HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Thursday, September 25, 2008

SOLAT SEMPURNA




hadis nabi ;

'sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang'


solat adalah tiang agama.. sebuah bangunan yang cantik berseri tiada gunanya dan akan runtuh menyembah bumi seandainya binaan tiang adalah lemah dan tidak mampu menampung beban bangunan itu sendiri.. begitulah umpama agama ini dan solat. betapa hebat kita dalam menjalankan urusan agama yang pelbagai tidak akan ada gunanya seandainya solat kita masih terhoyong hayang dan tidak menentu.. solat adalah perihal pertama yang akan disoal Allah di hari perhitungan nanti..baik solatnya zahir dan batin, maka timbangan neraca pasti akan membawanya ke arah pintu syurga idaman..


dalam beragama tidak ada sifat tiru meniru. untuk melakukan kebaikan haruslah belajar dan untuk menjauhi keburukan pun tetap kepada belajar.. dalam ibadah khusus seperti solat Tuhan tidak akan mengangkat solat kita ke sisinya jika apa sahaja perbuatan dan percakapan yang kita lakukan dalam solat adalah bersandarkan kepada ikutan semata2..


sabda Nabi;

' sesungguhnya sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah berilmu, sesiapa yang mahukan akhirat maka hendaklah berilmu dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu '


dengan jelas Nabi memerintahkan kita supaya menuntut ilmu bukan sahaja untuk kejayaan di dunia tetapi yang paling penting untuk mendapat kebahagiaan di akhirat kelak. dan untuk berjaya di akhirat tidak akan tercapai dengan tiru meniru dan ikut2 malahan akan lebih teruk pula jika apa yang ditiru itu adalah dongengan dan karut marut. untuk berjaya di akhirat hal yang paling terutama antara perkara2 yg penting dalam hidup kita sebagai muslim adalah solat yang sempurna.. dan untuk mendapt solat yang bagus hendaklah kepada ilmu.. dan untuk mendapat ilmu pula hendaklah menuntut dari punca2 yg sebenar dan sahih.. apabila tidak tahu dan kurang faham haruslah belajar, bukan dengan meniru perbuatan manusia lain dengan anggapan bahawa orang itu memang dah mengetahui dengan jelas apa yang dia lakukan.. sedangkan mana kita tahu mungkin dia juga meniru dari perbuatan orang lain pula.


kita selalu beranggapan Tuhan akan memberikan kita pahala yang melimpah ruah apabila kita melakukan banyak kebaikan kepada manusia, tetapi sedangkan segala perbuatan baik tersebut akan terhalang untuk mendapat balasan pahala sekiranya solat kita ini masih belum teratur dan kemas segala syarat2 dan rukun2nya.. alangkah ruginya hidup berpuluh2 tahun penuh dengan amal maaruf tapi akhirnya terjunam dalam api neraka..


berdasarkan syarahan Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari yang amat 'alim dalam selok belok agama termasuk berkaitan cara2 solat yang pling baik, dapat saya ringkaskan inti pati bagaimanakah mengamalkan solat dengan sempurna rukunnya, syarat2 sahnya mahupun perkara2 sunat yang patut kita ambil perhatian..



wudhu' : ia merupakan antara asas yang utama untuk mencapai solat yang khusyuk. jika wudhu sempurna maka solat pun insyaAllah akan sempurna.. lakukan perkara wajib dan jangan lupakan perkara2 sunat yang menambah pahala.. kalau boleh, pilih tempat berwuduk yang menghadap kiblat. jangan membazir air dan berlebih lebihan dalam berwudhu. mulakan dengan bismillah semasa membasuh kedua belah telapak tangan dan jemari.. jari2 tetap digosok walaupun sudah memang sedia bersih.. berkumur sambil memasukkan air ke hidung dengan sekali cedukan air. mulakan berniat mengambil wudhu kerana Allah Taala didalam hati semasa air mengalir di ubun2 dan dahi semasa membasuh muka pada basuhan yang pertama. ratakan air pada setiap anggota dengan menggosok dengan sempurna. pastikan kuku adalah pendek dan kemas semasa membasuh tangan, khuatir kalau2 air tidak meresap kerana kuku yang panjang. semasa membasahkan air ke kepala, kalau boleh basahkan seluruh kepala kerana setiap helai rambut itu menjadi saksi bagi kita akhirat kelak. membasuh telinga kanan dan kiri serentak sebanyak tiga kali dengan sempurna dan rata.. membasuh dan menggosok kaki sampai ke buku lali dan digosok celah2 antara jari kaki kanan dan kiri dengan menggunakan jari kelingking tangan kiri.. setelah selesai jangan lupa membaca doa sambil menghadap kiblat .. nabi bersabda ;

' sesiapa yang mengambil wudhu dengan sempurna dan diakhiri dengan doa maka baginya akan dibuka semua pintu2 gerbang syurga, dan akan masuk ke pintu gerbang yang mana ia suka..'



pakaian
: kalau ada yang baru, pakailah. kalau tidak ada memadai dengan pakaian yang bersih berwarna putih. kalu tidak ada, apa2 aja warna asalkan bersih dan kemas dan menutup aurat. sunat bagi lelaki memakai wangi wangian dan haruman.. kalau kita sanggup menghabiskan banyak duit untuk membeli pakaian mahal2 dan cantik2 semasa ingin berjumpa raja contohnya, kenapakah tidak boleh memakai yang cantik2 bersih dan kemas semasa menghadap raja bagi sekalian raja2??


tempat solat
: bersih dan suci dari sebarang najis. kalau boleh bersolat berhadapan dengan tiang atau tembok mahupun dinding jika di masjid dan surau.. ia dinamakan sutratul musolli. jika berseorangan bersolat atas sejadah sebagai batasan kawasan solat kita.. jika tiada tiang dan pelindung, maka pacakkan kayu dihadapan sebagai menandakan kawasan kita bersolat untuk makluman orang lain di sekitar. ini yang nabi lakukan dahulu. sekarang tiada siapa akan pacakkan kayu, maka gunakan apa2 sahaja termasuk kain serban, beg atau tasbih pun jua. jika tidak ada juga memadailah dengan membuat garis penanda untuk memagar kawasan solat.. tujuannya adalah untuk mengelak daripada orang lalu lalang dihadapan kita sewaktu bersolat. jika ada yang melintasi hadapan kita dalam kawasan solat, sunat bagi kita menghalang dengan mengangkat tangan kanan tegak kehadapan.. sabda nabi;

' terhenti kebaikan selama 40 tahun, adalah lebih elok daripada seseorang melintasi di hadapan orang lain yang sedang bersolat ( orang yang meriwayat tidak pasti samaada 40 tahun ,bulan ataupun hari )'



berdiri
: berdiri tegak. jangan condong ke kiri atau kanan atau depan dan belakang. jarak antara kaki kiri dan kanan adalah satu jengkal. jangan terlalu rapat dan pula terlalu jauh macam terkangkang pula.. dan jangan ada kaki yang terhadapan mahupun terbelakang. pastikan rata dan sama paras. kita hendaklah rapat antara makmum2 yang ada disebelah.syaitan sentiasa mencari ruang untuk menyelit2 samaada antara kaki kita dan kaki orang di sebelah mahupun antara kaki kanan dan kiri kita sendiri. oleh itu janganlah terlalu renggang, cukup dengan satu jenggal antara keduanya. betul2kan saaf antara makmum.jangan biarkan saf menjadi bengkang bekok seperti ular dipalu.. pandangan mata hendaklah ke bawah memandang tempat sujud..



takbiratul ihram
: mengangkat takbir dengan kedua belah tangan berdekatan dengan telinga. jari2 direnggangkan sedikit dan kedua belah celahan ketiak terbuka dan tidak rapat. ibu jari betul2 pada paras cuping teling, pastikan tidak terlalu atas atau terlalu bawah dari paras telinga.. bila saja mula mengangkat takbir dengan perbuatan kedua belah tangan, serentak dengan menyebut takbir AllahuAkbar dan serentak dengan itu juga mulalah dengan niat solat dalam hati.. niat dalam hati, dan menyebut takbir habis serentak dengan berakhirnya perbuatan takbir kedua belah tangan.. tangan dikiamkan dan diletakkan di paras dada atau diantara dada dan pusat atau di bawah pusat ataupun di biarkan terlepas berada disisi badan (irsal).. semuanya mempunyai dalil. tapi yang letak dibawah dagu tiada dalam agama.. tapi yang paling afdal bagi mazhab Syafiee adalah kedudukan antara dada dan pusat, pada tengah2 ataupun kekiri sedikit..



membaca fatihah dan surah
: selepas doa iftitah, membaca surah al fatihah. lebih baik dibaca dengan ayat demi ayat tanpa disambung2 dengan bacaan yang jelas dan tepat hukum tajwidnya.. sebaiknya mulakan dengan ta'awuz iaitu mengucap A'uzubillah untuk mencegah gangguan syaitan.. mazhab Syafiee mewajibkan membaca bismillah kerana ia sebahagian dari surah fatihah itu sendiri.. jika solat secara berjemaah, nyaringkan sebutan aminn oleh makmum kerana para malaikat akan bersama2 mengaminkan doa yang terdapat dalam surah alfatihah.. sesudah selesai, sebaik baiknya imam harus menunggu seketika untuk membolehkan makmum membaca fatihah masing2. pada ketika ini, imam boleh berzikir memuji tuhan di dalam hati sebelum diteruskan dengan bacaan surah.. pastikan surah pada rakaat pertama adalah lebih panjang dari bacaan surah pada rakaat kedua.. dan disunatkan surah2 yang dibaca pada rakaat pertama dan kedua adalah berturutan..



rukuk
: pandangan mata pada tempat sujud dan bukan melihat pada kaki kerana ini boleh menggangu khusyuk.. telapak tangan dibuka sedikit dan jangan pula telampau luas antara celahan jari2 semasa diletak di atas lutut.. pastikan ada dhamakninah iaitu berhenti sekejap dan bukan berterus terusan tanpa ada 'gap'. pastikan lafaz Allahuakbar pada setiap kali memasuki rukun fi'li adalah bersamaan dengan perbuatan. jangan didahulukan ataupun dilewatkan..



i'tidal
: berdiri tegak dengan kaku semua anggota badan dengan menyebut paling kurang rabbana lakal hamd..



sujud
: turunkan kedua belah lutut terlebih dahulu dikuti dengan kedua belah telapak tangan dan kemudian dahi dan hidung serentak.. ini yang afdhalnya. jari2 dirapatkan dan tapak tangan mnghadap kiblat dan diletakkan bersebalahan muka yang sedang sujud. kedua belah kaki dipacakkan dan jarak antara keduanya adalah sama seperti berdiri iaitu sejengkal.



duduk antra dua sujud(iftirash) dan dudk tasyahud awwal
: papan punggung di atas tapak kaki kiri dan kaki kanan di pacakkan atau didirikan secara tegak.. hujung2 jari tangan diletak atas peha dan selaras dengan hujung lutut, jangan dilebihkan mahupun dikurangkan..



duduk tasyahud akhir
: duduk dengan kaki kiri dilentangkan di bawah punggung menjurus ke bawah kaki kanan yang sedang dipacakkan. afdhal tapak kaki kiri menghadap ke arah kanan.. jari2 tangan diatas peha dan pastikan hujung2 jari sama paras dengan hujung lutut.. semasa membaca tahiyat, pastikan jari teluntuk dikeluarkan dan jari2 lain dalam genggaman.. jari teluntuk hanya diangkat semasa mula menyebut '..illallah dalam bacaan ashhadu alla ilaha illallah..'.. banyak orang dalam mazhab Syafiee yang memusing2 dan menggerakkan jari telunjuk semasa tahiyat mengikut perbuatan orang bermazhab lain tanpa belajar, hukumnya boleh membawa kepada haram dan batal solat kerana menambah2 perbuatan dalam solat.. berhati hatilah..


memberi salam
: sebutan salam dimulakan dahulu sambil kepala digerakkan ke kanan dan kemudiannya ke kiri.. pastikan tolehan kepala sampai kepada tahap makmum mampu nampak pipi kita yang kanan jika menoleh ke kanan dan pipi kiri jika menoleh ke kiri.. ini yang afdhal dan mendapat pahala sunat.



ini adalah perkara yang zahir iaitu sebahagian dari solat itu sendiri selain dari khusyuk dalam hati..sempurnakan yang zahir dahulu kemudiannya pastikan khusyuk lahir dalam jiwa kerana kedua2 aspek ini bersangkutan.. insyaAllah..


dari video rakaman: sila rujuk berikut




Serba Ringkas Biodata Al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki


Al Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin Bin Haji Marbu Bin Abdullah Thayyib dilahirkan pada 1 September 1960 M di sebuah desa bernama Harus, Amuntai ,Banjar Masin Kalimantan Selatan Indonesia.Beliau merupakan anak ke tiga dari tujuh beradik,dari keluarga yang taat beragama.

Persekolahan

Beliau mendapat pendidikan awal disekolah rendah Harus.Pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam.Tanpa menamatkan pengajiannya di pesantren,beliau sekeluarga telah berhijrah ke Tanah Suci Mekah Al Mukarramah.

Bermula pada tahun 1974 sehingga 1982 beliau menghabiskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah.Antara guruiguru beliau di sana adlah al Allamah Al Jalil Assayyid Amos rahimahullah,Syaikh Abdullah Said Al Lahji rahimahullah,Syaikh Ismail Osman Zaien Al Yamani rahimahullah,Syaikh Muhammad Iwadh Al Yamani rahimahullah,Syaikh Abdul Karim Al Bukhari dan ramai lagi.

Beliau sering menghadiri kelas formal dan tidak formal seperti di Masjidil Haram dan di rumah rumah masyaikh(guru) beliau.Pada tahun 1982 beliau mendapat keputusan cemerlang (mumtaz) di Madrasah Shaulathiah.Sebelum naik ke kelas ‘Aliyah beliau sempat mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajar dari Indonesia.Antara kitab yang diajarkan adalah kitab Qatrunnada,Kitab Fathul Muien,Kitab Umdatussalik,,Kitab bidayatul Hidayah,dan lain-lain.

Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar dalam jurusan syariah,Kaherah sehingga mendapat Sarjana Muda.Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian ke Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma `Am “Dirasat Ulya”pada tahun 1990.

Guru-Guru Beliau

Semasa di Makkah beliau sering menemani guru beliau Syaikh Ismail Osman Zen al Yamani menghadiri program-program agama ,menziarahi maqam Baginda Nabi Muhammad s.a.w.Beliau meluangkan masa dengan berkhidmat untuk guru beliau,dengan cara itulah beliau dapat mendekati para ulama.Sebutkan sahaja ulama di makkah ketika itu,kebanyakkanya beliau telah berguru dengannya.Antara masyaikh beliau di sana adalah Syeikh Al-Allamah Hasan Masshath yang digelar syeiku-ul-ulama' rahimahullah, Syeikh Al-Allamah Mohd. Yasin Al-Fadani rahimahullah yang mendapat julukan Syeikhul Hadits Wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zien rahimahullah yang digelar Alfaqih Ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syeikh Abd. Karim Banjar hafizohullah, Syeikh Suhaili Al-Anfenani, As-Sayyed Mohd. Alwi Al-Maliki, Syeikh Said Al-Bakistani dan masih ramai lagi

Segala kitabyang dipelajari bersambung sanadnya kepada pengarang.

Berikut diantara nama guru beliau yang dapat disenaraikan .

• Syiekh Al Alamah Hasan Masyat

Seorang ulama besar yang menulis banyak kitab untuk dunia pengajian islam seperti kitab

Is`af Ahli Iman , Is`af Ahli Islam . AL Nasoih Diniah . Inarah Al Dhaji . Tahafut Al Sunnah dan lain lagi .

Berliau sering bersama sama dengan Al Alamah Syiekh Ismail Usman Zaien dan meninggal dunia pada hari raya fitrah pada tahun 1399 hijrah

• Syiekh Al Alamah Muhammad Yassin AL Fadani .

Seorang Syiekh Hadis dan bergelar sebagai Musnid Dunya . Pengarang pada banyak kitab Syaikh Nurudiin mengambil banyak riwayat dan ijazah kebanyakan dari penulisannya dan riwayat hadis musalsalnya .

Antara Ijazah hadis yg diambil darinya seprti Aqad Farid fi Jauhar Al Asanid . Iklam Al Dhani wal Qosi bima Ala min Asanid Al Fadani . dan selainnya yg mendapat ijazah secara umum dalam ilmu riwayah dan juga dirayah hadis .

Meninggal dunia pada malam jumaat 28 Zulqaidah 1410 dan dikuburkan di perkuburan Ma`la Mekah .

• Syiekh Ismail Osman Zaien AL Yamani Al Makkiyi .

Seorang yang faqih keilmuannya . mempunyai jiwa yang besar dan tidak pernah lokek masa untuk bersama sama dengan anak muridnya .

Antara orang yang bertanggungjawab mewarnai corak pemikiran Syaikh Nuruddin . dan mengambl banyak ilmu darinya dalam pembacaan kitab kitab baik dari segi sudut Nakliah atau Aqliah . sering bersama sama dengannya dalam banyak waktu dan sering berhubung dengannya sehingga diakhir hayatnya .

Syaikh Nuruddin terlalu akrab dengan Syiekh Osman Zain terkadang beliau membawanya ke madinah diatas alasan pengajian agama disana atau semata2 untuk menziarahi Rasullah s.a.w . Pada kebiasaannya mereka berdua akan pergi ke madinah pada pagi hari khamis selepas solat subuh berjemaah di Masjidil Haram . dan akan pulang kembali keMekah selepas solat jumaat pada keesokan harinya .

Meninggal dunia pada 20 Zul hijjah 1414 selepas solat subuh diMasjidil Haram dan dikuburkan di ma`la mekah .

• Syiekh Abdullah bin Syaid Al Lahji .

Dikenali kefaqihannya dalam agama . dan dikasihi oleh sekian anak muridnya .Beliau meninggal dunia selepas pulang dari mengajar disek Sultiah sebagai guru pada tahun 1408 .

Dari pada beliau Syaikh Nuruddin mengambil . Tafsir Ibnu Kathir . Sohih Muslim . Sunan Abi Daud . Al Manhaj . Buluq Marom . Matan Abi Sujak . Al Idoh . Qawaid Asasiah . Qawaid Fikqiah dan banyak lagi.

• Syiekh Muhammad Iwad Al Yamani .

Seorg yg dikenali kepakarannya dalam ilmu fiqh dan meninggal ketika dlm keadaan sujud didalam solat .

Syaikh Nuruddin mempelajari dari beliau Tarikh Adab Arabi . Sohih Bukhari . Amdul Ahkam . Muataq imam Malik . Miskat dan lain2 lg .

• Syiekh Muhammad Zakaria Bila Indonisia .

Oarang Indonisia kelahiran mekah bermazhab syafie dan meninggal selepas beberapa bulan Syiekh Al Fadani meninggal .

Daripadanya Syaikh Nuruddin mengambil Rawai’e Bayan . Fathu Mujib fi sarah Al Hitob . Halal wal Haram oleh Qardawi .

• Syiekh Muhammad Sabli .

Salah seorang ulama dari Bahrin danSyaikh Nuruddin mempelajari dari beliau Matan Arjumiah . Matan Bina` . Al Kailani . Syarah Muhtasir Jiddan . Syarah Tahrir

• Syiekh Abdul Karim Banjar .

Seorang ulamak indonisia yang mempunyai kelompok pengajian yang besar di mekah dikalangan oaring orang Indonisia . Malaysia dan Patani di Masjidil Haram . sehingga sekarang .Beliau masih lagi mengajar di dan membuat kelompok pengjian disana .

Antara ilmu yg diambil darinya ialah Riyadul Solihin . Penawar Hati . Jauhar Muqauwan iaitu kitab balaqah .

• Syiekh Adnan Al fani Al Indonisi .

Salah seorang guru di sekolah Sultaniah dan membaca padanya kitab Jami Jawamik fi usul . Syamail Muhammadiah . Mabadi Ilmu Falak . Syarah Syansuri ala matan Ruhba` dan lain2 lg .

• Syiekh AbdulKarim al Bukhari

Salah seorang ulama Bukhara yang berpindah ke Mekah dan mengambil darinya Sunan Imam Turmuzi .

• Syiekh SaifulRahman .

Salah seorang guru di sekolah Sultaniah dan mengambil darinya Sunan Nasaie . Al tahafut Al Sunnah dan seliannya

• Syiekh Suhaili Al fanani .

Mengambil darinya Ikhlas Kalam dlm faraid . Ilmu hisab wal muhandasah .

• Syiekh Syaid Al Bakistani . mengambil darinya Ilmu Mantik dan Saraf .

Dan ramai lagi Ulama dan guru guru yang diambil secara langsung atau tidak dalam pengjian mereka yg dipenuhi dengan nasihat nasihat. dorongan dan banyak lagi

Berikut adalah anatara guru beliau ketika berada di Ardul Kinanah Bum Ambiak Mesir .

• Syiekh Alim Al Alamah Husnain Muhammad Mahluk .

Bekas mufti mesir

• Syiekh Al Alamah Muhammad Zakaria al Kandahlawi .

Seorg pakar hadis dan meninggal di Madinah Al Muanawwarah

• Syiekh Muntasir Al Kantani Al Magribi .

Pengajian tafsir dan hadis

• Syiekh Habib Abdil Qadir Al Saqab

• Syiekh Abdullah bin Hamid .

• Syiekh Mutawalla Syakrawi .

Ulamak mesir yang tidak boleh dipertikaikan kewibawaannya .

• Imam Akbar Jaddul Hak

Bekas syaikh azhar yg terkenal ketegasanya guru Tarikh Fiqh Islami .

• Syiekh Muhammad Thaib Al Najar .

• Syiekh Rubbani Muhammad Abdul Wahid .

• Syiekh Abu Hasan Nadawi . seorang pendakwah terkemuka di Mesir .

• Syiekh Atiah Saqar . mahir dalam ilmu fekah dan salah saorg ahli majlis buuth islami

• Syiekh Al Alamah Jad Ar Rabb . guru asbah nazair nya di uni Al Azhar

• Syiekh Al Alamah Husin Al Syiekh ." Syarah ah mahli ala Manhaj "

• Syiekh Al Alamah Syaed Muhammad Alwi Al Maliki .

• Syiekh Muhammad Ghazali . seorang pendakwah yang digeruni dan tegas di dunia pengjian islam

• Ustaz Doktor Ahmad Umar Hasyim . bekas reaktor Al Azhar dan guru ulum hadisnya

• Ustaz Doktor Abdul Sobor Syahin . guru tarikh qurannya .

• Ustaz Doktor Fatah Syiekh . bekas reaktor Al Azhar dan guru fikq ibadat nya

• Ustaz Doktor Rayan . Pensyarah Al Azhar .

• Ustaz Doktor Abdullah Syatah . Pensyarah Al Azhar .

• Ustaz Doktor Muhammad Salim . Pensyarah Al Azhar .

• Ustaz Doktor Nasr Farid . Pensyarah Al Azhar .

• Ustaz Doktor Abdul Rasyad Saqar . Imam dan Khatib Mesjid Sollehuddin

Dan ramai lagi yang tidak disenaraikan

Kitab yang dibacakan di hadapan gurunya

Berikut adalah antara kitab-kitab yang dibacakan dihadapan gurunya .

Dalam fekh :

Muhtasar safinah Al Naja` . Matan Qabah wal Takrib . Amdah Salik wal Nasik . Manhaj Al Tolibin . Syarah tahrir . Syarah Mahli Ali al Manhaj . Syarah Abi Qassim . Tahafut Al Muhtaj . Al Majmuk . Nihayah Mihtaj . Asni Al Mutalib . Fatahul Wahab dan selainnya .

Dalam Manasik Haji :

Matan Al Idoh . Fatah Al Mujib fi sarah manasik Al Hatib .

Dalam faraid . Khulsah Al Kalam . Matan Al Rahbiah wa syarah li syaba mardini . Syarah Syansuri .

Dalam Tafsir dan Ulumnya :

Tafsir Jalalain . Tafsir Ibnu Kathir . Rawaik Bayan . Manzumah Al Zamzani maa syarahuha . Al Itqan .

Dalam Aqidah :

Al Haridah wal syarah . Fathul Majid li Nawawi Al Jawi . Aqidah Islam li Hadad . Qawaid Al Aqidah li Ghazali .

Dalam Hadis :

Matan Arbain Al Nawawi . Buluq Maram . Amdul Ahkam . Riyadatul Solihin . Al Azkar . Sohih Bukhari . Sohih Muslim . Sunan Abi daud . Sunan Thurmuzi . Sunan Nisaie . Sunan Abi Majah . Miskat . Mautok Malik . Muhtasar al bukhari li abi Jamrah . Syamail Muhammadiah lil Turmuzi . Kasaf Al Qamah . Awail Sanbaliah . Musalsalah fadaniah dan lain .

Dalam Mustalah Hadis .

Matan Baiquniah dan sarahnya oleh syiekh Husin Masyat . Rafie Al Astar Syarah Tolah Al Anwar . Tadrib al Rawi li shayuti . Muqadimah Abi Solah dan lainnya .

Dalam Tasauf dan Ahlak :

Bidayah Hidayah , Manhaj Abidin . Ahyak Ulummudin . Mauizah Mukmin . Al Hakim . Risalah Muauwanah . Risalah Qusairi . Al Hadiqah Al Aniqah . Tanwir Al Qulub . Lawaqih anwar .

Dalam Qawaid wal Usul .

Idoh Qawaid Fiqkiah . Madhal ila ilmu Usul . Syarah Waraqat . S yarah Jamie Wal jawamik .

Dalam Nahu dan syaraf :

Matan Arjumiah . Syraah Muhasar Jiddan . Tahafut Sanniah . Al Mutammah . Qatar Nadi . Syarah Ibnu Aqil . Syrah Al Syamuni . Qawaid Al Asasiah . Isaf tolab syarh Nizam Qawaid Al Arab . Matan Bina` . Al Kailani . Al Maksud .

Dalam Balaqah dan Mantik :

Al balaqah Al Wadih . Al Jawhar Al Maknun . Matan Isaquji .

Mendapat gelaran Azharus thani

Setelah menamatkan pengajian beliau di Universiti Al Azhar,beliau mencurahkan ilmunya kepada pelajar dari Malaysia,Indonesia,Thailand,Singapura yang menuntut di Universiti Al Azhar sehingga mendapat gelaran Azharus thani(Al Azhar ke dua).Kelas pengajian yang dinamakan "Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin" semenjak tahun 1987 hingga 1998 buat pertama kalinya di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamiek al Path di Madinah Nasr.

Penulisan Karya Ilmiah

Disamping beliau mengajar beliau sempat mengarang beberapa buah kitab dalam bahasa Arab.Beliau melibatkan diri dalam bidang penulisan serta mentahqiq kitab kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah kitab sejak tahun 1991.

Antara kitab karangan beliau:

• الإحاطة بأهم مسائل الحيض والنفاس والاستحاضة

• تساؤلات و شبهات و أباطيل حول معجزات الإسراء و المعراج والرد عليها

• المختار من نوادر العرب وطرائفهم

• أداب المصافحة

• من هو المهدى المنتظر ؟

• المجال الإقتصادى فى الإسلام

• بيان مفتى جمهورية مصر العربية حول فوائد البنوك فى ميزان أهل العلم

• سفر المرأة أحكامه وأدابه

• الدرر البهية فى إيضاح القواعد الفقهية

• معلومات تهمك

• أسماء الكتب الفقهية لسادينا الأئمة الشافعية

• أحكام العدة فى الإ سلام

• أراء العلماء حول قضية نقل الأعضاء

• أدلة تحريم نقل الأعضاء الأدمية

• الأمر بالمعروف و النهى عن المنكر فى الكتاب والسنة

• محمد نورالدين مربو البنجرى المكى والأحاديث المسلسلة

• العبر ببعض معجزات خير البشر صلى الله عليه وسلم

• مكتبتك الخاصة

Berikut adalah antara kitab kitab yang telah di tahkik dan ditakliknya

• رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة

• قرة العين بفتاوى الشيخ إسماعيل عثمان زين

• رفع الأستار عن دماء الحج والاعتمار

• شروط الحج عن الغير

• الحسن البصرى

• إقامة الحجة على أن الإكثار فى التعبد ليس ببدعة

• خصوصيات الرسول صلى الله عليه وسلم

• بستان العارفين

• السلام فضله وادابه واحكامه

• الكوكب الأغرافى بيان أحكام النظر

• الردة ( أسبابها وأحكامها )
المكاييل والموازين والمسافات ( بيانها زمفدارها )•
حول قوله صلى الله عليه وسلم ( لا تحقرن من المعروف شيئا )•
تهذيب مشكاة المصابيح .

• توفق البارى لإمام النواوى


Sejumlah besar aritikel soal jawab dalam bahasa melayu dan indonisia . Kaset-kaset dan cd-cd mp3 , vcd ceramah dari daurah kitabnya , risalah-risalah dalam satu2 isu semasa yang dimana segala keuntungan penjualan kaset dan vcd dan risalah ini tidak diambil oleh beliau hanya dikalangan anak-anak muridnya sahaja .

IRSYADAT AL FADHIL


Jangan tersilau dengan gelar PHD atau MA dan sebagainya. Penubuhan Al Maahadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda *watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.

Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.

Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya.

Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat.

Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.

Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan HI makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru beberkat.

Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.

Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.

Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.

Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.


Biodata sumber: Dari Anak murid Syaikh Nuruddin Marbu Al Banjari : Scene-r, Abu Zaki Al-Hidayati, 2001M Dan ansarusj 2006 dan daripada Abu Nabil Bandar Sri Putra , Kajang .





Friday, September 12, 2008

ANALISIS #3






setelah Anwar Ibrahim menang besar dalam pilihan raya kecil permatang pauh dan setelah beliau mengangkat sumpah parlimen dua hari kemudian, rakyat Malaysia mencongak2 sama ada igauan 16 September menjadi kenyataan atau sebaliknya.. Anwar bila saja selepas menjejakkan kaki dalam Dewan Rakyat setelah sepuluh tahun dalam 'buangan' meneruskan ancaman politiknya bahawa kerajaan lemah sedia ada akan tumbang dalam beberapa hari lagi.. hakikatnya, jika beliau tidak dapat mengotakan janjinya kali ini yg kerap kali digembar gemburkan pada setiap kali ceramah beliau, maka reputasinya akan merudum dan akan dicop sebagai hanya 'tukang karut wayang kulit' samata2, bising saja lebih, habuk pon x ada.. mari sama2 kita tengok esok lusa punya cerita apa akan jadi.. kalau x jadi, maka orang ramai akan 'senyum kerang busuk' khas buat Anwar..huhu.ini kes agak berat.paling bahaya bagi seseorang 'politician' adalah apabila orang hilang kepercayaan padanya.hampir2 kepada 'silent political death'..tapi nampak gaya, Anwar memang betul2 maksudkannya..manakan tidak jika beliau sanggup menghantar beberapa wakil dari PKR ke Taiwan semata2 untuk meneruskan usaha memujuk ahli2 MPs BN yang 'bertuah' untuk lompat melompat selain membuat strategi sebelum kembalinya 'lawatan sambil belajar' ( entah apa yg diajar pun x tahu, nak halang dari melompat yg sebenarnya huhu ) semua MPs ini ke tanah air..

walaupun begitu, melihatkan ancaman ini bukan suatu yang ringan dan ia boleh menjadi realiti, pihak kerajaan kecut perut dan pelbagai alasan dibuat selain banyak tindakan2 provokatif politik dibuat untuk mengelakkan kerajaan sedia ada hancur dan periuk nasi mereka dikebas orang..memang berasas para pemimipin BN untuk merasa gerun dan gentar kerana jika mereka jatuh, maka bukan sahaja hilang jawatan dan pangkat, malah mereka pula boleh terperosok dalam penjara dek tangan2 rasuah dan salah guna kuasa semasa ditampuk pemerintahan negara selepas didakwa di mahkamah nanti..


perjalanan politik negara makin hari makin serabut dan penuh cerca merba..Paklah terpaksa menangkis satu demi satu isu berbangkit yang melibatkan pelbagai cabang cerita..baru saja habis pilihanraya kecil, beliau terus dihujani dengan persoalan2 melibatkan kekuatan kerajaan bawah pimpinannya..ini kerana banyak orang melihat kekalahan Umno di Permatang Pauh menandakan penolakan secara besar besaran rakyat Malaysia terhadap BN, seperti mana yang di war2kan oleh anwar dalam pidato sepanjang kempen 'by election' dulu..bukan mudah untuk menangkis tohmahan2 berkaitan lunturnya kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau..dengan hujah sahaja belum tentu cukup , memerlukan pula tindakan konkrit yang padu..kalaulah x ada tindakn malah penjelasan pula 'kalut' dan 'flip flop' maka rakyat akan 'tarik muka'..huhuhu


satu demi satu isu baru timbul, dan antara banyak2 isu yang ada ini, kes melibatkan kenyataan Ketua Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang paling berbisa kepada kuasa pemerintahan Paklah..banyak indikasi yang menunjukkan Paklah semakin lemah dan kes ini menjustifikasikan dengan begitu jelas kerajaan 'out of control' dan kuasa Paklah makin terlepas dari genggaman...


ini kerana jika bos cukup digeruni, maka anak buah x akan berani 'lawan tauke' dan buat bos pening kepala ditambah2 keadaan sekarang memang dah haru biru dan 'kapal dah makin karam'.. sepatutnya pengikut2 setia harus menghulurkan tangan membntu ketua yang dilanda duka nestapa..ini tidak, si hero bukit bendera ini menjadi 'hang jebat' menambah 'garam pada luka si raja' pula..jika sampai tahap ini orang bawah berani buka mulut dan keluarkan kata2 yang jelas boleh membawa kejatuhan bos sendiri, maka ia menunjukkan Paklah dah makin luntur pengaruh dan kuasa..


isu ini berpunca dari kata2 Ahmad Ismail yang begitu berani menuduh orang2 Cina sebagai bangsa yang berniat untuk merobek kuasa politik orang Melayu Bumiputera sesudah kuasa ekonomi mereka pegang.. beliau menisbahkan masyarakat keturunan cina di negara ini sebagai 'yahudi amerika' di mana begitu rakus memamah kekayaan dan kuasa masyarakat peribumi..beliau menambah lagi minyak dalam api marak dengan mengeluarkan kenyataan bahawa 'Gerakan acting president', Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai antara kepala yang menjalankan operasi mengaut keuntungan dari orang Melayu dan diserahkan kepada bangsa Cina..memang pedih apabila didengar..bukan itu sahaja, kenyataan beliau ini disusuli pula dengan tindakn pelik penyokong2nya yang mengoyak gmbar bekas KM Pulau Pinang ini.. ini menimbulkan reaksi penuh terkejut dan marah geram dikalangan pemimpin komponen BN Gerakan. dalam mesyuarat luar biasa mereka, sebarang hubungan dengan Umno Pulau Pinang diputuskan dan sebarang acara yang melibatkan Umno tidak akan dilayan sama sekali..yalah, siapa yang x marah kalau gambar dikoyak2 sebegitu rupa malah dengan bangga sekali pula berbuat demikian. bayangkan gmbar muka kita diperlakukan sebegitu, 'naik asap' juga kita kan.huhuhu..timbul pula cakap2,mengapa pula Umno Pulau Pinang secara keseluruhan yang dibalas sedangkan 'hero' Bukit Bendera sahaja yang bising2?? ini kerana, seluruh kepimpinan Umno Pulau Pinang menyokong dan berdiri teguh di belakang Ahmad Ismail dan mengiyakan semua tohmahan beliau dalam isu ini..emm..memang mnambah lagi masalah..kita kena sedar, pengerusi Umno negeri adalah Paklah sendiri, dan penolakan parti komponen BN terhadap Umno boleh ditafsirkan sebagai penafian kepada rasa hormat dan yakin terhadap Paklah secara tidak langsung..Paklah patut mmikirkan hal ini dengan serius dan buat sesuatu..beliau x boleh kata ' saya x tahu apa2' lagi..huhu..


implikasi kenyataan sebegini memang berat bukan sahaja ia boleh menggoncang kapal UMNO, tetapi yang pling2 besar adalah ia boleh mnimbulkan rasa sangsi dan kerenggangan antara kaum..tidak mustahil sejarah 13 Mei berulang kembali.kita jangan lupa bahawa antara sebab terjadinya peristiwa berdarah dahulu adalah kerana provokasi2 'air liur' yang ditimbulkan oleh pemimpin masyarakat menaikkan semangat bangsa masing2 yang akhirnya tikam menikam berlaku..adakah kita mahu pisang berbuah dua kali??jangan dibiarkan ini berlaku..kita yang akan rugi dan merana x sudah2 nanti..kesannya pada negara semua orang maklum dan faham sgt2. sebab itulah kenyataan Ahmad Ismail ini dianggap sebagai amat bahaya dan boleh mencetuskan huru hara.sampaikan pihak tentera yang selama ini menyepikan diri dalam arena politik mengeluarkan amaran tegas berkaitan isu tersebut. Jeneral Tan Sri Abdul Aziz berkata bahawa kerajaan patut mengambil tindakan keras terhadap mereka yang ingin dan sedang bermain mancis api perpaduan, takut2 api yang kecil boleh mmbakar seluruh 'rumah'..memang betul pandangan Jeneral ini, jangan biarkan nasi dah jadi bubur barulah nak terhegeh2 cari cara nak selesaikan..maka dah terlambat.


apabila mesyuarat Majlis Tertinggi Umno memutuskan Ahmad Ismail digangtung keahlian selama 3 tahun, banyak pemerhati politik menyifatkan ia sebagai tindakn 'melepas batuk ditangga' sahaja.. sepatutnya perbuatan sebegitu harus dikenakan disiplin yang lebih keras dan tegas memandangkan ianya adalah melibatkan kesejahteraan negara..mulalah orang ramai membuat tafsiran bahawa apa yg dibuat Ahmad Ismali mendapat restu pihak tertinggi UMNO dan sebenarnya merupakan sandiwara caturan politik pihak tertentu yang menggunakan hero ini sebagai 'amplifier'.. jika benarlah dakwaan ini, maka permainan ini amatlah merbahaya dan boleh mmakan tuan.mungkin mereka berfikir ia adalah suatu yang mmpu menarik dan memesongkan pandangan masyarakat marhaen terhadap isu2 lain di mana mereka adalah 'sasaran tembakan'..bukan sahaja ia x berjaya malah tindakan bermain api ini boleh menyebabkan haru biru antara kaum tercetus..ataupun..mungkin mereka ini sahaja mahu mncetuskan hru hara??mungkinkah ini niat sebenarnya?? terdapat teori yang menyebut bahawa jika ketegangan perkauman tercetus maka kerajaan mempunyai alasan kukuh untuk mengistihar darurat..dan akibatnya?semua orang tahu..maka semua aktiviti politik diharamkan dan desas desus kerajaan akan tumbang menjelang 16 Sep x akan menjadi sama sekali..mungkin ini rasionalnya isu ini sengaja di war2kan saban hari di persada negara.emm..bermain api dengan harapan untuk membakar barang empunya orang lain, tapi kalau tersilap main, diri sendiri yang terbakar.api x pernah kenal mana satu tuan dan mana satu musuh...
salammm...

Sunday, August 31, 2008

PUASA RAMADHAN


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan rahmatnya dapat kita sekali lagi bertemu bulan yang paling mulia antara segala bulan, iaitu Ramadhan Al Mubarak...

Sesungguhnya kedatangan bulan ini amat2 dinantikan oleh seluruh umat muslimin muslimat seluruh pelusuk alam ini tak kira dimna saja berada, termasuklah kita yang sedang berjuang menuntut ilmu di bumi India ini..

marilah sama2 kita merebut peluang keemasan untuk mempertingkat amalan ibadat kita,berdoa kepadaNya supaya bahagia dunia akhirat di samping memohon keampunan dan taubat atassegala salah silap selama ini...terlalu banyak kebaikan dan keberkatan yang diturunkan dalam bulan ini untuk kita membiarkan ia berlalu begitu sahaja tanpa sebarang usaha mendekatkan diri pada Rabull Jalil...


Firman Allah Taala:


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".


Berikut dijelaskan dengan serba ringkas apakah bulan Ramadhan, perkaitan sejarah dan kelebihannya serta ibadah puasa dalam Islam..

Berpuasa pada bulan Ramadhan ialah rukun Islam yang keempat. sabda Rasulullah,


عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْإِسْلَامَ بُنِيَ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَصِيَامِ رَمَضَانَ وَحَجِّ الْبَيْتِ. (رواه مسلم)

Dari Ibn Umar katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadat (dengan meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji ke Baitullah". (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan atas umat Islam dalam bulan Syaaban, tahun kedua Hijrah.Puasa erti menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa mulai dari masa terbit fajar hingga tenggelam matahari dan disertakan dengan niat..

Sabda baginda lagi,

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: " berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat dan mengembaralah nescaya kamu menjadi kaya .." (Hadith Riwayat Tabrani)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري ومسلم)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu". (Hadith Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam Nawawi menjelaskan maksud hadis dia ats bahawa yg dapat dihapuskan adalah dosa-dosa kecil yg pernah kita lakukan..tetapi kalu tiada dosa kecil, ia dapat meringankan dosa-dosa besar dan kalau tiada dosa-dosa besar pula, maka akandapat meninggikan darjat orang-orang itu di dalam syurga...


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَ الشَّيَاطِينُ. (رواه مسلم)

Dari Abu Hurairah katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)". (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)


Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati Allah. Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya digandakan pahalanya sehingga boleh sampai 700 kali ganda.

baginda Rasulullah menjelaskan dengan teliti perkara2 utama yang harus kita amalkan sepanajang bulan ini dalam hadis baginda,


Dari Salman r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari bulan Syaaban sabdanya: "Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang besar kemuliaannya, lagi berkat. Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).

"Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih pada malam harinya".

"Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain".

"Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga; ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman".

"Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun".

"Sababat-sababat Baginda berkata: "Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. " Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air."

"Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka".

"Barangsiapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadhan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari neraka".

"Banyakkanlah kamu mengerjakan EMPAT PERKARA dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan. dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah:

Pertama - mengucap:

أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله


Kedua - beristighfar (memohon ampun) kepadanya dengan menyebut:

أستغفر الله

dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah:

Memohon Allah supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga serta berlindung kepadanya dari azab neraka dengan menyebut:

نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.

"Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa, Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolamku Kuthar dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga." (Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).

Betapa mulia dan berkat bulan Ramadhan dan amat besar sekali pahala yang diberikan bagi setiap amal kebajikan yang dikerjakan sepanjang bulan penuh rahmat ini....

SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK!!

Monday, August 25, 2008

DOA SELEPAS SOLAT

PERMASALAHAN DOA SELEPAS SOLAT

Oleh : Pelajar-pelajar Pondok Pasir Tumboh

Ini adalah satu penjelasan yang baik bagi membahaskan 'Masalah Berdoa Selepas Sembahyang Fardu Secara Berjemaah'. Tujuannya adalah untuk menerangkan kekeliruan yang timbul daripada suara-suara sumbang kejahilan yang tidak berasas .

Kami bahagikan kepada tiga bahagian iaitu Hadis Sunat Berdoa Selepas Sembahyang, Hadis Berdoa Secara Berjemaah yang menjadi sandaran bagi masalah ini dan keterangan bagi kekeliruan. Mudah-mudahan dapat difahami dengan jelas oleh seluruh kaum Muslimin.


HADIS SUNAT BERDOA SELEPAS SEMBAHYANG.

1) Daripada Muaz, bahawasanya Nabi s.a.w berkata "Ya Muaz, demi Allah sesungguhnya aku mengasihi engkau, jangan engkau tinggalkan berdoa selepas sembahyang dengan doa : Allahumma a'inni 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatika.


2) Hadis daripada Abi Bakrah pada katanya : Allahumma a'innia'uzubika minal kufri wal faqri wa 'azabil qabri "Adalah Rasulullah s.a.w berdoa dengan doa ini selepas sembahyang"


3) Hadis Abi Hurairah, ditanyakan Nabi s.a.w "Ya Rasulullah! bilakah doa yang terlebih segera diperkenankan? Bersabdanya "Doa selepas solat fardu ( ba'da al-Maktubah ) terlebih afdal daripada doa selepas solat sunat seperti kelebihan solat fardu mengatasi solat sunat".


4) Diriwayatkan hadis ini oleh Thabari daripada Jaafar Assadiq berkata "Doa selepas solat fardu terlebih afdal daripada doa selepas solat sunat seperti kelebihan solat fardu mengatasi solat sunat".


5) Diriwayatkan hadis ini oleh Ibnu Syaibah daripada Al-Aswad Al-Aamiri daripada bapanya berkata "Bersolat subuh aku bersama Rasulullah s.a.w dan setelah selesai memberi salam lalu baginda berganjak dan mengangkat kedua tangannya berdoa".



HADIS BERDOA SECARA BERJEMAAH

Kami paparkan sebilangan hadis yang menjadi dalil dan sandaran bagi Berdoa Secara Berjemaah Selepas Solat Fardu, di antaranya:-


1) Diriwayatkan hadis ini oleh Thabarani di dalam kitabnya, Al-Ausath daripada Qais AL-Madani : 'Waktu aku, Abu Hurairah dan seorang sahabat sedang berdoa dan berzikir mengingati Tuhan kami Azzawajalla di dalam masjid, tiba-tiba datang Rasulullah ke arah kami dan duduk bersama-sama, kami pun berdiam diri, lalu ia bersabda "Kembalilah kepada apa yang sedang kamu lakukan." Berkata Zaid "lalu aku serta sahabatku berdoa di sisi Abu Hurairah lalu baginda mengaminkan doa kami'


2) Diriwayatkan hadis ini oleh Thabarani daripada Abi Hurairah daripada Habib bin Musallamah berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah berhimpun satu jamaah (perhimpunan) lalu berdoa salah seorang di kalangan mereka itu dan yang lain mengaminkan doanya, melainkan Allah memperkenankan doa mereka.


3) Tersebut di dalam Sahih Muslim pada 'Bab Harus Berjemaah Pada Solat Sunat'. Selepas bersolat sunat Nabi s.a.w berjemaah bersama-sama dengan Anas, emak dan emak saudaranya lalu berdoa Nabi dengan secara berjemaah. Hadisnya secara ringkas, "Maka sembahyang Nabi dengan kami, Kemudian ia mendoakan kami ahli rumah dengan setiap kebaikan dunia dan akhirat". Dan adalah akhir doanya bagiku, "Ya Allah, perbanyak dan berkatilah harta dan anaknya, Anas".


4) diriwayatkan hadis ini oleh Thabarani didalam kitabnya AL-Kabir daripada Ibnu Abbas dan didalam AL-Ausath daripada Ibnu Omar, berkata keduanya, "Telah sembahyang Rasulullah s.a.w solat subuh, kemudian menghadap kaumnya lalu berdoa, "Ya Allah, berkatilah kami pada bandar kami dan berkatilah pada cupak kami dan gantang kami".


Berkata AL-Muhaddis AS-Saiyid Mohd Yusuf AL-Banuri didalam kitabnya 'Maarifussunan' ( Jilid 3, muka 123 ) berkenaan hadis di atas, "Maka ini ( hadis di atas ) dan hadis seumpamanya pada bab ini ialah memadai sebagai hujjah ( dalil ) bagi perkara yang dibuat secara beradat oleh manusia pada sekelian negeri, yaitu berdoa secara berjemaah selepas sembahyang. Kerana inilah juga telah menyebut Fuqaha kami ( ahli fekah bermazhab Hanafi )..."

Dan berkata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muhazzab, "Berdoa disunatkan bagi Imam, makmum dan mereka yang bersembahyang seorang diri mengiringi sekalian sembahyang dengan ketiadaan khilaf Ulama pada hal tersebut" dan katanya lagi, "Disunatkan berhadap imam ke arah makmum dan berdoa."


KETERANGAN

Hadis-hadis diatas menunjukkan bahawa:


(i) Disunatkan bagi imam, makmum dan mereka yang sembahyang seorang diri, berdoa selepas solat fardu dan sunat.


(ii) Disunatkan bagi imam, berdoa secara berjemaah bersama-sama makmum selepas solat fardu dan sunat.


(iii) Disunatkan bagi makmum mengaminkan doa imam.


(iv) Disunatkan mengangkat kedua tangan ketika berdoa.



PERINGATAN :


1) Tidak semestinya perlu ada hadis yang terang-terangan menyatakan Nabi s.a.w berdoa secara berjemaah selepas Solat Fardu, kerana apabila 'Doa Secara Berjemaah' yg disabdakan baginda secara berasingan seperti hadis2 di atas, maka memadailah sebagai dalil dan bukti kukuh utk boleh mengerjakannya pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi amalan berdoa secara berjemaah ini dilakukan pada waktu yang disunatkan berdoa, iaitu selepas menunaikan solat fardu.


Masalah ini seumpama dengan masalah Tazkirah ( peringatan / ceramah ) selepas solat Tarawih. Tidak ada satu hadis pun yang menyatakan Nabi dan Saiyidina Omar mengerjakannya selepas Tarawih. Oleh itu, tidak boleh sekali-kali menuduh mereka yang mengerjakannya sebagai pembuat bidaah dhalalah, kerana Tazkirah itu sendiri ada sandaran dalil syarak, lebih-lebih lagi dilakukan di bulan Ramadhan. Walaupun sandarannya itu tidak secara terang-terang menyatakan selepas Solat Tarawih dan Solat Tasbih berjemaah pada malam Aidilfitri.



2) Jika diterima perkataan mereka bahawa perlu ada dalil yg terang-terangan mengerjakan sesuatu perkara itu, maka dalil yang melarang melakukan sesuatu perkara juga mestilah juga secara terang-terangan, kerana firman Allah SWT.,

Maksudnya: 'Apa yang mendatangkan Rasul kepada kamu ,hendaklah kamu lakukan dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi.'

tetapi tidak ada satu pun dalil yang terang-terangan di dalam kitab-kitab hadis yang melarang kita berdoa secara berjemaah selepas solat fardu, maka oleh itu terbatallah hujah yg mengatakan tidak boleh berdoa secara jemaah..

berdoa secara berjemaah selepas solat fardu ini adalah salah satu perkara yang didatangkan oleh Rasul kepada kita kerana ianya disandarkan dengan dalil-dalil syarak.



3) Jika sesuatu perkara tidak disandarkan dengan sesuatu daripada kaedah-kaedah syarak dan dalil-dalilnya yang umum, bolehlah dikatakan perkara tersebut itu "Bida'ah" seperti firman Allah:

Maksudnya: 'Sesiapa yang mereka-reka pada urusan kami ( syarak kami ) sesuatu perkara yang bukan daripada syarak kami, maka perkara tersebut ditolak'


Ibnu Hajar AL-Haitami menjelaskan di dalam kitab tafsir Fathul-Mubin berkenaan lafaz "laisa minhu" (sesuatu perkara yang bukan daripada syarak kami) iaitu,

"Daripada perkara yang menyalahi syarak kami atau perkara yang tiada suatu sokongan pun daripada kaedah-kaedah syarak kami dan dalil-dalilnya yang umum,"



4) Oleh itu, perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w atau sahabat, tidak semestinya perkara itu Bidaah Dhalalah. Contohnya seperti menitik ayat Quran dan membariskannya, membahagikan ilmu kepada berbagai-bagai bahagian serta membuat istilah dan kaedah bagi setiap bahagian ilmu seperti ilmu Fikah, Usuluddin, Tasawuf, Tata bahasa Arab, ilmu Ma'ani, ilmu Bayan, ilmu Mantik, ilmu Sya'ir, Usul Tafsir, Mustalah Hadis dan lain-lain, mengarang kitab-kitab ilmu, menubuhkan gerakan-gerakan islam, mendirikan madrasah pengajian, mensistemkan pembelajaran dan sebagainya..semuanya boleh kita lakukan dgn mendapat manfaat dan pahala dengannya..

mereka yg berkata doa berjemaah selepas solat fardhu adalah bid'ah dhalalah adalah disebabkan kejahilan tetapi berpura2 tahu dengan ilmu yg cetek disamping adanya sifat takabbur yg ada dalam hati mereka..


Janganlah kita terpedaya dengan mereka yang memfasikkan orang mukmin dan memecahbelahkan Umat Islam.

Hendaklah kita menuruti jejak langkah Ulama' yang muktabar dengan mempelajari ilmu supaya kita tidak tersesat jalan dan menyesatkan orang lain pula..


assalamulaikum wbt...


dihasilkan oleh:Pelajar Pondok Pasir Tumbuh Kota Bahru, Kelantan Malaysia. diedit oleh admin.

Saturday, August 23, 2008

CORETAN MERDEKA


31 haribulan Ogos negara merdeka..tarikh lahir tanah air yang ke-51 ini menandakan negara ini sudah melangkau umur lebih setengah abad...menyorot kembali pelbagai cerita, kejadian dan sejarah2 yang terjadi sejak berkurun hinggalah sekarang, begitu banyak yang boleh diambil panduan dan pedoman oleh semua manusia yg mendiami bumi bertuah ini...


kedatangan penjajah demi penjajah asing bermula daripada Portugis hinggalah Jepun, yang begitu rakus menggeledah setiap inci kemuliaan kita selama beratus ratus tahun, kemampuan penjajah untuk membuat kita tunduk patuh pada orang asing di bumi sendiri dan kesadisan mereka dalam menggadai maruah pertiwi satu demi satu tanpa ada belas..mereka mengambil kesempatan ini untuk menerobos kekuatan kita bukanlah atas kehebatan dan kemodenan senjata yang mereka miliki waktu itu, tetapi yang lebih utama kejayaan mereka merobek ketuanan kita adalah atas faktor kedanggalan kesatuan dan percakaran kita sesama sendiri...


sejarah sudah mencatatkan bahawa masyarakat yang hilang erti kesepaduan antara mereka adalah mangsa kehancuran hasil pencerobohan bangsa2 lain yang berhati busuk walaupun mereka dilimpahi dengan pelbagai kemewahan dan memiliki tahap kemajuan kehidupan yang hebat..sesungguhnya kita tidak pernah enteng dengan pedoman dan sejarah yang pernah terjadi diseluruh dunia selama ini..


Negara Malaysia pernah menghadapi pelbagai episod suka duka yang kadangkala begitu rumit untuk dirungkaikan..semua 'cerita2 lapuk' ini menjadi paparan dalam lipatan sejarah yang kekal sejak berzaman hinggalah ke penghujung alam ini..dalam jangka masa di bawah cengkaman orang asing, hidup kita bagai pengemis meminta2 di bumi sendiri..langkah dan gerak kita di awasi, perjalanan hidup kita dicatur dan dicatu ,kekayaan bumi kita direbut, agama dan adat kita dipersenda, maruah bangsa diperkosa, dan akal fikiran kita diterap dengan nilai2 ketidakmampuan untuk berdiri atas kekuatan yang ada..hidup dicorak sebegitu rupa sampaikan kita diumpamakan bagai 'binatang' dalam sangkar belaan penjajah2..semuanya ini begitu menyakitkan dan amat sukar dilupakan oleh masyarakat pada waktu itu..

Mujurlah selepas satu demi satu penindasan, kesedaran mula berputik dan perjuangan dimula dan diteruskan oleh wira2 bangsa sampai berjaya..generasi2 terdahulu menghadapi jerih perit dan kesusahan yang begitu dahsyat dalam perjuangan mereka..sanggup bergolok gadai nyawa dan harta utuk melihat negara ini bebas dari kawalan asing demi kemerdekaan pertiwi..sungguh besar jasa mereka ini.tanpa perjuangan mereka pasti kita masih dalam belenggu penjajahan sampailah sekarang..dan asas kepada perjuangan ini adalah perpaduan yang utuh antara mereka, tanpa asas ini sehebat mana pun langkah kita, kegagalan adalah pasti.


yang menjadi persoalan sekarang, adakah kita generasi mutakhir ini betul2 sedar akan erti kemerdekaan yang sebenar? adakah kita faham apa itu perpaduan dan kesatuan? mudah untuk bercakap, tetapi erti tersirat belum tentu mampu kita galas..

melihat pada situasi semasa sekarang, muda mudi rata2nya boleh dikatakan sudah semakin hilang erti semangat kemerdekaan dalam dri..memandangkan semuanya dari kalangan kita lahir dalam keadaan negara sudah kecapi kemerdekaaan dan kemajuan dalam semua bidang, maka tidak ada lagi rasa susah untuk meneruskan kehidupan..kita bergembira, beriang ria dibesarkan dalam suasana serba lengkap kemudahan dan nikmat..segala apa yang dihajati selalunya akan diperoleh tanpa perlu bersusah payah memerah keringat..memang amat senanag dan mudah..mungkin disebabkan semua inilah, kita semakin alpa dan lupa daratan serta hilang rasa semangat untuk memperingati erti kemerdekaan itu sendiri..ini bukan tohmahan liar semata2..segala buktinya sudah terpampang di depan mata..bukan bercakap semborono, tetapi beralas sesuatu yang nyata..

kita lihatlah sendiri, bangsa ini yang suatu ketika dahulu amat kuat perpaduan dalam memperjuangkan jatuh bangun bangsa di zaman sebelum merdeka, kini semakin menjarak antara satu sama lain..masing2 buat kerja masing2 tanpa menghiraukan orang lain..di bandar2 besar umpamanya, sindrom ' biar aku kaya,walaupun engkau mampos' semakin terserlah terutama dalam bidang perniagaan dan pelaburan..duit adalah segalanya walaupun bangsa sendiri tergadai. anak bangsa membunuh bangsanya sendiri menikam dari belakang ataupun apa2 cara yang lain asalkan hajatnya tercapai..kalau dulu guru2 di sekolah boleh memukul anak2 murid demi memastikan ank bangsanya menjadi insan berguna pada agama dan tanah air, tetapi sekarang bukan saja tidak boleh merotan malah pulas telinga saja pun akan sebabkan perang besar antara pihak sekolah dengan waris..tidak ada guru yang memukul marah anak murid melainkan untuk melihat mereka berjaya..kalau dulu bangsa kita terkawal akhlak dan sosialnya, tetapi sekarang tengoklah kita adalah bangsa yang paling teruk statistik keruntuhan moral dan akhlak..lumba haram kita adalah jaguh.budaya kuning samseng tak tentu pasal menjadi kegilaan remaja.adat2 pelik bertuhankan ideologi sosial yang lintang pukang macam punk, black metal , skinhead dan sebagainya dianggap bukan sahaja hebat tetapi berasa bangga pula..pelik sungguh kepala otak muda mudi bangsaku ini..kes2 melibatkan rogol, sumbang mahram dan tak mahram menjadi topic utama berita membabitkan org melayu 99%..kalau teringin nak tengok pada statistik penagihan dadah pula, memang sah kitalah hero tanpa saingan..di pusat2 serenti seluruh negara , 90% adalah orang melayu muslim dan mereka ini memang dianggap sebagai sampah masyarakat...ini adalah sebahagian kes yang mampu dipapar, sedangkan terdapat banyak lagi ciri2 kebejatan sosial yang melanda umat melayu islam ini..

dari aspek akidah pula, terdapat dakwaan yang mengatakan sudah terlalu ramai bangsa melayu muslim terdiri dari muda mudi yang menukar agama murtad kepada kristian mahupun agama2 lain..walaupun ia hanya adalah sekadar dakwaan, ia wajib menjadi sesuatu yang patut dirisaukan memandangkan ia membabitkan kesucian agama islam yang dilindungi perlembagaaan.. tambahan pula, mufti perak sendiri, SS Datuk Seri Harussani Zakaria pernah mengeluarkan pendapat yang sama agar kita mengambil tindakan dan membuat kajian samaada dakwaan ini benar atau sebaliknya..jangan hanya memandang mudah perkara yang mengaitkan keutuhan islam dalam negara tercinta ini..

dari aspek pegangan ekonomi, kita adalah yang terbelakang..kita tidak mampu pun untuk mendekati malah amat jauh sekali untuk menyaingi kekuatan ekonomi kawan2 kita dari keturunan lain dalam negara..ini bukn pandangan berbau cauvinis..tetapi sudah menjadi realiti tahun 1969 apabila pegangan ekonomi adalah tidak seimbang dan tidak adil antara kaum, maka ketidakpuasan akan memuncak antara bangsa2 yang ada yang akhirnya ketegangan dan pertumpahan darah akan berlaku sebagai menifestsi ketidakpuasan tersebut..adalah penting bagi kita untuk memastikan negara kekal aman sentosa di mana rakyatnya dapat menikmati nikmat secara sama rata.. kita sebagai masyarakat bumiputera muda mudi sekurang kurangnya harus ada kesedaran untuk membantu bangsa agar bersama2 berusaha menaikan taraf hidup orang melayu dan seterusnya negara..jangan fikir umur masih muda, semuanya ini tidak perlu difikirkan..jangan anggap umur 20an adalah tidak patut berfikir semua ini dan hanya mahu bergembira sepanjang masa..fikirlah tentang sejarah islam di zaman kegemilangan dahulu, di mana Sultan Muhammad al Fatih dalam empayar Othmaniah sendiri mengepalai tentera muslim yang akhirnya berjaya menawan kota constantinople pada umur sekitar 20, umur yg amat muda..bagaimana pula kita lihat Saidina Ali dilantik Rasulullah sebagai panglima perang pada umur belasan tahun untuk menumpaskan musuh2 islam,..dan banyak lagi contoh2 yang lain pada zaman keemasan islam dahulu..mereka berjaya kerana dalam hati mereka mempunyai kesedaran yang bertitik tolak kepada pemikiran yang tajam kepada keislaman, perpaduan, rasa sayang pada bangsa dan tanah air disamping mempunyai nilai2 moral dan akhlak terpuji..jika kita anggap usia masih muda remaja, masih hingusan maka kita tidak akan berjaya mengecapi apa2 dalam hidup dan usia kita habis sabagai insan yang bukannya memberi manfaat kepada orang lain tetapi hanya mengguna manfaat orang lain dan menyusahkan pula..


berfikirlah, di manakah kedudukan hati dan fikiran kita sempena hari merdeka ini???


assalamualaikum..

Wednesday, August 20, 2008

ANALISIS #2

sejak 16hb lepas, seluruh mata rakyat malaysia tertumpu kepada permatang pauh, P44.. melihat kepada rentetan perjuangan pembangkang sejak sekian lama, pilihan raya ini adlah kemuncak kepada menifestasi dukungan ideologi dan prinsip yg dibawa..pisahkan dan lupakan sekejap perbezaan ideologi politik antara komponen parti dalam pakatan, asalkn masing2 akhirnya inginkan suatu negara Malaysia yg lebih selamat sejahtera terjamin dan berdaulat dalam setiap elemen kehidupan masyarakat..ini yg lebih penting dan inilah yg mnjadi titik kesatuan antara mereka..

tarikh penamaan calon pada hari tersebut mengundang pelbagai andaian awal terhadap perjalanan kempen 10 hari berikutnya dan bayangan keputusan pilihanraya yg bkal termaktub sebaik sahaja tempoh pengundian tamat..byk pihak beranggapan bahawa kemasukan calon presiden Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) serpihan parti pas adalah hanya sebagai 'kacau daun' dalam pertembungan sebenar antara pakatan rakyat yg dikepalai Anwar Ibrahim dan panglima veteran calon UMNO Shah Arif.. Hanafi Mamat dari AKIM ini yg mendakwa mempunyai 10,000 pengikut dilihat hnya cuba untuk memecah undi popular kepada Anwar memandangkan memang sedia diketahui umum tiada peluang lansung untuknya menang malah wang pertaruhannya mungkin akan turut lesap.. ada juga yg mendakwa Hanafi di upah duit poket selain diberi 'cash' duit pencalonan oleh pihak2 tertentu bertujuan untuk mengurangkan undi kepada anwar..AKIM adalah serpihan PAS yg selama ini memang x ada siapa pun tahu kewujudannya..entah benar atau tidak dakwaan ini hanya empunya badan dan Tuhan saja yg tahu..dan mereka ini fikir mngkin ada yg akan memberikan undi simpati padanya dan mungkin juga akn ada undi dari kalangan penyokong pas sendiri akan mnyerahkan undi mereka pada Hanafi sebagai tanda protes, kerana memang wujud ketidakpuasan hati secara diam2 terhadap anwar walaupun dalam pakatan sendiri..ini kita memang sedia maklum dalam mana2 parti pun, x kiralah BN atau PR tetap akan ada perasaan tak puas hati yg wujud pada ahli2 yg bertindak sebagai gunting dalam lipatan..masing2 ada 'goal' dan matlamat peribadi yg ingin dikejar dalam parti selain mulutnya petah kononnya menyokong dasar2 bersama yg telah dicanang dalam pakatan rakyat..rambut sama hitam hati lain2..belum tentu tidur sebantal mimpi adalah sama!dan plihanraya ini adalah masa terbaik bagi mereka untuk menyatakan bangkangan mereka itu secara diam2 tanpa dikesan tetapi berbekas...

kehadiran begitu ramai pnyokong PR melebihi 20,000 dalam perarakan pencalonan anwar adalah suatu yg jarang sekali berlaku.. ahli2 yg datang dari segenap pelusuk negara menunjukkan sokongan yg tak berbelah bahagi bagaikan hanya anwar adalah pemimpin ulung zaman berzaman2 yg muncul satu dalam sebilion.sokongan moral ini memberikan pepsepsi yg jelas kepada ahli2 dan pnyokong2 dari pihak lawan bahawa saingan getir menunggu di hadapan sepanjang 10 hari tempoh berkempen nanti..jumlah penyokong PR yg jelas jauh melebihi BN yg seramai 7000 org di bawah pimpinan najib tun razak menunjukkan satu petanda bahawa sekurang2nya 'pertempuran' lautan manusia peringkat pertama sudah memihak kepada anwar..pencalonan seorang ahli PKR sebgai 'pemain' simpanan juga dilihat sebagai caturan bijak anwar ibrahim..jika nama beliau ditolak SPR di sebabkan oleh kesilapan atau kesalahan teknikal semasa mencalonkan nama, sekurng2nya akan ada jaguh yg sedia mengganti..kemenangan mentah2 tanpa bertanding kepada pihak lawan x akan direstui sama sekali.idea politik yg bernas..

najib turun padang boleh dikatakan setiap hari..atas kapasiti beliau sebagai pngarah jentera BN, banyak program2 'ad hoc' yg bakal dicurah kepada penduduk permatang pauh..walaupun najib terpalit dengan pelbagai spekulasi membabitkan peribadinya dalam pelbagai skandal, beliau tetap berpengalaman dan berkemmpuan untuk mengepalai dan menggerakkan jentera pilihanraya dengan kekuatan maksimum..segala sumber kewangan dan idea taktik2 memancing undi dari kalangan sayap parti akan digunakan sebaik mungkin untuk memujuk pengundi2 baru PR agar pusing 360 dan menyerahkan undi mereka pada Shah Arif.. jika ini gagal dilakukan, maka sekurng2nya mereka akan berusaha untuk memastikan pengundi2 atas pagar yg belum jelas menjadi penyokong2 mana2 pihak agar tidak terjun pada pihak lawan dan hasilnya majoriti popular kepada anwar akan jatuh menurun..anwar pasti malu jika undinya adalah jauh lebih rendah dari apa yg isterinya peroleh dalam PRU lepas..pelbagai cara boleh dilakukan untuk mencapai mksud ini..kewangan, pujuk rayu, sumbangan2 material dan sebagainya adalah senjata yg kadangkala ampuh untuk menumpaskan musuh terutama bagi masyarakat melayu..

dan suatu faktor yg memainkan peranan paling penting dalam plihanraya kecil ini adalah dakwaan kes liwat anwar dan saiful.. seperti yg saya pernah nyatakan dalam penulisan sebelum in, faktor ini akan berkumandang dengan rancaknya sebagai topik paling panas sepanjang tempoh berkempen..pada hari pncalonan 16 hb, pada hari yg sama jugalah kedengaran suara si saiful bersama2 ayahnya di masjid wilayah persekutuan melakukan sumpah mubahalah dengan nama Allah menyatakan bahawa dirinya dianiaya dan diliwat dengan menamakan anwar sebagai orang yg memasukkan sesuatu dalam anal saiful,..dan sumpah ini adalah jalan noktah bagi mana2 pihak muslim yg bertelagah tentang sesuatu isu membabitkan maruah dan kepentingan diri jika bukti2 jelas tidak wujud atau pun meragukan demi menegakkan hak masing2..islam mementingkan keadilan dalam setiap perhitungan perbicaraan dan islam meletakkan method ini sebagai pembelaan diri terakhir paling utama untuk menyelesaikan sesuatu isu berbangkit..

sesungguhnya implikasi sumpah ini amat berat bagi orang yg menuduh dan org yg dituduh..jika orang yg bersumpah menyatakan bahawa dia adalah tidak bersalah dalam kes tersebut dan dialah yg sebenarnya dianiayai, maka akan selamatlah hidupnya jika sumpahan menggunakan nama Allah ini adalah benar dan ikhlas..tetapi, si pembuat sumpah akan dilaknat Allah dunia akhirat hidupnya x selamat sepanjang masa jika ia berdusta..amat berat balasan ini bagi manusia yg bernama muslim sebab itulah ia adalah jalan terakhir dalam menentukan siapa salah dan siapa benar.. berikutan sumpahnya saiful dalam mesjid sambil memegang alQuran, banyak ulama2 Malaysia dan luar menyatakan pendirian dan pendapat berhubung cara sumpah dibuat dan apakah ia diterima syarak atau tidak...mufti perlis, Dr Asri menyatakan cara yg dilakukan masa bersumpah adalah diterima dan hukumnya adalah sah berlandaskan pendapat ulama2 muktabar dan dalil2 yg ada.begitu juga bekas mufti kedah, Syeikh Majid turut mnyetujui cara dan hukumnya..presiden mahkamah syariah juga berpendapat sedemikian..tetapi berbeza pula dengan Dr Haron din, Tuan guru Nik Aziz dan Haji Hadi , GusDur@ Abdul Rahman Wahid, pemimpin nadhlatul ulama indonesia dan sebahagian ulama2 yg lain menyatakan bahawa ianya tidak mengikut lunas2 islam yg sedia ada dan cara sumpah itu dilakukan adalah secara samar2 dan meragukan..hujah mereka mengatakan bahawa dalam agama ini tidak ada orang yg bertindak sebagai penuduh pula melakukan sumpah menyatakan apa yg di tuduhnya itu benar..ini tidak ada dalam islam.dan sepatutnya orang yg dituduh iaitu anwar sendiri yg patut bersumpah menyatakan penafian dengan nama Allah bahawa dirinya tidak terbabit..tetapi anwar pula pernah berhujah bahawa beliau tidak mahu bersumpah bukan atas kapasiti sengaja tidak mahu, tetapi kerana dinasihatkan oleh ulama2 tertentu dalam dan luar negara agar tidak berbuat demikian kerana jelas pertuduhan itu sendiri sudah meragukan dan boleh dipertikai kebenarannya berdasarkan alasan2 yg ada..anwar menyatakan bahawa, jika mahu menegakkan keadilan mengapa mahkmah sivil yg dipilih dan bukan mahkamah syariah yg jelas dalam peruntukan perlembagaan bahawa jika ada sebagai pertikaian masalah antara dua muslim berhubung hal kekeluargaan dan perbuatan sumbang, maka mahkamah syariahlah yg berhak menjadi pusat untuk mengendalikan perbicaraan dan menentukan pesalahnya..dan beliau juga menimbulkan terdapat unsur2 keraguan berasas yg lainnya dalam kes ini dimana doktor yg malakukan pemeriksaan perubatan terhadap saiful membuat kenyataan bersumpah menyatakan tiada apa2 benda mahupun alat yg memasuki dubur lelaki terbabit..kenyataan bersumpah bukan dokumen yg mudah2 boleh dibuat oleh sesiapa saja, krana jika didapati menipu dan menyeleweng dalam kenyataan, manusia terbabit boleh dkenakan denda dan hukuman sewajarnya di bawah undang2 sedia ada..doktor ini membuat pernyataan dalam keadaan sedar apakah implikasi yg boleh dia terima jika berbohong..dan hujah anwar lagi, jika saiful dan pihak berkuasa yg menyiasat kes ini benar2 ikhlas, mengapakah surat aduan yg dibuat oleh saiful itu tidak boleh diambil salinannya sampailah saat2 akhir..tidak pernah terjadi dalam sejarah bahawa org yg kena tuduh tidak mengetahui dengan jelas apa yg dituduh terhadapnya..dan penafian pihak berkuasa untuk mmberikn salinan 'police report' saiful pada anwar menimbulkan tanda tanya dan keraguan tentang kesahihan pertuduhan tersebut..atas alasan2 inilah anwar tidak mahu membuang masa melayan kes ini dan tidak mahu bersumpah..

kes saiful ini ditayang saban hari di permatang pauh oleh pihak2 yg bertelagah..pihak kerajaan akn menggunakan isu ini untuk memburukkan imej dan maruah anwar sebgai manusia yg tidak boleh dipercyai dan tidak bermoral. mereka berkata jika mnusia yg kotor ini dibiarkan menang maka akan hancurlah kepimpinan dan negara Malaysia..sedikit sebanyak orang2 akan percaya dan mula timbul keraguan terhadap matlamat sebenar anwar jika mereka setiap hari dihidangkan dengan kempen yg sedemikian rupa..jika ini berlaku, pihak kerajaan sudah berjaya dan mampu gelak ketawa riang..bagi pihak PR pula, untuk menangkis dakyah ini memerlukan kepada strategi yg pelbagai kerana masyarakat di permatang pauh yg majoritinya adalah melayu datang dari lapisan pendidikan yg berbeza..walaupun rata2 orang melayu x percaya tuduhan liwat ini melibatkan anwar, ia tetap suatu perkara yg memeningkan kepala para strategis pemimpin2 utk mematahkannya..

isu2 lain yg melibatkan peribadi pemimpin2 negara tak kita pemerintah atau pembangkang sudah tentu tidak dapat dikesampingkan..akan timbul balik cerita pembunuhan Altantuya, rasuah2 yg melibatkan puluhan dan ratusan juta dan sebagainya..isu berkenaan salah tadbir , pemborosan duit rakyat dan kelemahan pentadbiran bawah Paklah akan sentiasa muncul dalam setiap siri ceramah anwar dan konco2nya..kenaikan harga minyak dan barang2 memang suatu topik wajib..selain itu, kes kehilangan hak kedaulatan pulau batu putih akan terpalit sama dalam kempen2 ini..nampaknya banyak isu2 besar tidak menyebelahi kerajaan..dan memang kita sedar, untuk mngutuk dan menyatakan apa yg salah dan kurang pada orang lain memang cukup senang..hanya bermodalkan air liur..tetapi yg penting, adakah betul2 benar ataupun sekadar cuba meraih sokongan murahan sahaja?

keputusan pilihanraya ini dilihat sebagai suatu yg amat2 penting..sebaik saja ia disiarkan pada malam 26hb selepas tamatnya tempoh perkiraan, suatu fasa baru politik negara akan terbentuk..jika anwar menang, beliau akan msuk parlimen 27 hb esok harinya dan memang sah akan mnjadi bos pihak pembangkang dalam persidangan dewan rakyat..dan ini jelas cuba dihalang oleh kerajaan kerana terlalu banyak kesan buruk yg menimpa mereka jika ia betul2 menjadi realiti...kesan2 buruk tersebut agaknya semua orang dah sedia maklum..dan ditambah pula dengan kerisauan terdapatnya khabar2 angin yg bertiup bahawa ada MPs tertentu dari kerajaan akan menjadi 'katak' melompat masuk ke kandang pihak pembangkang..jika ini tejadi maka hasrat anwar untuk jadi PM akan tercapai dan kerajaan 'pintu belakang'nya akan tertubuh berlandaskan kuasa mejoriti mudah dalam parlimen...dan jika anwar dapat kuasa, maka habislah riwayat manusia2 yg ada ditampuk kuasa sekarang..sudah semestinya orang x akan mambiarkan mereka pergi dengan tangan kosong jika mereka terbukti terlibat dalam banyak kesalahan dan keburukan kepimpinan dan akhlak sepanjang berkuasa..emmm..

tak ada apa kita yg lemah ini boleh lakukan tambahan pula jauh dari tanah air..cuma saya berdoa segalanya akan kembali pulih kerana yg bercakar adalah kaumku dalam agamaku sendiri.insyaAllah..sehingga bertemu lagi, assalamualaikum sahabat2...

Friday, August 15, 2008

NISFU SYAABAN

Allah swt Maha Penyayang dan Pengasih kepada hamba2nya terutama pada umat Muhammad saw ini..kita dikurniakan dengan pelbagai inisiatif rahmat nikmat dan hidayah yg tak terhitung jumlahnya meliputi seluruh alam dan zaman....peluang kita untuk mendapat kebahagiaan hakiki dunia akhirat sentiasa tersedia cuma bergantung pada hati dan akal kita untuk menggapainya dan memperoleh ganjaran pahala yg melimpah ruah dari Robbul jalil..

nisfu syaaban adalah salah satu kurniaan tuhan pada umat ini, yg mana menjadi suatu keistimewaan khas pada kita..ia penuh dengan keberkahan yg patut kita kejari kedudukan setangga dilewati oleh malam lailatul qadr yg mulia..

nisfu bermaksud separuh atau setengah..ba'dh adalah perkataan yg seumpama dengannya.nisfu syaaban pula mmbawa makna malam pada pertengahan bulan syaaban iaitu 15 haribulan yg pada siangnya adalah 14 haribulan selepas jatuh matahari dan msuk waktu maghrib..

pada malam ini, terdapat begitu banyak kelebihan yg patut menjadi perkara utama untuk kita lakukan..ia hnya datang stahun sekali, ambillah peluang dengan sebaik2nya..bukan sahaja malam nisfu syaaban itu adalah menjadi puncak kepada keberkatan, tapi keseluruhan bulan ini pun sudah diselaputi dgn pelbagai kelebihan..Kelebihan bulan Sya'ban makin bertambah jelas apabila dikenang, kerana banyak peristiwa yang besar berlaku di dalamnya.

pada bulan ini, Rasulullah melipat gandakan amalan ibadat baginda dgn begitu serius dan khusyuk..ibadat puasa menjadi salah satu sendi keutamaan baginda sepanjang bulan ini. Salah satu alasan yang menyebabkan baginda Rasulullah memperbanyakkan puasanya dalam bulan yang mulia ini, diterangkan dalam hadith yang berikut:

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ. (رواه النسائي)


Dari Usamah bin Zaid katanya: "Aku ada bertanya dengan berkata; "Ya Rasulullah, saya tidak melihat Tuan berpuasa pada mana-mana bulan, seperti puasa yang Tuan lakukan dalam bulan Syaaban?"

Baginda menjawab: "Bulan Syaaban itu, yang letaknya di antara bulan Rejab dengan bulan Ramadhan - tidak begitu disedari oleh orang ramai, pada hal ia satu bulan (yang mulia) kerana padanya segala amal diangkat kepada Allah Rabb Alamin. Aku pula suka supaya amalanku diangkat (ke hadrat Ilahi) semasa aku sedang berpuasa. "
(Riwayat Nasa`i)

Kemuliaan Malam Nisfu Syaaban dijelaskn oleh baginda dalam sabdanya seperti berikut..

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ هَلْ تَدْرِينَ مَا فِي هَذِهِ اللَّيْلَةَ؟ -يَعْنِي لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ- قَالَتْ مَا فِيهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَقَالَ فِيهَا أَنْ يُكْتَبَ كُلُّ مَوْلُودٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فِي هَذِهِ السَّنَةِ، وَفِيهَا أَنْ يُكْتَبَ كُلُّ هَالِكٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فِي هَذِهِ السَّنَةِ، وَفِيهَا تُرْفَعُ أَعْمَالُهُمْ، وَفِيهَا تَنْزِلُ أَرْزَاقُهُمْ، فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَّا بِرَحْمَةِ اللَّهِ تَعَالَى؟ فَقَالَ مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَّا بِرَحْمَةِ اللَّهِ تَعَالَى -ثَلَاثًا- قُلْتُ وَلَا أَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ فَوَضَعَ يَدَهُ عَلَى هَامَتِهِ فَقَالَ وَلَا أَنَا إِلَّا أَنْ يَتَغَمَّدَنِيَ اللَّهُ مِنْهُ بِرَحْمَتِهِ، يَقُولُهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ. (رواه البيهقي)


Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad sabdanya: "Tahukah engkau (wahai `Aisyah)
apa yang berlaku pada malam ini?" - Malam Nisfu Sya'aban.

Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; "Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? " Baginda menjawab: "Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka."

Saiyidatina aisyah bertanya lagi: "Ya Rasulullah saw, tidak ada sesiapa pun yang akan masuk syurga melainkan dengan rahmat dan belas kasihan Allah Taala?"

Lalu Baginda menerangkan: "(Benar wahai `Aisyah), tidak ada siapa pun yang akan masuk syurga melainkan dengan rahmat dan belas kasihan Allah Taala" - (Baginda menegaskan) sebanyak tiga kali.

Saiyidatina Aisyah berkata: Aku pun bertanya lagi: "Dan tidak juga Tuan, Ya Rasulullah? "
Maka Baginda pun meletakkan tangannya di atas kepalanya lalu bersabda: "Dan aku juga tidak, kecuali dilimpahi Allah dengan rahmat dan belas kasihan-Nya" - (Baginda menegaskan pengakuanya itu sebanyak tiga kali). (Riwayat Baihaqi)

malam ini akan berlaku dimana buku2 amalan kita selama setahun akan diangkat ke langit dan buku amalan baru bagi setiap muslim akan di buka pula sebaik sahaja masuk waktu maghrib..

pada malam ini di gesa agar melakukan ibadah dgn sebanyak mungkin disamping menjalankan ibadah2 tertentu yg telah digariskan Islam yg khusus utk mlaam ini...antaranya adalah;

1. solat sunat nisfu syaaban..

2. membaca yasin tiga kali selepas maghrib dgn niat yg tertntu pada setiap bacaan..iaitu,memohon di panjangkan umur utk dapat beribadat kepadanya, memohon rezeki yg halal dan akhirnya memohon utk dikekalkan iman dan mati dalam iman Islam..

3.berpuasa pada siang harinya..

sahabat2, marilah sama2 kita berusaha mengikuti saranan2 Islam dalam pelbagai espek demi mencapai kehidupan bahagia dunia akhirat.assalamulaikum..

Wednesday, August 13, 2008

sahabat dan kawan..


assalamualaikum..

firman Allah swt dalam surah An-Nisa' ayat 36 yg bermaksud;



' sembahlah Allah dan jagnlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu apa pun..dan berbuat baiklah kepada dua org ibu bapa, kaum kerabat, anak2 yatim, org2 miskin, tetangga yg dekat dan yg jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya kamu..sesungguhnya Allah tidak menyukai org2 yg sombong dan membangga-banggakan diri..'



sabda nabi Muhammad saw..( au kama qaala Rasulullah saw..)


' setiap kawan yg bersahabat dgn kawan yg lain walaupun sekejap masa sekalipun, melainkan ia akan di tanya tentang persahabatannya itu di hari Kiamat, apakah ia telah menunaikan hak persahabatan itu dengan baik, atau ia telah mensia-siakannya...'



' sebaik2 kawan adalah kawan yg berbakti kepada kawannya,,..dan sebaik2 jiran adalah jiran yg berbuat baik kepada jirannya..'



' janganlah kamu dengki mendengki, jangan kamu bersaingan dalam tawar menawar (sedang kamu tiada berhajat utk membeli) jgn bermusuh musuhan, dan jangan seseorg kamu menambah harga sesuatu barang yg telah di beli oleh setengah dari kamu dan jadi lah kamu sekalian sebagai hamba2 Allah yg bersaudara..seorg muslim adalah saudara bagi seorg muslim yg lain, tidak boleh menganiayainya, atau merendahkan kedudukannya, menghinanya ataupun mendustakannya..taqwa adalh di sini (sambil tangan Baginda mengisyaratkannya ke dada, disebutkan tiga kali ) . memadailah seorg muslim telah di kIra berbuat jahat dengan menghina seorg saudaranya muslim yg lain..setiap muslim terhadap muslim yg lain, haram darahnya dan hartanya dan kehormatan dirinya (utk diperbuat jahat dan hina)..'



multimedia presentation by mr. halim:


http://in.youtube.com/watch?v=I-VFLp_nPZU


photos by mr safuan ;

http://mohd-safuan.fotopages.com/?entry=1645122&back=http://mohd-safuan.fotopages.com/?page=0


ultraman dance???


http://in.youtube.com/watch?v=oWlv3OnWPVw&feature=related


have a nice day!! =)






Friday, August 08, 2008

REDHA



Firman Allah dalam surah Al Baiyinah ayat 8,

' Tuhan telah redha kepada mereka, begitu pula mereka telah redha
kepada tuhan..'

Sabda rasulullah saw..

' Sesungguhnya Allah Taala apabila mencintai sesuatu kaum itu, diujinya mereka itu. barangsiapa yang redha, Allah akan meredhai mereka. barangsiapa yang bersungut, maka Allah murka terhadap mereka..'

' Sesungguhnya Allah dengan kebijaksanaanNya telah memberikan kesentosaan dan kemudahan di dalam keyakinan dan keredhaan.. dan memberikan kesempitan dan kesusahan hati dalam keraguan dan kesungutan..'

hidup ini ada kalanya penuh gembira dan ada saatnya duka nestapa.. apabila kita mendapat kebaikan, hati dan seluruh anggota hendaklah memanjatkan kesyukuran pada Ilahi Rabbul Jalil.. tetapi apabila musibah melanda, apakah tindakan yang sewajarnya kita mulakan?

sahabat2, orang yang redha adalah orang yang tabah dan sabar menerima segala ketentuan Allah.. apa sahaja yang ditakdirkanNya, meskipun berlawanan dengan cita2 dan idaman hati ataupun tidak diingini oleh hawa nafsunya, seperi mendapat kecelakaan dalam harta benda dan jiwa, bala bencana ,tekanan hidup, kemiskinan kesempitan dalam mata pencarian dan rezeki, kesusahan dan ujian2 dalam perjalanan menuntut ilmu dunia dan akhirat, kekeringan pengalaman, atau apa2 saja hal yang dianggap sebagai pengurangan kebaikan dan kelebihan pada diri yang bersangkutan dengan pembelajaran, pekerjaan dan setiap cabang kehidupan yang lain , namun ia tetap tenang hatinya menerima dugaan2 itu.. tidak pernah pula bersungut, membangkang dan menuduh walau sedikit pun..

insan sebegini sedar, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan perjalanan isi langit dan bumi adalah terletak di bawah sifat IradahNya.. dan ujian2 yang dijadikan Allah itu tetap mempunyai hikmah dan petunjuk di sebaliknya...

manusia yang redha, tidak pernah muncul rasa penyesalan, marah dan kecewa dengan apa saja yang dianggap buruk dan hina yang diturunkan olehNya kepada mereka.. tidak ada walau secebis perkataan sadis yang terbentuk di hati dan sentiasa waspada pada lidah untuk menyebut 'mengapa begitu, kalau begitu dan bagaimana boleh jadi begitu' dalam mempersoalkan takdir dan ketentuan Allah..

dalam surah Baqarah ayat 155,

' Sampaikanlah berita gembira bagi mereka yang sabar..'


FirmanNya lagi..


' Dan Allah mencintai meraka yang sabar '- Ali Imran, 146


' 'hendaklah engkau bersabar, sedang kesabaran itu hnya kerana kerhedaan Allah.' - Al Nahl, 127

hendaklah kita menyedari Allah Maha Bijaksana dan Maha Adil terhadap semua keputusan dan ketentuan terhadap makhluk ciptaan dan manusia tidak terkecuali.. dan Allah Maha Pengasih terhadap mukminin.. sesungguhnya Dia tidak akan menentukan dan menjadikan sesuatu perkara yang dibenci oleh seseorang hamba muslim , melainkan ada sesuatu yang baik, kebajikan dan kelebihan mulia disebaliknya yang tidak diketahui insan itu... kita adalah lemah untuk mengetahui kesan dan akibat kerana melangkaui kemampuan kita.. tetapi Allah Maha Mengetahui segala benda yang terang atau tersembunyi, yang telah lepas, sedang berlaku mahupun yang akan terjadi..

firman Allah,

' bersabarlah engkau terhadap ketetapan Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau dalam pandangan mata kami (pemeliharaan)' - At Thur,48

apabila datang musibah tak kira apa pun, hendaklah kita bermunajat dan berdoa memohon pertunjuk atas apa yang berlaku di samping terus berusaha dan berikhtiar tanpa jemu dengan keringat fizikal dan akal untuk menghadapi dugaan itu.. inilah erti sebenar Tawakkal.. Allah sesekali tidak pernah memungkiri janji2Nya dan Dialah sebaik2 pelindung bagi Mukminin..

' Memadailah Allah saja sebagai sebaik2 pelindung' - Ali Imran ,173...

Monday, August 04, 2008

ANALISIS...

keputusan anwar ibrahim memilih p44 permatang pauh sebagai tempat taruhan utk menjejakkan kaki ke parlimen adalh suatu yg terbaik baginya memandangkan ia adalh kubu kuat beliau sejak sekian lama, sejak beliau dlm umno lagi..kawasan ini adalah yg pling selamat berbanding kulim bndar bharu, tun abdul razak ataupun gombak yg disebut2 sblum ini..dan kita akan melihat skali lagi pertebungan seluruh jentera kerajaan yg dimonopoli umno dan gelombang perjuanagn pkatan rakyat dalm usaha utk memenangi hati rakyat kawasan terbabit..

kemenangan bagi anwar adalah berjaya menjuarai pilihan raya kecil tersbut sbelum membuat susun atur yg lebih seragam dan berkesan dalam menjatuhkan kerajaan sekarang dan memiliki tampuk kekusaan di putrajaya nanti..bagi beliau, jika sudah mnjadi MP maka sebelah kakinya sudah dalam pejabat perdana menteri dan putrajaya semakin hampir dlam cengkaman..ini mmg jelas angan2 beliau dan smua org sudah maklum...

bagi pihak umno dan parti komponen BN pula, utk mnundukkan musuh kali ini bkn senang dan blh dikata x ada harapan langsung..mainan duit dan segala tipu muslihat politik lain mungkin xkan berjaya menambat hati pengundi2..isu2 besar skarg pula seperti harga minyak dan barang tidak berpihak kpada mereka..serangan peribadi adalah jalan terakhir yg terbaik yg harus diadu dombakan sebaik mungkin sepanjang tempoh berkempen..dan kes liwat meliwat melibatkan anwar adalh suatu topik paling hangat utk dipersembahkan pada seluruh penduduk permatang pauh..walaupun isu ini rata2nya di anggap karut oleh kebanyakan rakyat, ia tetap mampu menggoncang kepercayaan umum terhadap anwar dan mmpu mmnjejaskan prestasinya sedikit sebanyak...bagi umno,betul or x betul bukan timbangan lagi..da terdesak, apa2 pun sanggup di buat utk pertahankan kuasa..bgi mereka, jika mampu mengurangkan peratusan undi popular anwar sekaligus mengurangkn majoriti yg anwar dapat kurang daripada 13 ribu yg azizah perolehi pada pilihanraya lepas, ia sudah menandakan suatu kemenangan moral yg kuat bagi pihak pemerintah..

mereka sedar, utk merampas kerusi tersebut dari pkr tambah2 calonnya pula adalah anwar, mmg jauh panggang dari api.. mmg xmampu bermimpi pun..tapi untuk mengurangkan majoriti, ia bukan suatu yg mustahil..apabila ini terjadi, maka seluruh akhbar2 dan stsen tv milik kerajaan akan memainkan isu ini sehebat mungkin hari demi hari bertujuan semata2 untuk mengaburi persepsi masyarakat kepada anwar yg selama ini dianggap berkarisma dan menyengat dalm politik, dan ini blh melunturkan strategi yg sudah dan sedang diatur dipihak pakatan rakyat utk memiliki kuasa peringkat persekutuan menjelang 16 september ini...

mari sama2 kita tunggu dan lihat apakah rencah politik yg akn berlangsung di permatang pauh dan apakah keputusannya akan bakal merubah hala tuju politik negara...

selama ini pun, kita dah melihat pelbagai kerenah politik diwujudkan oleh pemerintah semata2 ingin mnghalang status mereka bertukar menjadi pembangkang x lama lagi..dan kebanyakan usaha2 mereka ini x berhasil malahan memakan diri pula..tempoh hari kita mendengar paklah mengakui akan adanya beberapa perbincanagn peringkat pegawai atasan dan tertinggi pas dan umno melibatkan pelbagai elemen yg bersangkutan dgn tawar menawar kuasa peringkat negeri dan pusat..bkn sahaja PM, malah bekas MB selangor pun trut berkokok dalm topic yg serupa..dakwaannya pas ditawarkan pelbagai keistimewaan termasuk jawatan Mb jika penyekutuan antara pas dan BN berjaya di selangor..

mendengar kepada pendedahan ini, byk pemerhati politik mengandaikan bahawa paklah cuba memancing sokongn org melayu melibatkan tiket penyatuan bangsa antara dua parti politik utama bngsa itu..itu yg putihnya.

ttapi byk org jga melihat ia tak lebih sebagai satu umpanan sulit paklah utk memcah belahkan kesatuan pakatan rakyat di mana perbincangan ini pada dasarnya tidak melibatkan bngsa lain yg juga dijalankan diluar pengetahuan parti2 lain dalam pakatan rakyat, dan ini hitamnya pula..apabila paklah mmbuka cerita ini, maka rasa tidak senang dan tak puas hati mula timbul kalangan parti komponen PR dimana mereka menuduh pas membelakangkan janji dalm PR dan mmbuat pakatan sulit dgn musuh..keresahan mereka bertambah kuat bila mana haji hadi mmbuat kanyataan bahawa parti itu berhak mengadakan sebarang pertemuan dan perbincangan dgn mana2 parti yg difkirkannya perlu..

niat paklah utk melihat kehancuran PR..ini suatu perancangn politik yg baik dan jika PR tersilap langkah, maka ia boleh berjaya..tapi malangnya ia tidak kesampaian..org2 atasan pas sedar jika paklah btul2 mahu berbincang dan ikhlas, maka beliau x kan mmbuka cerita ini utk pengetahuan org ramai melainkan atas dasar persetujuan bersama.paklah x kan menceritakan bahawa terdapat usaha2 utk penggabungan pas dalm BN dan sebagainya..

sebelum keretakan dalam PR menjadi nyata, mursyidul am pas mengeluarkan satu usul agar umno dan pas harus di bubarkan dan pas akn menganggotai mana2 parti baru melayu yg ditubuhkan bekas umno jika dasar perjuanngannya adalah utk islam dan menjalankan prinsip2 islam serta meninggalkan pegangan nasionalisme bangsa..counter attack yg hebat..dalm tawaran ini, paklah terperangkap dalam sangkar ciptaannya sendiri..mulutnya kelu seribu bahasa kerana jika ia btul2 ikhlas dalm perbincangan utk melayu dan agama, maka tawaran ini wajib diterima kerana org melayu dan agama islam bukan suatu yg asing. beliau diam kerana niatnya terbongkar, bukan penyatuan sebenar ingin dicri, ttapi ingin memancing pas agar masuk dalam perngkapnya..akhirnya semua org tahu...

semoga perjalanan politik negara bertambah baik masa hadapan..klau ini x terjadi, maka sistem ekonomi, sosial dan sebagainya boleh hancur sedikit demi sedikit...

wassalam..