunjukkan dgn bgitu jelas bukti reformasi melibatkan pemikiran,emosi,sikap perjuangan dan pegangan prinsip politik yg bertitik tolak sejak sekian lama dlm masyarakat kita terutama org melayu.ia bgaikan satu bom jangka yg akhirnya meledakkan pelbagai rencam ketidakpuasan manusia pda mnusia lain yg slama ini hanya tersungkap dlm otak fkiran dan persaan, atau pling hbat pun skadar cercaan demi cercaan kata2 pda stiap phimpunan aman.xlbih dari tu.sbb apa?sbabnya xada kuasa..bgi mereka ini,bila saja ada pluang trbaik utk melepaskan scara total apa yg trbuku dihati,kesempatan itu digunakan sebaik mungkin dn akhirnya,kita mlihat keputusan plihan raya ini bgitu mgejutkan!malah bg saya ia bgitu mnakjupkn karana menifestasi inginkan angin perubahan pada pmerintahan bgitu trserlah dn mnonjol pada sgenap lapisan status masyarakat,xkitra kaum dn agama...yg pasti,byk org atas,yg bersemayam ats kayangan kuasa tertinggi negara,terkejut berok malah smapi nk tkencing tberak pon ada bila result penuh election kuar!!hahaa..mna taknya,yg dikejar xpernah dapt,yg dikendong tercicir trburai pecah habisss...fuhhh
saya xbrminat nk ckp apa bendanya masyarakt xpuas ati sgat atau ap sbb perubahan sbgtu jelas trjadi,sbb da tlampau ramai da org ckp hl ni dan smua org pon da tau.bkn rhsia lagi.byk org da wat ulasan n analisis ttg hal bkaitan tersbut malh dgn kajian saintifik pon lg.so,saya nk cuba cakp hal lain pla tpi amat kna mngena dgn tarikh 8hb n hari2 post election,iaitu....RAGAM2 PEMAIN dlam MEDAN POLITIK.ini bessss...
pemain 1st,PAK LAH. org ni smua knal dia.PM kita la ni.apa yg saya blah kta ini adalh org yg pling2 terkejut beruk dlm ngara lpas kuar result n tjelopok mcm nangka busuk.mna taknya,harapan mnggunung hancur skelip mata akibat silap perhitungan.kononnya,kalu x dpt menten A+++ masa election 2004 atas nama Mr. Clean n atas tket kemarahan org rmai pada TunM,skurng2nya msih boleh lulus dgn dpt B atau pling truk pon C.rupa2nya,cemerlang,gemilang,trbilang xsmpai kmana..sbb tiba2 result dpt E!fail...lalu org ini pon terbongkang,terkangkang dn terjelopok dlm longkang.hahaa.skarang org inilah yg pling truk terseksa batin dek2 tembakan peluru2 hidop dri sgala espek,dri musuh politik,org dalm kerajaan,ahli2 geng parti sniri,org atas pgar,smuanya!mereka2 ni tekan dia hbis2,mcm gaya nk smbelih hdop2.ishh,ksian...x senang duduk dia,hangat pungkok sgala yg buat dan cakp srba serbi xkena n xjdi.dia sdang cuba utk susun balik tentera parti dn krajaan yg beserabut haru biru,tpi stakat ni byk langkah yg tsilap n xbijak.nathlah,kita tunggu dn tgk apa step yg brikutnya.smaada strategi yg telah,sedang n akan diatur blh mnarik blik dia dr kedudukan nazak skarg ini pada kedudukan yg mkin ok ataupon trus tenggelam hilang n mati trkubur trus dlm percaturan politik ganas.ini kita tgk dlm bberapa buln dr skrng.smuanya ni jdi,dek sikp perbuatn n perckapn dia slama 4taun dlm pemerintahan ditambah dgn kacau2 ank menntu KJ n geng tingkat4,wat byk org meluat n nyampah giler.ntahlah..skarang dia bdepan dengan krisis kepercyaan,kyakinan,kebolehmampuan yg parah dri kalangn org ramai mhupun dri org kuat dia sniri.klau ada pon yg pecya dia pmimpin yg msih relevan adalh penjilat2 talam dua muka n pnyokong2 palsu lesu yg sokong membawa rebah bgi dirinya.emmm,muka org ni sjak 8hb mac sllu ja masam,kalau snyum pon mcm kerang busuk!ntahlah,kesemua ni lah yg byk org bgtau saya.telinga ni hnya mndengar.huhuu.tapi...tetapi jika org ni mampu mngharungi episod getir pnuh rencam ini,saya btol2 salute respect gaya askar pada cucu sorang alim ulama ni!ingat,dlam politik smuanya boleh jadi...
ANWAR!Org ni tgh senyuuuuumm memnjang smapi ke tlinga,blh kata stiap masa sjak 2,3 minggu ni 24jam asek ceria gmbira jee,dlm tido pon msti tsenyum lebar!hahaa..air muka dia ni memg btol2 kontra dgn org di atas td yg muram durjana luka duka skrng.mana tak nya,sgala apa yg dicanang2 oleh dia slama 13 hari bkempen sluruh ngara diterima dgn baik olh pngundi2 dn hasilnya,lima ngeri yg dlu kubu BN tumbang ke tangan pakatan acuan kapal otak dia!xperlu tnya ap yg dicanang dia,smua masyarakat da tau..pandai2.mcm kata TunM,`org ni pandai sgat bcakap,kalu ahli agama dengar dia ckp,dia mcm jguh agama.kalu sapa2 pon dgar blh terpesona'..smpi dua parti yg sbegitu beza ideologi yg xpernah boleh bsama,tpi skarang blh duduk semeja sbb adanya dia ni.memg hebat!emm,anugerah Tuhan bg kat dia.ramai pemimpin blh dikata ada karisma,tpi x semua blh ada aura utk mmukau n mnguasai pmikiran kbnyakan mnusia..stelah lebam biji mata,stelah sakit tulg blkang bberapa thun dlu terperosok dlm jail kamunting n sg. buloh,org ni kmbali menyinga.mcm singa bru lpas dr sangkar lagaknya!hoho.skrang ni..byk skongan,byk puji pujaan dr masyarkat marhaen kt dia.scra peribadi,saya takut bimbang jga atas beberapa faktor yg penah di utarakan olh Tun ttg penglibatan,kerjasama n skongan si org ni pda agensi2 dan pertubuhan yg berpusat ni ngara barat.benda ni ada asas untuk dirisaukan.moga2 khabar smua ini karut blaka.scara jelas,sgala percaturan yg disusun olh lelaki ini skarang bkal mnentukan hala tuju sbenar hidop mati politik dirinya n corak kepimpinan n jangka hayat ngara pada masa hadapan.buah sulung siasah bru ja kita lihat dr tokoh ni.kita akn melihat pla plbagai tarian n nyanyian politik yg lbih garang dri kpla otk org ni dlm bberpa bulan dri skarang!tggu dan lihatlah,ini ja sya boleh kata.
TUN M.sejak saya buka2 mata n thu ABC,org ni da perintah malaysia.bila saya ada jnggut misai,org ni bru benti dr tampuk kuasa!hahaa..mmg lama 22thun.emmm..mmag tlampau byak pahit2 n manis2 yg kita rasai slama duk bwh tlunjuk dia.kita ingat yg manis2 da la,yg masam2,kita serahkan saja pda org yg directly kena penangan kuasa dia ni,smaad depa nk ampunkn or tak bgantung pda iman depa...dia ni tokoh ngara ulung,smpai nik aziz pon salute kat dia.btol2 berpandangan jauh n kaeyakinn tinggi..ni yg manisnya..dia ni da tua sgt, tapi yg saya hairan,makin tua,mkin byk pula 'taring' yg tumbuh.ingatkan mkin lama mkin luruh taring, kalu tidak pon hanya tinggl taring2 sumbing yg lama ja tapi ni lain pla yg jadi..xtaulah samaada dia ni da nyanyuk atau apa,tpi byk jga ap yg dia 'bising2' ni boleh terpkai n logik dlm kpala otak kita!byk yg dia kritik pda pak lah ttg mcm2 bnda.xyah nk sbut satu persatu hal pa yg dia kata,smua ptut da tau pon..dia ni xsuka paklah n pda masa yg sama pla ada masalah dgn anwar..emm..dia ni wlau da tua pon,ada perncangan sniri yg dia ja tau..cuma yg saya nk ingin tau sgat2,apakah yg dia gembar gemburkan dgn bgitu lantang slama ni adalah smata2 krana ksejahteraan ngara ataupon...ataupon ada udang harimau sblik mee bandung???!moga2 bkn sbb ada udang..kita kna sdar,wwlaupun dia mmg cerdik dlm mmbasuh tgn bersih2 sblum saat2 pindah kuasa pada handpicked paklah,tapi ada lagi bnda2 terlepas pandang yg blh wat nma dia tepalit balik najis.22taun perintah malaysia,mesti byk2 sgt yg dia da buat kan..dia takot org korek balik hal2 lama,inilah yg boleh wat dia xtidur lena.sbb katalah ada bnda yg tsngkut,bkn stkat dia sja yg kna masuk IJN buat coronary bypass lagi,malah suku sakat dia jga yg tpksa naik turun mhkamah bila dia da pejam mata rapat2 nnti..entahlah.harap2 bnda ni cuma anggapan saya sja.huhuu.Dr. M,walau apa pon yg tlh tjadi,dia tetap seseorg yg kita susah nak cari ganti.jelasnya,kita skarang ni adalah lebih baik dari mana2 negara islam lain di dunia,so credit patut diberikan pada nama ini..dia ni sekarang,kafang2 muka masam,kadang senyum.hahaaha.fikirlah sniri..
KJ, KU LI, HADI AWANG?? to be continued..................... =)
Tuesday, April 01, 2008
keluarga?family?usrah?
"KELUARGA" --> Ia adalah satu entiti yang sangat penting dan paling dominan bagi populasi muslim melayu dan arab jika di bandingkan dengan segala badan sosial dan politik yang wujud pada waktu itu. Ini kerana, setiap ahli dalam sesebuah keluarga perlu memberikan sepenuh kesetian dan komitmen yang tidak berbelah bahagi agar keharmonian dalam keluarga terpelihara.
"Dalam setandan pisang, tak semuanya yang elok", ibarat dalam sebuah keluarga,masalah dalaman di kalangan ahli keluarga adalah satu perkara yang tak dapat di elakkan. Oleh itu, beberapa kajian telah di jalankan untuk menangani masalah di kalangan ahli keluarga, antaranya ialah kajian yang dibuat oleh Rugh pada tahun 1984 dan kajian oleh Lobban & Barolsley-Sirois pada tahun 1990. Dalam thesis tersebut, mereka ada menyatakan tentang cara-cara menangani konflik keluarga Muslim dalam bentuk teori dan praktikal. Dalam bentuk teori, segala garis panduan adalah berlandaskan sharia Islam dan juga sosial tradisional yang di amalkan oleh kaum Muslim. Malangnya, segala garis panduan yang telah dinyatakan secara hitam putih tidak di praktikkan oleh mereka yang bertanggungjawab dan ini menyebabkan perbezaan yang ketara diantara teori dan praktikal.
Bagi kebanyakan kaum Muslim, keluarga adalah satu unit sosial, di mana ahlinya terdiri daripada puak yang memegang nama keluarga yang serupa dan berasal dari keturunan nenek moyang yang sama. Tetapi,bagi penulis, keluarga adalah satu institusi yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pertalian darah dan tinggal di bawah satu bumbung yang sama, iaitu ; suami, isteri dan anak-anak.
KONFLIK --> Secara umumnya bermaksud pergaduhan yang biasanya melibatkan kekejaman. Menurut kamus Webster's (1979) dan American Heritage Dictionary (1969), konflik bermaksud perjuangan, perlawanan, pertengkaran, perselisihan, dan kontroversi. Tetapi, bagi Nisbet dan Perrin, kedua-duanya adalah sosiologis, mentakrifkan konflik sebagai interaksi sosial di antara dua atau lebih individu atau kumpulan yang masing-masing mahu menegakkan pendirian mereka. Walau apa pun definasi yang di berikan, secara keseluruhannya, konflik bermaksud perselisihan pendapat dan pandangan di antara dua atau lebihj individu. Mitchell (1981) telah menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 faktor asas yang menyebabkan konflik, iaitu ;
a) Situasi konflik
b) Kelakuan & tabiat konflik
c) Sikap & persepsi konflik
Cara-cara menangani konflik adalah teknik untuk mengelakkan konflik daripada berlaku dan juga mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul.
KONFLIK KELUARGA DI KALANGAN KELUARGA MUSLIM.
Terdapat 4 jenis konflik keluarga di kalangan Muslim, iaitu ;
a) Konflik di antara suami & isteri
b) Konflik di antara ibubapa & anak-anak
c) Konflik di antara adik-beradik
d) Konflik yang melibatkan lebih dari dua ahli keluarga dan sanak saudara
Di antara keempat-empat jenis konflik di atas, konflik jenis yang pertama iaitu konflik di antara suami & isteri adalah yang paling dominan, manakala konflik jenis yang lain-lain biasanya dapat di selesaikan tanpa melibatkan kuasa mahkamah.
Banyak faktor yang menyumbang kepada konflik di antara suami dan isteri, antaranya ialah ;
a) Ekonomi
b) Faktor sosial & psikologi
c) Faktor biologi
d) Poligami
EKONOMI --> Masalah akan timbul apabila si suami tidak dapat menyediakan sumber kewangan yang mencukupi dan juga tidak memberikan tempat tinggal yang selesa bagi isteri dan anak-anak. Berikutan peperangan sivil di Lebanon pada masa dahulu, kebanyakan suami hilang pekerjaan, tanah, rumah dan sumber pendapatan yang akhirnya menyebabkan mereka tidak mampu untuk menanggung ahli keluarga mereka. Selain itu, kebanyakan suami juga tidak mampu menyediakan kediaman berasingan bagi keluarga mereka, di mana si isteri terpaksa tinggal bersama mertua mereka. Keluarga mertua si isteri biasanya akan mengawasi setiap gerak geri si isteri dan memaksa si isteri melakukan segala kerja-kerja rumah dan ini menyekat kebebasan si isteri di rumah itu.
SOSIAL & PSIKOLOGI --> Apabila wujud perbezaan dari segi tahap pendidikan, pendapatan, dan status di antara suami dan isteri, maka terjadilah konflik di antara mereka. Perkahwinan di antara kelas atasan dan kelas bawahan individu juga turut mengundang masalah yang serupa. Di kalangan komuniti Arab Muslim, pengaruh saudara mara terhadap sesuatu perkahwinan amat kuat. Pada zaman dahulu, sekiranya bantahan di terima oleh majoriti saudara mara, maka perkahwinan tersebut tidak dapat di laksanakan. Tetapi, ini tidak lagi di praktikkan pada masa sekarang.
FAKTOR BIOLOGI --> Faktor biologi adalah faktor yang merujuk pada perubahan yang berlaku pada fungsi dan fizikal si suami atau si isteri selepas perkahwinan. Sebagai contoh, si isteri mungkin mengalami penambahan berat badan, menopause (putus haid) atau mandul. Si suami pula bermungkinan menjadi mandul atau kurang upaya sekiranya terlibat dalam kemalangan atau di serang penyakit. Faktor-faktor tersebut akan menyebabkan pasangan menjadi tertekan dan ini memberikan alasan yang kukuh bagi suami atau isteri untuk bercerai.
POLIGAMI --> Poligami, di mana si suami mempunyai isteri lebih dari seorang pada masa yang sama adalah punca utama bagi konflik dalam keluarga. Walaupun poligami halal di sisi agama, ia tetap di geruni oleh kebanyakan wanita Muslim. Oleh itu, kebanyakan suami akan berkahwin dua atau lebih secara diam-diam tanpa pengetahuan si isteri.
PENYELESAIAN SECARA SHARIA BAGI KONFLIK DI ANTARA PASANGAN.
Hukum Islam telah menyediakan panduan lengkap bagi setiap masalah yang berlaku. Secara umumnya, terdapat 2 cara penyelesaian iaitu ;
a) Pendekatan secara umum.
b) Pendekatan secara spesifik / khusus.
Pendekatan secara umum dilakukan berdasarkan ayat-ayat suci al-Quran yang menerangkan tentang jalan penyelesaian yang aman damai bagi dua insan yang sedang bertengkar.
Apabila si isteri melakukan kesilapan (nushuz), si suami hendaklah memberikan nasihat yang ikhlas agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Sekiranya si isteri masih tidak insaf, si suami hendaklah mengasingkan tempat tidurnya sehingga si isteri betul-betul insaf. Jika si isteri masih degil dan angkuh, si suami berhak memukul isterinya dengan niat untuk menyedarkan isterinya dan bukan niat untuk menyakitinya.
Jika si suami menindas si isteri tanpa sebab dan alasan yang kukuh, si isteri berhak mendapatkan cerai dari hakim (Qadi). Selain itu, pengaruh keluarga dan saudara mara yang semakin berkurangan juga merupakan jalan penyelesaian bagi masalah pasangan suami isteri,sekiranya pasangan tersebut berhijrah dari kampung mereka ke tempat lain.
Secara keseluruhannya, Islam memberikan jalan penyelesaian yang indah, lengkap dan mudah untuk di laksanakan oleh sesiapa sahaja. Tiada masalah yang tidak dapat di selesaikan. Kesabaran dan kebijaksanaan orang tengah atau hakim yang di lantik untuk menyelesaikan masalah suami isteri adalah kunci utama dalam menyelesaikan masalah tersebut.
............disediakan dan disunting oleh masfazlin. =P
otak-otak 2
im asking you.."Is there anything in Iraq,afghanistan, palestine that the zionist Americans have not destroyed ?Anything at all?...The past - you have looted and destroyed. Trying to erase our collective historical memory...Our roots, where we came from, what our ancestors did, their achievements, their trials, their statues, their writings...You do not know history, you are rejects of history. You have no history. You have no past, you have nothing...you are nothing.You are nothing but ogres of consumerism. Not just material stuff, but anything you can swallow whole you will. You even swallow other people's history whole.You are a greedy, covetous, gluttonous, voracious, jealous, envious people...Since you are nothing, your nihilism contaminates everything else...You destroy and self destruct...No Future - You have no future, because inside of yourselves, your future is limited to your own little egos. Little egos have no future. Little egos are amoebas, parasites, feeding off others...You think you have a vision but your vision is only about your stomach, your pockets and what you have in between your legs...That is it.This is where it stops. Surely this does not make you seers...What have you contributed to the world ? Anything of real substance? Nothing. Apart from brutal might and power... and your sickening culture that is as hollow and as empty as you are.And just as you have no real future, you robbed us of our own. You are collectively a bunch of criminals, thieves, thugs and perverts of the worst kind.Since your f****** 9/11, you have totally destroyed two countries. Afghanistan and Iraq.And you have not stopped. Not one day, not one hour...You wanted regime change in Iraq - you got it.You also changed us, me, beyond anything I can recognize...I never hated you before. Today I do. I really hate you.You collectively disgust me. Even our ancient deities and spirits are disgusted with you. Every single letter of the Alphabet is disgusted with you.The earth, the rivers, the sky, the mountains, the trees, the birds of Iraq are disgusted with you...The cosmos is disgusted with you ...Everytime I spot one of you anywhere in close proximity and hear that ugly accent of yours I run away...I avoid you like the plague. I can't bear to hear you or see you.You represent nothing but Death and Destruction to me.Your ugliness is all pervading...Everytime I switch on the TV or the Radio and see or hear one of you, I zap. I wish I can zap you out of my life once and for all...I know, I keep repeating myself, but then you keep repeating the same acts.I can only promise you one thing, however long it may take, we are going to take you down with us."
.................................................................................
SEE THIS SITE : http://myspace.com/palestine
.................................................................................