http://drasmadinet.blogspot.com/
Alhamdulillah, jawapan yang lebih menyeluruh oleh Sheikh Fuad. Terguris hati bila ada usaha yang mahu 'menjuarai mengkufurkan ibubapa Nabi SAW atas alasan dan atas nama 'pejuang sunnah'. Pejuang sunnah sebenarnya amat rapat 'periwayatan' dan hubungan kerohaniannya dengan Rasulullah SAW. Namun apakan daya, ramai yang mendakwa dirinya sebagai 'perawi-perawi hadis dan pejuangnya' namun gersang di sudut kerohaniannya dengan Rasulullah SAW. Selamat membaca artikel di bawah, atau klik tajuk di atas untuk membaca terus dari Utusan Malaysia, 7 Mei 2010.
Jangan Sakiti Nabi
Oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki (Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat, Yayasan Sofa Negeri Sembilan)
Sesiapapun akan merasa sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapanya disebut-sebut dihadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan.