Wednesday, July 02, 2008
PENJELASAN MEMATIKAN TUDUHAN! ini benar...
Dakwaan Saiful menerusi laporan polis pada 28 Jun itu sungguh berat dan mengejutkan rakyat terutamanya penyokong Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Rata-rata dakwaan itu dianggap fitnah berniat jahat untuk menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri. Kata Anwar laporan polis itu rekan semata-mata dan fitnah yang hendak membunuh kerier politiknya.
Bagi rakyat yang yakin akan berlaku perubahan pada 16 September depan apabila ada 30 ahli MP BN lompat menyertai Pakatan Rakyat benar-benar kecewa, hampa dan kesal dengan apa yang belaku itu.
Kejadian itu tak ubah nasib pelari pecutan yang sudah hendak sampai ke penyudahnya tiba-tiba ditembak dari jarak dekat!
Bagi orang ramai perbuatan Saiful itu bukan saja membunuh kerier Anwar dan sekaligus cuba menyekat Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, tetapi turut membunuh impian dan harapan rakyat. Bagi mereka yang bergelumang bersama dengan Anwar, memperjuangkan politik baru, menegakkan keadilan, menghapuskan neporimse, kroinisme benar-benar kecewa dan hampa.
Orang tidak boleh menerima sama sekali dakwaan berkenaan.
Betapa lagi kalau selepas ini Anwar ditangkap dan dikurungkan dalam penjara sekali lagi, orang ramai akan merasakan seolah perjungan mereka selam 10 tahun untuk membebaskan Anwar sia-sia sahaja.
Kini dakwaan itu dilihat dan berwajah sebagai konspirasi. Memang ada tanda-tanda bahawa ia suatu konspirasi pihak tertinggi sekali lagi. Kalau dulu konspiratornya mendapat perlindungan bekas PM Mahathir Mohamad, kini konspirator dikatakan dilindungi oleh Mohd Najib Razak.
Ada munasabahnya persepsi demikian kerana Najiblah sekarang dilihat orang yang sedia menunggu untuk mengambil alih tempat Abdullah.
Najib melihat orang yang mengancam dan bakal mengecewakannya ialah Anwar. Maka adalah tepat kalau beliau bertindak pantas mengekang kemaraan Anwar untuk merampas kerusi emasnya.
Pun begitu Najib menafikannya. Tetapi seperti mana kata Abdullah Ahmad Badawi orang yang kena tuduh memang akan menafikan bahawa dia tidak terlibat. ini lumrah org yg bersalah.
Penafian Najib itu tidak mudah diterima sebaliknya penafian itu menyebabkan orang makin beranggapan Najib adalah pemain utama di sebalik konspirasi kali ini.
Dan maklumat liar mengatakan bahawa ada satu rundingan atas kapal kepunyaan seorang korporat antara Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin dan Sanusi Junid mengenai usaha untuk memastikan Najib tetap menjadi PM mungkin ada kaitan dengan tuduhan konspirasi memalukan Anwar kali kedua ini. (Maklumat ini masih dalam siasatan).
Seperti dikatakan sebelum ini Anwar tidak perlu takut dan gabra dengan apa yang berlaku kali ini. Kejadian pertama memberi pengalamannya kepadanya. dia memng dah ada kemampuan untuk menyusun atur langkah 'counter attack' kepda musuh2nya!
Sekiranya beliau tidak bersalah, untuk apa beliau takut. Sebaliknya beliau kena berani dan bersiap sedia melawan sesiapa saja atas kebenaran.Kebenaran akan disokong oleh sesiapa sahaja yg berakal.tetapi kena ingat, kebenaran yg cerca merba boleh dikalahkan oleh kebatilan yg tersusun rapi..
Anwar sudah berjanji akan menjelaskan pnjang lebar tuduhan dan dakwaan itu maka elok kalau beliau memberi keyakinan kepada umum bahawa tuduhan itu benar-benar satu konspirasi terjahat sekali yg bukan shaja menimpanya ttpi seluruh warga KeADILan.. Anwar harus berdiri tegas dan penuh confident melawan tnpa lelah.
Dari akal saya yang ceteknya, mudah bagi Anwar menjelaskan isu yang timbul kini.Dia memng terkenal dengan kepetahan dalm setiap ceramahnya..mungkin untuk memberikan satu penjelasan ia adalh enteng. Anwar kena memberi satu bukti sahaja yang beliau tidak terlibat dengan dakwaan itu.
Seperti mana yang dilaporkan Saiful Bukhari bahawa beliau diliwati oleh majikannya pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Bukit Damansara.Anwar perlu patahkan fakta-fakta dalam laporan berkenaan :
Pertama ialah siapakah majikan Saiful Buhari itu. Beliau tidak menyebut nama majikannya dan ini menimbulkan kekeliruan. Mungkin beliau mempunyai dua majikan atau tiga majikan selain Anwar.
Kedua Anwar perlu jelas kepada umum malam ini di mana beliau berada di sepanjang hari 26 Jun lalu. Beliau kena bentangkan diarinya kepada umum dengan sejelasnya. jika tidak, dengan sendirinya dakwaan boleh bertukar kepada kepercayaan.
Saya yakin sekiranya beliau dapat mengingat di mana beliau berada pada hari itu secara automatik kekeliruan atas tuduhan itu akan selesai.
Tarikh itu penting kerana Saiful menyebut sekali sahaja tarikh dalam laporan berkenaan iaitu pada 26 Jun.
Sekiranya Anwar boleh mematahkan fakta laporan ini, maka rakyat akan menerima sepenuh hati bahawa dakwaan Saiful itu satu fitnah besar dan mungkin beliau layak untuk di hukum penjara atau ditimbus hidup-hidup dalam telaga buta! dan manusia2 yg mengajar pacar muda ini untuk melakukan fitnah pun patut dipancung kepala lutut.
Semoga Anwar tabah dan bersikap berani kerana benar dan takut kerana salah. Yakin dan percayalah rakyat akan bersama mendokong kebenaran dan menentang sampai ke tulang hitam setiap kemungkaran!
p/s; dipetik dari tulisan Md. Sayuti Omar dan diedit.
Tuesday, July 01, 2008
APA KATA TOK GURU?
"Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan.. apa ni," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini.
Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit. Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu yang dianggap cuba mengulangi kes serupa pada 1998.
Beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatannya pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dengan perbuatan liwat.
Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.Bagaimanapun pada 2004 Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan sekaligus membebaskan Anwar.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, di negara ini tuduhan liwat terhadap seseorang bagi menjatuhkan karier politiknya seperti menjadi amalan biasa.
"Di Malaysia sudah jadi begitu suka tuduh menuduh. Berapa kali telah dibuat tuduhan begitu.
"Liwat ini bukan orang buat di atas jalan raya, perbuatan itu dilakukan secara sulit sekiranya benar ia berlaku. Mengapa pula senang-senang hendak tuduh orang lain.
"Allah Taala akan kenakan bala ke atas orang yang menuduh," ujar beliau.
Menurutnya juga dalam Islam ada lima perkara yang mesti dikenakan hudud iaitu murtad kerana ia terlibat dengan akidah, dan mencuri membabitkan harta benda orang lain.
Manakala tuduhan zina boleh menjatuhkan maruah seseorang.
Beliau berkata, tuduhan zina mesti ada sekurang-kurang empat orang saksi kalau tidak, boleh dirotan atau denda terhadap orang yang membuat tuduhan.
Menurutnya hakim sudah melepaskan Anwar terhadap tuduhan liwat sebelum ini dan sekarang tuduhan serupa pula cuba diulangi.
"Tuduhan zina ini berkehendak kepada saksi, tidak boleh tidak," katanya. Beliau juga mengakui tuduhan yang dibuat itu secara tidak langsung boleh menjejaskan imej pembangkang.
"Bukan itu sahaja malah boleh menjejaskan imej negara, apa sebab hendak buat tuduh menuduh begini," katanya. Beliau berkata begitu juga dengan tuduhan rasuah terhadap seseorang mesti ada bukti yang jelas dan tidak boleh dibuat sesuka hati.
p/s ; sedutan harakah
AKUAN BERSUMPAH ; IMPLIKASI BERAT
Meneliti kepada surat akuan bersumpah (statutory declartion) yang diakui oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) bertarikh 18 Jun 2008 saya yakin semasa raja bloger itu menulis artikel berjudul Let send the Altantuya murderer's to hell kerana beliau mendapat maklumat seperti mana diakukan dalam surat akuan bersumpah berkenaan.
Bukti seperti mana yang disebut dalam surat akaun itulah yang memberanikan RPK untuk menulis artikel berkenaan.
Artikel berkenaan sangat berat risikonya. Ia terbukti bila gara-gara artikel berkenaan telah menyebabkan enam orang anggota polis menyerbu rumahnya di Sungai Buloh merampas laptop kemudian beliau didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan. Artikel berkenaan juga menyebabkan RPK terpaksa tidur tiga malam di penjara kerana enggan membayar wang ikatan jamin sebanyak RM5,000.
Mohd Najib Razak yang menjadi sasaran artikel itu ternyata terperagah dengan rencana berkenaan. Maka ada orang mengaitkan Najib yang bertanggungjawab 'mengarahkan' polis menyerbu rumah RPK dan kemudian mendakwa RPK. Kalau benar, bermakna tindakan Najib itu salah.
Dalam konteks politik kebenaran bukan boleh diatasi dengan undang-undang tetapi dengan penuh fatanah. Selalunya tindakan secara lateral dalam politik tidak menguntungkan orang yang bertindak.
Ada alasan kalau Najib tidak membuat 'arahan' terhadap polis ataupun tidak bersetuju kalau RPK tidak didakwa. Kerana tindakan itu boleh menyusahkan dirinya. Pengalaman yang pernah dilalui bekas TPM, Anwar Ibrahim, mungkin telah mengajar Najib. Kerana Anwar bertindak menerusi prosuder undang-undang ke atas fitnah menerusi sebuah buku mengenai dirinyalah akhirnya impiannya untuk jadi PM runtuh bercelabah.
Maka ada kemungkinan ada pihak lain yang mahu melihat RPK bergaduh dengan Najib kerana keadaan itu menguntungkan mereka! Ada orang yang akan menangguk di air keruh daripada keadaan itu. Siapakah pihak itu?
Dalam konteks hari ini siapakah yang merasa gerun dengan kedudukan Najib? Orang itu bukan Tengku Razaleigh, Muhyiddin Yassin atau pun Anwar. Orang yang menduduki jawatan itu sekarang mungkin merasai akan hawa berkenaan. Sebaliknya, baik Razaleigh, Muhyiddin atau Anwar sangat suka kalau Najib sedang bergelumang dengan sebarang masalah.
Abdullah yang menjadi PM sekarang ini adalah munasabah kalau merasa takut kepada Najib. Apa lagi ada desas desus yang cukup menyakinkan bahawa Najib sedang membuat persiapan untuk merempuh Abdullah. Walaupun Najib berikrar berkali-kali tetapi bila dalam keadaan terdesak Najib mungkin langgar ikrar itu. Tindakan sebegitu bukan saja oleh Najib tetapi sesiapa saja.
R
PK pula tentu berdendam dengan Najib. Apa lagi kalau beliau menganggap Najib yang bertanggungjawab menyusahkannya, penyerbuan polis dan pendakwaannya di mahkamah. Namun, sebagai penulis yang mahukan kebenaran dan jijit dengan kemungkaran, RPK tidak akan berkompromi dengan sesiapa. Kejayaan menjatuhkan manusia yang jahat dan bejat adalah satu kejayaan yang perlu diraikan.
Apabila RPK membuat akuan berkanun di mana kalau tidak benar beliau boleh dipenjara, adalah sebagai kesenimbungan 'kemarahan' beliau kepada Najib. Atau tepatnya kesenimbungan pejuangan untuk menegakkan keadilan. Beliau mahu Altantuya terbela. Atltatuya sudah mati tetapi keluarganya harus diberikan keadilan dan kepuasan!
Seperti mana kata RPK sebagai orang yang tahu rahsia beliau kena bagitahu. Adapun kenapa beliau tidak menggunakan mekanisme lain seperti polis, ialah kerana beliau tidak percaya kepada integriti polis selepas mempunyai pengalaman dengannya. Jadi beliau mengambil keputusan mendedahkan secara umum agar biar orang semua tahu. RPK seolah mahu masyarakat dan dunia menghukum Najib bukannya mahkamah.
Baik rencana dan surat akuan bersumpah itu ia benar-benar menyusahkan Najib. Seperti disengaja pula sebaik Najib pulang dari Eropah bersama isterinya surat berkenaan didedahkan. Kenapa? Tentu ia ada agenda tersendiri daripada RPK atau orang yang berdiri di belakangnya? Kalau ada!
Seperti dikatakan tadi ia memberi berbagai implikasi negatif kepada Najib. Bagaimanapun setakat ini belum ada apa-apa tindakan daripada Najib. Baik Najib, isterinya Rosmah dan tiga nama lain yang disebut dalam surat itu belum bertindak mengambil apa-apa tindakan ke atas RPK.
Kelambatan bertindak menyebabkan surat itu akan cepat beredar. Orang ramai juga akan membuat tanggapan bahawa surat itu benar kerana kalau tidak pasti ia sudah diambil tindakan. Lagipun budaya suka berbohong dan tidak berkata benar di kalangan pemimpin politik negara ini menyebabkan rakyat tidak mudah percaya apa-apa penafian orang politik. Kebenaran seakan sukar untuk lahir daripada orang politik!
Yang jelasnya isu surat itu sudah dibawa ke Parlimen. Lim Kit Siang sudah mengemukakan usul untuk dibahas di Parlimen, tetapi ia ditolak. Walaupun begitu namun ia sudah menjadi bahan sejarah dan termaktub dalam hansard Parlimen dan menjadi dokumen yang tidak boleh dihapuskan lagi.
Tidak sedikit yang beranggapan pendedahan surat akuan berkanun itu sebagai tidak siuman. Namun apabila ianya dibiarkan berleluasa dan bebas dibincang menyebabkan ia akhirnya diterima sebagai benar. Selagi RPK tidak diambil tindakan maka selama itulah orang mengatakan beranggapan dakwaan dalam surat berkenaan ada asasnya. Begitu juga walaupun Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima dan menyimpan maklumat seperti dituduh itu ia tidak mudah menyakinkan orang ramai. Tentu orang ramai masih teringat bagaimana Abdullah berdolak dalih dalam banyak hal termasuk mengenai tarikh perkahwinannya dengan Jeanne Abdullah dulu.
Adalah baik orang-orang yang disebut dalam surat itu bertindak dan tampil membuat penjelasan dan tindakan bagi menyelamatkan Najib. Kerana yang terbeban dan sakit jiwa dengan surat akuan bersumpah itu ialah Najib yang berkedudukan selaku timbalan perdana menteri itu.
Tidak mustahil kalau pihak-pihak berkenaan terus berdiam diri dan hilang akal untuk menyelesaiakannya. Najib tidak ada pilihan lain lagi. Jalan terbaik baginya ialah dengan berundur sebagai timbalan perdana menteri. Tidak ada gunanya Najib terus berdelima dan diserang migraine siang dan malam.
Tidak guna Najib bergagah untuk mewarisi jawatan itu kalau seluruh jasad dan jasminya dilumur dengan berbagai najis fitnah yang sukar untuk dibersih dan disucikan. Seperkara lagi Najib kena sedar bahawa jawatan TPM adalah keramat dan berhantu di mana tiga penjawatnya sebelum ini terpaksa berundur dengan merana. Mungkinkah Najib juga akan mengikuti jejak mereka!
Md. Sayuti Omar
Monday, June 23, 2008
PERNIAGAAN
berpunca daripada perniagaan..' - sabda Rasulullah swt..
Sebenar2nya, kita mengetahui dalam sirah Nabi junjunngan kita Muhammad pada zaman hidupnya sebelum diangkat menjadi utusan Allah kepada seluruh alam ini, baginda adalah seorang ahli perniagaan yang begitu jujur dengan perniagaannya.. baginda meluangkan banyak masa dan berpenat lelah dalam sama2 mengembangkan pendapatan keluarga ayahanda saudaranya Abi Talib melalui perniagaan barang2 dagangan..kita semua maklum, dalam setiap jual beli baginda dengan para pembeli dan pedagang lainnya, prinsip2 perniagaan sejati meliputi ikhlas, kuat berusaha dan murah hati menjadi pegangan dan amalan baginda..dalam mana2 tempat dagangan, baginda akan menjelaskan kepada pembeli kedudukan sebenar barang2nya samaada ia adalah yang paling baik kualitinya ataupun sebaliknya.. baginda tidak pernah berbohong dalam menguruskan jual beli di samping begitu bersemangat berusaha untuk memajukan perniagaan milik ayahanda saudaranya itu... dan cara 'promosi' sebeginilah yang membuatkan barang2 dagangan Rasulullah menjadi tumpuan para pembeli, laris dan habuan pendapatan baginda begitu lumayan berbanding peniaga2 lain yang ada..dan berpunca daripada sikap sebegini jugalah baginda mendapat jolokan nama Al- Amin dalam kalangan masyarakat Arab ketika itu melihatkan betapa Nabi begitu jujur ikhlas dalam memegang apa2 amanah dalam setiap urusannya termasuk berkaitan hal jual beli...
kita sebagai umat Muhammad swt wajib mengikuti segala saranan baginda agar hidup sentiasa diberkati.. Nabi pernah bersabda bahawa sesungguhnya dunia ini dimiliki oleh empat golongan, iaitu :
1) manusia yang mempunyai harta dan ilmu
2) manusia yang mempunyai ilmu tapi tiada berharta
3) manusia yang mempunyai harta tetapi tidak berilmu
4) tidak mempunyai ilmu dan tidak berharta
jelasnya di sini, mukmin yang mempunyai harta dan tahu menguruskan harta kekayaannya dengan bersandarkan ilmu2 yang ada itulah manusia yang paling bertuah dan dipandang tinggi oleh Allah Ta'ala berbanding golongan2 lain.. harta kekayaan digunakan untuk mendapat kebahagiaan dunia dan seterusnya menjadi penghubung kepada kebahagiaan hakiki di akhirat kelak.. ilmu yang penuh didada menjadi pelindung dan pengawal baginya supaya dapat membelanjakan apa yang dimiliki mengikut lunas2 yang telah diperuntukkan dalam agama.. maka amat beruntunglah mukmin ini...
insan2 mulia seperti Abdurrahman bin Auf, Abu Bakr AsSiddiq ,Umar alKhattab ,Usman bin Affan, dan lain2nya merupakan para peniaga yang unggul, menjadi idola masyarakat disamping mendapat kedudukan yang terpuji disisiNya hasil ketaqwaan yang hebat kepada Allah dalam menguruskan kekayaan yang dimiliki..walaupun kaya raya, hidup mereka begitu ringkas dan malah jika kita melihat mereka secara luaran, mereka tampak lebih zuhud berbanding insan yang tidak mempunyai apa2.. kerana bagi meraka, kekayaan fizikal itu bukanlah yang utama, tetapi kekayaan iman dan taqwa itulah yang menjadi 'kegilaan' yang mesti direbutkan sedaya upaya.. mereka menggunakan segala kelebihan fizikal untuk mencapai maksud sebenar asas kehidupan dan tahu berterima kasih atas anugerah Ilahi.. mereka mencari harta dengan sebanyak mungkin mengikut undang2 yg jelas, bertawakkal dan memperuntukkan apa yang diperolehi pada jalan yang diredhai Allah.. tak pernah walau sedikit timbul rasa takabbur dan riak dengan nikmat2 yang diperoleh malah pula sentiasa merendah diri tak kira masa dan tempat..berjayalah kehidupan mereka dunia akhirat. perintah2 Tuhan sentiasa mereka ikuti dan nasihat2 Nabi sentiasa mereka turuti. bertepatan dengan firman Allah dalm surah Al Nahl dan Saba' bermaksud:
' Dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu memang sembah kepadaNya sahaja..'
' makanlah dari rezeki Tuhanmu, dan bersyukurlah kepadaNya...'
Sabda Rasulullah,
' hendaklah seseorang daripada kamu menjadikan lisannya sentiasa berzikir, dan hatinya sentiasa berterima kasih..'
'orang yg pertama2 dijemput ke syurga adalah orang2 yang suka memuji2 Allah iaitu mereka yang sentiasa memuji Tuhan atas setiap perkara...'
' kiranya kamu benar2 bertawakkal kepada Allah dengan sebenar2nya, nescaya Dia akan memberikan kepada kamu rezeki sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung2, yang kerap pergi di waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali di waktu petang dengan keadaan kenyang...'
mukmin sejati harus mengikut jejak langkah para sahabat Nabi dalam mentadbir kehidupan, mereka adalah insan ideal untuk dicontohi oleh sesiapa pun..
sungguh kita melihat pelbagai rencam manusia yang hanya memiliki harta tetapi tidak berbekal dengan ilmu, amat rugilah mereka ini yang akhirnya terjerumus dalam lembah kehinaan bukan sahaja di mata manusia seluruhnya malah di sisi Tuhan, dek kerana harta tersebut memakan diri mereka sendiri , seperti yang kita ketahui dalam pengisahan seorang manusia yang pernah bersahabat dengan Nabi bernama Qaruun..walaupun dilimpahkan dengan harta bergunung2 tetapi hidupnya diakhiri dengan suatu bencana dahsyat akibat begitu alpa dengan kemewahan yang ada..malah lagi teramat rugi manusia yang tidak mempunyai apa2, harta mahupun ilmu, hidup mereka adalah celaka. mudah mudahan kita di jauhkan oleh Allah dengan ujian2 sebegini..
kita dianjurkan dan disuruh supaya sentiasa mencari harta kekayaan sebanyak mungkin dalam hidup yang singkat ini, bertujuan bukan sahaja untuk mengangkat martabat masyarakt Islam berada pada kedudukan yang mulia di mata dunia, malah ianya menjadi alat yang ampuh untuk mendapat keredhaan Allah seterusnya Syurga Fidausi menjadi singgahan kita yang terakhir.. Allah Ta'ala mengingatkan supaya sentiasa berlumba2 menyaingi orang lain dan berusaha keras dalam setiap lapangan hidup agar maslahah umat tetap terpelihara. setiap kejayaan itu tidak datang bergolek dan perlu disertai dengan semangat kental dan tawakkal. ia tidak datang sendiri malah kita yang harus mencarinya dengan semampu mungkin..Firman Allah:
' Hal itu disebabkan bahawasanya Allah tidak akan mengubah nikmat yang dianugerahkan kepada sesuatu bangsa, sebelum bangsa itu mengubah keadaan mereka sendiri..' - Al Anfal, 53.
saya begitu berbangga kerana terdapat daripada kalangan sahabat2 saya yang berkecimpung dalam lapangan perniagaan berasaskan pelbagai elemen pertanian dan asas tani integrasi moden, peruncitan dan perdagangan, perubatan dan farmasi, mahupun lain2nya. mereka juga adalah antara insan yang mempunyai kefahaman dan sikap keislaman tinggi yang sanggup melakukan apa saja demi keteguhan syiar agama.. kegigihan dan penat jerih mereka bukan sahaja memberikan kepuasan kepada diri sendiri malah memberikan aspirasi ikutan kepada insan2 lain yang ingin mengikut jejak langkah mereka disamping memberikan impak yang besar kepada kedudukan, nama baik dan prestij masyarakat Islam secara keseluruhannya... inilah yang kita mahukan.. doa saya pada sahabat2, mudah mudahan mereka terus berjaya dan semakin gemilang dalam apa yang diceburi dan rahmat keberkatan Allah sentisa melimpahi hidup kita semua...
1) Dusun nangka madu yg seluas mata memandang. dilengkapi dengan ciri2 pertanian moden dan beritegrasikan penternakan kambing baka Boer selain diusahakan untuk menjadi suatu lapangan agrotourism yang berjaya sekitar Kajang..
2) Policlinic ayurvedic berasaskan herba, dilengkapi dengan bilik2 rawatan, pusat farmasi dan makmal moden.. beliau memperuntukkan masa dan tenaga yang termampu bukan sahaja untuk pendapatan keluarga malah demi kemaslahatan masyarakat setempat dengan tidak mengenakan apa2 bayaran 'consultation' bagi fakir miskin yang datang untuk berubat..





' Katakanlah ; kalau kamu benar2 mencintai Allah, maka turutilah Aku nescaya kamu akan dicintai Allah dan diampuniNya segala dosa2 kamu dan Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang..' - Ali Imran , 31.
Friday, June 20, 2008
PERBANDINGAN PAK LAH N MAHATHIR
Selepas dua tahun mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengkririk kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dari pelbagai aspek. Kritikan tajam Mahathir mencetuskan pelbagai reaksi. berikut merupakan sedikit sebanyak perbandingan dan perbezaan yg masyarakat madani boleh nmpak dalm stail pemerintahan mereka berdua.terlalu banyak perbezaan yg jelas lagi bersuluh...
1. Semasa Jadi TPM
Mahathir > Sudah merancang apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri nanti. Ideanya banyak tetapi tidak dilakukannya semasa menjadi TPM, sebagai menghormati bosnya.
Abdullah > Disebabkan terlalu berhati-hati setelah melihat kegagalan Musa, Ghafar dan Anwar ketika mereka menjadi TPM, Pak Lah menjadi begitu low profile sehingga tidak ada apa-apa idea langsung dan menimbulkan keraguan ramai mengenai keupayaannya mengambilalih pucuk pimpinan nanti.
2. Sejurus Selepas Jadi PM
Mahathir > Terus melaksanakan idea-ideanya yang tersimpan lama itu, seperti menyeragamkan waktu bagi seluruh Malaysia, memperkenalkan kad perakam waktu, Malaysia Incorporated, Dasar Pandang Ke Timur, Kepimpinan Melalui Teladan dan sebagainya.
Abdullah > Disebabkan ketiadaan idea semasa menjadi TPM lagi maka Pak Lah tidak dapat melaksanakan apa-apa lag , yang ada hanya slogan-slogan retorik seperti Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang mencetuskan tafsiran-tafsiran rambang dan umum.
3. Pembangunan Islam
Mahathir > Di awal penerajuannya, Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' yang disambut baik tanpa bangkangan dan kontroversi. Dia tidak cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Islam waraq atau berpura-pura dengan menjadi Imam atau membaca doa. Baginya dia adalah seorang fundalmentalist. Namun Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa adalah merupakan cetusan ideanya yang kemudiannya diakui Anwar sebagai idea-ideanya sendiri.
Abdullah > Pak Lah tiba-tiba berani memperkenalkan IIslam Hadhari' yang amat kontroversi dan itupun datang dari penasihat agamanya. Tidak cukup dengan itu, Pak Lah sering menjadi imam sembahyang berjemaah yang gambarnya dipamerkan di muka depan akhbar-akhbar utama. Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat. (Jangan lupa Anwar juga sering menjadi imam sembahyang apabila baru-baru berpindah kementerian dan menjadi TPM!). Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat.
4. Menghadapi Aduan
Mahathir > Mahathir biasannya mendengar aduan dari orang-orang politik atau perniagaan yang menemuinya dengan tenang dan tanpa sebarang emosi atau komen. Biasanya juga dia akan minta bukti yang lebih lengkap. Tidak berapa lama lepas itu, pengadu dapat tahu isu atau aduan berkenaan telah diberi perhatian dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan.
Abdullah > Pak Lah akan mendengar aduan seseorang dengan penuh teruja dan merangsang si pengadu. Beliau sering memberi komen, "Macam mana boleh jadi macam ni? Mengapa tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar" dan sebagainya. Si pengadu seronok dan merasai masalah berkenaan telah separuh selesai. Namun bila ia pulang isu tersebut jadi terperap dan tidak ada sebarang tindakan yang diambil Pak Lah. Dia hanya melaku satu political public relations. Itu sahaja.
5. Menghadapi Cadangan Perniagaan
Mahathir > Meneliti cadangan atau proposal perniagaan. Dia akan menggariskan segala fakta-fakta penting dan menandakan mukasurat?mukasurat yang berkaitan. Dalam masa paling lewatnya seminggu kertas cadangan tersebut akan turun ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) di JPM. Sekiranya EPU mengatakan 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' , Mahathir mengarahkan EPU untuk 'cari wang'. Dengan itu pegawai-pegawai di EPU akan bergegas membuat perkiraan dan congak bagi mempastikan wang diperolehi dari pelbagai saluran kewangan kerajaan. Mahathir mahu cadangan itu dilaksanakan bagi menjana kegiatan ekonomi seperti yang lazim dilakukannya.
Abdullah > Ramai yang tidak tahu apa Pak Lah buat dengan cadangan-cadangan yang dihantar kepadanya. Kalaupun diturunkannya kepada EPU dan EPU jawab 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' . Pak Lah akan jawab balik, 'Tak ada wang tak payah buat'. Maka cadangan berkenaan akan mati terus di situ. Pegawai EPU tidak perlu lagi pening kepala untuk usaha mencari wang kerana PM mereka juga tidak mahu pening-pening kepala. Keputusan untuk tidak payah buat ini akan bertuah jika dibuat dalam masa sebulan atau dua bulan. Tetapi apa yang berlaku ialah ia mengambil masa berbulan-bulan malah dalam banyak keadaan kertas cadangan itu entah hilang kemana, bak kata pepatah Inggeris, Gone with the wind.
6. Pengurusan Waktu
Mahathir > Mahathir dikenali sebagai seorang yang dispilin dengan waktu. Beliau selalu tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi setiap hari. Dia tak pernah lewat menghadiri mesyuarat yang dipengerusinya. Kalau dia terlewat 10 minit pun dia akan memohon maaf. Tetamu-tetamu yang buat temujanji dengannya tidak perlu menunggu berjam-jam. Kalau janji lima belas minit, lima belas minitlah masa yang dibenarkan bertemu dengannya. Maka tetamu-tetamu kemudian tidak perlu duduk berlegar-legar di bilik tetamu atau berlepak di bilik setiausaha-setiausa hanya sementara menunggu giliran.
Abdullah > Pak Lah pula terkenal sebagai seorang yang amat tidak tahu mengurus waktunya dan amat berlawanan dengan Tun dalam hal ini. Lewat sejam atau dua jam dalam mempengerusi mesyuarat kabinet dan post kabinet bukan lagi perkara luar biasa, malah menjadi bahan rungutan dan ketawa ahli kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Bukan juga luar biasa bagi orang-orang yang membuat temu janji dengannya menunggu sampai 5 hingga 6 jam di pejabatnya! Masalah ini memberi kesan besar kepada pegawai-pegawai kanan yang mahu berjumpa Pak Lah untuk mendapat keputusannya. Disebabkan kadangkala mereka tidak dapat bertemu dengannya maka mereka terpaksa berbaris menunggunya di mesyuarat post kabinet untuk mendapat keputusan dan tandatangan beliau. Fikirlah apa jenis keputusan yang beliau buat apabila beliau tidak sempat membaca dan meneliti kertas-kertas yang duhulurkan kepadanya secara tergesa-gesa itu.
7. Memenuhi Jemputan Majlis
Mahathir > Apabila menerima sebarang jemputan rasmi atau peribadi, Mahathir akan segera jawab boleh atau tidak boleh hadir. Kalau dia kata boleh, maka dia tetap akan hadir sebagai menunaikan janjinya. Kalau tak boleh, maka awal-awal lagi dimaklumkan pejabatnya bagi menyenangkan penganjur mencari ganti.
Abdullah > Pak Lah sebaliknya, apabila menerima jemputan akan lambat memberi jawapan sehingga menyusahkan pihak penganjur dari segi mencetak buku program, menyusun peraturan protokol dan sebagainya. Dan apabila memaklumkan tidak boleh hadir di saat-saat akhir, penganjur majlis macam nak gila kena cari penggantinya. Dalam pada itu bukan sekali dua Pak Lah janji untuk hadir, tiba-tiba di saat-saat akhir tidak boleh dan meminta wakil dari kalangan menteri-menterinya hadir. Bayangkan persiapan yang telah dirancang berbulan-bulan bagi meraikan seorang Perdana Menteri. Harapan penganjur berkecai kerana hampa dengan seorang 'alim?'yang memandang ringan dengan janji-janjinya.
8. Membuat Keputusan
Mahathir > Mahathir seperti yang diketahui ramai tegas dalam keputusannya. Sebagai seorang manusia keputusannya mungkin silap, tetapi dia terus juga buat, kerana baginya lebih baik buat keputusan yang silap dari silap kerana tak buat apa-apa keputusan. Namun sebagai seorang doktor, sebelum sebarang keputusan dibuat, beliau akan pastikan segala maklumat atau bukti telah diperolehinya agar keputusan tersebut menjadi sebaik mungkin
Abdullah > Pak Lah nampaknya tidak begitu berani buat keputusan kerana takut silap dan takut tidak popular. Apa-apa keputusan yang mahu dibuatnya dia lebih cenderung untuk mengambil hati pihak-pihak tertentu. Takut buat keputusan dan mengubah-ubah keputusan merupakan satu kelaziman Pak Lah yang diketahui seluruh negara. Contoh klasik ialah keputusan membatalkan projek Jambatan Bengkok. Mula-mula setuju. Malah selepas beberapa jam mengatakan kepada Syarikat Gerbang Perdana, projek ini Pak Lah gerenti akan laksanakan, tiba-tiba diumumkan batal!
9. Menghadapi Wawancara Media
Mahathir > Apabila Mahathir, semasa menjadi PM, diwawancara beliau merupakan favourite penonton. Isi wawancaranya bernas dan penuh maklumat. Seperti kata Inggeris he says what he means and he means what he says. Noktah.
Abdullah > Pak Lah pula bila diwawancara sering menampakkan beliau tidak cukup maklumat dan terpaksa berdolak dalik. Dalam kes ECM Libra mengambilalih Avenue Capital Resource, beliau pernah menjawab ?Saya tidak tahu, saya tak terlibat?. Dalam kes Scomi pula yang melibatkan anaknya, beliau dengan mudah mengatakan Scomi tidak mendapat sebarang projek di dalam negara. Sedangkan ramai yang tahu jenis-jenis projek dalam negara yang diperolehi Scomi. Wawancara terakhir beliau dengan Dato? Annuar Zaini boleh dikatakan menimbul lebih banyak persoalan dari jawapan.
10. Campurtangan ahli keluarga dalam pentadbiran dan politik
Mahathir > Walaupun pernah dikatakan Toh Puan Dr Siti Hasmah mempengaruhi keputusan-keputusan Mahathir, hal ini tidak ketara dan kalau ada pun dalam urusan-urusan kecil sahaja. Manakala anak menantunya boleh dikatakan tidak langsung ambil tahu mengenai hal-hal pentadbiran negara. Pernah diceritakan apabila anak-anak beliau mahu dicalonkan bertanding mana-mana jawatan parti, tidak kira rendah atau tinggi, Mahathir akan menghalangkannya. Dia tidak mahu mereka terlibat semasa dia memegang jawatan Presiden parti.
Abdullah > Campurtangan ahli keluarga Pak Lah amat jelas. Anak menantunya turut serta dalam urusan Pak Lah membuat keputusan. Walaupun letih Pak Lah menafikannya tidak sesiapa yang percaya kerana apa yang dikatakannya lain ari apa yang dialami mereka yang berkenaan. Penyingkiran Tan Sri Isa Samad dari jawatan parti dan kerajaan, jelas dikatakan hasil manipulasi Khairy.
Penutup
Kesemua di atas adalah sebahagian kecil perbandingan yang diketahui penulis mengenai Mahathir dan Pak Lah dari segi pentadbiran dan kepimpinan mereka berdua. Manakala markah diberi mengikut penilaian bebas oleh sekumpulan pemerhati.
Mahathir menunggu lebih dua tahun selepas persaraannya untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya kerana beliau merasai dirinya telah dikhianati, amanatnya tidak diambil hirau oleh penggantinya.
Beliau menunggu dua tahun kerana beliau mahu mengutip sebanyak mungkin bukti. Mahathir tidak akan bercakap kosong. Dari dahulu lagi beliau arah orang cari bukti yang lengkap atas aduan yang mereka buat. Takkanlah beliau sendiri mengkritik kosong tanpa sebarang bukti sekarang ini.
Perbandingan ini bukan bertujuan mahu mencadang diletakkan semula Mahathir ke tempat yang telah diserahkan kepada penggantinya itu ataupun inginkan perubahan kepada pemimpin2 lain yg difikirkan jauh lebih layak.. Hanya pandai-pandailah kita menilai kepimpinan yang ada sekarang ini dan tanyalah diri mampukah kepimpinan ini membawa negara ini ke arah kecemerlangan?
p/s : di hantar email melalui sahabat
Tuesday, June 17, 2008
teori2 penentu masa depan negara!

Analisis: Enam 'teori' politik Malaysia
Oleh Mohd Sayuti Omar
KALAU boleh dinamakan sebagai teori politik Malaysia mutakhir, ada enam teori yang bakal mengejutkan politik Malaysia dewasa ini. Teori-teori ini merupakan isu-isu yang memenuhi menu perbualan ahli dan pemerhati politik pada masa ini. Dan ia juga bakal merubah senerio politik negara.
Pemerhati yang bertaraf intelektual juga menunggu-nunggu teori atau isu ini dengan penuh tanda tanya dan sukar untuk membuat hepotesis mengenainya.
Ilmu sains politik dan sejarah politik yang mereka hafal juga tidak dapat membayangkan yang mana satukan antara enam teori ini akan menjadi realiti atau mendahului antara satu sama lain. Kedudukannya bernisbah 50 – 50.
Pertama ialah mengenai 30 ahli Parlimen BN yang dikatakan akan lompat menyertai pembangkang – Pakatan Rakyat.
Teori ini bolehlah dinamakan teori Anwar Ibrahim sebab ianya dicetus bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Anwar dakwa ada 30 ahli Parlimen BN akan bersama Pakatan Rakyat.
Masa yang dinanti dan dipacak ialah 16 September sempena hari penubuhan Mayalsia.
Sehubung itu pembentukan kerajaan baru Kerajaan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada tarikh berkenaan dan sekaligus mengakhiri zaman kekuasaan Umno dan Barisan Nasional di Malaysia.
Walaupun teori ini dianggap gimik oleh pihak BN tetapi ia tetap membimbangkan BN. Teori ini menjadikan anggota BN sendiri berbelah bahagi dan yang tidak nyenyak tidur.
Kedua ialah mengenai usaha di kalangan Pas yang kini sedang mengatur dan mencari ruang untuk berbaik dengan Umno.
Dengan menggunakan alasan politik Melayu dalam situasi bahaya dan kedua parti itu perlu berbaik demi menjamin kesenimbungan politik dan masa depan Melayu, Pas dikatakan bersedia untuk berbincang dengan Umno, begitu Umno menanti Pas membuka mulut saja.
Untuk tujuan itu Majlis Syura di mana statusnya paling tinggi dalam hierarki organisasi Pas dikatakan telah mengeluarkan pandangan bahawa tidak menjadi kesalahan Pas berbincang dengan Umno.
Pandangan majlis syura itu dilihat sebagai satu perkembangan baru dalam senerio politik Pas.
Justeru ada pihak bertindak atas pandangan majlis syura berkenaan berusaha secara individu oleh pemimpin Pas termasuk pemimpin tertinggi.
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang juga dikatakan tidak melarang usaha menyatukan Pas dengan Umno. Usaha ini sedang dilakukan tetapi secara senyap.
Titik tolak kepada usaha ini juga dibuat kerana mereka tidak percayai kepada ketulusan dan sikap politik orang yang diletakkan untuk mengepalai kerajaan Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim.
Berpandukan kepada pengalaman lalu Pas begitu waspada dengan political animal Anwar Ibrahim.
Kalau ada di kalangan Pas merasa serit dengan peristiwa Pas ditendang dari BN tahun 1974 dulu, begitu juga ada di kalangan tokoh Pas merasa perit dengan Anwar Ibrahim semasa Penasihat Umum PKR itu menjadi orang nombor dua dalam Umno kira-kira 12 tahun lalu.
Lantaran itu wujud percanggahan pendapat di kalangan Pas mengenai perkara ini. Mereka yang percaya dan bersikap liberal mempercayai kepada Anwar dan menolak apa juga usaha dan alasan agar dicari pendekatan dengan Umno.
Sebaliknya mereka yang sangsi kepada Anwar cuba mencari alternatif baru dengan menghulurkan tangan persahabatan dengan Umno.
Yang bakal menentukan apakah usaha pendekatan Pas dengan Umno ini berjaya atau tidak ialah ahli-ahli Pas sendiri.
Dipercayai muktamar Pas tahun ini akan membuat ketetapan berhubung langkah-langkah ini dan sekaligus menjadi muktamar berkenaan panas dan hangat.
Adalah diyakini muktamar akan memutuskan bahawa pakatan dengan Umno mungkin ditamatkan. Ini kerana sikap Mursyidul Am Pas yang berkali-kali menjelaskan beliau (Pas) sudah serit untuk berbaik dengan BN.
Suara dan pandangan Mursyidul Am Pas sering diterima walaupun tidak betul tetapi atas nama dan kapasitinya sebagai Mursyidul Am jarang ahli Pas membantahnya.
Ketiga, mengenai pergolakan di dalam Umno, di mana ada usaha oleh puak-puak Mohd Najib Razak untuk menjatuhkan Abdullah secara terhormat.
Mereka berusaha agar pelan peralihan kuasa berlaku sebelum Disember ini dimana Najib diharap akan mengambil tempat Abdullah.
Gerakan ini sekarang proaktif di mana ia disertai sama oleh Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang akan mendapat tuah dan laba besar daripada peralihan kuasa ini dikatakan bergerak sekali dengan Najib.
Para penyokong dan pencacai politik Muhyiddin bergabung tenaga secara tidak nyata dengan orang-orang Najib.
Tindakan Muhyiddin yang mengistyharkan beliau akan merebut jawatan timbalan presiden adalah strategi beliau memaksa Najib berganjak ke atas.
Tektik dan politik Muhyuddin ini katanya sudah dicurigai Abdullah menyebabkan Abdullah kini benar-benar tidak senang dengan tindak tanduk politik Muhyiddin.
Manakala Muhyiddin kini dikatakan berada dalam dilema sekiranya Najib tidak berganjak beliau bakal menghadapi masalah. Bidalan kerana santan pulut binasa kini katanya sedang melanda Muhyuddin.
Keempat mengenai usaha Ku Li untuk melawan Abdullah. Ku Li kini sedang mengatur dan mencatur politik dalaman Umno untuk membolehkan beliau layak bertanding merebut jawatan presiden Umno.
Apakah Ku Li berjaya melepasi sekatan yang mengenakan kuota 30% itu ataupun tidak. Dalam usaha ini Ku Li sudah menjelajah hampir ke seluruh negara bagi memastikan beliau cukup pencalonan untuk menentang Abdullah.
Sekiranya Ku Li mendapat 58 pencalonan, ia sesuatu yang menarik dan ada yang menjangkakan keadaan itu menyebabkan Abdullah akan menerima nasib seperti Ghafar Baba dalam tahun 1993 dulu sewaktu diasak oleh Anwar Ibrahim.
Ada keperluan dan logik kalau kemungkinan ini berlaku. Keperluan dan kekosongan dalam politik semasa membawa kepada kemungkinan itu.
Abdullah tidak mustahil akan berkomplot dengan Anwar dalam mengukuhkan kedudukannya sekiranya beliau mendapat tentangan daripada Najib.
Kalau Najib terikut dengan pandangan Muhyiddin sehingga merempuhnya, tidak mustahil Abdullah akan mengundang Anwar menyertai Umno.
Kemasukan bekas orang kanan Anwar ke dalam Umno, Mohamad Ezam Mohd Nor, membuka lagi ruang dan perkiraan ke arah itu.
Walaupun Ezam menjelaskan kemasukannya ke dalam Umno tidak ada kena mengena Anwar sebaliknya kerana beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anwar dalam PKR kini, itu hanya kenyataan politik yang boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran.
Perkara ini bukan diuar-uarkan oleh pihak pembangkang sebali ianya dinyatakan sendiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Walaupun ada parti-parti tertentu telah menafikan dan sekaligus menyatakan kesetiaan mereka kepada BN, namun semua itu tidak dapat menutup percakapan umum mengenai perkara itu.
Hari ini mereka boleh menafikan, tetapi esok lain jadinya. Sudah banyak keadaan demikian berlaku dan inilah menyebabkan orang ramai tidak mudah untuk mempercayai apa saja cakap malah janji dan sumpah dalam politik.
Monday, June 16, 2008
sejarah ISRAEL keturunan YA'KUB a.s..

Sunday, June 15, 2008
QUALITIES THAT MAKE A PERSON SUCCESFUL

1) DESIRE
the motivation to succed comes from the burning desire to achieve a purpose. Napoleon Hill wrote, " watever the mind of man can concieve n believe, the mind can achieve" aburning desire is the starting point of all accomplishments..
2) COMMITMENTS
integrity and wisdom are the two pillars on which to build and keep commitments..success is not an accident.its the result of our attitude.thre is a big difference btw playing to win and playing not to lose.playing to win comes out of inspiration, wheres playing nit to lose comes out of desperstion. there is big difference btw preference and conviction.preference are negotiateble, convictions are not.
3) RESPONSIBILITY
people with character accept responsibilities. they make decisions and determine their own destiny in life..accepting responsibility involve taking risks n being accountable, which is sometimes uncomfortable. responsible people dont think that the world owes them a living..
4) HARD WORK
success takes alot of preparation and character..everyone love to win, but most people arent willing to put in the effort nd the time to win..it takes sacrifice and self discipline..work hard and well and smart and ull have the satisfaction of seeing ur project completed..
5) CHARACTER
it is the sum total of a person's values, beliefs and personality..George Washington said' " i hope i shall always firmness and virtue enough to maintain whyat i consider the most valueble of all titles, the character of an honest man.." no one likes to be criticized, but we learn and grow from honest critism.and a firm character can accept useful critics...
6) POSITIVE BELIEVING
believing is more than positive thinking..it is knowing that positive thinking will work..positive believing is an attitude of confidence that comes from preparation..having positife attitude without making the efort is nothing more than having a wishful dream..
7) GIVE MORE THAN U GET
in any area, try ur best to do better than others..the advanteges that ull get of doing more than u get paid for are:
- make urself valueble
- gives more confidence
- people will look at u as a leader n trust u
- superiors start trusting u
- it breeds loyalty from everybody
- it generates cooperation and pride and satisfaction.
this attitude is much more important than intelligence or a degree.
8) THE POWER OF PERSISTENCE
our journey is full of setbacks.winners have the ability to overcome and bounce back with even greater resolve..persistence is a decision.whenever we exhausted quitting looks gud.but winners endure.dont quit watever it is..
9) PRIDE OF PERFORMANCE
the quality of the work and the quality of the worker are inseparateble.exxelence comes when the performer takes pride in doing his best..do it rite the first time, every time. the best insurnce for tomorrow is job well done today.
10) BE AWILLING TO BE A STUDENT AND GET A REAL MENTOR
a good mentor will advice anbd give direction..the best teachers will not give u something to drink, they will make u thirsty.they will put u on the path to seek answers...
all of us posses these 10 qualities discussed above. once you know them, your thinking and internal system will change. we all have the hidden treasures, all we need to do is bring them to the surface and use them properly.... =)
Thursday, June 12, 2008
CANCELLATION OF BRIDGE TO SINGAPORE...by Tun Dr. Mahathir Mohamad

Wednesday, June 11, 2008
HATI....segumpal darah.
hati itu adalah penghulu kepada segala anggota dan menjadi ketua kepada setiap tindakan yang kita praktiskan dalam kehidupan.. padanya tersimpan semua asas akidah, akhlak budi pekerti dan niat yang baik mahupun tidak baik. pada hati juga tersimpan segala perkara berkaitan akhlak perhubungan kita denganNya dan sesama manusia.. sesungguhnya tidaklah bahagia seseorang manusia itu di dunia mahupun akhirat selagi hati itu masih berlumuran dengan sifat2 tercela dan masih kurang dan lemah dengan sifat2 terpuji dan mahmudah..
firman Allah dlm surah Al-Syams:
' dan jiwa dan yang menjadikannya.lalu ditunjukkan kepadanya apa yang salah dan apa yang baik. sebenarnya amat beruntunglah sesiapa yang membersihkannya dan amat rugilah sesiapa yang mengotorkannya..'
akhlak terpuji adalah pelbagai dan wajib kita sebagai muslim menghiaskan hati kita dengan sifat2 tersebut.. sifat berbelas kasihan, sifat berbaik sangka, memafkan salah silap manusia lain, dan tidak membalas dendam dan bertindak balas secara buruk, dan berniat ikhlas adalah sebahagiaan daripada sifat2 mulia yang amat dituntut dalam agama.. manusia yang terbaik dan dipandang tinggi oleh agama dan masyrakat adalah insan yang mempunyai2 sifat2 ini disamping cuba menghapuskan segala sifat2 terkeji yang bersarang dalam hatinya selama mana ia mampu..
seorang penceramah yang juga seorang editor kanan sebuah akhbar berkaitan Islam berpusat di Mumbai pernah mengatakan semasa mengikuti kursus berkaitan pembinaan jiwa berapa bulan lepas, bahawa manusia yang terbaik adalah manusia yang sentisa berusaha menjadi terbaik dalam apa hal sekalipun kerana definisi terbaik itu adalah kabur dan subjektif.. mungkin kita ingat orang yang terbaik adalah orang yang paling hebat dalam bidang yang diceburinya, tetapi kita harus sedar mungkin terdapat seseorang yang lebih baik darinya yang wujud diceruk2 pelusuk dunia yang lain. kita x mengetahuinya.... dan yang maha Terbaik itu adalah Allah jua.. selagi kita mampu untuk berusaha ke arah kebaikan maka wajib kita melaksanakannya sebaik mungkin. antara sifat keji yang menjadi punca utama mengheret sifat2 mulia jauh dari hati dan minda adalah sikap membalas dendam atas tindakan buruk orang kepada kita, tidak memaafkan salah org lain dan tidak berbelas kasihan pada insan yang memerlukan.. apabila sesuatu salah silap manusia lain kita suburkan dan biarkan wujud selama lamanya dalam hati tanpa ingin memamaafkannya, maka kita sendiri bagai menanggung perit dan berat tubuh badan manusia itu sampai bila2.. akhirnya kita menjadi 'bongkok' dek kerana betapa berat hasil himpunan tanggungan manusia2 lain atas belakang badan kita. mahukah kita menjadi begitu?? sedangkan kita boleh lepaskan segala tanggungan tersebut dan meringankan dan membaiki minda perasaan kita dgn memaafkan manusia tersebut walaupun sukar untuk melupakannya.. ingat, manusia yang penuh dgn sifat dendam adalah tidak bahagia dan mukanya masam penuh duka lara kerana sering ingat kapada apa yang buruk manusia lain pernah lakukan padanya sedangkan banyak lagi perkara baik mungkin manusia itu pernah juga lakukan dan ucapkan padanya..apabila kita mengampunkan dosa orang lain, maka mudah mudahan Allah akan mengampunkan dosa2 kita..memang manusia tidak sempurna sesuai dengan asas penciptaan dari Allah..sebab itulah mekanisme meminta ampun, taubat dan memaafkan wujud dialam ini..
perbicaraaan mengenai hati dan bagaimana cara kita mengawal dan mendidiknya dengan cara2 yang dianjurkan dalam Islam adalah dihuraikan dengan panjang lebar dalam kitab Ihya' Ulumuddin vol. 2. dalam huraian Imam Ghazali dalam kitabnya ini, beliau membahaskan perkara2 yang menyelamatkan dan membinasakan hati2 manusia.. perbicaraan beliau adalah bersumberkan kepada pengumpulan hasil percakapan dan perbuatan manusia2 alim dan mulia terdahulu iaitu para salaf saleh dan para syeikh ahli tareqat.. jejak langkah insan2 sebegini telah diikuti dan dicontohi oleh orang2 sesudah mereka dari kalangan kaum ulama dan orang2 soleh kaum muslimin di segala ceruk rantau alam.. timbul satu pesoalan di sini, jika semua manusia lain berlumba2 untuk mengikut jejak langkah ini, bila pula kita??? tepuk dada tanyalah iman masing2...
dalam al-Quran begitu banyak peringatan2 Allah berkaitan perkara hati dan jiwa.. mari sama2 kita renung sebahagian ayat2 berikut...
' ia (iblis) enggan dan menyombongkan dirinya, dan jadilah ia dari kalangan yang tiada beriman..' - al-Baqarah, 34.
' sesungguhnya dia (tuhan) tidak menyukai org2 yang menyombong diri..' - an-Nahl, 23.
' akan Aku pesongkan dari keterangan2 Ku org2 yang menyombong diri di muka bumi diluar kebenaran..' al-A'raf,146.
' dan dari bencana pendengki, adalah apabila ia mendengki' al-Falaq,5
nabi junjungan begitu banyak menasihati umatnya dalam usaha menjadikan umat ini umat sejati. baginda berpenat lelah menanamkan sifat2 mulia dan terpuji dalam diri umatnya melalui sikap dan tauladan terbaik kepada kita tak kira percakapan, perbuatan mahupun pemikirannya. sabda Rasulullah dalam hal berkaitan adalah,
' Orang2 yang menyombong diri akan dibangkitkan di Hari Kiamat seperti semut dalm rupa mnusia. mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada..'
' tidak akan masuk syurga, orang yang dalam hatinya terdapat sifat sombong walau sebesar zarah..'
' barangsiapa merendah diri, maka Allah akan mengangkatnya. barangsiapa yang menyombong diri dan bermegah2, maka Allah akan merendahkannya..'
' barangsiapa memperbaiki sembahyang ketika manusia lain melihatnya (riak) dan mencuaikan sembahyang ketika berseorangan , maka itulah suatu penghinaan yang menghina Allah Ta'ala..'
' awas kamu dari sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu memakan kebajikan sebagaimana api membakar kayu api..'
' janganlah kamu dengki mendengki,benci membenci dan dan musuh memusuhi..'
' barangsiapa menipu kaum muslimin, maka ia bukanlah dari golongan mereka..'
' perasaan belas kasihan itu tidaklah dicabut, melainkan daripada manusia yang jahat..'
akhirnya, marilah kita insafi diri dengan ingatan2 ini....
'barangsiapa yang inginkan keuntungan akhirat, maka Kami akan berikan tambahan kepada keuntungannya..dan barangsiapa yang inginkan keuntungan dunia semata2, maka Kami berikan keuntungan itu kepadanya tetapi ia tidak beroleh bahagian lagi di akhirat kelak..' asy-Syura,20.
'tiada sempurna iman seseorang kamu,sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri...' - sabda Rasulullah, khatimul anbiyak.....
' enjoin you Al-Birr (pity and righteousness and each and every act of obedience to Allah) on the people nd you forget to practise it youself, while you recite the Scripture ( the Torah) have u then no sense? - al-Baqarah,44
Monday, June 09, 2008
risk

Sunday, June 08, 2008
MINYAK OH MINYAK...
asalmkum...
pabila ku mmbaca petikan awlnya,ia sudah ckup memberikan gmbaran betapa kroniknya situsi yg ada..ia ptut dikongsi bersama..ya Allah, berilah kami kekuatan utk meletakkan kembali ap yg hak bgi sesuatu perkara pada kedudukannya...baca dan fikirlah.ini hnya buah fkiran penulis.timbang taralah dri segenap espek, segala pihak dan kepelbagaian methodologi dalam mentafsir dn menaksir....
Oleh Mohd Sayuti Omar
Ahad, 08 Jun 2008
KENAIKAN harga petrol 40% (Rm.78) dan diesel sehingga 63% (RM1.00) bakal memberi bala besar kepada Abdullah Ahmad Badawi. Kesan sudah mulai dirasai rakyat ekoran kenaikan harga bahan bakar itu. Harga barangan makanan dan perkhidmatan lain sudah pun naik mendadak sejak dua hari lepas.
Rata-rata rakyat menjadi nanar dan tidak berapa siuman dan meletakkaan kesalahan itu 100% kepada Abdullah. Tindakan Abdullah itu mudah sangat dan seolah beliau tidak sedikit pun menggunakan kedua belah otaknya untuk mengatasi masalah yang wujud di sebalik melambungnya harga minyak di pasaran dunia itu.
Apabila beliau terus mengumumkan ia memberi gambaran beliau tidak mampu berfikir dan seakan sudah terdesak. Apakah masalah kewangan negara berada dalam keadaan parah sehinggakan kerajaan terpaksa mengorek saku rakyat?
Abdullah dan jemaah menterinya tidak ada ruang untuk berfikir atau berbincang dengan rakyat. Tindakan ini walaupun ia wajar, tetapi tidak bersifat bijaksana oleh Abdullah dalam perkara ini. Kalau negara dalam keadaan kritis adalah elok Abdullah berbincang dengan rakyat. Parlimen boleh digunakan untuk menjadi forum perbahasan sebelum diambil tindakan.
Secara bersendirian
Kalau beliau menggunakan Parlimen ia tidak begitu menampakkan sangat keputusan itu dibuat secara sendirian berhad dan terdesak.
Apabila beliau membuat keputusan sendiri, jangan salahkan rakyat kalau rakyat menjadi iseng memberontak menentangnya. Kalau rakyat kehabisan perbendaharaan kata untuk mencaci dan menyumpahnya.
Sekiranya masalah kewangan negara dalam keadaan kritikal dan ternyata Abdullah gagal menanganinya maka elok kalau beliau berundur. Abdulah ternyata sahih tidak layak menjadi pemimpin! Seorang pemimpin menjadi penyelesai masalah rakyat dan bukannya menambah bebanan hidup rakyat!
Kalau Abdullah masih liat untuk berbuat demikian, keadaan membahayakan dirinya. Tidak mustahil juga langkah pengumuman drastik kenaikan harga minyak itu akan menjadi permulaan ke arah beliau akan didesakan supaya berundur.
Ia akan ditimbun dan dicampur dengan pelbagai masalah yang wujud sejak beliau menjadi PM termasuk krisis kepercayaan dalam Umno.
Abdullah kena ingat apa yang berlaku kepada bekas PM, Mahathir Mohamad masih belum terjadi kepadanya. Tindakan perdana rakyat turun ke jalan-jalan raya mendesak beliau berudur seperti mana berlaku kepada Mahathir masih belum bermula.
Mahathir dulu tidak sampai tiga tahun setelah rakyat berdemon mendesak beliau letak jawatan, akhirnya beliau terpaksa akur dalam sedu sedan tangisan.
Jadi sebelum rakyat menjadi gila, eloklah kalau Abdullah mengambil keputusan bijak berundur sebelum taufan desakan berlaku.
Ternyata kini rakyat sudah tidak dapat bersabar lagi. Tanpa ada jolokan dan hasutan pihak pembangkang rakyat sudah mula menyedari bahawa nasib mereka di tangan Abdullah dalam bahaya dan tidak selamat. Kerana itu mereka tanpa dicuit akan mudah melakukan aksi protes.
Kerana itu walaupun Abdullah merayu agar rakyat tabah menghadapi masalah dan mengugut menerusi polis agar jangan mengadakan tunjuk perasaan, nampaknya ia tidak dipedulikan.
Rakyat lebih memikirkan masalah harian mereka daripada menghormati pemimpin yang mereka merasakan sia-sia berbuat demikian.
Sejak beberapa hari lalu dan pada Jumaat lepas sudah ada aksi memprotes kenaikan harga minyak secara mendadak itu. Permulaanya tidak mudah berakhir. Pasti protes dan desakan ini akan bersambungan sekiranya Abdullah tetap degil enggan menurunkan harga minyak.
Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) telah memberi kata dua kepada Abdullah agar bertindak segera. Protes mahukan harga diturunkan atau kerajaan berbuat sesuatu tindakan positif.
Sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi satu himpunan rakyat besar-besaran akan diadakan pada 21 Julai hadapan.
Berselindung
Sekiranya tunjuk perasaan mega itu berlaku, ia akan meletakkan Abdullah dalam lautan kebencian rakyat. Kali ini usahlah Abdullah berselindung di sebalik kebaikan dan keturunannya, rakyat tidak akan peduli. Bila sampai tahap perut berkeroncong manusia akan menjadi hilang arah dan emosi.
Sisa-sisa waktu masih ada bagi Abdullah memperbetulkan keadaan. Ada tiga langkah yang boleh beliau lakukan:
1. Beliau kena berundur daripada menjadi Perdana Menteri. Persoalannya kalau beliau berundur siapakah yang akan menangani masalah itu? Ternyata Mohd Najib Razak tidak berkemampuan. Menurut Anwar Ibrahim, Najib tidak tahu ekonomi. Memberi kerja kepada seseorang yang bukan ahlinya tunggulah akan kemusnahannya.
2. Jadi dalam Umno hari ini ada orang yang benar-benar pakar dalam ekonomi. Dia ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Abdullah boleh lantik Razaleigh menjadi menteri kewangan. Lupakan sekejap soal-soal peribadi dan tumpukan kepada menyelesaikan masalah negara. Rasanya Razaleigh tidak akan menolak kalau beliau diminta membantu negara. Lagipun beliau ke hulu ke hilir macam orang kemabukan ubi gadung sekarang ini pun atas nawaitu nak bangunkan negara.
3. Atau kalau Abdullah merasakan sukar untuk melakukan salah satu tindakan di atas, beliau serahkan saja kerajaan hari ini kepada Pakatan Rakyat. Biar Anwar Ibrahim yang tergila nak jadi menjadi PM menguruskan negara. Lagipun sudah menjadi manifesto Pakatan Rakyat mereka akan menurunkan harga minyak. Mari sama-sama kita uji Anwar apakah beliau mampu atau hanya sekadar omelan kosong dan kemaruk politik untuk menjadi PM sahaja. Lepas beliau menjadi PM dan beliau tidak pedulikan rakyat, harga minyak tidak turun juga marilah pula kita ramai-ramai sumpah Anwar.
Sekali lagi ditegaskan Abdullah kena berbuat sesuatu. Isu kenaikan harga bahan bakar itu bukan seperti isu Islam Hadhari ataupun penglibatan anak beranaknya dalam perniagaan yang menggunakan kedudukan (oportuniti) dalam kerajaan.
Isu minyak adalah isu tembolok yang mana dunia telah banyak mempamerkan isu ini boleh menyebabkan seseorang pemimpin atau kerajaan jatuh tersungkur! Kemasukan Ezam Mohd Nor ke dalam Umno tidak boleh digunakan untuk meredakan kemarahan rakyat atas kenaikan harga minyak!
Wednesday, June 04, 2008
sahabat...
manusia di ciptakan untuk tidak hidup berseorangan. makluk yg dinamakn mnusia ini sling memerlukan antra satu sama lain untk meneruskan hidup..memng ini fitrah mnusia..tiada sapa boleh melawan ketentuan Allah dalam ap hal sekalipun termasuklah berkaitan ciri2 bermasyarakat. ssiapa saja xkira lah ia berugama apa sekalipun jika kononnya cuba melawan sifat natural ini,ternyata akan berakhir dgn penyakit yg dipnggil 'tiga suku'..dan mmng sudah terbukti manusia2 sebgini yg cuba menongkah arus akhirnya hidup mereka bgai dalm neraka ciptaan kegilaan sendiri..dalm usaha manusia untuk berhubungan dgn sesama mereka dlam ap bentuh perhubungan sekalipun,hak dan kewajipan yg harus tetap terpelihara..dlam persahabatan contohnya,bnyk hak dan kesantunan patut diambil perhatian agar ia trus berkekalan...dan hubungan persahabatanlah yg pling dominan berbanding perhubungan yg lain dalm alam ini...
sahabat antara insan terpenting dalm mana2 kehidupan mnusia normal.tnggungjawab kita trhadap seseorg Muslim yg lain boleh tidak bleh dikesampingkan dalm perjuangan hidup kita..
sabda Nabi dalam hal ini,
'Hak muslim terhadap muslim yg lain adalh enam perkara..para sahabat bertnya: apakah ia wahai Rasulullah? jawab nabi, jika anda menemuinya hendaklah memberikan salam. jika ia mengundangmu, hendaklah memenuhi undangannya.. jika ia meminta nasihat, maka hendaklah menasihatinya. jika ia bersin serta mengucap alhamdulillah, maka hendaklah mendoakannya.. jika ia sakit, hendaklah melawatnya. jika ia mati, maka hendaklah turut menghantar jenazahnya ke kubur...'
para ahli salaf soleh mengamal kan byk pendekatan dalm menterjemahkan erti pershabatan yg terbaik dlam hidup mereka..mereka mmpraktiskan tanggungjawab kapada sahabat dgn penuh ikhlas dan tekun..anataranya adalh:
1) hendaklah anda mengharapkan sesuatu yg baik baginya, sebagaimana anda mengharapkan bagi dirimu sendiri.anda membenci sesuatu yg tidak baik bagi dirinya sebagaimana anda membenci untuk dirimu sendiri..
2) hendaklah anda anda meletakkan dirimu pada tmpat kedudukannya dalam usaha untuk memahami urusannya, mengumpul manfaat untuknya dan menunaikan sgala keperluaannya. kita merasa gembira ketika ia ceria dan sedih dan muram ketika ia dilanda duka..
3)hendakalah anda berusaha utk menimbulkan kegembiraan dalm hatinya wlau apa cara sekalipun.
4)hendaklah anda mmelihara namanya di waktu hidup dan matinya di hadapan dan dibelakangnya.
5) hendaklah berbakti kapada anak isterinya serta kaum keranbatnya smaa msa hidup dan stelah ia meninggal dunia.
6)hendaklah membantunya dalm bentuk kewangan dan tenaga ketika dlam kperluan dan sesak..
dalam sejarah islam sudah terlalu byak cerita2 yg mengisahkan betapa para sahabat nabi dan tabai'in slepasnya yg begitu mengambil berat tentang pengekalan hubungan persahabatan. bgi mereka jika berlaku sebarang kecacatan, ia amt berbekas dn mendukacitakan hati mereka...Imam Ghazali telah menghuraikan syarat2 dan adat tertib persahabatan dgn begitu teliti dan lengkap dalm kitabnya Ihya' Ulumuddin dan Bidayatul Hidayah..kita sebagai insan muslim pada zamn mutaakhir ini haruslah mempunyai impian dan berusaha untuk mempelajari dan mengamalkan segala apa yg dituntut oleh agama dengan sebaik mungkin,InsyaAllah..
islam menetapkan bnyak garis panduan untuk kita dalm memenuhi tnggungjawab kita sebagai insan kepada muslim lain dalam usaha menjamin keharmonian danm kesejahteraan bersama..antaranya adalh:
1) menutup keaibannya
2)meringankan kesusahannya
3)membantunya dalm segala perkara penting dan perlu.
4)memenuhi sgala hajat dan keperluannya
5) menghapuskan duka nestapanya
6)membelanya jika teraniaya
7)menolongnya jika lemah
8)meringankan bebanan hidupnya
9)menghormati org tua
10) berbelas kasihan terhap kanak2
11)tiada menyusahkan muslim yg lain, tiada menganiayakannya, atau menghinanya ataupun memandang rendah.
12) tiada mencaci seorg muslim dan mengejeknya.
13)tiada menipu seorang muslim yg lain
14) tiada mendengki seorg muslim atau memendam perasaan dendam terhadapnya atau menyangka sesuatu yg tidk baik terhadapnya.
15) hendaklah mengambil berat terhadap urusan muslimin, merasa gembira ketika mereka senang dan bermuram ketika mereka dalm kesusahan..
sabda Rsululullah,
' tiada beriman seorang dari kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sebgaimana ia mencintai dirinya sendiri..'
sabadaNya lagi,
'seorg muslim terhadp muslim yg lain adalah bagai binaan, setengahnya mengukuhkan setengah yg lain..'
dal hadis baginda yg lain,
'barangsiapa yg tidak mengambil berat terhadap urusan kaum muslimin maka ia bukan dari golongan mereka sendiri..'
sabda baginda lagi..
'barangsiapa melepaskan seorg muslim dari kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskannya dri sebarang kesusahan akhirat..barangsiapa yg meringankan kesempitan seseorg muslim di dunia maka Allah akn meringankn kesempitannya di dunia dan akhirat..barangsiapa menutup keaiban seorg muslim,maka Allah akn menutup keabainnya di dunia dan akhirat..Allah sendiasa bersedia mmbantu hambaNya, selama hamba itu sentiasa bersedia membantu saudaranya yg lain..'
akhirnya, marilah kita renung hadis berikut..
' barangsiapa yg sentiasa mengambil berat terhadap keperluan saudaranya, maka Allah akan sentiasa mengambil berat terhadap keperluannya..'
Allah sajalah yg menunjukkan yg benar dan Dialah yg memberikan jalan yg Lurus...
Wednesday, May 28, 2008
EZAM : PEMIMPIN YG DICARI??
Ezam adalah nama yg begitu berbekas dalam arena politik tanah air. nama inilah yg paling lantang membantah pemecatan dan penentangan bermati matian terhadap keputusan berat sebelah Hakim Augustin Paul yg mengakibatkan Anwar tersumbat dalam penjara slama 10 tahun atas alasan salah laku seks meliwat dan tuduhan rasuah yg ternyata tak berasas. nama ini terukir sebagai insan yg paling kanan dalam melonjakkan laungan Reformasi pada thun 1998 bersama2 rakyat malaysia ketika itu. insan ini jugalah antara kumpulan yg menjadi tulang belakang kepada penubuhan Parti Keadilan Malaysia yg mana beliau menjawat jawatan antara yg tertinggi dalam parti tersebut sebelum penggabungan dgn Parti Rakyat berlaku.. Jasa beliau pada ketika itu dilihat begitu besar dalm perjuangan keadilan peribadi Anwar secara khusus dan mendaulatkan keadilan bgi seluruh rakyat malaysia dalam segala aspek...
Ezam sejak dua tahun lepas adalah orang yang tidak berparti. Kisah Ezam keluar Keadilan bukan lagi menjadi isu. Dua tahun lalu beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda atas alasan hendak menumpukan kepada Gerak kononya. Namun, ada yang mengatakan beliau bergaduh dengan Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, ada juga yang mendakwa Ezam bergaduh dengn Anwar Ibrahim. Ketika Anwar dipecat pada tahun 1998, Ezam adalah Setiausaha Politiknya, manakala Azmin sebagai Setiausaha Sulit. Kedua-dua anak muda ini merupakan antara tonggak utama dan orang kepercayaan Anwar untuk menggerakkan gerakan perjuanagn smasa Anwar dalm lokap. perbezaan dlm arah tuju adalah perkara biasa dalm perjuangan politik..hal mereka ini xperlu dickapkan lagi dan semua org dah ketahuinya..
Ezam mengatakan beliau berhasrat masuk Umno bukan kerana mengkagumi personaliti Abdullah, sebaliknya perubahan dasar yang dijalankan khususnya dalam persoalan Badan Pencegah Rasuah dan isu kehakiman, begitu menarik minatnya. Hakikatnya pada beliau perubahan dasar yang dibuat oleh Abdullah, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno begitu mendorong pendiriannya untuk berubah. betul ke??huhuuu
Sebelum ini, khususnya sewaktu Ezam 'bercerai' dengan KeADILan, beliau begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS, antaranya Husam Musa, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Ezam juga sering berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ada banyak janji 'tidak akan masuk Umno' yang sering Ezam ulang-ulangkan di hadapan pemimpin PAS. Ada banyak "Sumpah Keramat" Ezam dalam ceramah-ceramahnya yang menempelak, mengecam bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi, Najib dan banyak lagi yang masih ada dalam rekod berbentuk kaset dan VCD.
Semua rekod-rekod ini menjadi bukti bahawa Ezam sebenarnya sudah menggadaikan prinsip perjuangan yang beliau sendiri bersumpah acapkali. Tanpa disedarinya sumpah-sumpah ini semua sedang memakan diri Ezam. Hanya masa dan waktu sahaja akan menentukan. Wallahu a'lam. .....
ada dakwaan dari sumber sumber tertentu yg mengatakan bhawa Ezam di beli oleh KJ dgn harga 1 juta melalui akaun Norza Zakaria baru2 ini.entahlah,mungkin benar atau mungkin tidak.tetapi ia cukup untuk menimbulkan pelbagai andaian apakah tujuan sebenar beliau kembali semula kepangkuan parti yg dihentamnya dgn begitu 'kejam' dulu. macam menjilat balik ludah muntahnya sendiri..jika betul alasannya adalah baik, ia memang dilihat sebelah mata saja oleh sesiapa pon kerana beliau bagaikan ikan bilis yg dikelilingi oleh jerung2 ganas dalam lautan UMNO!adakah beliau mmpu?? ini persoalannya...
apa2 pun,beliau kini adalh ahli parti itu, ada kemungkinan beliau diangkat menjadi 'seseorang' dalm Umno dalam usaha kononnya untuk memulihkan kapal UMNO yg makin karam ni..mungkin ada kalangan kita yg berfikir beliau sedikit sebanyak boleh menutup sebahagian lubang2 pada badan kapal agar lebih lama bertahan dilautan politik penuh gelora...jika beliau mampu, maka ia adalah cukup hebat dan ini merupakan ujian yg paling berat(kononya) untuk beliau...bergantung pada kemmpuan kepimpinannya yg pasti!!sudah pasti akan teruji...mari kita tengok sama2 dalam sebulan dua ni.huhuu..tapi ap2 pon,kalau kelayakkannya bukan seperti yg di gariskan oleh agama kita,maka ia adalah sia2..bagai menuang air di daun keladi. x akan ada perubahan nyata dan kekal bgi masyarakat kita..perubahan dalam ketebalan dompet beliau mungkin ade.huhuuu
pemimpin adalah satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak.Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”
Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.
Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu 'imun', 'aman' dan 'amin.'Imun maknanya kebal daripada rasuah dan perkara buruk lain. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala 'amin' pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .
Syarat kdua ialh ilmu kepemimpinan. Kepemimpinn bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.
Syarat ketiga ialah 'self leadership.' Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?Perkataan 'leader' merujuk kepada tanggungjawab (al-mas'uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.” Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.
Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan 'The Power Of Communication.' Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.
Cara berkomunikasi ada empat:
1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.
2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.
3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.
4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.
Rasanya elok juga kalu tahu sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir :
i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.
ii-Mesti membasarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.
iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.
iv- Tinggalkan dosa.
v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang...
wassalamualaikum wbt sahabat2ku....