Bersempena dengan cuti semester Dec08/Jan09, MALAYSIAN STUDENT ASSOSIATION, MANGALORE (MSA) dengan kerjasama PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA (PPIM) akan menganjurkan ;
' Kem Kesihatan dan Perubatan Asas '
LOKASI : Perkampungan Orang Asli dan Peranginan Cameron Highlands.
LOKASI : Perkampungan Orang Asli dan Peranginan Cameron Highlands.
TARIKH : 16-18 Januari 2009.
PESERTA : Terbuka kepada semua mahasiswa perubatan (keutamaan di berikan kepada pelajar perubatan dari Mangalore, Manipal, Bangalore dan seluruh India terlebih dahulu dan tempat adalah terhad)
OBJEKTIF PROGRAM:
1) Pemeriksaan kesihatan ringkas kepada masyarakat orang asli (pemeriksaan umum seperti BP, BMI dan sebagainya).
2) Memupuk kesedaran kepada masyarakat orang asli di kaki Cameron Highland tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan masyarakat.
3) Pendedahan dan menambah pengalaman kemahiran dalam kaedah perubatan terkini.
4) Memahami perkaitan antara Islam dan perubatan kontemporari.
5) Panduan dalam memilih kerjaya dan pengkhususan bidang kepada pelajar-pelajar perubatan.
6) Riadah di Cameron Highland
7) Merapatkan hubungan ukhuwah antara pelajar-pelajar perubatan (Australia, Malaysia, India)
KEPERLUAN : Lab coat, Stetoskop, pita ukur, knee hammer dan sebagainya (peralatan posting), pakaian dan keperluan peribadi yang bersesuaian.
BAYARAN : RM 150 (bayaran bas dan penginapan di Cameron Highland) DAN makanan adalah ditanggung sendiri..
.........................................................................................................................................................................................
TENTATIF PROGRAM :
..........................................................................................................................................................................................
16 Jan 2009 ;
0400 - 0600 PM - Pendaftaran dan Bayaran penyertaan. Bermalam di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).
(1) Berikut adalah pelan untuk ke CCUMS dari KL Central ;
- dari KL Central bertolak ke Stesen Putrajaya menaiki KLIA Transit (ERL) (sila rujuk peta lampiran di bawah)
- tiba di Stesen Putrajaya, menaiki bas awam ke Cyberjaya Bus Station.
- CUCMS terletak bersebelahan dengan Cyberjaya Bus Station.
(2) Semua Peserta mesti datang dalam tempoh pendaftaran yang ditentukan. Ahli-ahli jawatankuasa Projek akan menunggu di CUCMS.
.....................................................................................................................................................
17 Jan 2009 ;
0730 am - bertolak ke kaki Cameron Highland
1000 am - tiba di kaki Cameron Highland Kem kesihatan bersama masyarakat Orang asli
petang - bertolak/mendaki Cameron Highland ke Lata Iskandar (air terjun)
- tiba di puncak Cameron Highland
- program bersama pelajar-doktor PPIM dan bermalam di Cameron Highland.
.....................................................................................................................................................
18 Jan 2009 ;
0800 am - program-program yang disusun PPIM
petang - bertolak pulang ke stesen KL Sentral
.........................................................................................................................................................................................
PERHATIAN!!
* Sesiapa yang berminat menambah ilmu dan kemahiran dalam perubatan dan aspek-aspek berkaitan (dan diharapkan anda berminat) sila beri nama dan nombor telefon di Malaysia dan alamat di Malaysia yang dapat dihubungi kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Projek selewat- lewatnya 22 Disember ini. Pada 3 Januari, reconfirmation akan dbuat semula terhadap semua peserta melalui panggilan. Adalah diharapkan nama-nama yang diberi adalah disifatkan sebagai tetap, sebarang perubahan tidak akan diterima kerana ia bersangkutan dengan urusan penginapan, pengangkutan dan lain-lainnya.
1) Saudara Shauqi - 9901730626 / 017 4772925
2) Saudara Mahfidz - 9980951406
3) Saudara Alimin - 9880190965 / 019 9191481
4) Saudari Nor Dalila - 9901330592
5) Saudari Hadhinah - 9886082107
* Tentatif program tertakluk kepada perubahan.
* Bayaran RM 150 hanyalah anggaran, wang lebihan akan dipulangkan. Bayaran dibuat semasa mendaftar untuk menginap di CUCMS.
'BERJUANG UNTUK AGAMA DAN NEGARA'
Terima Kasih.