HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Wednesday, July 09, 2008

ULAMA' SUKK



Asslamualaikum..


Telah berkata Saiyidina Umar r.a. ,


' perkara yang aku amat khuatiri kepada kamu adalah seorang munafiq yang bijak berbicara'.


Si munafiq durjana yang ditakuti oleh Saiyidina Umar adalah orang yang memutar belitkan makna AlQuran dan maksud hadis Nabi s.a.w. yang boleh menimbulkan bala dan fitnah terhadap kaum muslimin..


dalam hal ini, Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa :


' Aku bimbang ke atas kamu orang2 yang lebih dahsyat dari dajjal, bila ditanya siapakah mereka itu? jawab baginda, Ulama' Sukk '


Maksud ulama' sukk adalah ulama yang memutar belitkan tujuan2 agama yang benar kepada yang batil demi mencapai maksudnya yang tertentu.

Nabi pernah menggambarkan orang2 yang boleh membaca Quran dengan baik, tetapi bacaannya itu tiadalah melewati kerongkongnya, iaitu hanya sekadar bacaan dan bukan menjadi amalan. mereka sebegini terlucut dari agama Islam bagai terlucutnya anak panah dari busurnya.


Dalam sebuah hadis yang lain;


' Sesungguhnya perumpamaan orang munafiq yang membaca Quran adalah sebagai pohon kemangi, baunya wangi tetapi rasanya adalah pahit '


maksud hadis ini iaitu sesiapa yang berpura2 adalah walaupun luaran begitu cantik, tetapi dalamnya adalah begitu jijik dan kotor.. berwaspadalah terhadap orang2 yang berpura2 tahu, tetapi sebenarnya apa yang keluar dari mulutnya adalah omongan kosong sahaja..


dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa orang yang mengajar ilmu pengetahuan secara lahir sahaja iaitu bukan sebab kebenaran yang dicari, tetapi nama dan kedudukan yang dihajati, maka ia adalah munafiq yang durjana. malah ilmu yang diajarnya itu membawa kapada mudharat untuk semua manusia dan pada dirinya sendiri juga..


hakikatnya, ulama yang alim yang beramal dengan ilmunya, dan mengajarkannya pula kepada orang lain maka dialah dikira sebagai orang yang mewarisi para nabi. seorang alim yang tidak beramal dengan ilmunya, akan tetapi mengajarkan ilmu yang baik kepada org lain, maka nasibnya dalam bahaya.. tetapi alim yang mempunyai ilmu tetapi tidak beramal dengan apa yang dia tahu malah tidak pula mengajarkan kepada orang lain, maka golongan manusia inilah yang teramat rugi dan bahaya. apatah lagi jika dia mencipta2kan ilmu yang tak pernah wujud dan menyuruh orang melakukan yang salah dan perkara2 syubhat dan keliru.. lagi teruklah azab bagi alim ulama sebegini...


kita sebagai muslim mutaakkhir, wajib kita tahu untuk membezakan antara golongan2 ulama ini. yang manakah yang tulen dan yang manakah bertopeng supaya kita tidak terjerumus ke dalam lubang kehancuran dek kerana kelemahan kita sendiri..


Sesungguhnya Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus...


firman Allah dalam surah AlA'raf ayat 175;


' dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Kami berikan keterangan2 Kami kepadanya, lalu dibuangkannya. sebab itu mereka didatangi oleh syaitan, dan syaitan itu termasuk dalam golongan yang sesat '