HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Monday, August 10, 2009

KELEBIHAN SOLAT SUNAT..




Assalamualaikum wbt..

Kebesaran solat dua rakaat



ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.

Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak.”

Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rakaat itu tempohnya 20,000 tahun.

Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepadaKu seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal mereka.”

Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

Allah menyembunyikan redhaNya dalam ketaatan.

Allah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

Allah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ramadhan mubarak.

Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).

Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.

( dari sahabat)

Saturday, August 08, 2009

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN MUBARAK









Andai Ini Ramadhan Terakhir

wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu
siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...
bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
duhai Ilahi...

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun saudara...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

Selamat Menyambut Ramadhan ............ .

(dari sahabat)

Sunday, July 19, 2009

DETIK TERAKHIR INSAN TERMULIA

Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia aripada Ibnu Mas'ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.

Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.

Kemudian kami bertanya: Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyilaa.

Kami bertanya lagi: Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?

Baginda menjawab: Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.

Kami bertanya: Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami? Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.

Semakin Tenat

Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah? Kemudian ia berkata lagi Assolah yarhamukallah.

Fatimah menjawab: Rasulullah dalam keadaan sakit? Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.

Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku? Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.

Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini.. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.

Malaikat Maut Datang Bertamu

Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah! Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk? Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab:Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.

Rasulullah SAW bersabda: Tahukah kamu siapakah dia? Fatimah menjawab: Tidak wahai baginda. Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan Assalamualaika ya Rasulullah. Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?

Malaikat Maut menjawab: Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah SAW bertanya: Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? Saya tinggal ia di langit dunia.. Jawab Malaikat Maut.

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.

Ketika Sakaratul Maut

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.

Baginda SAW bersabda: Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.

Baginda SAW bersabda lagi: Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?

Jibril as bertanya: Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?

Jibril menjawab: Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.

Maka berkatalah Rasulullah SAW: Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku? Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.


Ali ra bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut? Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Sahabat

Berkata Anas ra: Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir.

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu'az bin Jabal ra telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.

Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: nauzubillahi minasy syaitannir rajim?Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Muaz berkata: Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan? Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Muaz berkata kepada mereka: Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula
(Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Muaz, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?
(Ali-lmran: 144)

Maka Muaz pun menjerit lagi: Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad.. Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.

Kemudian ia berkata: Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:

setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.

Lalu Muaz mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut: Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Muaz: Wahai Muaz sedarlah dan bangunlah.

Ketika Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Muaz melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah? Muaz menyambungnya: wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah. Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Muaz yang sedang pengsan.

Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Muaz, lalu ia berkata: Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz.

Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan: Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh? Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: Assalamualaikum ya ahli bait.

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.

Kemudian Fatimah berkata lagi: Masuklah wahai Muaz.Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama..

Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW...

(dari sahabat)

Monday, June 29, 2009

terus dapat 'dividen' walau dah maut


Bismillah..


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh jenis pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.


1. Barangsiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.


2. Barangsiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Barangsiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.


4. Orang yang menggali sumur selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Barangsiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung (hewan).


6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.


7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya


8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :


1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)


2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.


3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.


Semoga dapat kita jadikan sebagai renungan dan semoga kita dapat melaksanakan serta termasuk hamba Allah yang beruntung, selamat dunia dan akhirat.


p/s : (dari sahabat)

Wednesday, June 24, 2009

cerithera teladan


Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanir rahim. Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah… Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.

Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika , dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan- jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka..

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ” Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulaibertanya,
“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,
siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercip tadari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan
siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca “Bismillah.. .” dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s...w.t.
berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan malaikat- malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim
paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s..w.t.
berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al- Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah
waktuSubuh. Allah s.w.t.. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus
AS...

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah
saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba
dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Yusuf:9

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim..

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu
Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.


Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya
dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk
agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

NOTA:

Ini merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu
(kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke
telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian
tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

Wallahua'lam

(dari seorang kawan)

Thursday, June 11, 2009

KELEBIHAN BASMALLAH..


Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.


Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.


Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.


Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.


Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.


Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.


islamicebook

Thursday, May 28, 2009

hati bahagia, hidup sempurna

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah samapaikan melalui manusia

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yang diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.
Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon berpura pura di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya pula.

9. Cinta dunia - apabila tidak dapat cinta kita menderita...jika dapat pun tetap menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berharta tidak mengapa tetapi kawal hati kita.jangan diletakkan hati pada harta itu kerana apabila mati cuma amalan dan doa anak yg soleh/solehah yang dibawa... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah sifat MAZMUMMAH dalam hati yang menonjol ke perbutan dan percakapan dan gerak geri..

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya...sama-samalah sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahualam"


islamic-e-book

Tuesday, May 26, 2009

please kill us.please kill us!!!





" YAHUDI, BUNUHLAH KAMI..RATAHLAH MAYAT TUBUH KAMI, KERANA INSAN2 SEUGAMA KAMI SENDIRI MAHUKAN KAMI MATI..MEREKA TIDAK MERASA PEDIH SAKIT KAMI APABILA DENGAN GEMBIRA MEMBIARKAN KAMI..MALAH SANGGUP PULA MENOLONG YAHUDI MEMBINA BOM PELURU DENGAN DUIT2 YANG MEREKA TABURKAN KEPADA YAHUDI "





ZIONIS MAIN PRODUCTS

Saturday, May 23, 2009

ONE SCHOOL FOR ALL CAMPAIGN

copy and paste from rocky's bru s blog.. i love malaysia.everyone loves malaysia.please do this for our own sake.die or alive.which one do u want buddy??




1 School for All. A group of pro-unity bloggers have started a campaign for Satu Sekolah Untuk Semua.

Satu Sekolah untuk Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara.

I am going to make myself part of this group of bloggers, whether they like it or not. Because I like what they are trying to do.

I'm the product of a 1 Sekolah system. I started schooling in Singapore in 1968, a year before the May 13 racial clashes and three years after the island achieved its Independence. The government of Lee Kuan Yew went about to "integrate' all primary schools. My school on West Coast Road had a flag of blue and yellow, and for many years it was known as Jubilee Malay Primary School. By the time I went to Primary 1B, it was called Jubilee Primary (Integrated) School. They abolished the Sekolah Melayu Jubilee. Other vernacular schools around the island were systematically replaced by "integrated" schools. Singapore went for its 1 School for All and I thought that they were doing quite alright.

In Malaysia, we have let ourselves fall behind in this regards, but that gives us the benefit of hindsight. Today Malaysians regardless of race or religion (including political ideologies) want a Bangsa Malaysia. 1 Bangsa. Civil society has never demanded harder for One Race as it has been doing in the last couple of years. The government tried to lay the foundations for a Bangsa Malaysia under Wawasan 2020 and there were attempts earlier, including the Bangsa Malaya concept dreamed up by Usman Awang and his Asas 50 friends after the War and just before Merdeka.

Time to join all past and present efforts towards that. Time to walk your talk.

Start with the kids. Integrate. Lets' have 1 School.

Read and Sign the petition again here

Tuesday, May 19, 2009

SAF ADALAH KEKUATAN KITA..

(islamic-e-book)


Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul



1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:



"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)


2 – Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.


"Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat)
masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)

"Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat". (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)



Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)


Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan



3 – Menutup ruang/celahan di antara saf.


Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan bara

ngsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)



4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.



Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian". (Diriwayatkan oleh Muslim, no.. 436)





Keudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi




Kedukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita masa ini..


SEMOGA BERMANFAAT

Friday, May 15, 2009

HINGUS BABI SUDAH BERTERBANGAN KAT MALAYSIA!!



jika selama ini cuma perangai 'kebabian' yang menular dengan begitu teruk dalam negara tercintaku, kini hingusnya yang membawa selsema juga sudah mula menziarahi kita dengan gembiranya..

jangan terkejut jika najis babi pula akan menempek kat muka2 'babi' kaki dua yang selama ini sudah pun mempunyai sikap kebabian unggul..


KES PERTAMA SELSEMA BABI DI MALAYSIA



Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi yang disahkan di Malaysia hari ini, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

selanjutnya dalam Malaysiakini



A Christian is asking about the reason for the prohibition on pork ..Why does Islam forbid pork, when the pig is one of the creations of God?.


Praise be to Allah.

Firstly:

Our Lord has forbidden eating pork in definitive terms.

Allah says :

“Say (O Muhammad): I find not in that which has been revealed to me anything forbidden to be eaten by one who wishes to eat it, unless it be Maytah (a dead animal) or blood poured forth (by slaughtering or the like), or the flesh of swine (pork); for that surely, is impure or impious (unlawful) meat (of an animal) which is slaughtered as a sacrifice for others than Allah (or has been slaughtered for idols, or on whichAllah’s Name has not been mentioned while slaughtering)” [al-An’aam 6:145]


By the mercy of Allaah and His kindness towards us, Allaah has permitted us to eat all good things, and He has not forbidden anything but those that are impure.


We do not doubt for an instant that the pig is a dirty and filthy animal, and that eating it is harmful to man. Moreover it lives on dirt and filth, and it is something that is off-putting to those of a sound nature who refuse to touch it, because eating it is either a cause or a sign of a person’s oddness.


Secondly
:

With regard to the physical harm caused by eating pork, modern science has proved a number of things, such as the following:

Pork is regarded as one of the kinds of meat that contain the most cholesterol, an increase of which in the bloodstream leads to an increased likelihood of blocked arteries. The fatty acids in pork are also of an unusual formation, when compared with the fatty acids in other types of food, which
makes them more easily absorbed by the body, thus increasing cholesterol levels.

Pork meat and pork fat contribute to the spread of cancers of the colon, rectum, prostate and blood.

Pork meat and pork fat contribute to obesity and related diseases that are difficult to treat.

Eating pork leads to scabies, allergies and stomach ulcers.

Eating pork causes lung infections which result from tapeworms, lungworms and microbial infections of the lungs.

The most serious danger of eating pork is that pork contains tapeworms which may grow to a length of 2- 3 meters. The growth of the eggs of these worms in the human body may lead to insanity and hysteria if they grow in the area of the brain. If they grow in the region of the heart that may lead to high blood pressure and heart attacks. Another kind of worm that is to be found in pork is the trichinosis worm that cannot be killed by cooking, the growth of which in the body may lead to paralysis and skin rashes.

The doctors have confirmed that tapeworm disease is regarded as one of the serious diseases that may result from eating pork. It may develop in the small intestine and after several months may grow into a large worm whose body is composed of a thousand segments, with a length of 4-10 meters, which lives alone in the intestine of the infected person and part of it may appear when he defecates. When the pig swallows and ingests its eggs, they enter the tissues and muscles in the form of larvae sacs containing fluid
and the head of the tapeworm. When a person eats infected pork, the larva turns into a complete worm in the intestine. These worms cause weakness and vitamin B12 deficiency, which leads to a specific type of anaemia, which may in turn cause nervous problems. In some cases the larvae may reach the brain, causing convulsions, increased pressure within the brain, epilepsy and even paralysis.

Eating pork that is not thoroughly cooked may also lead to trichinosis (infestation with a hairlike nematode worm). When these parasites reach the small intestine, three to five days later many larvae appear which
enter the intestine and reach the blood, from which they reachmost of the tissues of the body. The larvae move to the muscles and form cysts there, and the patient suffers intense muscle pains. The disease may develop into infection of the cerebral membrane and brain, and infections of the heart muscle, lungs, kidneys and nerves. It may be a fatal disease in rare cases.

It is well known that there are some diseases that are unique to humans and are nor shared with any other animals except pigs, such as rheumatism and joint pain.

So, please keep away from BABI.

Monday, May 11, 2009

apa revolusi Islam?


PROSES REVOLUSI ISLAM


Kata2 Sayid Abu A'la Al MAududi dalam satu syarahan di Universiti Aligarh, India pada tahun 1940,

'Ramai kalangan umat Islam inginkan Daulah Islamiah (DI), tetapi tak faham apa maksudnya dan bagaimana ia lahir. terdapat jalan dan manhaj khusus untuk mencapai Daulah Islamiah.

untuk mencapai sistem daulah secara tabii dan mutlak,bukanlah melalui cara buatan barangan - dipindah dan diletak - tetapi kelahirannya dari masyarakat melalui saluran akhlak, jiwa, tamaddun, dan sejarah umat manusia yang saling bergantungan antara satu sama lain.

Sama seperti ilmu mantiq(logikal) dan kimia - yang awal menentukan yang akhir - contohnya, jenis buah mengikut jenis pokok yang ditanam. maka begitulah jalan dalam membentuk daulah islamiah, jalan
pembuatannya yang menentukan natijah dimana dan bagaimana daulah itu terbentuk.

pertamanya, ia perlukan kepada gerakan yang sesuai dengan konsep DI, bertujuan membentuk peribadi yang sesuai dan kerja berkumpulan yang sesuai, dan memupuk sifat sabar. ini adalah punca2 yang diperlukan dalam menentukan sistem DI mampu untuk mengambil tempat sistem non islamik yang sedia ada.

jika masyarakat tidak dipersiapkan dengan persediaan ini - maka tak mungkin matlamat pembentukan DI akan tercapai.

Daulah Fikriyyah:

Apa ciri-ciri khusus sebuah DI ?

Pertama: Tiada terikat dengan unsur bangsa / puak tetapi terbina atas dasar fikrah, prinsip dan
matlamat yang jelas.

Banyak negara didunia tertubuh atas sebab2 di atas.tetapi DI tidak sebegitu..ia terbina atas asas yang jelas iaitu berpegang kepada konsep keadilan dan ketauhidan.Biasanya negara wujud atas nama keluarga, bangsa dan keturunan.

Muslimin sekular nasionalis juga tidak faham konsep Negara Fikrah dan tidak menggunakan manhaj
fikri untuk tegakkan daulah - mereka sekadar mengumpulkan semua anasir baik dan buruk untuk membentuk negara demokrasi. Tambah pula mereka tidak merasa malu untuk megguna pakai istilah Islam dalam perjuangan mereka semata2 untuk mempertahankan dan menjustifikasikan perbuatan mereka dalam pemerintahan.

para Nasionalis langsung tak boleh mencapai maksud daulah fikriyyah (DF)yang sebenar - bahkan merekalah peruntuh DF itu sendiri. DF tidak melihat kepada bangsa dan keturunan tetapi ia melihat kepada kemanusiaan.ia memandang sama rata kepada sesiapa saja yang menerima prinsip ini dan menolak sesiapa yang tidak berpegang kepada prinsip.


Ciri kedua: Khilafah Ilahiyyah:

Asas binaanya adalah - hakimiyyah lillah. Tiada makhluk boleh menentukan hukum dan keputusan terhadap manusia yang lain kerana manusia hanyalah khalifah.kita menjalankan perintah dari Maha Kuasa.

Sesiapa yang sanggup menerima tanggungjawaab ini sebagai khalifah, maka dialah yang berhak memimpin. dengan penuh sedar tujuan khilafah dan amanah yang diletakkan di atas pundakknya.

Orang yang ditentukan layak dalam sistem sekular langsung tak layak dalam sistem DI. kerana urusan DI hanya boleh dijalankan oleh orang yang dibentuk khusus mengikut manhaj khas iaitu mesti takutkan Allah,
lebihkan akhirat, memandang berat dosa, dan tiada taasub terhadap mana2 pihak dan perkara.

JALAN REVOLUSI ISLAM

Daulah Islamiah lahir mengikut faktor2 fikrah, akhlak dan kedudukan masyarakatseperti contoh hanya pokok limau membuahkan buah limau.

DI tidak lahir secara mukjizat malah ia perlu kepada gerakan syamilah yang terbina atas konsep kehidupan Islam iaitu setiap anggota masyarakat bersedia untuk mencernakan Islam dan berusaha untuk menyebarkannya.

Mereka bergerak melalui cara membina kehebatan ilmu dan membentangkan kehebatan Islam kepada masyarakat umum.

mereka perlu mencabar secara hikmah keburukan sistem pemerintah yang sedia ada untuk mencapai kedudukan yang lebih bersih dan cekal.

sesungguhnya manusia umum yang mempunyai fitrah baik akan tertarik untuk menyertai golongan pejuang DI ini dan sesungguhnya jahiliyyah akan berundur dengan pertolongan Allah.

Semua revolusi bermula dengan gerakan sebarkan fikrah dan begitu jugalah dengan revolusi Islam'.

Thursday, May 07, 2009

CERITA KATUN TAK BERTAMADUN

NO KOMEN!! PIKIR SNIRI..

TAPI YANG PASTI BILA DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK YANG MULIA DPERKOSA DENGAN PELBAGAI PERLANGGARAN UNDANG2 DAN PERATURAN YG DITETAPKAN, MAKA TUNGGULAH KEHANCURAN PIHAK2 TERBABIT.

SPEAKER YB Siva diseret keluar...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!

KENYATAAN SPEAKER YB. SIVA :

Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.

Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali.

Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.

Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari.

Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.

Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan tanpa ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.

Wednesday, May 06, 2009

PERINGATAN KEPADA WANITA MUSLIMAH

islamic-e-books


Pada suatu ketika diriwayatkan bahawa Sayiditina Fatimah puteri Rasulullah bertanyakan perihal wanita yang di azab dalam neraka di akhirat kelak..

Maka Rasulullah menjawab,


"Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain dalam keadaan bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana ia boleh bersolat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan..."


p/s : hadis ini tidak diketahui tarafkedudukannya.tetapi fadhilatnya patut diambil perhatian.

Monday, May 04, 2009

KITA NAK SOAL, TUHAN DA JAWAB


'alah, nape dia plak yang dapat,aku teruk2 buat dia pula dapat nama..ciss!'

'mangkuk tu memang x boleh diharap, nampak ja bagus, tapi hampeh..'

'adoi, banyaknye keje betimbun2.. napela dia ni bagi keja banyak sangat!'

'haha. padan muka dia,biar dia mamposss..'

'emm..hutang da banyak ni, tapi bini x sedar diri lagi..matila aku..mati!'

'jangan bagi dia pinjam, dia kedekut, kita pun kedekut juga kat dia.biar padan!'


ini semua apa yang tersurat dalam hati kita semua..setiap masa yang berdetik, memang kita x pernah berhenti dari mengungkapkan kata2 sebegini.cuma samaada ia terpendam dalam hati hanya kita yang tahu ataupun tersembur keluar dengan kata2.. ingatlah, lidah tidak bertulang.kerana lidah kita diseksa bila datang waktunya..yang pasti setiap manusia ada kekurangan sesuai dengan asal penciptaan..

Maka Firman Allah dalam kitabNya,

' Saling memperingatilah sesama kamu, sesungguhnya ia memanfaatkan umat mukminin..'

apabila kita mendengus meratapi kesusahan, mahupun menyoal sebab musabab kemalangan menimpa, mengutuk fitnah kejadian dan takdir yang berlaku, mengungkap nista dan buruk sangka sesama manusia, meraung2 mencerca Pencipta kerana hidup penuh durjana, sebenarnya JAWAPAN2 MUTLAK dan LENGKAP dari-NYA sudah tersedia terpampang depan mata..cuma kita sahaja yang buta.


Manusia Bertanya,maka Quran Menjawab....


KENAPA AKU DI UJI SEBERAT INI??

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN??AKU USAHA KUAT, NAPA ORANG LAIN YANG DAPAT??

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI? KENAPA AKU JA YANG KENA??

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST? TENSION? BOSAN? LEMAH SEMANGAT? TENGGELAM PUNCA?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman.."

- Surah Ali - Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI DUGAAN NI?TERUKNYA CABARAN NI.. APA CARA NAK DAPATKAN APA AKU NAK??

" Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

- Surah Ali-Imran ayat 200


" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? MEREKA BOLOT SEMUA, AKU?? APA AKU DAPAT KALAU BERSABAR?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? AKU DISISIH ORANG, DIHINA SEMUA MANUSIA..AKU SEBATANG KARA KAT DUNIA, PADA SAPA NAK MENGADU DUKA..

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

-Surah At-Taubah ayat 129


ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!! AKU DA X LARAT BERDEPAN DENGAN MANUSIA PLASTIK!!

"... .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusuf ayat 12


(islamic-e-book)

Sunday, May 03, 2009

APA ITU KEPIMPINAN?


Ia adalah ciri-ciri atau kebolehan untuk menginspirasi atau mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat yang tertentu. ‘Orang lain’ itu samada orang bawahan dalam organisasi, ataupun mungkin orang awam diluar organisasi.


Dalam Islam, matlamat seorang pemimpin itu mestilah bertepatan dengan al Quran dan as Sunnah.

Sayyidina Umar RA pernah berkata,


“Taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, sebaliknya sanggahilah aku jika kamu mendapati aku menyanggahi Allah dan RasulNya…”


Terdapat pendapat bahawa untuk menjadi pemimpin yang baik, anda mesti mempunyai bakat semulajadi (inborn quality). Sebab itu pada zaman dahulu raja-raja dan pembesar-pembesar dipilih berdasarkan keturunan, kerana dilihat bahawa kepemimpinan akan diwariskan dari ayah kepada anaknya.


Namun begitu, pandangan sedemikian sudah tidak diterima lagi. Ahli fikir zaman sekarang berpendapat bahawa ciri-ciri pemimpin yang baik dapat dipupuk dan dibina, bukannya anugerah semulajadi keturunan. Oleh kerana itu, kita dapat melihat beberapa contoh pemimpin dunia yang datang dari latarbelakang yang berbeza.


Contohnya, Rasulullah SAW sendiri adalah seorang anak yatim piatu dan penggembala kambing, tetapi akhirnya menjadi pemimpin teragung dunia. Umar Abdul Aziz pula mujaddid Islam yang datang dari kerabat Khilafah Umayyah. Abraham Lincoln adalah seorang anak miskin yang tinggal di kampung yang daif. Tunku Abd Rahman pula dari keluarga diraja. Begitulah beberapa contoh yang menunjukkan bahwa latarbelakang asal tidak menentukan samada seseorang itu menjadi pemimpin yang baik atau tidak, tetapi faktor pendedahan dan pengalaman yang dilaluinya.


Kenapa orang menjadi pemimpin?


Pada pandangan Barat, orang memilih untuk menjadi pemimpin kerana beberapa sebab. Pertama, kerana ingin mencapai tujuan-tujuan social; contohnya, untuk memerdekakan tanahair, atau untuk memajukan masyarakat, atau untuk mengangkat martabat sesebuah institusi tertentu. Kedua, kerana untuk kepuasan peribadi, contohnya untuk menguji kebolehan sendiri dan kepuasan apabila mencapai sesuatu tujuan. Dan ketiga, orang ingin menjadi pemimpin kerana prestij dan keinginan untuk dihormati dan dihargai.


Namun dalam Islam, kepimpinan adalah suatu tanggungjawab dan amanah dari Allah. Ia adalah suatu yang suci dan mestilah lahir dari hati yang ikhlas tulus; semata-mata untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah di muka bumi. Allah berfirman dalam surah al Baqarah, bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi. Ini bermakna kita semua diberi tanggungjawab oleh Allah untuk mentadbir bumi ini dengan sistem yang ditentukan oleh Penciptanya. Untuk itu, al Quran sentiasa menyuruh kita menyeru kepada yang baik dan mencegah yang mungkar, atau yang kita kenali sebagai dakwah. Untuk melaksakan dakwah, ciri-ciri kepemimpinan yang effektif diperlukan.Bahkan. Rasulullah SAW juga menyebut bahawa setiap daripada kita adalah pemimpin, dan kita beratanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang dipimpin oleh kita. Tetapi bagaimana untuk memenuhi tuntutan tersebut? Tidak lain dan tidak bukan, dengan memiliki ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang…


Bagaimana untuk membina ciri-ciri pemimpin yang cemerlang?


Ada tiga proses paling utama untuk membina sifat kepemimpinan; Pertama, pendedahan; Kedua, latihan; dan yang ketiga ialah pengalaman. Ketiga-tiga proses ini akan mencanai seseorang itu untuk membina sifat-sifat pimpinan yang dinamik, kreatif, dan progresif.


Pertama, pendedahan yang mesti diberikan ialah tentang konsep kepemimpina secara menyeluruh. Remaja kita mesti didedahkan dengan beberapa bentuk dan model kepemimpinan, contohnya autokratik, demokratik, laissez-faire, dan lain-lain. Dengan pengetahuan seumpama ini, maka remaja akan dapat menganalisa corak-corak yang diamalkan diseluruh dunia, dan akhirnya menilai unsur positif yang terkandung dalam corak-corak kepimpinan tersebut. Insya Allah jika diberi kesempatan, saya akan menjelaskan beberapa corak kepemimpinan yang selalu diamalkan sekarang.


Kedua, beberapa siri latihan mestilah ditempuhi untuk mengetahui sejauh mana keupayaan yang kita miliki. Latihan tersebut samada secara formal atau informal. Rasulullah SAW juga mendapat latihan secara tidak langsung apabila menjadi penggembala kambing dan saudagar antarabangsa. Namun pada hari ini, terdapat banyak bengkel dan seminar diadakan untuk memberi latihan kepimpinan kepada anak-anak muda.


Ketiga, pengalaman yang berguna sangat penting untuk melengkapkan seseorang itu menjadi pemimpin yang baik. Sekadar pendedahan dan latihan sahaja tidak mencukupi untuk membina seorang pemimpin yang baik. Oleh yang demikian, anda mestilah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah atau tempat anda belajar. Jangan malu dan segan untuk menerima tanggungjawab demi untuk pembaikan masyarakat, dan juga untuk menambahkan pengalaman anda. Semakin banyak pengalaman, semakin matang seseorang pemimpin itu. Sayyidina Umar RA adalah juga seorang pemuka Quraisy di zaman jahiliyyah, seorang pahlawan dan seorang sahabat rapat Rasulullah SAW. Dengan pengalaman-pengalaman yang banyak, akhirnya beliau menjadi seorang khalifah yang banyak melakukan usaha-usaha pembaikan yang diikuti sehingga sekarang. Pada waktunya jugalah wilayah Islam tersebar luas sehingga ke Benua Kecil India dan Benua Afrika. Itulah salah satu contoh pemimpin yang baik hasil daripada pengalaman yang luas dan pelbagai.


Apakah keperluan utama untuk menjadi pemimpin yang baik?


Sebenarnya ada banyak keperluan yang mesti dimiliki untuk menjadi pemimpin yang baik dan sewajarnya unsure-unsur ini mesti diterapkan dalam setiap insan. Namun di sini dapt simpulkan kepada tiga perkara yang paling asas:


a) Sikap yang positif:


Sikap merupakan penentu kejayaan atau kegagalan sesuatu perkara. Ramai pelajar-pelajar yang ponteng kelas adalah kerana malas dan alasan-alasan yang dicipta. Sebenarnya, alasan-alasan itu adalah hasil daripada sikap yang negatif dan suka berdalih. Begitu juga dalam melahirkan pemimpin yang baik. Sikap-sikap positif mesti diperkuatkan untuk melahirkan ciri-ciri yang diperlukan; amanah, bertanggungjawab, rajin, prihatin, jujur, progresif, dan optimis. Kerana itu Rasulullah SAW pernah memberitahu bahwa dalam tubuh manusia terdapat seketul darah, jika baik darah tersebut, maka baiklah seluruh badan, sebaliknya jika buruk daging tersebut, maka buruklah seluruh badan, dan daging tersebut ialah hati. Dalam konteks ini, hati boleh dianggap sebagai elemen yang menentukan sikap seseorang.


b) Ilmu dan pengetahuan yang luas:


Ciri ini adalah penting untuk melahirkan seorang pemimpin yang bermaklumat, berpandangan jauh, bijak, dinamik, kreatif, dan tidak putus akal. Sebagai muslim, kita mesti mempunyai beberapa ilmu utama; ilmu aqidah, tasawwur Islam yang sebenar, memahami al Quran dan as Sunnah, dan mengetahui beberapa asas dalam ilmu usul fiqh. Untuk menjadi seorang yang berilmu, anda mesti menuntut ilmu dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Tetapi ia belum menjamin bahawa anda boleh menjadi seorang yang bermaklumat. Untuk memiliki maklumat, anda mestilah mempunyai sikap inquiry, iaitu perasaan ingin tahu terhadapa apa yang berlakui di sekeliling. Ia memerlukan pembacaaan luas dan saluran media massa yang cepat dan tepat. Maklumat seperti ini akan banyak membantu anda dalam membuat keputusan dalam memimpin.bukan hanya dengan memiliki beberapa buah buku kepimpinan dan agama, sudah meletakkan diri pada tempat yang layak untuk memimpin.pemikiran haruslah terbuka dalam pelbagai cabang tanpa melewati asas Islam yang dibenarkan. jika berfikiran sempit dan menafikan keterbukaan dalam perbincangan ilmu dan membuat keputusan, seseorang yang mempunyai kuasa dianggap sebagai kolot, bodoh sombong dan tidak matang.


c) Kemahiran memimpin


Ia adalah pengetahuan khusus yang mesti dimiliki oleh pemimpin yang berkarisma. Jika anda ingin menjadi seorang penukang kayu, anda mesti mahir menggergaji, memahat, menukul, mengasah, mengukur dan memaku. Begitu juga dengan pemimpin. Ada beberapa kemahiran yang mesti dimiliki jika anda ingin menjadi pemimpin yang berkesan dan berkarisma. Antaranya ialah kemahiran berfikir, kemahiran berucap, kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus, kemahiran interpersonal, dan kemahiran personality.



Ini antara ciri2 khusus yang wajib ada pada semua insan yang mahu bergelar pemimpin dalam kehidupan bermasyarakat..sememangnya setiap dari kita adalah pemimpin.paling asas adalah 'bos' kepada nafsu, tubuh dan akal kita sendiri. kemajuan dan pembangunan rohani akhlak dan fizikl sesuatu kaum bergantung kepada kemampuan kepimpinan yang unggul..

Sdr. Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain


ini pula pendapat dr maza tentang kepimpinan : klik sini