HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Saturday, March 21, 2009

analisis # 5


Sejak Adun Bota, Perak membuat lompatan sulungnya, ia menandakan krisis politik dan perlembagaan Undang-undang Tubuh Perak mula tercetus dan terus berlarutan sampai kini.. lompatan katak menyeberang kem parti Umno ke PKR sememangnya dianggap mulia oleh PR dan dianggap tak guna oleh BN..hujanan tahniah dan puji-pujian diberi kepada beliau kerana kononnya sudah 'insaf' dan 'bertaubat' dari terlibat dengan parti penuh najis UMNO dan pergi ke pangkuan PKR yang kununnya penuh 'suci tanpa noda dan pura-pura'..

dan sudah tentulah perbuatannya ini mendapat kutukan dan omokan tanpa henti dari BN yang menuduhnya tak reti kenang budi! bertitik tolak daripada tindakan ini, pelbagai kontroversi tercetus yang akhirnya pergolakan politik Perak membarah tak kunjung sudah.

dengar khabar dari sumber sahih, perasaan tak puas hati ekoran jawatan pengerusi felda kawasan yang dipegang selama ini 'dirampas' menjadi punca lompatan penuh 'ikhlas' itu dibuat selain rasa marah meluap-luap atas sebab-sebab lain.. apatah lagi kenyataan2 yang dibuatnya selepas menukar lambang kem menunjukkan beliau memang begitu 'ikhlas' dan 'sudah sedar tentang dosa besar' kerana selama ini menjadi ahli Umno yang hampir karam itu.memang manis apabila tebu bederetan di bibir mulut!

tetapi jika beginilah sebab sebenar beliau menukar parti, dek kerana tak puas hati jawatan dilucut dan hilang pangkat dan kuasa, maka tiada untung malah rugi pula yang PKR akan terima apabila membenarkan ayam penuh tahi di lawi menukar reban. jika niatnya nak rioh sekampung memang dah tercapai, tapi tahi dilawi yang dibawa mungkin terpalit juga ke reban PKR baru beliau!haaha.maka pakat-pakat rasa kawan2 barunya!

mungkin juga janji pemberian jawatan dalam parti baru menjadi dorongan kuat untuk beliau melupakan geng lama.ditambah lagi dengan hilngnya jawatan felda, maka lompat parti yang paling bermanfaat bagi beliau pada ketika itu.

DSAI memandang tindakan Adun Bota ni sebagai suatu yang mulia selama ini ditunggu2 untuk membuktikan UMNO makin kusut dan karut.sudah tentulah beliau merasa amat bangga kerana cadangan dan pujukan beliau meminta pemimpin2 Umno bertaubat dan berubah kiblat ke PKR sudah mula membuahkan hasil.jika seorang yang bertaraf Adun boleh 'sedar' maka tak mustahil berkerat2 lagi tokoh2 besar dan juga bernama Member of Parliament (MP) akan melakukan benda yang sama. akhirnya harapan besar untuk tumbangkan kerajaan sedia ada boleh tercapai. sudah tentulah lompatan pertama ini akan disusuli oleh lompatan2 baru oleh katak2 lain yang lagi gemuk dan hebat, fikir DSAI!hehe..DSAI sudah mula memasang angan2 baru menggantikan angan2 lama yang tak kesampaian. tak kisahlah kalau berkongsi tahi di lawi asalkan kuasa dan pangkat semakin dekat dalam genggaman! lantaklah dengan apa tujuan si Adun Bota melompat, tapi yang pasti bertambah seorang lagi Adun kerajaan rapuh PR dalam Dun Perak.sedap sikit kedudukan kerajaan negeri.


reaksi BN memang sudah diduga.melolong melenting meraung memang sudah tabiat, tambah2 pula ada kejadian melompat parti yang jatuhkan 'imej perkasa' mereka, lagi hebatlah reaksi dungu mereka ini.tapi jangan lupa,mereka juga berotak cerdik selain kuasa, pengaruh dan duit yang ada ditangan. mereka ini bukan bodoh setakat nak berpeluk tubuh dan membiarkan saja musuh meratah maruah, tapi perbuatan melompat ini harus dibalas dan 'counter attack' harus disusun. dalam celah2 ini pula, dua orang Adun PKR sedang dalam proses perbicaraan di mahkmah berhubung isu rasuah. maka peluang ini direbut sebaik mungkin untuk membalas dendam. rakyat sudah jelas selama ini, pemerintah2 negara menguasai setiap cabang sistem kehakiman. kalau ketua hakim negara pun mereka boleh pilih dan tentukan, maka untuk mengeksploitasi proses perundangan bukanlah suatu kerja susah.

tawaran berbentuk ugutan dibuat kepada dua orang Adun PKR Perak ini.amaran dan kata dua sama ada keluar parti kemudian menjadi ahli UMNO/ bebas dan mendapat sejumlah duit ataupun sanggup terperosok dalam penjara atas dakwaan rasuah..sebagai manusia biasa, sudah tentulah kena penjara suatu benda yang amat digeruni.apalah sangat prinsip parti yang dibawa kalau dibandingkan dengan kena lokap!lebih baik korban pegangan dari korban badan dan fizikal. kehilangan dua Adun ini untuk beberapa ketika menguatkan lagi dakwaan mengatakan mereka sudah tinggalkan PKR.kemunculan wajah mereka berdua di kaca tv bersama seorang lagi jaguh lompat DAP secara tiba2 disamping DS Najib mengesahkan mereka confirm sudah bertukar kem dan berpaling tadah.


jelasnya, selama ini kerajaan cmpuran Perak PKR + DAP + PAS adalah sentiasa bagai dihujung tanduk.perbezaan kedudukan kerusi kerajaan negeri PR dan pembangkang BN adalah terlalu sempit, melibatkan jumlah 2 atau 3 kerusi sahaja.jika apa2 situasi politik melibatkan lompat melompat berlaku, kerajaan yang sedia ada dengan mudahnya akan tumbang.kekacauan dan ketidakstabilan politik akan terus terjadi memandangkan tiada pihak yang betul2 menang atau kalah dek kerana keduanya tidak mempunyai sokongan 2/3 dalam DUN Perak.kerajaan yang diwujudkan tanpa kuasa 2/3 adalah lemah dan mudah hancur.


apabila 3 Adun PR melompat ke kem BN, majoriti tipis sudah berada di pihak mereka untuk menggulingkan kerajaan PR dan menubuhkan kerajaan baru.atas kertas memang begitu mudah.tapi sebenarnya, krisis di Perak adalah lebih rumit dan kompleks kerana ia bukan sahaja melibatkan golongan legislatif dalam DUN , malah peranan Sultan sebagai ketua negeri dan keutuhan perlembagaan Undang-undang Tubuh Perak pun turut sama penting dan konkrit dalam menentukan hala tuju politik negeri pengeluar timah ini.

Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam perlantikan MB.ini termaktub dalam Undang-undang negeri.yang cacatnya pula, baginda hanya layak untuk melantik, tetapi memecat MB adalah diluar bidang kuasa Sultan.MB kerajaan PR , DS Mohammad Nizar yang telah menerima tauliah perlantikan yang sah dari Sultan Azlan Shah tidak boleh dipecat dan tiada saluran undang2 yang boleh melakukannya.dalam kebanyakan perlembagaan negeri, MB boleh terlucut dari jawatannya hanya melalui undi tidak percaya di DUN, perletakan jawatan secara sukarela ataupun dengan pembubaran DUN.dan kita jelas tiada satu pun saluran2 ini yang diguna pakai dalam krisis Perak, maka mengikut undang2 Nizar masih dianggap sebagai MB yang sah.Sultan Perak sudah tentu jelas tentang perkara ini.

walaupun Sultan melahirkan sokongan kepada pihak BN/UMNO dengan melantik Dr. Zambry sebagai MB yang baru selepas majoroti tipis diperolehi, perlantikan ini boleh dipertikai.ini kerana MB yang sedia ada masih memegang tauliah yang sah.maka wujudlah dua MB sebagai penasihat kepada Sultan.ini tidak boleh terjadi.salah satu mesti benar2 sah dan satu lagi adalah jelas karut.satu kapal dua nakhoda akhirnya akan karam..

jika kita memikir kembali asas tindakan Sultan yang berkelulusan undang2 dan pernah menjawat Ketua Hakim Negara, baginda mungkin mengambil keputusan ini berdasarkan beberapa perkara.selama berbulan Kerajaan PR memerintah, mungkin banyak perkara yang membuatkan baginda tidak senang hati telah dilakukan oleh PR.kerajaan campuran ini tonggak utamanya adalah DAP yang menguasai hampir 70% senarai Adun-adun PR.kedengaran dari banyak sumber mengatakan bahawa 'performance' kerajaan negeri banyak berat kepada satu2 kelompok sahaja.hampir 100% ahli DAP adalah orang cina, maka limpahan projek2 dan bantuan banyak dikhususkan kepada segolongan sahaja, sedangkan bumiputera banyak yang tercicir dan hilang pergantungan untuk turut sama dalam pembangunan. dakwaan bahawa MB Nizar adalah boneka kepada pihak2 tertentu dan tidak mempunyai kuasa pemutus dalam banyak hal utama turut menyumbang kepada rasa bimbang pihak istana.walaupun baginda jelas tentang batas kuasa yang ada dan kekeliruan yang akan timbul melibatkan kedaulatan perlembagaan negeri, tindakan dan keputusan itu terpaksa diambil demi kepentingan dan survival bangsa Melayu Perak.walaupun UMNO adalah parti korup, sekurang2nya mereka boleh mengucap sebagai tanda islam dan berkulit sawo matang.tiada pilihan bagi Sultan dalam kes ini.PAs pula bukan majoriti dalam DUN.ini mungkin apa yang Baginda Sultan Perak fikirkan sebagai jalan terbaik untuk semua.

akhirnya BN bersorak gembira misi merampas kuasa di Perak berjaya.nama Najib dijulang tinggi sebagai manusia yang menjadi tulang belakang kejayaan ini.usaha untuk mengharumkan namanya sebelum mengambil alih kuasa dari Pak Lah sedikit sebanyak ada kesan positif.maklumlah, beliau terpalit dengan pelbagai isu rasuah dan 'misconduct' melibatkan Mongolian Attantunya dan beberapa pembelian aset negara berjumlah ratus jutaan ringgit.usaha hebat perlu dibuat untuk membersihkan namanya sebelum melangkah masuk ke pejabat PM menjelang April ini. takkanlah nak jadi PM dengan penuh najis di lawi? beliau kena pulihkan imej kembali.sokongan dan mandat besar dari rakyat harus ada dalam poket beliau sebelum melakukan pembaharuan yang dicanang-canangkan.


DS Anwar (DSAI) antara orang yang paling hebat merasa bahang kehilangan kuasa di Perak. banyak jari2 menuding kearah beliau sebagai punca masalah kerana DSAI individu yang mempopularkan upacara lompat melompat ini sejak angan2 untuk menjatuhkan pemerintahan BN peringkat pusat wujud.baginya tiada salah untuk menjatuhkan kerajaan yang korup dan lemah melalui pintu belakang. matlamat menghalalkan cara demi survival bangsa malaysia.tiada pilihan lain, katanya.sekarang idea makan diri.idea lompat parti yang digemburkannya dulu kepada MPs dari BN akhirnya makan tuan apabila Adun PKR sendiri ubah kiblat ke BN.percaturan ini tampaknya ada cacat dan penuh berliku.idea ini tak boleh pakai lagi, dan DSAI tak pernah bercakap lagi hal2 usaha lompat melompat parti ini.takut malu.


apabila Speaker Perak buat keptusan menggantung kehadiran MB baru dan sebilangan Adun dari datang ke DUN, ia suatu tindakan balas yang mantap.alasannya, mereka ini dituduh menghina dewan dengan menerima jawatan MB dan EXco baru wlaupun yang lama masih sah bertauliah.Najib terlupa untuk memujuk sekali Speaker DAP ini untuk turut join dan sokong BN dengan tawaran wang berjuta-juta.harus sedar, dalam DUN, kuasa speaker amat luas.kuasa pemutus berkenaan DUN adalah di bawah kuasanya.tiada guna wujudkan kerajaan baru tapi suara dalam DUN adalah minoriti kerana penggantungan ini..jika persidangan diadakan dan undi tak percaya dibuat, memang jelas kerajaan baru akan kantoi dan gulung tikar.inilah yang Najib terlupa untuk atasi semasa merampas Perak.beliau terlupa untuk cekup Speaker sama!hehe


persidangan DUN bawah pokok yang kita tengok tempoh hari adalah bertitik tolak dari percaturan politik cerdik DAP dan Speaker Perak ini.sememngnya ia adalah suatu sidang yang sah.tidak boleh persoalkan kewibawaan Speaker kerana beliau berhak untuk membuat mesyuarat di mana2 sahaja.ini tidak bertentangan dengan peraturan2 mesyuarat dan tidak melewati kuasanya sebagai yang Di Pertua Dewan.maka apa sahaja yang diputuskan dalam mesyuarat ini adalah sah dan wajib diimplementasi dalam undang2 selepas dipersembahkan kepada Sultan untuk di'cop mohor'. jadi, apabila usul untuk mengundi tidak percaya dibuat ke atas kerajaan baru BN dan keputusannya pula adalah jelas , maka ia wajib diterima oleh pihak terbabit.emm..ini kalau mengikut perlembagaan lah, nampak senang dan realistik, tapi realitinya belum tentu berjaya.harus diingat segala espek kuasa persekutuan di bawah telunjuk BN.sudah pasti semuanya akan digunakan sebaik mungkin untuk menggagalkan usaha Speaker ini.

asasnya, acara balas membalas ini nampaknya tak akan selesai.kekacauan melibatkan tiga cabang kuasa iaitu legislatif dan eksekutif, Sultan serta perlembagaan itu sendiri akan terus terjadi.cuma satu cara untuk menentukan siapa pemerintah legal negeri Perak.caranya dengan bubar DUN dan mengundi semula!biar rakyat tentukan siapa yang layak memimpin mereka.tapi ini amat ditakuti BN kerana mereka sedar sokongan rakyat bukan di pihak BN.Sultan pula tidak menyatakan perkenan untuk membubarkan DUN untuk membenarkan undi dijalankan berdasrkan alasan di atas..maka BN berlindung di bawah panji-panji Sultan untuk menyelamatkan maruah mereka.


bersambung..





0 comments:

Post a Comment