HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Monday, March 30, 2009

KALU MASUK PERANGKAP NI, HABISLAH KITA..




ALLAH berfirman yang bermaksud:


"Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. '' ( An-Nisa': 120-121).


Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri.

Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.


Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut..

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh perangkap samar :




1. Melalui sifat bohong dan angkuh


Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.



2.
Melalui sifat bakhil dan kedekut


Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.



3.
Melalui sifat takbur dan bongkak


Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)



4.
Sifat khianat


Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.




5.
Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat


Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.



6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering "
(Riwayat Bukhari dan Muslim).



7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).



8.
Melalui sifat ujub atau bangga diri


Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)



9.
Melalui sifat suka berangan-angan


Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.



10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)


Saturday, March 28, 2009

AMALAN ZIKIR


Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:



ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD

Semoga dengan melakukan amalan zikir harian ini, hati akan bertambah kasih dan cinta kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan insan bertakwa.Wallahualam

Mari2..!! Sapa mau buat ini kerja..



Bukan selalu dapat peluang camni.sapa2 teringin nak buat dosa cuma perlu penuhkan lima syarat sahaja.yes, 5 SAHAJA! X banyak pun.. then, bolehlah terus buat maksiat semahu-mahunya.. jangan lepaskan peluang hebat ini! hahaha


Suatu hari seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. 'Wahai Aba Ishak! Saya selalu melakukan maksiat, tolong berikan aku nasihat'.

Ibrahim berkata, 'Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka
kamu boleh terus melakukan maksiat.'



1. Jangan makan rezeki Allah.

Lelaki itu seraya berkata, 'Aku mau makan dari mana? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
Ibrahim berkata, 'Kamu makan rezekiNya, tapi mahu melanggar larangan-Nya?'



2. Jangan tinggal di bumi Allah.


Apakah kau layak tinggal di bumi-Nya, sementara kamu melanggar larangan-Nya?



3. Carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh Allah.

mungkin dalam tandas adalah tempat tak ada CCTV Maha Kuasa??boleh cuba.haha



4. Minta tangguh tarikh mati

Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Tangguhkan kematianku. Aku mau bertaubat dan melakukan amal saleh'.

Apakah kamu masih ingin berlaku maksiat apabila mengetahui maut boleh datang bila-bila masa sahaja.



5. Menolak pelawaan Malaikat


Bila malaikat Zabaniyah datang hendak menggiringmu ke neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau mau ikut bersamanya.

Dia berkata, 'Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.'



lenggangkangkungblogspot

Friday, March 27, 2009

ALASAN JE LEBIH...




WHAT'S OUR EXCUSE??

nobody wants to be burnt in hell..

































Tuesday, March 24, 2009

CERITA PAYAH LUPA..





cerita ni da lama.tapi aku x boleh lupa..

dulu aku tengok binatang yahudi bunuh orang islam palestin dalam tv.aku pun rasa benci, marah n geram.aku nak pi berjihad pegang M16, AK 12, bazooka anti tank missile x mampu n x ada upaya.

aku rasa semua orang islam pun rasa macam aku.marah dan sedih.tak guna punya yahudi laknatullah.

tapi..

mulut cakap marah, tapi dalam toilet masih guna barang yahudi!gosok gigi pagi2 guna colgate.pagi2 da tolong yahudi(contoh sahaja).banyak lagi benda lain dalam hidup kita sokong ekonomi yahudi.langsung n tak langsung.


kalau dulu kita xtau, sekarang kita da tau.kalau da beli sebab x tau,x mengapa..kalau beli sebab tepaksa kerana x da pilihan lain x apa..tapi kalu beli sebab saja2 maka umpama bagi peluru kat yahudi untuk bunuh orang islam! memang bangang..

BOIKOT SEMUA BENDA NI! berhenti terus memang la lagi baguss..


























Iklan 'Coke' Di Eropah...... .

Perhatikan Iklan di bawah, apa pandangan anda..? Ini adalah petikan di antara iklan iklan 'Coke' yang di terbitkan di Eropah






Renung renungkan lah wahai saudara saudari.

Jika anda cintakan MARUAH ISLAM, sebarkanlah.
Kita ANTI YAHUDI

Tapi mengapa kita masih terus menyokong produk ini.
Biadap sungguh mereka MEMPERSENDAKAN Islam.
Masih Nak Minum Coke Lagi .?


Berpesan-pesan sesama insan