HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Tuesday, April 07, 2009

ADOII..TERLUPA LAGI??!!



Assalamualaikum..

aku selalu terlupa.macam2 benda dan memang selalu..ada yang memang betul2 'ter'lupa dan ada yang sebaliknya. astaghfirullah.

semua orang pun begitu..semua manusia memang pelupa.tak a
da siapa pun boleh kata tak pernah terlupa dalam hidupnya.jangan tipu...sudahlah pelupa, penipu pula.tambah dosa masuk neraka.

jelasnya, makhluk bernama manusia tak pernah sunyi dari sifat lemah ini..maksud perkataan 'manusia' itu sendiri sudah jelaskan siapa kita ini.'manusia' adalah dari asal perkataan arab yang akarnya 'nasii' yang maknanya lemah, lalai dan lupa!


siapalah kita ini.hanya manusia biasa..kalau nabi sendiri pun
tak boleh lari dari sikap ini, tambah2 lagilah kita.

sabda Rasulullah..

“Manakala Allah men
ciptakan Adam, Allah mengusap punggungnya, lalu dari punggung itu berjatuhan seluruh jiwa yang Allah akan menciptakannya dari anak cucunya sampai hari Kiamat. Dan Allah menjadikan di antara kedua mata masing-masing orang kilauan cahaya.

Kemudian mereka dihadapkan kepada Adam. Adam berkata, ‘Ya
Rabbi, siapa mereka?’ Allah menjawab, ‘Mereka adalah anak cucumu.” Lalu Adam melihat seorang laki-laki dari mereka. Dia mengagumi kilauan cahaya yang memancar di antara kedua matanya.

Adam bertanya, ’Ya Rab
bi siapa ini?’ Allah menjawab, ’Ini adalah laki-laki dari kalangan umat terakhir dari anak cucumu yang bernama Dawud.’ Adam bertanya, ’Ya Rabbi, berapa Engkau beri dia umur?’ Allah menjawab, ’Enam puluh tahun.’ Adam berkata, ’Ya Rabbi, tambahkan untuknya dari umurku empat puluh tahun.’

Manakala umur Adam telah habis, dia didatangi oleh Malaikat maut. Adam berkata, ’Buk
ankah umurku masih tersisa empat puluh tahun?’ Malaikat menjawab, ’Bukankah engkau telah memberikannya kepada anakmu Dawud?’ Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda, "Adam mengingkari, maka anak cucunya pun mengingkari. Adam dijadikan lupa, maka anak cucunya dijadikan lupa; dan Adam berbuat salah, maka anak cucunya berbuat salah".

(Tirmidzi meriwayatkan hadis ini dalam Sunan-nya d
ari Abu Hurairah.“Abu Isa berkata, “Ini adalah hadits hasan shahih. Ia telah diriwayatkan tidak dari satu jalan dari Abu Hurairah dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam.”)



tapi..kita adalah pelajar.kalau asek terlupa tentang apa yang dah belajar dan baca, macam mana nak masuk periksa dan lulus?? yang di baca sudah lupa,yang belum dibaca banyak lagi.akhirnya, dalam kepala otak tak ada apa2.kosong.maka bahaya.


sifat pelupa walaupun ada dalam diri kita, ia boleh dikawal dan diawasi agar tidak menjadi suatu penyakit.walaupun ia adalah normal 'physiological' entiti dalam jiwa, tapi ada 'pathological elements' yang boleh jadikan ia suatu penyakit teruk.

berdasarkan Buku Amalan Penerang Hati dan Penguat I
ngatan karangan Ustaz Hanif Ghazali dari Madrasah Zubaidiyah Merbok, terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadikan kita kuat ingatan dan jarang lupa serta terdapat banyak sebab musabab yang jadikan kita ada penyakit lupa.



FAKTOR2 PENGUAT INGATAN :

  • menjauhi maksiat
  • bersungguh2 dan istiqamah dalam melakukan kerja
  • membanyakkan ibadat sunat seperti sunat tahajud, berpuasa dll
  • selalu membaca Quran
  • membaca doa sebelum baca buku dan belajar
  • membaca doa selepas solat fardhu
  • membanyakkan selawat ke atas nabi
  • minum madu waktu pagi
  • makan 'kemenyan nasrani' ( apa ini, saya pun tak tahu)
  • makan kismis setiap hari sebelum sarapan dan mengikut bilangan hari.hari pertama 1 biji, hari kedua 2biji samapailah 15 biji pada hari kelima belas.kemudian mula kembali satu biji.
  • minum susu segar
  • tidak sembang kosong
  • selalu bergaul dengan orang soleh dan alim
  • makan buah badam
  • minum air zam-zam
  • makan/minum air halia



FAKTOR2 SEBABKAN LUPA :

  • melakukan maksiat dan banyak dosa
  • selalu bersediah dan runsing
  • makan daun ketumbar
  • makan buah dan makanan masam
  • melihat orang yang kena hukum sula
  • membaca tulisan nama pada nisan kubur
  • berjalan antara unta2 yang dirantai
  • membuang serangga 'tuma' yang masih hidup ke tanah ( apa itu tuma??)
  • berbekam dilubang tengkok
  • melihat kemaluan orang lain
  • makan makanan sisa semut atau tikus
  • makan kepala ikan
  • makan makanan basi
  • onani dan melancap
  • makan organ binatang seperti hati, limpa, jantung dll
  • selalu makan berlebihan dan membazir
  • minum air antara suapan makanan

banyak membaca Quran adalh salah satu kaedah menguatkan ingatan.jika kita terlalu 'sibuk' dengan belajar, sekurang kurangnya amalkan tilawah ayat2 berikut setiap hari untuk mengukuhkan kekuatan ingatan dan sebagai penerang hati :


1) Surah Al Fatihah
2) Ayat Kursi
3) Ayat 35, Surah An Nur
4) Surah AdDhuha
5) Surah Al Insyirah
6) Surah Al Kauthar


Ssesungguhnya, kita sahaja yang tahu apa kita buat dan apa yang ada dalam hati kita..tepuk dada tanya iman.jika ada yang faktor2 lupa yang kita kerap buat selama ini, maka lebih baik hindarkannya untuk kebaikan diri..amalkan faktor2 yang membawa kita ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat.hidup di dunia berjaya, di akhirat nanti masuk syurga.insyaAllah..




Sunday, April 05, 2009

cari2 kawan teman?



NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


Pertama,

pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.


Kedua,

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).


Ketiga,


pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.


Keempat,

pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Kelima,

sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.




Sucikanlah 4 hal den
gan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."





Wednesday, April 01, 2009

wudhuk zahir & batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-


* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki."


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan" :


1. aku sedang berhadapan dengan Allah,

2. Syurga di sebelah kananku,

3. Neraka di sebelah kiriku,

4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,


Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

tersenyum atau buat2 senyum?


Ini bukan program terbaru, ini bukan skim cepat kaya dan bukan juga pelaburan internet. Tapi ini ialah ibarat rezeki yang anda dapat jika anda bersedekah dengan ikhlas.

Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.

Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?

Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang minta duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.


Seperti ayat Al-Quran di bawah:


"Perbandingan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah (berzakat/sedekah) seperti sebiji benih yang menghasilkan tujuh tangkai
dan setiap tangkai itu pula menghasilkan seratus biji benih (buah).
Dan Allah itu melipat gandakan kekayaan bagi barangsiapa yang dikehendaki-Nya dan
Allah itu Maha Kekayaan-Nya dan lagi amat mengetahui."

(al-Baqarah (2): 261)

Monday, March 30, 2009

KALU MASUK PERANGKAP NI, HABISLAH KITA..




ALLAH berfirman yang bermaksud:


"Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. '' ( An-Nisa': 120-121).


Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri.

Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.


Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut..

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh perangkap samar :




1. Melalui sifat bohong dan angkuh


Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.



2.
Melalui sifat bakhil dan kedekut


Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.



3.
Melalui sifat takbur dan bongkak


Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)



4.
Sifat khianat


Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.




5.
Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat


Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.



6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering "
(Riwayat Bukhari dan Muslim).



7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).



8.
Melalui sifat ujub atau bangga diri


Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)



9.
Melalui sifat suka berangan-angan


Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.



10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)


Saturday, March 28, 2009

AMALAN ZIKIR


Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:



ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD

Semoga dengan melakukan amalan zikir harian ini, hati akan bertambah kasih dan cinta kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan insan bertakwa.Wallahualam

Mari2..!! Sapa mau buat ini kerja..



Bukan selalu dapat peluang camni.sapa2 teringin nak buat dosa cuma perlu penuhkan lima syarat sahaja.yes, 5 SAHAJA! X banyak pun.. then, bolehlah terus buat maksiat semahu-mahunya.. jangan lepaskan peluang hebat ini! hahaha


Suatu hari seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. 'Wahai Aba Ishak! Saya selalu melakukan maksiat, tolong berikan aku nasihat'.

Ibrahim berkata, 'Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka
kamu boleh terus melakukan maksiat.'



1. Jangan makan rezeki Allah.

Lelaki itu seraya berkata, 'Aku mau makan dari mana? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
Ibrahim berkata, 'Kamu makan rezekiNya, tapi mahu melanggar larangan-Nya?'



2. Jangan tinggal di bumi Allah.


Apakah kau layak tinggal di bumi-Nya, sementara kamu melanggar larangan-Nya?



3. Carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh Allah.

mungkin dalam tandas adalah tempat tak ada CCTV Maha Kuasa??boleh cuba.haha



4. Minta tangguh tarikh mati

Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Tangguhkan kematianku. Aku mau bertaubat dan melakukan amal saleh'.

Apakah kamu masih ingin berlaku maksiat apabila mengetahui maut boleh datang bila-bila masa sahaja.



5. Menolak pelawaan Malaikat


Bila malaikat Zabaniyah datang hendak menggiringmu ke neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau mau ikut bersamanya.

Dia berkata, 'Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.'



lenggangkangkungblogspot

Friday, March 27, 2009

ALASAN JE LEBIH...




WHAT'S OUR EXCUSE??

nobody wants to be burnt in hell..

































Tuesday, March 24, 2009

CERITA PAYAH LUPA..





cerita ni da lama.tapi aku x boleh lupa..

dulu aku tengok binatang yahudi bunuh orang islam palestin dalam tv.aku pun rasa benci, marah n geram.aku nak pi berjihad pegang M16, AK 12, bazooka anti tank missile x mampu n x ada upaya.

aku rasa semua orang islam pun rasa macam aku.marah dan sedih.tak guna punya yahudi laknatullah.

tapi..

mulut cakap marah, tapi dalam toilet masih guna barang yahudi!gosok gigi pagi2 guna colgate.pagi2 da tolong yahudi(contoh sahaja).banyak lagi benda lain dalam hidup kita sokong ekonomi yahudi.langsung n tak langsung.


kalau dulu kita xtau, sekarang kita da tau.kalau da beli sebab x tau,x mengapa..kalau beli sebab tepaksa kerana x da pilihan lain x apa..tapi kalu beli sebab saja2 maka umpama bagi peluru kat yahudi untuk bunuh orang islam! memang bangang..

BOIKOT SEMUA BENDA NI! berhenti terus memang la lagi baguss..


























Iklan 'Coke' Di Eropah...... .

Perhatikan Iklan di bawah, apa pandangan anda..? Ini adalah petikan di antara iklan iklan 'Coke' yang di terbitkan di Eropah






Renung renungkan lah wahai saudara saudari.

Jika anda cintakan MARUAH ISLAM, sebarkanlah.
Kita ANTI YAHUDI

Tapi mengapa kita masih terus menyokong produk ini.
Biadap sungguh mereka MEMPERSENDAKAN Islam.
Masih Nak Minum Coke Lagi .?


Berpesan-pesan sesama insan