Firman Allah dalam surah Al Baiyinah ayat 8,
' Tuhan telah redha kepada mereka, begitu pula mereka telah redha kepada tuhan..'Sabda rasulullah saw..
' Sesungguhnya Allah Taala apabila mencintai sesuatu kaum itu, diujinya mereka itu. barangsiapa yang redha, Allah akan meredhai mereka. barangsiapa yang bersungut, maka Allah murka terhadap mereka..'' Sesungguhnya Allah dengan kebijaksanaanNya telah memberikan kesentosaan dan kemudahan di dalam keyakinan dan keredhaan.. dan memberikan kesempitan dan kesusahan hati dalam keraguan dan kesungutan..'hidup ini ada kalanya penuh gembira dan ada saatnya duka nestapa.. apabila kita mendapat kebaikan, hati dan seluruh anggota hendaklah memanjatkan kesyukuran pada Ilahi Rabbul Jalil.. tetapi apabila musibah melanda, apakah tindakan yang sewajarnya kita mulakan?
sahabat2, orang yang redha adalah orang yang tabah dan sabar menerima segala ketentuan Allah.. apa sahaja yang ditakdirkanNya, meskipun berlawanan dengan cita2 dan idaman hati ataupun tidak diingini oleh hawa nafsunya, seperi mendapat kecelakaan dalam harta benda dan jiwa, bala bencana ,tekanan hidup, kemiskinan kesempitan dalam mata pencarian dan rezeki, kesusahan dan ujian2 dalam perjalanan menuntut ilmu dunia dan akhirat, kekeringan pengalaman, atau apa2 saja hal yang dianggap sebagai pengurangan kebaikan dan kelebihan pada diri yang bersangkutan dengan pembelajaran, pekerjaan dan setiap cabang kehidupan yang lain , namun ia tetap tenang hatinya menerima dugaan2 itu.. tidak pernah pula bersungut, membangkang dan menuduh walau sedikit pun..
insan sebegini sedar, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan perjalanan isi langit dan bumi adalah terletak di bawah sifat IradahNya.. dan ujian2 yang dijadikan Allah itu tetap mempunyai hikmah dan petunjuk di sebaliknya...
manusia yang redha, tidak pernah muncul rasa penyesalan, marah dan kecewa dengan apa saja yang dianggap buruk dan hina yang diturunkan olehNya kepada mereka.. tidak ada walau secebis perkataan sadis yang terbentuk di hati dan sentiasa waspada pada lidah untuk menyebut 'mengapa begitu, kalau begitu dan bagaimana boleh jadi begitu' dalam mempersoalkan takdir dan ketentuan Allah..
dalam surah Baqarah ayat 155,
' Sampaikanlah berita gembira bagi mereka yang sabar..'
FirmanNya lagi..
' Dan Allah mencintai meraka yang sabar '- Ali Imran, 146' 'hendaklah engkau bersabar, sedang kesabaran itu hnya kerana kerhedaan Allah.' - Al Nahl, 127hendaklah kita menyedari Allah Maha Bijaksana dan Maha Adil terhadap semua keputusan dan ketentuan terhadap makhluk ciptaan dan manusia tidak terkecuali.. dan Allah Maha Pengasih terhadap mukminin.. sesungguhnya Dia tidak akan menentukan dan menjadikan sesuatu perkara yang dibenci oleh seseorang hamba muslim , melainkan ada sesuatu yang baik, kebajikan dan kelebihan mulia disebaliknya yang tidak diketahui insan itu... kita adalah lemah untuk mengetahui kesan dan akibat kerana melangkaui kemampuan kita.. tetapi Allah Maha Mengetahui segala benda yang terang atau tersembunyi, yang telah lepas, sedang berlaku mahupun yang akan terjadi..
firman Allah,
' bersabarlah engkau terhadap ketetapan Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau dalam pandangan mata kami (pemeliharaan)' - At Thur,48apabila datang musibah tak kira apa pun, hendaklah kita bermunajat dan berdoa memohon pertunjuk atas apa yang berlaku di samping terus berusaha dan berikhtiar tanpa jemu dengan keringat fizikal dan akal untuk menghadapi dugaan itu.. inilah erti sebenar Tawakkal.. Allah sesekali tidak pernah memungkiri janji2Nya dan Dialah sebaik2 pelindung bagi Mukminin..
' Memadailah Allah saja sebagai sebaik2 pelindung' - Ali Imran ,173...
0 comments:
Post a Comment