assslamualaikum wbt..
semoga Allah merahmati hidup kita semua..Insyaallah.
zaman sekarang hidup penuh pancaroba..bagi kita yang menjadi generasi sekarang memang didedahkan dengan segala bentuk 'permainan baru' yang dikatakan sesuai dengan peredaran semasa. bagi mereka yang x tahu menahu tentang perkara mutakhir, dikatakan jumud dan ketinggalan zaman oleh banyak orang... saya x mahu menceritakan apa itu perkara dan bidang2 yang meliputi pelbagai kemajuan dalam setiap cabang hidup, semua orang sudah tahu dan jelas apakah kebaikan2 yang di bawa bersamanya dan juga bahana buruk dan sadis kerananya yang melanda masyarakt kita yang jelas rapuh pegangan adap dan susila turun temurun akibat kealpaan kita sendiri..
banyak orang beranggapan bahawa memang menjadi lumrah apabila kita inginkan sesuatu yang maju dan hebat, kita patut membayar dengan harga yang tinggi.. dan harga yang saya maksudkan adalah keruntuhan sistem institusi sosial berakhlak..
tetapi adakah perkara ini betul2 benar? adalah jelas bagi mata kita, ia bukan suatu yang betul dan sudah terbukti kerosakan akhlak bukan disebabkan datangnya kemajuan terhadap sesuatu bangsa tersebut..ambil contoh bangsa jepun, mereka memang maju diakui dunia tetapi sistem sosial mereka kekal terjaga dan ampuh walaupun panahan2 kebejatan datang melanda..dan banyak lagi negara2 yang mampu memegang erat adat budaya yang mementingkan kesopanan ini di merata2 tempat yang lain..yang hairannya, mereka ini kebanyakannya bukanlah muslim dan mereka beragama karut.tetapi mereka pula yang paling kuat memastikan sivik dan moral kekal utuh sedangkan kita yang mengaku islam dan berketurunan melayu banyaknya adalah...hancuss! tak perlu diterangkan lagi apakah elemen2 kehancuran yang kita menjdi hero, semua orang sudah maklum dengannya..
bagi yang berkuasa pula, diingatkan gunakan apa yang dianugerahkan kepada mereka agar melangsaikan hutang2 pemulihan akhlak rakyat dengan sebaik2nya dan jika gagal dengan sebab sengaja dan berpura2, ingatlah azab Tuhan amatlah pedih.. kita hanya mampu berdoa agar Tuhan mengekalkan kita pada jalan yang lurus dan mengampuni segala salah silap kita yang terdahulu...
pun begitu, yang menarik perhatian kita mutakhir ini adalah, kesedaran dan semangat masyarakat umum untuk memulihkan apa yang tersasar dan salah dalam sistem sosial kita dilihat semakin mendalam dan rancak.. ini suatu yang membanggakan. pelbagai institusi masyarakat ditubuh dan menjalankan pelbagai aktiviti yang mmpu mencorak kembali sistem yang ada dan memulihkan orang2 yang tersalah arah dan panduan hidup.. dan kumpulan2 ini adalah berlatarbelakangkan agama kerana kita semua tahu, agama adalah kunci penyelesaiaan kepada semua masalah.. orang makin sedar, kalau selain dari agama yang dicari untuk menyelesaikan kekusutan maka bertambah kusutlah perkara tersebut.. dan memang sudah dijanjikan Allah dalam kitabNya bahawa tetap akan ada pada setiap zaman segolongan manusia yang betul2 ikhlas dan jujur untuk berdakwah dan membangunkan kembali keazaman untuk beriman dan membawa manusia ke jalan yang diredhaiNya dunia dan akhirat..
banyak individu2 di mana2 pelusuk dunia ini mahupun di Malaysia yang berlumba2 untuk mendalami selok belok agama agar hidup sentiasa berkat dan memperoleh ketenangan kekal abadi. maka mereka mencari2 tempat dan guru2 yang difikirkan layak dan alim untuk menuntut ilmu agama. yang menjadi persoalan sekarang, apakah indikasi2 dan tatacara terbaik yang harus kita gunakan sebelum menuntut dan mempelajari agama dari guru2 ini? semua orang boleh membaca mana2 kitab, dan mengatakan sudah cukup ilmu di dada dan layak untuk mengajarkan pada mnusia lain pula tentang hal agama.. ia adalah baik jika asas dan apa yang diketahuinya adalah btul2 tepat dengan syariat, tetapi akan terimalah azab yang pedih jika apa yang disampaikan pada mnusia2 lain adalah dari buah fikiran semata2 dan hanya berlandaskan satu dua kitab yang bukan muktabar dan layak untuk diambil pegangan darinya.. maka orang yang belajar dan menuntut dari mereka ini bukan sahaja tidak dapat kembali kepada jalan yang betul2 benar, tetapi mkin jauh pula dari keredhaan Allah yang dicari2.. orang yang berlagak alim sebeginilah yang dikatakan sebagai Ulama Sukk dalam hadis2 Nabi dan mereka inilah yang mendapat azab dalam api neraka yang paling bawah.. mereka ini bersepahan di mana2 sahaja, dan orang yang tiada asas agama yang kukuh, akan mudah tertipu dan terikut2 cara dan pendapat mereka..
ulama2 Sukk ini bukan sahaja pandai bermadah bicara sehingga orang terliuk lentok dengan ucapan2 dalam apa2 bab agama yang diperkatakan, tetapi mereka ini juga adalah handal dalam menambat hati2 manusia agar dilihat sebagai amat baik dan mulia..maka mudahlah sekali kita tertipu...
adalah diingatkan, menuntut ilmu agama tak cukup bermodalkan semangat dan azam yang tinggi sahaja.. kita harus tahu rambu2 ataupun selok beloknya yang telah digariskan syariat. tujuannya hanya satu, agar kita tak terkandas, menjadi bengung dan terikut2 dengan ajaran yang menyimpang dan terseleweng dalam menerima seruan2 dari banyak kelompok dakwah yang pelbagai, yang mengaku adalah lebih mulia berbanding kelompok dakwah lain yang wujud sesama mereka..
melalui pelbagai cara mereka berusaha meraih pengikut seramai mungkin. lihatlah sekeliling kita.. ada yang menawarkan jalan mendekati agama dengan menggunakan menhaj qalbunya, ada yang mengajak untuk ikut pegangan politik agamanya, ada pula yang menyeru untuk segera kita mendirikan khilafah islamiah, dan ada pula yang berkelana dari satu daerah ke daerah lain untuk mengajak manusia ramai2 menganggotai kumpulan yang dikepalainya berbentuk usrah dan beramai2 ke masjid dan pusat2 keagamaan.. tetapi, menjadi persoalan sekarang yang manakah yang betul2 tepat dan berwibawa dalam agama? inilah yang patut dibincangkan..
Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah pewaris nabi yang sentisa berusaha mengamalkan apa yang diwasiatkan dan diajarkan oleh Baginda untuk mengajak umat kembali mempelajari agama ini dengan sebenar2nya.. dalam apa2 hal dan masa sekalipun, Ahli Sunnah tidak pernah keluar dari apa yang digariskan oleh Nabi. lebih2 lagi dalam membicarakn hal berkaitan untuk mempelajari agama ini yang merupakan suatu yang amat asasi dalam kehidupan.. inilah yang sangat2 diperlukan oleh mnusia yang mempunyai kesedaran iaitu untuk mendapat ajaran yang betul2 benar dan tidak menyimpang. mereka menyediakan manhaj yang betul2 benar untuk mendaptkan ilmu agama. manhaj yang disebutkan di sini adalah bermaksud 'jalan terang yg ditempuh'.
dalam surah Al Maidah ayat 48 Allah berfirman,
' dan Kami jadikan untuk masing2 kalian syariat dan manhaj'
Imam tafsir Ibnu Abbas menjelaskan mksud manhaj/minhaj adalah sebagai sunnah. dan sunnah pula ertinya adalah jalan yang ditempuh yang jelas dan sangat terang.. Ibnu Kathir juga berpendapat sama dalam kitabnya tafsir Ibnu Kathir dan Mu'mamul Wasith..
beberapa etika yang digariskan oleh Ahlus Sunnah dalam cara2 sebenar untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama adalah;
1) mengambil ilmu agama dari sumber aslinya iaitu Quran dan hadis..
Allah berfirman;
' Ikutilah apa yang diperturunkan kepada kamu dari Tuhanmu dan jangan kalian mengikuti para pimpinan dari selainnya.. sesungguhnya sedikit sekali kamu mengambil pengajaran darinya..' AlA'raf:3.
sabda Rasulullah,
' Ketahuilah bahawasanya aku diberi Quran dan yang serupa dengannya bersama2nya..' -sahih riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud.
2) memahami Al- Quran dan Al-Sunnah sesuai dengan pemahaman salafus soleh iaitu para sahabat dan yang mengikuti mereka dari kalangan tabi'in dan tabi'un tabi'iin..
ini adalah perkara yang penting. banyak orang mengakui diri mereka adalah alim dan pandai. dan menjadi tanggungjawab kita untuk menilai sejauh mana kebenaran dakwaan mereka itu.. jika di Malaysia, kita boleh pergi sendiri ke pusat2 agama yang sah dianggotai oleh ulama2 muktabar yang jelas kealiman mereka dalam selok belok agama.. mereka ini mempunyai tauliah yang diiktiraf oleh Sultan dan pemerintah serta diakui oleh jabatan2 agama berkaitan.. apa yang dilontarkan mereka adalah perkara yang benar dan sah dan tidak mengandungi kepentingan lain selain demi kemaslahatan masyarakat... kebaikan yang ada pada mereka mencakupi segala hal berkaitan agama, baik ilmu, pemahaman pengalaman dan dakwah selain mempunyai kepakaran setelah melakukan kajian peringkat kedoktoran falsafah dan PHD.. siapakah mereka? kita boleh rujuk laman2 web jabatan2 agama dan dewan ulama malaysia.. diingatkan, jangan hanya kerana terpedaya dengan sikap dan akhlak baik yang dibuat2 oleh sekumpulan orang yang mengaku alim, kita terus membuat rumusan meraka itu adalah yang paling layak untuk mengajar ilmu2 berkaitan agama. sedangkan kadang2 kita mendengar bacaan Quran mereka pun masih tungang langgang, tapi berhasrat pula untuk mengeluarkan pendapat berkaitan hukum2 agama.. silap langkah kita turut sama masuk Jahannam bersama2 mereka yang sesat dan menyesatkan. berhati2lah..
sabda Nabi;
'sebaik2 manusia adalah generasiku, kemudian generasi yang setelah meraka kemudian yang setelah mereka..' sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
Ibnu Qayyim berkata dalam kitab Bashair Dzawis Syaraf, bahawa;
'sebaik2 generasi adalah generasinya secara mutlak. ini beerti merekalah yang paling utama dalam segala2 pintu kebaikan. kalau tidak demikian, mereka hanya baik dalam sebahagian sahaja dan bukan sebaik2 generasi secara mutlak.'
dengan demikian, pemahaman para sahabat terhadap agama ini sudah dijamin oleh Nabi. sehingga kita x boleh meragui lagi apa yang diajar kerana mereka adalah orang yang paling tahu setelah Nabi.. para sahabat ini tahu di mana tempat turunnya wahyu, dan mereka tahu di saat mana dan keadaan apa nabi mengucapkan hadis2 Baginda.. oleh itu jika para sahabat dan ulama2 bersepakat terhadap sesuatu, maka wajib kita tak boleh bertentangan dengan mereka. sebagai contoh, apabila ulama2 negara kita mengharamkan buku bertajuk 'HADIS SATU PENILAIAAN SEMULA' karangan Kassim Ahmad, dan mengharamkan kita membacanya kerana kandungn2nya yang jelas menyimpang dan menyesatkan, maka wajib kita yang ilmu cetek ini mengikutinya..sila rujuk berikut;
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=413
...dan tatkala mereka berselisih pendapat terhadap sesuatu isu, maka hendaklah kita memilih untuk keluar dari perselisihan mereka iaitu dengan memilih salah satu dari pendapat mereka dan tidak boleh membuat pendapat baru, sedangkan ilmu kita hanya bagai kuman berbanding ilmu2 mereka..
Imam Syafi'i pun berhujah dengan kata2 yang sama seperti di atas dalam kitabnya Al Madkhal Ilas Sunan Kubra.
Imam Muhammad bin Alhasan mengatakan dalam Kitab Intishar li Ahlil hadith bahawa ;
' ilmu agama itu empat macam, pertama apa yang terdapat dalam kitab Allah atau yang serupa dengannya, kedua apa yang terdapat dalam Sunnah Rasulullah atau yang semacam dengannya, ketiga apa yang disepakati oleh para sahabat nabi atau yang serupa dengannya dan jika mereka berselisih kita tidak boleh keluar dari pendapat2 mereka, keempat adalah apa2 yang dikatakan oleh para ahli fekah muktabar atau apa yang serupa dengannya.ilmu itu tidak boleh keluar dari empat macam ini .'
oleh kerana itu, Ibnu Taimaiyah berkata :
' setiap pendapat yang dikatakan hanya oleh seorang yang hidup di masa ini dan tidak pernah dikatakan oleh seorang pun yang terdahulu, maka itu adalah salah.'
Imam Ahmad pula menjelaskan bahawa ;
' jangan sampai engkau mengeluarkan sebuah pendapat dalam sebuah masalah yang engkau tidak mempunyai pendahulu (pendapat yang jelas oleh ulama) padanya.' (kitab Majmu' fatawa 21/291)
oleh kerana itu maka wajib kita menilai seseorang yang mengakui mengetahui agama dengan sebaik2nya sebelum mmpercayai apa yang dibawa dan dikatakannya, jika salah menilai maka rugilah kita.. dan kita hendaklah menjauhi ulama2 sukk ini dan haram kita mengikuti kata2nya..
sunngguhpun begitu, Allah sentiasa melindungi kita dari terjerumus dalam hal2 yang menyesatkan.
sabda Nabi ;
' Sesungguhnya Allah melindungi umatku untuk berkumpul di atas kesesatan'
( hadis hasan riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah dalam Kitab Silsilah Asshahihah:1331)
3) tidak melakukan taqlid atau fanatik buta kepada mazhab.
banyak mazhab2 yang pelik2 dan berkecamuk yang wujud sekarang ini.. hendaklah kita berpegang teguh kpada mazhab yang jelas benar dan sahih kandungan ajarannya.. banyak orang berkata, zaman nabi tidak ada satu pun mazhab, kenapa kita harus berpegang kepada mazhab pula. ingin dijelaskan bahawa mazhab adalah apa2 yang dikatakan oleh guru2 imam tertentu dan apa yang diamalkannya dalam menjalankan perintah Allah dan nabi.. kita adalah begitu jauh dari nabi dan kita tidak pernah melihat bagaimanakah nabi menjalankan sesuatu ibadat tersebut kecuali melalui hadis yang perlukan kepada penerangan.. kita hanya mengetahui cara2nya dari ulama2 mazhab ini.. mereka mengamalkan ajaran berdasarkan kajian dan ilmu yang amat terperinci dalam setiap cabang agama dan mereka x pernah ada sebarang sikap buruk dan sentiasa ikhlas dan membenarkan apa yg diajar oleh nabi. mereka adalah mujtahid yang mengeluarkan hukum berdasarkan dalil dan nas2 yang jelas dalam Quran dan hadis dan bukan berdasarkan akal semata2... maka wajib kita yang x tahu selok belok agama ini untuk mengikuti mereka kerana hanya itu yang ada pada kita untuk mencapai keredhaan Allah.
boleh kita untuk menjadi mujtahid juga dan mengeluarkan hukum2 sendiri dalam pelbagai isu kerana pintu mujtahid tak pernah tertutup..tetapi hendaklah kita tahu setiap cabang2 agama dengan betul2 dalam dan menyeluruh terlebih dahulu.. hanya sekadar kita membaca 1 ,2 kitab, janganlah kita etrus cuba untuk menafikan apa yang di bawa imam2 mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sudah terbukti kebenarannya, sedangkan sebutan arab kita pun x pernah betul.. ingatlah wahai saudara2ku..
imam Syafie menjelaskan dalam kitab Sifah Shalat Nabi bahawa;
'kaum muslimin bersepakat bahawa siapa pun yang telah jelas baginya Sunnah Nabi, maka dia tidak boleh berpaling darinya untuk mendengar ucapan2 orang lain x kira siapa pun orang itu..'
4) waspada pada dai' dan ulama yang jahat...
maksud jahat di sini adalah kepada keagamaan yang membawa kepada penyimpangan dari aqidah sunnah wal jamaah x kira sedikit ataupun banyak.. antara ciri2 mereka adalah suka berdalil dengan ayat2 yang belum begitu jelas maknanya untuk ditafsir.. kerana kita harus tahu, dalam Quran banyak terdapat ayat2 yang tidak khusus dan lebih kepada umum. maka jika sekadar gunakan akal yang sempit ini untuk mengeluarkan hukum sendiri, maka sesatlah kita.. mereka ini menebar fitnah dan menyesatkan pengikut2..
Allah berfirman ;
' adapun yang dalam hatinya terdapat penyelewengan dari kebenaran maka mereka pula mengikutinya apa yang belum jelas dari ayat2 itu. mereka inginkan dengannya fitnah dan ingin mentakwilkannya.padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (penjelasan) kecuali Allah' - Ali Imran ; 7.
5) memilih guru yang jelas berpegang teguh dengan Sunnah Nabi dalam berakidah, beribadah berakhlak dan bermuamalah...
nabi bersabda;
'keberkahan itu berada pada orang2 besar kalian (ulama)' - sahih riwayat Ibnu Hibban, Ibnu Abbas.
Abdullah bin Mas'ud pula berkata ;
'manusia tetap baik selama mana mereka mengambil ilmu dari orang2 besar mereka, jika mereka mengambil ilmu dari orang2 kecil dan jahat, maka binasalah mereka.' (kitab Jami' Bayanul Ilm; 615,616)
6) tidak mengambil ilmu dari sisi akal atau rasional semata2..
agama ini adalah agama wahyu dan bukan hasil penemuan akal mcm hindu, budhha dan lain2nya.
firman Allah;
' katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya Aku memberi peringatan kepada kalian dengan wahyu..'- Al Anbiyak, 45.
wahyu adalah dari Allah, tetapi akal adalah lemah dan bersifat dengan kecacatan.. oleh itu wajib kita menundukkan akal kita berbanding dengan wahyu walaupun bagi kita akal mungkin x boleh terimanya.
Ali bin Abi talib berkata bahawa ;
' seandainya agama ini dengan akal semata2, maka tentulah bahagian bawah khuf (tapak kaki yang ada kulit yang lebih tebal) lebih utama untuk diusapkan semasa berwuduk daripada bahagian atasnya, tetapi aku melihat Nabi mengusap bahagian atas khufnya' (sahih, riwayat abu Dawud dalam Sunan Abu Dawud)
kalu ikut akal semata2, mestilah lebih baik cuci bahagian bawah kaki sebab lebih kotor. tetapi Nabi mencuci bahagian atasnya pula dan menyalahi akal kita.. oleh itu janganlah gunakan akal semata2. ingatlah bahawa mesti terdapat hujah dan alasan yang jelas kenapa nabi berbuat sebegitu dan kita masih belum mengkaji dan mngetahuinya kerana akal kita yang pendek dan terbatas..
7) menghindari perdebatan dalam agama tentang hal yang sia2.
nabi bersabda;
'tidaklah suatu kaum itu sesat setelah mereka berada atas petunjuk kecuali mereka diberi sikap jadal (berdebat2) bahkan mereka adalah kaum yang suka berbantah bantahan..' -hadis hasan, riwayat Tirmidzi dalam kitab Shahihul Jami'.
Allah memerintahkan kita berdebat dengan baik dalam perkara2 perlu sahaja dan bukan yang berkaitan hal yang telah jelas halal haramnya semata2 untuk menimbulkan keraguan..
firman Allah;
'ajaklah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, berilah nasihat yang baik dan berdebatlah dengan yang paling baik' - Annahl, 125.
para sahabat jika berdebat dalam suatu masalah adalah secara musyawarah dan bernasihat.. mereka tetap bersatu dan berukhuwah sesama mereka..
Sahabat2 sekalian, ini adalah sebahagian etika2 yang harus kita pegang dalam menuntut kebenaran dalam agama.. berhati2lah terhadap musuh2 kita yang zahir dan batin yang ada hampir dengan kita mahupun yang jelas musuh2 utama kita..
Semoga Allah merahmati hidup dan kita berada dalam jalan yang lurus...InsyaAllah..
p/s; ambillah yang baik dan buanglah yang buruk. sesungguhnya yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah dari nafsu penulis sendiri..sama2 kita memperbaiki diri kita.insyaAllah.
0 comments:
Post a Comment