HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Thursday, May 28, 2009

hati bahagia, hidup sempurna

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah samapaikan melalui manusia

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yang diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.
Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon berpura pura di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya pula.

9. Cinta dunia - apabila tidak dapat cinta kita menderita...jika dapat pun tetap menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berharta tidak mengapa tetapi kawal hati kita.jangan diletakkan hati pada harta itu kerana apabila mati cuma amalan dan doa anak yg soleh/solehah yang dibawa... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah sifat MAZMUMMAH dalam hati yang menonjol ke perbutan dan percakapan dan gerak geri..

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya...sama-samalah sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahualam"


islamic-e-book

Tuesday, May 26, 2009

please kill us.please kill us!!!





" YAHUDI, BUNUHLAH KAMI..RATAHLAH MAYAT TUBUH KAMI, KERANA INSAN2 SEUGAMA KAMI SENDIRI MAHUKAN KAMI MATI..MEREKA TIDAK MERASA PEDIH SAKIT KAMI APABILA DENGAN GEMBIRA MEMBIARKAN KAMI..MALAH SANGGUP PULA MENOLONG YAHUDI MEMBINA BOM PELURU DENGAN DUIT2 YANG MEREKA TABURKAN KEPADA YAHUDI "





ZIONIS MAIN PRODUCTS

Saturday, May 23, 2009

ONE SCHOOL FOR ALL CAMPAIGN

copy and paste from rocky's bru s blog.. i love malaysia.everyone loves malaysia.please do this for our own sake.die or alive.which one do u want buddy??




1 School for All. A group of pro-unity bloggers have started a campaign for Satu Sekolah Untuk Semua.

Satu Sekolah untuk Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara.

I am going to make myself part of this group of bloggers, whether they like it or not. Because I like what they are trying to do.

I'm the product of a 1 Sekolah system. I started schooling in Singapore in 1968, a year before the May 13 racial clashes and three years after the island achieved its Independence. The government of Lee Kuan Yew went about to "integrate' all primary schools. My school on West Coast Road had a flag of blue and yellow, and for many years it was known as Jubilee Malay Primary School. By the time I went to Primary 1B, it was called Jubilee Primary (Integrated) School. They abolished the Sekolah Melayu Jubilee. Other vernacular schools around the island were systematically replaced by "integrated" schools. Singapore went for its 1 School for All and I thought that they were doing quite alright.

In Malaysia, we have let ourselves fall behind in this regards, but that gives us the benefit of hindsight. Today Malaysians regardless of race or religion (including political ideologies) want a Bangsa Malaysia. 1 Bangsa. Civil society has never demanded harder for One Race as it has been doing in the last couple of years. The government tried to lay the foundations for a Bangsa Malaysia under Wawasan 2020 and there were attempts earlier, including the Bangsa Malaya concept dreamed up by Usman Awang and his Asas 50 friends after the War and just before Merdeka.

Time to join all past and present efforts towards that. Time to walk your talk.

Start with the kids. Integrate. Lets' have 1 School.

Read and Sign the petition again here

Tuesday, May 19, 2009

SAF ADALAH KEKUATAN KITA..

(islamic-e-book)


Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul



1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:



"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)


2 – Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.


"Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat)
masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)

"Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat". (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)



Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)


Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan



3 – Menutup ruang/celahan di antara saf.


Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan bara

ngsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)



4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.



Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian". (Diriwayatkan oleh Muslim, no.. 436)





Keudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi




Kedukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita masa ini..


SEMOGA BERMANFAAT

Friday, May 15, 2009

HINGUS BABI SUDAH BERTERBANGAN KAT MALAYSIA!!



jika selama ini cuma perangai 'kebabian' yang menular dengan begitu teruk dalam negara tercintaku, kini hingusnya yang membawa selsema juga sudah mula menziarahi kita dengan gembiranya..

jangan terkejut jika najis babi pula akan menempek kat muka2 'babi' kaki dua yang selama ini sudah pun mempunyai sikap kebabian unggul..


KES PERTAMA SELSEMA BABI DI MALAYSIA



Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi yang disahkan di Malaysia hari ini, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

selanjutnya dalam Malaysiakini



A Christian is asking about the reason for the prohibition on pork ..Why does Islam forbid pork, when the pig is one of the creations of God?.


Praise be to Allah.

Firstly:

Our Lord has forbidden eating pork in definitive terms.

Allah says :

“Say (O Muhammad): I find not in that which has been revealed to me anything forbidden to be eaten by one who wishes to eat it, unless it be Maytah (a dead animal) or blood poured forth (by slaughtering or the like), or the flesh of swine (pork); for that surely, is impure or impious (unlawful) meat (of an animal) which is slaughtered as a sacrifice for others than Allah (or has been slaughtered for idols, or on whichAllah’s Name has not been mentioned while slaughtering)” [al-An’aam 6:145]


By the mercy of Allaah and His kindness towards us, Allaah has permitted us to eat all good things, and He has not forbidden anything but those that are impure.


We do not doubt for an instant that the pig is a dirty and filthy animal, and that eating it is harmful to man. Moreover it lives on dirt and filth, and it is something that is off-putting to those of a sound nature who refuse to touch it, because eating it is either a cause or a sign of a person’s oddness.


Secondly
:

With regard to the physical harm caused by eating pork, modern science has proved a number of things, such as the following:

Pork is regarded as one of the kinds of meat that contain the most cholesterol, an increase of which in the bloodstream leads to an increased likelihood of blocked arteries. The fatty acids in pork are also of an unusual formation, when compared with the fatty acids in other types of food, which
makes them more easily absorbed by the body, thus increasing cholesterol levels.

Pork meat and pork fat contribute to the spread of cancers of the colon, rectum, prostate and blood.

Pork meat and pork fat contribute to obesity and related diseases that are difficult to treat.

Eating pork leads to scabies, allergies and stomach ulcers.

Eating pork causes lung infections which result from tapeworms, lungworms and microbial infections of the lungs.

The most serious danger of eating pork is that pork contains tapeworms which may grow to a length of 2- 3 meters. The growth of the eggs of these worms in the human body may lead to insanity and hysteria if they grow in the area of the brain. If they grow in the region of the heart that may lead to high blood pressure and heart attacks. Another kind of worm that is to be found in pork is the trichinosis worm that cannot be killed by cooking, the growth of which in the body may lead to paralysis and skin rashes.

The doctors have confirmed that tapeworm disease is regarded as one of the serious diseases that may result from eating pork. It may develop in the small intestine and after several months may grow into a large worm whose body is composed of a thousand segments, with a length of 4-10 meters, which lives alone in the intestine of the infected person and part of it may appear when he defecates. When the pig swallows and ingests its eggs, they enter the tissues and muscles in the form of larvae sacs containing fluid
and the head of the tapeworm. When a person eats infected pork, the larva turns into a complete worm in the intestine. These worms cause weakness and vitamin B12 deficiency, which leads to a specific type of anaemia, which may in turn cause nervous problems. In some cases the larvae may reach the brain, causing convulsions, increased pressure within the brain, epilepsy and even paralysis.

Eating pork that is not thoroughly cooked may also lead to trichinosis (infestation with a hairlike nematode worm). When these parasites reach the small intestine, three to five days later many larvae appear which
enter the intestine and reach the blood, from which they reachmost of the tissues of the body. The larvae move to the muscles and form cysts there, and the patient suffers intense muscle pains. The disease may develop into infection of the cerebral membrane and brain, and infections of the heart muscle, lungs, kidneys and nerves. It may be a fatal disease in rare cases.

It is well known that there are some diseases that are unique to humans and are nor shared with any other animals except pigs, such as rheumatism and joint pain.

So, please keep away from BABI.

Monday, May 11, 2009

apa revolusi Islam?


PROSES REVOLUSI ISLAM


Kata2 Sayid Abu A'la Al MAududi dalam satu syarahan di Universiti Aligarh, India pada tahun 1940,

'Ramai kalangan umat Islam inginkan Daulah Islamiah (DI), tetapi tak faham apa maksudnya dan bagaimana ia lahir. terdapat jalan dan manhaj khusus untuk mencapai Daulah Islamiah.

untuk mencapai sistem daulah secara tabii dan mutlak,bukanlah melalui cara buatan barangan - dipindah dan diletak - tetapi kelahirannya dari masyarakat melalui saluran akhlak, jiwa, tamaddun, dan sejarah umat manusia yang saling bergantungan antara satu sama lain.

Sama seperti ilmu mantiq(logikal) dan kimia - yang awal menentukan yang akhir - contohnya, jenis buah mengikut jenis pokok yang ditanam. maka begitulah jalan dalam membentuk daulah islamiah, jalan
pembuatannya yang menentukan natijah dimana dan bagaimana daulah itu terbentuk.

pertamanya, ia perlukan kepada gerakan yang sesuai dengan konsep DI, bertujuan membentuk peribadi yang sesuai dan kerja berkumpulan yang sesuai, dan memupuk sifat sabar. ini adalah punca2 yang diperlukan dalam menentukan sistem DI mampu untuk mengambil tempat sistem non islamik yang sedia ada.

jika masyarakat tidak dipersiapkan dengan persediaan ini - maka tak mungkin matlamat pembentukan DI akan tercapai.

Daulah Fikriyyah:

Apa ciri-ciri khusus sebuah DI ?

Pertama: Tiada terikat dengan unsur bangsa / puak tetapi terbina atas dasar fikrah, prinsip dan
matlamat yang jelas.

Banyak negara didunia tertubuh atas sebab2 di atas.tetapi DI tidak sebegitu..ia terbina atas asas yang jelas iaitu berpegang kepada konsep keadilan dan ketauhidan.Biasanya negara wujud atas nama keluarga, bangsa dan keturunan.

Muslimin sekular nasionalis juga tidak faham konsep Negara Fikrah dan tidak menggunakan manhaj
fikri untuk tegakkan daulah - mereka sekadar mengumpulkan semua anasir baik dan buruk untuk membentuk negara demokrasi. Tambah pula mereka tidak merasa malu untuk megguna pakai istilah Islam dalam perjuangan mereka semata2 untuk mempertahankan dan menjustifikasikan perbuatan mereka dalam pemerintahan.

para Nasionalis langsung tak boleh mencapai maksud daulah fikriyyah (DF)yang sebenar - bahkan merekalah peruntuh DF itu sendiri. DF tidak melihat kepada bangsa dan keturunan tetapi ia melihat kepada kemanusiaan.ia memandang sama rata kepada sesiapa saja yang menerima prinsip ini dan menolak sesiapa yang tidak berpegang kepada prinsip.


Ciri kedua: Khilafah Ilahiyyah:

Asas binaanya adalah - hakimiyyah lillah. Tiada makhluk boleh menentukan hukum dan keputusan terhadap manusia yang lain kerana manusia hanyalah khalifah.kita menjalankan perintah dari Maha Kuasa.

Sesiapa yang sanggup menerima tanggungjawaab ini sebagai khalifah, maka dialah yang berhak memimpin. dengan penuh sedar tujuan khilafah dan amanah yang diletakkan di atas pundakknya.

Orang yang ditentukan layak dalam sistem sekular langsung tak layak dalam sistem DI. kerana urusan DI hanya boleh dijalankan oleh orang yang dibentuk khusus mengikut manhaj khas iaitu mesti takutkan Allah,
lebihkan akhirat, memandang berat dosa, dan tiada taasub terhadap mana2 pihak dan perkara.

JALAN REVOLUSI ISLAM

Daulah Islamiah lahir mengikut faktor2 fikrah, akhlak dan kedudukan masyarakatseperti contoh hanya pokok limau membuahkan buah limau.

DI tidak lahir secara mukjizat malah ia perlu kepada gerakan syamilah yang terbina atas konsep kehidupan Islam iaitu setiap anggota masyarakat bersedia untuk mencernakan Islam dan berusaha untuk menyebarkannya.

Mereka bergerak melalui cara membina kehebatan ilmu dan membentangkan kehebatan Islam kepada masyarakat umum.

mereka perlu mencabar secara hikmah keburukan sistem pemerintah yang sedia ada untuk mencapai kedudukan yang lebih bersih dan cekal.

sesungguhnya manusia umum yang mempunyai fitrah baik akan tertarik untuk menyertai golongan pejuang DI ini dan sesungguhnya jahiliyyah akan berundur dengan pertolongan Allah.

Semua revolusi bermula dengan gerakan sebarkan fikrah dan begitu jugalah dengan revolusi Islam'.

Thursday, May 07, 2009

CERITA KATUN TAK BERTAMADUN

NO KOMEN!! PIKIR SNIRI..

TAPI YANG PASTI BILA DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK YANG MULIA DPERKOSA DENGAN PELBAGAI PERLANGGARAN UNDANG2 DAN PERATURAN YG DITETAPKAN, MAKA TUNGGULAH KEHANCURAN PIHAK2 TERBABIT.

SPEAKER YB Siva diseret keluar...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!

KENYATAAN SPEAKER YB. SIVA :

Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.

Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali.

Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.

Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari.

Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.

Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan tanpa ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.

Wednesday, May 06, 2009

PERINGATAN KEPADA WANITA MUSLIMAH

islamic-e-books


Pada suatu ketika diriwayatkan bahawa Sayiditina Fatimah puteri Rasulullah bertanyakan perihal wanita yang di azab dalam neraka di akhirat kelak..

Maka Rasulullah menjawab,


"Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain dalam keadaan bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana ia boleh bersolat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan..."


p/s : hadis ini tidak diketahui tarafkedudukannya.tetapi fadhilatnya patut diambil perhatian.

Monday, May 04, 2009

KITA NAK SOAL, TUHAN DA JAWAB


'alah, nape dia plak yang dapat,aku teruk2 buat dia pula dapat nama..ciss!'

'mangkuk tu memang x boleh diharap, nampak ja bagus, tapi hampeh..'

'adoi, banyaknye keje betimbun2.. napela dia ni bagi keja banyak sangat!'

'haha. padan muka dia,biar dia mamposss..'

'emm..hutang da banyak ni, tapi bini x sedar diri lagi..matila aku..mati!'

'jangan bagi dia pinjam, dia kedekut, kita pun kedekut juga kat dia.biar padan!'


ini semua apa yang tersurat dalam hati kita semua..setiap masa yang berdetik, memang kita x pernah berhenti dari mengungkapkan kata2 sebegini.cuma samaada ia terpendam dalam hati hanya kita yang tahu ataupun tersembur keluar dengan kata2.. ingatlah, lidah tidak bertulang.kerana lidah kita diseksa bila datang waktunya..yang pasti setiap manusia ada kekurangan sesuai dengan asal penciptaan..

Maka Firman Allah dalam kitabNya,

' Saling memperingatilah sesama kamu, sesungguhnya ia memanfaatkan umat mukminin..'

apabila kita mendengus meratapi kesusahan, mahupun menyoal sebab musabab kemalangan menimpa, mengutuk fitnah kejadian dan takdir yang berlaku, mengungkap nista dan buruk sangka sesama manusia, meraung2 mencerca Pencipta kerana hidup penuh durjana, sebenarnya JAWAPAN2 MUTLAK dan LENGKAP dari-NYA sudah tersedia terpampang depan mata..cuma kita sahaja yang buta.


Manusia Bertanya,maka Quran Menjawab....


KENAPA AKU DI UJI SEBERAT INI??

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN??AKU USAHA KUAT, NAPA ORANG LAIN YANG DAPAT??

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI? KENAPA AKU JA YANG KENA??

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST? TENSION? BOSAN? LEMAH SEMANGAT? TENGGELAM PUNCA?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman.."

- Surah Ali - Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI DUGAAN NI?TERUKNYA CABARAN NI.. APA CARA NAK DAPATKAN APA AKU NAK??

" Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

- Surah Ali-Imran ayat 200


" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI? MEREKA BOLOT SEMUA, AKU?? APA AKU DAPAT KALAU BERSABAR?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? AKU DISISIH ORANG, DIHINA SEMUA MANUSIA..AKU SEBATANG KARA KAT DUNIA, PADA SAPA NAK MENGADU DUKA..

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

-Surah At-Taubah ayat 129


ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!! AKU DA X LARAT BERDEPAN DENGAN MANUSIA PLASTIK!!

"... .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusuf ayat 12


(islamic-e-book)

Sunday, May 03, 2009

APA ITU KEPIMPINAN?


Ia adalah ciri-ciri atau kebolehan untuk menginspirasi atau mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat yang tertentu. ‘Orang lain’ itu samada orang bawahan dalam organisasi, ataupun mungkin orang awam diluar organisasi.


Dalam Islam, matlamat seorang pemimpin itu mestilah bertepatan dengan al Quran dan as Sunnah.

Sayyidina Umar RA pernah berkata,


“Taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, sebaliknya sanggahilah aku jika kamu mendapati aku menyanggahi Allah dan RasulNya…”


Terdapat pendapat bahawa untuk menjadi pemimpin yang baik, anda mesti mempunyai bakat semulajadi (inborn quality). Sebab itu pada zaman dahulu raja-raja dan pembesar-pembesar dipilih berdasarkan keturunan, kerana dilihat bahawa kepemimpinan akan diwariskan dari ayah kepada anaknya.


Namun begitu, pandangan sedemikian sudah tidak diterima lagi. Ahli fikir zaman sekarang berpendapat bahawa ciri-ciri pemimpin yang baik dapat dipupuk dan dibina, bukannya anugerah semulajadi keturunan. Oleh kerana itu, kita dapat melihat beberapa contoh pemimpin dunia yang datang dari latarbelakang yang berbeza.


Contohnya, Rasulullah SAW sendiri adalah seorang anak yatim piatu dan penggembala kambing, tetapi akhirnya menjadi pemimpin teragung dunia. Umar Abdul Aziz pula mujaddid Islam yang datang dari kerabat Khilafah Umayyah. Abraham Lincoln adalah seorang anak miskin yang tinggal di kampung yang daif. Tunku Abd Rahman pula dari keluarga diraja. Begitulah beberapa contoh yang menunjukkan bahwa latarbelakang asal tidak menentukan samada seseorang itu menjadi pemimpin yang baik atau tidak, tetapi faktor pendedahan dan pengalaman yang dilaluinya.


Kenapa orang menjadi pemimpin?


Pada pandangan Barat, orang memilih untuk menjadi pemimpin kerana beberapa sebab. Pertama, kerana ingin mencapai tujuan-tujuan social; contohnya, untuk memerdekakan tanahair, atau untuk memajukan masyarakat, atau untuk mengangkat martabat sesebuah institusi tertentu. Kedua, kerana untuk kepuasan peribadi, contohnya untuk menguji kebolehan sendiri dan kepuasan apabila mencapai sesuatu tujuan. Dan ketiga, orang ingin menjadi pemimpin kerana prestij dan keinginan untuk dihormati dan dihargai.


Namun dalam Islam, kepimpinan adalah suatu tanggungjawab dan amanah dari Allah. Ia adalah suatu yang suci dan mestilah lahir dari hati yang ikhlas tulus; semata-mata untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah di muka bumi. Allah berfirman dalam surah al Baqarah, bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi. Ini bermakna kita semua diberi tanggungjawab oleh Allah untuk mentadbir bumi ini dengan sistem yang ditentukan oleh Penciptanya. Untuk itu, al Quran sentiasa menyuruh kita menyeru kepada yang baik dan mencegah yang mungkar, atau yang kita kenali sebagai dakwah. Untuk melaksakan dakwah, ciri-ciri kepemimpinan yang effektif diperlukan.Bahkan. Rasulullah SAW juga menyebut bahawa setiap daripada kita adalah pemimpin, dan kita beratanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang dipimpin oleh kita. Tetapi bagaimana untuk memenuhi tuntutan tersebut? Tidak lain dan tidak bukan, dengan memiliki ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang…


Bagaimana untuk membina ciri-ciri pemimpin yang cemerlang?


Ada tiga proses paling utama untuk membina sifat kepemimpinan; Pertama, pendedahan; Kedua, latihan; dan yang ketiga ialah pengalaman. Ketiga-tiga proses ini akan mencanai seseorang itu untuk membina sifat-sifat pimpinan yang dinamik, kreatif, dan progresif.


Pertama, pendedahan yang mesti diberikan ialah tentang konsep kepemimpina secara menyeluruh. Remaja kita mesti didedahkan dengan beberapa bentuk dan model kepemimpinan, contohnya autokratik, demokratik, laissez-faire, dan lain-lain. Dengan pengetahuan seumpama ini, maka remaja akan dapat menganalisa corak-corak yang diamalkan diseluruh dunia, dan akhirnya menilai unsur positif yang terkandung dalam corak-corak kepimpinan tersebut. Insya Allah jika diberi kesempatan, saya akan menjelaskan beberapa corak kepemimpinan yang selalu diamalkan sekarang.


Kedua, beberapa siri latihan mestilah ditempuhi untuk mengetahui sejauh mana keupayaan yang kita miliki. Latihan tersebut samada secara formal atau informal. Rasulullah SAW juga mendapat latihan secara tidak langsung apabila menjadi penggembala kambing dan saudagar antarabangsa. Namun pada hari ini, terdapat banyak bengkel dan seminar diadakan untuk memberi latihan kepimpinan kepada anak-anak muda.


Ketiga, pengalaman yang berguna sangat penting untuk melengkapkan seseorang itu menjadi pemimpin yang baik. Sekadar pendedahan dan latihan sahaja tidak mencukupi untuk membina seorang pemimpin yang baik. Oleh yang demikian, anda mestilah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah atau tempat anda belajar. Jangan malu dan segan untuk menerima tanggungjawab demi untuk pembaikan masyarakat, dan juga untuk menambahkan pengalaman anda. Semakin banyak pengalaman, semakin matang seseorang pemimpin itu. Sayyidina Umar RA adalah juga seorang pemuka Quraisy di zaman jahiliyyah, seorang pahlawan dan seorang sahabat rapat Rasulullah SAW. Dengan pengalaman-pengalaman yang banyak, akhirnya beliau menjadi seorang khalifah yang banyak melakukan usaha-usaha pembaikan yang diikuti sehingga sekarang. Pada waktunya jugalah wilayah Islam tersebar luas sehingga ke Benua Kecil India dan Benua Afrika. Itulah salah satu contoh pemimpin yang baik hasil daripada pengalaman yang luas dan pelbagai.


Apakah keperluan utama untuk menjadi pemimpin yang baik?


Sebenarnya ada banyak keperluan yang mesti dimiliki untuk menjadi pemimpin yang baik dan sewajarnya unsure-unsur ini mesti diterapkan dalam setiap insan. Namun di sini dapt simpulkan kepada tiga perkara yang paling asas:


a) Sikap yang positif:


Sikap merupakan penentu kejayaan atau kegagalan sesuatu perkara. Ramai pelajar-pelajar yang ponteng kelas adalah kerana malas dan alasan-alasan yang dicipta. Sebenarnya, alasan-alasan itu adalah hasil daripada sikap yang negatif dan suka berdalih. Begitu juga dalam melahirkan pemimpin yang baik. Sikap-sikap positif mesti diperkuatkan untuk melahirkan ciri-ciri yang diperlukan; amanah, bertanggungjawab, rajin, prihatin, jujur, progresif, dan optimis. Kerana itu Rasulullah SAW pernah memberitahu bahwa dalam tubuh manusia terdapat seketul darah, jika baik darah tersebut, maka baiklah seluruh badan, sebaliknya jika buruk daging tersebut, maka buruklah seluruh badan, dan daging tersebut ialah hati. Dalam konteks ini, hati boleh dianggap sebagai elemen yang menentukan sikap seseorang.


b) Ilmu dan pengetahuan yang luas:


Ciri ini adalah penting untuk melahirkan seorang pemimpin yang bermaklumat, berpandangan jauh, bijak, dinamik, kreatif, dan tidak putus akal. Sebagai muslim, kita mesti mempunyai beberapa ilmu utama; ilmu aqidah, tasawwur Islam yang sebenar, memahami al Quran dan as Sunnah, dan mengetahui beberapa asas dalam ilmu usul fiqh. Untuk menjadi seorang yang berilmu, anda mesti menuntut ilmu dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Tetapi ia belum menjamin bahawa anda boleh menjadi seorang yang bermaklumat. Untuk memiliki maklumat, anda mestilah mempunyai sikap inquiry, iaitu perasaan ingin tahu terhadapa apa yang berlakui di sekeliling. Ia memerlukan pembacaaan luas dan saluran media massa yang cepat dan tepat. Maklumat seperti ini akan banyak membantu anda dalam membuat keputusan dalam memimpin.bukan hanya dengan memiliki beberapa buah buku kepimpinan dan agama, sudah meletakkan diri pada tempat yang layak untuk memimpin.pemikiran haruslah terbuka dalam pelbagai cabang tanpa melewati asas Islam yang dibenarkan. jika berfikiran sempit dan menafikan keterbukaan dalam perbincangan ilmu dan membuat keputusan, seseorang yang mempunyai kuasa dianggap sebagai kolot, bodoh sombong dan tidak matang.


c) Kemahiran memimpin


Ia adalah pengetahuan khusus yang mesti dimiliki oleh pemimpin yang berkarisma. Jika anda ingin menjadi seorang penukang kayu, anda mesti mahir menggergaji, memahat, menukul, mengasah, mengukur dan memaku. Begitu juga dengan pemimpin. Ada beberapa kemahiran yang mesti dimiliki jika anda ingin menjadi pemimpin yang berkesan dan berkarisma. Antaranya ialah kemahiran berfikir, kemahiran berucap, kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus, kemahiran interpersonal, dan kemahiran personality.



Ini antara ciri2 khusus yang wajib ada pada semua insan yang mahu bergelar pemimpin dalam kehidupan bermasyarakat..sememangnya setiap dari kita adalah pemimpin.paling asas adalah 'bos' kepada nafsu, tubuh dan akal kita sendiri. kemajuan dan pembangunan rohani akhlak dan fizikl sesuatu kaum bergantung kepada kemampuan kepimpinan yang unggul..

Sdr. Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain


ini pula pendapat dr maza tentang kepimpinan : klik sini

Friday, May 01, 2009

SIAPAKAH ULAMA SEBENAR?




Siapa yang dinamakan Ulama?



Terdapat beberapa ungkapan dalam mendefinisikan ulama.


1) Ibnu Juraij rahimahullah menukilkan (pendapat) dari ‘Atha, beliau berkata: “Barangsiapa yang mengenal Allah, maka dia adalah orang alim.” (Jami’ Bayan Ilmu wa Fadhlih, hal. 2/49)


2) Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah dalam kitab beliau Kitabul ‘Ilmi mengatakan: “Ulama adalah orang yang ilmunya menyampaikan mereka kepada sifat takut kepada Allah.” (Kitabul ‘Ilmi hal. 147)


3) Badruddin Al-Kinani rahimahullah mengatakan: “Mereka (para ulama) adalah orang-orang yang menjelaskan segala apa yang dihalalkan dan diharamkan, dan mengajak kepada kebaikan serta menafikan segala bentuk kemudharatan.” (Tadzkiratus Sami’ hal. 31)


4) Abdus Salam bin Barjas rahimahullah mengatakan: “Orang yang layak untuk disebut sebagai orang alim jumlahnya sangat sedikit sekali dan tidak berlebihan kalau kita mengatakan jarang. Yang demikian itu kerana sifat-sifat orang alim majoritinya tidak akan terwujud pada diri orang-orang yang menisbahkan diri kepada ilmu pada masa kini. Bukan dinamakan alim bila sekadar fasih dalam berbicara atau pandai menulis, orang yang menyebarluaskan karya-karya atau orang yang mentahqiq kitab-kitab yang masih dalam tulisan tangan. Kalau orang alim ditimbang dengan faktor2 ini, maka terlalu ramailah orang alim.



Orang alim hakiki adalah yang mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hukum Al Quran dan As Sunnah. Mengetahui ilmu ushul fiqih seperti nasikh dan mansukh, mutlak, muqayyad, mujmal, mufassar, dan juga orang-orang yang menggali ucapan-ucapan salaf terhadap apa yang mereka perselisihkan. ” (Wujubul Irtibath bi ‘Ulama, hal. 8)



Allah Subhanahu wa Ta'ala menjelaskan ciri khas seorang ulama yang membezakan dengan
kebanyakan orang yang mengaku berilmu atau yang diakui sebagai ulama bahkan waliyullah.

Dia berfirman:

“Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama.
” (Fathir: 28)


Ciri-ciri Ulama


ini bertujuan untuk mengetahui siapakah sebenarnya yang sesuai untuk menyandang gelaran ulama dan apakah jasa mereka dalam menyelamatkan Islam dan muslimin dari kongkongan musuh2 agama, mulai dari masa terbaik umat iaitu generasi sahabat hinggalah masa kita sekarang.


Penulisan ini juga bertujuan untuk memberi gambaran (yang benar) kepada sebahagian muslimin yang telah memberikan gelaran ulama kepada orang yang tidak sesuai untuk menyandangnya.


pandangan masyarakat umum siapakah ulama.


a. Sebahagian kaum muslimin ada yang meremehkan hak-hak ulama. Di sisi mereka, yang dinamakan ulama adalah orang yang pandai bertutur kata dan memperindah perkataannya dengan cerita-cerita, syair-syair, atau ilmu-ilmu pelembut hati.

b. Sebahagian kaum muslimin menganggap ulama itu adalah orang yang mengerti realiti hidup dan yang mendalaminya, orang-orang yang berani menentang pemerintah - meskipun tanpa alasan yang kukuh dan landasan ilmu ynag mantap.

c. Di antara mereka ada yang menganggap ulama adalah ulat buku, meskipun tidak memahami apa yang dibaca.


d. Di antara mereka ada yang menganggap ulama adalah orang yang pindah dari satu tempat ke tempat lain dengan alasan berdakwah kepada manusia.


e. Sebahagian muslimin tidak tahu membezakan antara orang alim dengan pemberi nasihat, serta antara penuntut ilmu dan ulama..


Di antara ciri-ciri ulama sebenar adalah:



1. Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah mengatakan: “Mereka adalah orang-orang yang tidak menginginkan kedudukan, dan membenci segala bentuk pujian serta tidak menyombongkan diri atas seorang pun.”


2. Al-Hasan mengatakan: “Orang faqih adalah orang yang zuhud terhadap dunia dan cinta kepada akhirat, bashirah (berilmu) tentang agamanya dan senantiasa dalam beribadah kepada Rabbnya.”


3. Dalam riwayat lain: “Orang yang tidak hasad kepada seorang pun yang berada di atasnya dan tidak menghinakan orang yang ada di bawahnya dan tidak mengambil upah sedikitpun dalam menyampaikan ilmu Allah.” (Al-Khithabul Minbariyyah, 1/177)


4. Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah mengatakan: “Mereka adalah orang yang tidak mengaku-aku berilmu, tidak bangga dengan ilmunya atas seorang pun, dan tidak mudah2 menghukumi orang yang jahil sebagai orang yang menyelisihi As-Sunnah.”


5. Ibnu Rajab rahimahullah mengatakan: “Mereka adalah orang yang berburuk sangka kepada diri mereka sendiri dan berbaik sangka kepada ulama salaf. Dan mereka mengakui ulama-ulama terdahulu daripada mereka serta mengakui bahawa mereka tidak akan mampu mencapai darjat mereka atau mendekatinya.”


6. Mereka berpendapat bahawa kebenaran dan hidayah ada dalam mengikuti apa-apa yang diturunkan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


“Dan orang-orang yang diberikan ilmu memandang bahawa apa yang telah diturunkan
kepadamu (Muhammad) dari Rabbmu adalah kebenaran dan akan membimbing kepada jalan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji
.” (Saba: 6)


7. Mereka adalah orang yang paling memahami segala bentuk permisalan yang dibuat Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam Al Qur’an, bahkan apa yang dimahukan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

“Demikianlah permisalan-permisalan yang dibuat oleh Allah bagi manusia dan tidak ada
yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.
” (Al-’Ankabut: 43)


8. Mereka adalah orang-orang yang memiliki keahlian melakukan istinbath (mengambil hukum) dan memahaminya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan atau ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Kalau mereka menyerahkan kepada rasul dan ulil amri di antara mereka,tentulah orang-orang yang mampu mengambil hukum (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (rasul dan ulil amri). Kalau tidak dengan kurnia dan rahmat dari Allah kepada kalian, tentulah kalian mengikuti syaitan kecuali sedikit saja.
(An-Nisa: 83)


9. Mereka adalah orang-orang yang tunduk dan khusyu’ dalam merealisasikan perintah-perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

“Katakanlah: ‘Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah). Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkurkan muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata: “Maha Suci Tuhan kami; sesungguhnya janji Tuhan kami pasti akan dipenuhi”. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.” (Al-Isra: 107-109)


Inilah beberapa sifat ulama hakiki yang ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam Al-Qur’an dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam di dalam Sunnahnya. Dengan semua ini, jelaslah siapakah ulama sebenar dan siapakah orang yang berpura-pura ulama dan berbaju dengan pakaian ulama padahal tidak layak langsung memakainya. berhati hatilah dengan orang palsu di sekeliling kita!


Contoh-contoh Ulama Rabbani



1. Generasi shahabat yang langsung dipimpin oleh empat khalifah Ar-Rasyidin: Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman, dan ‘Ali.

2. Generasi tabiin dan di antara tokoh mereka adalah Sa’id bin Al-Musayyib (meninggal setelah tahun 90 H), ‘Urwah bin Az-Zubair (meninggal tahun 93 H), ‘Ali bin Husain Zainal Abidin (meninggal tahun 93 H), Muhammad bin Al-Hanafiyyah (meninggal tahun 80 H), ‘Ubaidullah bin Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud (meninggal tahun 94 H atau setelahnya), Salim bin Abdullah bin ‘Umar (meninggal tahun 106 H), Al-Hasan Al-Basri (meninggal tahun 110 H), Muhammad bin Sirin (meninggal tahun 110 H), ‘Umar bin Abdul ‘Aziz
(meninggal tahun 101 H), dan Muhammad bin Syihab Az-Zuhri (meninggal tahun 125 H).

3. Generasi atba’ at-tabi’in dan di antara tokoh-tokohnya adalah Al-Imam Malik (179 H), Al-Auza’i (107 H), Sufyan bin Sa’id Ats-Tsauri (161 H), Sufyan bin ‘Uyainah (198 H), Ismail bin ‘Ulayyah (193 H), Al-Laits bin Sa’d (175 H), dan Abu Hanifah An-Nu’man (150 H).

4. Generasi setelah mereka, di antara tokohnya adalah Abdullah bin Al-Mubarak (181 H), Waki’ bin Jarrah (197 H), Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i (203 H), Abdurrahman bin Mahdi (198 H), Yahya bin Sa’id Al-Qaththan (198 H), ‘Affan bin Muslim (219 H).

5. Murid-murid mereka, di antara tokohnya adalah Al-Imam Ahmad bin Hanbal (241 H), Yahya bin Ma’in (233 H), ‘Ali bin Al-Madini (234 H).

6. Murid-murid mereka seperti Al-Imam Bukhari (256 H), Al-Imam Muslim (261 H), Abu Hatim (277 H), Abu Zur’ah (264 H), Abu Dawud (275 H), At-Tirmidzi (279 H), dan An-Nasai (303 H).

7. Generasi setelah mereka, di antaranya Ibnu Jarir (310 H), Ibnu Khuzaimah (311 H), Ad-Daruquthni (385 H), Al-Khathib Al-Baghdadi (463 H), Ibnu Abdil Bar An-Numairi (463 H).

8. Generasi setelah mereka, di antaranya adalah Abdul Ghani Al-Maqdisi, Ibnu Qudamah (620 H), Ibnu Shalah (643 H), Ibnu Taimiyah (728 H), Al-Mizzi (743 H), Adz-Dzahabi (748 H), Ibnu Katsir (774 H) berikut para ulama yang semasa mereka atau murid-murid mereka yang mengikuti manhaj mereka dalam berpegang dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah sampai pada hari ini.

9. Contoh ulama di masa kini adalah Asy-Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz,Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin, Asy-Syaikh Muhammad Aman Al-Jami, Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i, dan selain mereka dari ulama yang telah meninggal di masa kita. Berikutnya Asy-Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi, Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan, Asy-Syaikh Zaid Al-Madkhali, Asy-Syaikh Abdul ‘Aziz Alu Syaikh, Asy-Syaikh Abdul Muhsin Al-’Abbad,
Asy-Syaikh Al-Ghudayyan, Asy-Syaikh Shalih Al-Luhaidan, Asy-Syaikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali, Asy-Syaikh Shalih As-Suhaimi, Asy-Syaikh ‘Ubaid Al-Jabiri dan selain mereka yang mengikuti langkah-langkah mereka di atas manhaj Salaf. (Makanatu Ahli Hadits karya Asy-Syaikh Rabi bin Hadi Al-Madkhali dan Wujub Irtibath bi Ulama)


semoga kita jelas siapakah ulama dalam erti kata sebenar..wassalam..