HANYA KITA YANG MEMAHAMI DIRI KITA.CUBA YANG TERBAIK HARI DEMI HARI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Saturday, August 23, 2008

CORETAN MERDEKA


31 haribulan Ogos negara merdeka..tarikh lahir tanah air yang ke-51 ini menandakan negara ini sudah melangkau umur lebih setengah abad...menyorot kembali pelbagai cerita, kejadian dan sejarah2 yang terjadi sejak berkurun hinggalah sekarang, begitu banyak yang boleh diambil panduan dan pedoman oleh semua manusia yg mendiami bumi bertuah ini...


kedatangan penjajah demi penjajah asing bermula daripada Portugis hinggalah Jepun, yang begitu rakus menggeledah setiap inci kemuliaan kita selama beratus ratus tahun, kemampuan penjajah untuk membuat kita tunduk patuh pada orang asing di bumi sendiri dan kesadisan mereka dalam menggadai maruah pertiwi satu demi satu tanpa ada belas..mereka mengambil kesempatan ini untuk menerobos kekuatan kita bukanlah atas kehebatan dan kemodenan senjata yang mereka miliki waktu itu, tetapi yang lebih utama kejayaan mereka merobek ketuanan kita adalah atas faktor kedanggalan kesatuan dan percakaran kita sesama sendiri...


sejarah sudah mencatatkan bahawa masyarakat yang hilang erti kesepaduan antara mereka adalah mangsa kehancuran hasil pencerobohan bangsa2 lain yang berhati busuk walaupun mereka dilimpahi dengan pelbagai kemewahan dan memiliki tahap kemajuan kehidupan yang hebat..sesungguhnya kita tidak pernah enteng dengan pedoman dan sejarah yang pernah terjadi diseluruh dunia selama ini..


Negara Malaysia pernah menghadapi pelbagai episod suka duka yang kadangkala begitu rumit untuk dirungkaikan..semua 'cerita2 lapuk' ini menjadi paparan dalam lipatan sejarah yang kekal sejak berzaman hinggalah ke penghujung alam ini..dalam jangka masa di bawah cengkaman orang asing, hidup kita bagai pengemis meminta2 di bumi sendiri..langkah dan gerak kita di awasi, perjalanan hidup kita dicatur dan dicatu ,kekayaan bumi kita direbut, agama dan adat kita dipersenda, maruah bangsa diperkosa, dan akal fikiran kita diterap dengan nilai2 ketidakmampuan untuk berdiri atas kekuatan yang ada..hidup dicorak sebegitu rupa sampaikan kita diumpamakan bagai 'binatang' dalam sangkar belaan penjajah2..semuanya ini begitu menyakitkan dan amat sukar dilupakan oleh masyarakat pada waktu itu..

Mujurlah selepas satu demi satu penindasan, kesedaran mula berputik dan perjuangan dimula dan diteruskan oleh wira2 bangsa sampai berjaya..generasi2 terdahulu menghadapi jerih perit dan kesusahan yang begitu dahsyat dalam perjuangan mereka..sanggup bergolok gadai nyawa dan harta utuk melihat negara ini bebas dari kawalan asing demi kemerdekaan pertiwi..sungguh besar jasa mereka ini.tanpa perjuangan mereka pasti kita masih dalam belenggu penjajahan sampailah sekarang..dan asas kepada perjuangan ini adalah perpaduan yang utuh antara mereka, tanpa asas ini sehebat mana pun langkah kita, kegagalan adalah pasti.


yang menjadi persoalan sekarang, adakah kita generasi mutakhir ini betul2 sedar akan erti kemerdekaan yang sebenar? adakah kita faham apa itu perpaduan dan kesatuan? mudah untuk bercakap, tetapi erti tersirat belum tentu mampu kita galas..

melihat pada situasi semasa sekarang, muda mudi rata2nya boleh dikatakan sudah semakin hilang erti semangat kemerdekaan dalam dri..memandangkan semuanya dari kalangan kita lahir dalam keadaan negara sudah kecapi kemerdekaaan dan kemajuan dalam semua bidang, maka tidak ada lagi rasa susah untuk meneruskan kehidupan..kita bergembira, beriang ria dibesarkan dalam suasana serba lengkap kemudahan dan nikmat..segala apa yang dihajati selalunya akan diperoleh tanpa perlu bersusah payah memerah keringat..memang amat senanag dan mudah..mungkin disebabkan semua inilah, kita semakin alpa dan lupa daratan serta hilang rasa semangat untuk memperingati erti kemerdekaan itu sendiri..ini bukan tohmahan liar semata2..segala buktinya sudah terpampang di depan mata..bukan bercakap semborono, tetapi beralas sesuatu yang nyata..

kita lihatlah sendiri, bangsa ini yang suatu ketika dahulu amat kuat perpaduan dalam memperjuangkan jatuh bangun bangsa di zaman sebelum merdeka, kini semakin menjarak antara satu sama lain..masing2 buat kerja masing2 tanpa menghiraukan orang lain..di bandar2 besar umpamanya, sindrom ' biar aku kaya,walaupun engkau mampos' semakin terserlah terutama dalam bidang perniagaan dan pelaburan..duit adalah segalanya walaupun bangsa sendiri tergadai. anak bangsa membunuh bangsanya sendiri menikam dari belakang ataupun apa2 cara yang lain asalkan hajatnya tercapai..kalau dulu guru2 di sekolah boleh memukul anak2 murid demi memastikan ank bangsanya menjadi insan berguna pada agama dan tanah air, tetapi sekarang bukan saja tidak boleh merotan malah pulas telinga saja pun akan sebabkan perang besar antara pihak sekolah dengan waris..tidak ada guru yang memukul marah anak murid melainkan untuk melihat mereka berjaya..kalau dulu bangsa kita terkawal akhlak dan sosialnya, tetapi sekarang tengoklah kita adalah bangsa yang paling teruk statistik keruntuhan moral dan akhlak..lumba haram kita adalah jaguh.budaya kuning samseng tak tentu pasal menjadi kegilaan remaja.adat2 pelik bertuhankan ideologi sosial yang lintang pukang macam punk, black metal , skinhead dan sebagainya dianggap bukan sahaja hebat tetapi berasa bangga pula..pelik sungguh kepala otak muda mudi bangsaku ini..kes2 melibatkan rogol, sumbang mahram dan tak mahram menjadi topic utama berita membabitkan org melayu 99%..kalau teringin nak tengok pada statistik penagihan dadah pula, memang sah kitalah hero tanpa saingan..di pusat2 serenti seluruh negara , 90% adalah orang melayu muslim dan mereka ini memang dianggap sebagai sampah masyarakat...ini adalah sebahagian kes yang mampu dipapar, sedangkan terdapat banyak lagi ciri2 kebejatan sosial yang melanda umat melayu islam ini..

dari aspek akidah pula, terdapat dakwaan yang mengatakan sudah terlalu ramai bangsa melayu muslim terdiri dari muda mudi yang menukar agama murtad kepada kristian mahupun agama2 lain..walaupun ia hanya adalah sekadar dakwaan, ia wajib menjadi sesuatu yang patut dirisaukan memandangkan ia membabitkan kesucian agama islam yang dilindungi perlembagaaan.. tambahan pula, mufti perak sendiri, SS Datuk Seri Harussani Zakaria pernah mengeluarkan pendapat yang sama agar kita mengambil tindakan dan membuat kajian samaada dakwaan ini benar atau sebaliknya..jangan hanya memandang mudah perkara yang mengaitkan keutuhan islam dalam negara tercinta ini..

dari aspek pegangan ekonomi, kita adalah yang terbelakang..kita tidak mampu pun untuk mendekati malah amat jauh sekali untuk menyaingi kekuatan ekonomi kawan2 kita dari keturunan lain dalam negara..ini bukn pandangan berbau cauvinis..tetapi sudah menjadi realiti tahun 1969 apabila pegangan ekonomi adalah tidak seimbang dan tidak adil antara kaum, maka ketidakpuasan akan memuncak antara bangsa2 yang ada yang akhirnya ketegangan dan pertumpahan darah akan berlaku sebagai menifestsi ketidakpuasan tersebut..adalah penting bagi kita untuk memastikan negara kekal aman sentosa di mana rakyatnya dapat menikmati nikmat secara sama rata.. kita sebagai masyarakat bumiputera muda mudi sekurang kurangnya harus ada kesedaran untuk membantu bangsa agar bersama2 berusaha menaikan taraf hidup orang melayu dan seterusnya negara..jangan fikir umur masih muda, semuanya ini tidak perlu difikirkan..jangan anggap umur 20an adalah tidak patut berfikir semua ini dan hanya mahu bergembira sepanjang masa..fikirlah tentang sejarah islam di zaman kegemilangan dahulu, di mana Sultan Muhammad al Fatih dalam empayar Othmaniah sendiri mengepalai tentera muslim yang akhirnya berjaya menawan kota constantinople pada umur sekitar 20, umur yg amat muda..bagaimana pula kita lihat Saidina Ali dilantik Rasulullah sebagai panglima perang pada umur belasan tahun untuk menumpaskan musuh2 islam,..dan banyak lagi contoh2 yang lain pada zaman keemasan islam dahulu..mereka berjaya kerana dalam hati mereka mempunyai kesedaran yang bertitik tolak kepada pemikiran yang tajam kepada keislaman, perpaduan, rasa sayang pada bangsa dan tanah air disamping mempunyai nilai2 moral dan akhlak terpuji..jika kita anggap usia masih muda remaja, masih hingusan maka kita tidak akan berjaya mengecapi apa2 dalam hidup dan usia kita habis sabagai insan yang bukannya memberi manfaat kepada orang lain tetapi hanya mengguna manfaat orang lain dan menyusahkan pula..


berfikirlah, di manakah kedudukan hati dan fikiran kita sempena hari merdeka ini???


assalamualaikum..

0 comments:

Post a Comment