HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Wednesday, June 11, 2008

HATI....segumpal darah.

Assslamualaikum wbt..

hati itu adalah penghulu kepada segala anggota dan menjadi ketua kepada setiap tindakan yang kita praktiskan dalam kehidupan.. padanya tersimpan semua asas akidah, akhlak budi pekerti dan niat yang baik mahupun tidak baik. pada hati juga tersimpan segala perkara berkaitan akhlak perhubungan kita denganNya dan sesama manusia.. sesungguhnya tidaklah bahagia seseorang manusia itu di dunia mahupun akhirat selagi hati itu masih berlumuran dengan sifat2 tercela dan masih kurang dan lemah dengan sifat2 terpuji dan mahmudah..

firman Allah dlm surah Al-Syams:

' dan jiwa dan yang menjadikannya.lalu ditunjukkan kepadanya apa yang salah dan apa yang baik. sebenarnya amat beruntunglah sesiapa yang membersihkannya dan amat rugilah sesiapa yang mengotorkannya..'

akhlak terpuji adalah pelbagai dan wajib kita sebagai muslim menghiaskan hati kita dengan sifat2 tersebut.. sifat berbelas kasihan, sifat berbaik sangka, memafkan salah silap manusia lain, dan tidak membalas dendam dan bertindak balas secara buruk, dan berniat ikhlas adalah sebahagiaan daripada sifat2 mulia yang amat dituntut dalam agama.. manusia yang terbaik dan dipandang tinggi oleh agama dan masyrakat adalah insan yang mempunyai2 sifat2 ini disamping cuba menghapuskan segala sifat2 terkeji yang bersarang dalam hatinya selama mana ia mampu..

seorang penceramah yang juga seorang editor kanan sebuah akhbar berkaitan Islam berpusat di Mumbai pernah mengatakan semasa mengikuti kursus berkaitan pembinaan jiwa berapa bulan lepas, bahawa manusia yang terbaik adalah manusia yang sentisa berusaha menjadi terbaik dalam apa hal sekalipun kerana definisi terbaik itu adalah kabur dan subjektif.. mungkin kita ingat orang yang terbaik adalah orang yang paling hebat dalam bidang yang diceburinya, tetapi kita harus sedar mungkin terdapat seseorang yang lebih baik darinya yang wujud diceruk2 pelusuk dunia yang lain. kita x mengetahuinya.... dan yang maha Terbaik itu adalah Allah jua.. selagi kita mampu untuk berusaha ke arah kebaikan maka wajib kita melaksanakannya sebaik mungkin. antara sifat keji yang menjadi punca utama mengheret sifat2 mulia jauh dari hati dan minda adalah sikap membalas dendam atas tindakan buruk orang kepada kita, tidak memaafkan salah org lain dan tidak berbelas kasihan pada insan yang memerlukan.. apabila sesuatu salah silap manusia lain kita suburkan dan biarkan wujud selama lamanya dalam hati tanpa ingin memamaafkannya, maka kita sendiri bagai menanggung perit dan berat tubuh badan manusia itu sampai bila2.. akhirnya kita menjadi 'bongkok' dek kerana betapa berat hasil himpunan tanggungan manusia2 lain atas belakang badan kita. mahukah kita menjadi begitu?? sedangkan kita boleh lepaskan segala tanggungan tersebut dan meringankan dan membaiki minda perasaan kita dgn memaafkan manusia tersebut walaupun sukar untuk melupakannya.. ingat, manusia yang penuh dgn sifat dendam adalah tidak bahagia dan mukanya masam penuh duka lara kerana sering ingat kapada apa yang buruk manusia lain pernah lakukan padanya sedangkan banyak lagi perkara baik mungkin manusia itu pernah juga lakukan dan ucapkan padanya..apabila kita mengampunkan dosa orang lain, maka mudah mudahan Allah akan mengampunkan dosa2 kita..memang manusia tidak sempurna sesuai dengan asas penciptaan dari Allah..sebab itulah mekanisme meminta ampun, taubat dan memaafkan wujud dialam ini..

perbicaraaan mengenai hati dan bagaimana cara kita mengawal dan mendidiknya dengan cara2 yang dianjurkan dalam Islam adalah dihuraikan dengan panjang lebar dalam kitab Ihya' Ulumuddin vol. 2. dalam huraian Imam Ghazali dalam kitabnya ini, beliau membahaskan perkara2 yang menyelamatkan dan membinasakan hati2 manusia.. perbicaraan beliau adalah bersumberkan kepada pengumpulan hasil percakapan dan perbuatan manusia2 alim dan mulia terdahulu iaitu para salaf saleh dan para syeikh ahli tareqat.. jejak langkah insan2 sebegini telah diikuti dan dicontohi oleh orang2 sesudah mereka dari kalangan kaum ulama dan orang2 soleh kaum muslimin di segala ceruk rantau alam.. timbul satu pesoalan di sini, jika semua manusia lain berlumba2 untuk mengikut jejak langkah ini, bila pula kita??? tepuk dada tanyalah iman masing2...

dalam al-Quran begitu banyak peringatan2 Allah berkaitan perkara hati dan jiwa.. mari sama2 kita renung sebahagian ayat2 berikut...

' ia (iblis) enggan dan menyombongkan dirinya, dan jadilah ia dari kalangan yang tiada beriman..' - al-Baqarah, 34.

' sesungguhnya dia (tuhan) tidak menyukai org2 yang menyombong diri..' - an-Nahl, 23.

' akan Aku pesongkan dari keterangan2 Ku org2 yang menyombong diri di muka bumi diluar kebenaran..' al-A'raf,146.

' dan dari bencana pendengki, adalah apabila ia mendengki' al-Falaq,5

nabi junjungan begitu banyak menasihati umatnya dalam usaha menjadikan umat ini umat sejati. baginda berpenat lelah menanamkan sifat2 mulia dan terpuji dalam diri umatnya melalui sikap dan tauladan terbaik kepada kita tak kira percakapan, perbuatan mahupun pemikirannya. sabda Rasulullah dalam hal berkaitan adalah,

' Orang2 yang menyombong diri akan dibangkitkan di Hari Kiamat seperti semut dalm rupa mnusia. mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada..'

' tidak akan masuk syurga, orang yang dalam hatinya terdapat sifat sombong walau sebesar zarah..'

' barangsiapa merendah diri, maka Allah akan mengangkatnya. barangsiapa yang menyombong diri dan bermegah2, maka Allah akan merendahkannya..'

' barangsiapa memperbaiki sembahyang ketika manusia lain melihatnya (riak) dan mencuaikan sembahyang ketika berseorangan , maka itulah suatu penghinaan yang menghina Allah Ta'ala..'

' awas kamu dari sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu memakan kebajikan sebagaimana api membakar kayu api..'

' janganlah kamu dengki mendengki,benci membenci dan dan musuh memusuhi..'

' barangsiapa menipu kaum muslimin, maka ia bukanlah dari golongan mereka..'

' perasaan belas kasihan itu tidaklah dicabut, melainkan daripada manusia yang jahat..'


akhirnya, marilah kita insafi diri dengan ingatan2 ini....

'barangsiapa yang inginkan keuntungan akhirat, maka Kami akan berikan tambahan kepada keuntungannya..dan barangsiapa yang inginkan keuntungan dunia semata2, maka Kami berikan keuntungan itu kepadanya tetapi ia tidak beroleh bahagian lagi di akhirat kelak..' asy-Syura,20.

'tiada sempurna iman seseorang kamu,sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri...' - sabda Rasulullah, khatimul anbiyak.....


' enjoin you Al-Birr (pity and righteousness and each and every act of obedience to Allah) on the people nd you forget to practise it youself, while you recite the Scripture ( the Torah) have u then no sense? - al-Baqarah,44

4 comments:

Anonymous said...

PERINGATAN HARI KIAMAT DARI AL-MASIH

————————————————–

( SULIT DAN PERSENDIRIAN )

Salinan kepada:

Yang Di Pertuan Agong Malaysia ( Baginda Sultan Mizan )

Pejabat Istana Negara ( u/p Ust. Abd Aziz, Ust. Abd Rahman)

Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (u/p Mufti)

Pejabat Perdana Menteri Malaysia

—————————————————

JUMAAT 3 OKTOBER 2008

Sla layari www.layarbahtera.com . Terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.nice blog contents!

Carilah guru-guru yang mursyid dan dalami sedikit sebanyak ilmu tasauf dan tareqat. insyaAllah dapat membersihkan hati dan menuju jalan makrifatullah.

lembah bujang said...

sama2 layar bahtera

lembah bujang said...

ws pakcik..terima kasih.insyaAllah akan saya lakukan..

Post a Comment